“Lain kali yang cleaner2 tu tak payah nak menyibuk nak makan sekali. Korang bukan sama taraf ok.”

Dalam adik beradik, abang saya sorang ni macam kebelakang sikit nasib dia bab pelajaran dan kerja. Banyak kerja yang tak sesuai untuk dia, jadi banyak kali lah dia berhenti kerja. Akhirnya dia buat keputvsan nak jadi cleaner walaupun ada Diploma. Satu hari dia cerita satu kejadian kena h1na dengan staff pejabat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Saya K, berumur awal 21 dan seorang student universiti awam. Pertama kali hantar confession. Saya nak cerita pasal abang saya yang keempat. Adik beradik saya ada 8 orang.

Dia ni seorang yang baik dengan semua orang, ibu abah, adik beradik, cikgu sekolah, kawan – kawan. Staf dekat sekolah pun kenal dia sebagai budak baik. Tapi, rezeki abang saya ni, dia kurang sikit dalam pelajaran antara semua adik beradik kami ni.

Tapi takde pun antara kami yang merendah – rendahkan dia. Dia dapat 1A dalam SPM pun semua orang bangga sangat dengan dia. Mungkin kalau orang luar, straight A atau results kebab0m baru buat kenduri kesyukuran kan.

Tapi keluarga saya tak, apa pun results yang keluar tetap buat kenduri kesyukuran. Kalau tak buat kenduri pun, masak lepas tu hantar dekat masjid. Abang saya yang keempat ni dapat 1A pun tetap buat. Sebab syukur tu bukan terletak pada gred.

Ibu cakap usaha pun kita kena pandang. Jadi nak dijadikan cerita, lepas habis SPM, dia sambung belajar Diploma dekat satu Universiti awam ni. Alhamdulillah pembelajaran dia dipermudahkan. Setiap sem dia dapat result yang ok.

Okay now masuk topik yang nak highlight dalam cerita ni. Abang dan kerja. Sebenarnya kerja pertama dia part time lepas spm dulu. Pastu kerja kedua dia masa praktikal diploma tu. Hah, actually sebelum start praktikal tu lagi bos dekat tempat praktikal tu kata nanti dah habis belajar continue kerja terus situ.

Kami satu family pun gembiralah, sebab urusan dia dipermudahkan. Terus dapat kerja lepas habis belajar. Tapi, lepas dia habis praktikal dia tak sambung situ pun. Kami semua faham sebenarnya kenapa, sebab sepanjang dia praktikal tu, dia cakap solat terkejar – kejar.

Sebab pekerja tak ramai, jadi terp4ksa cepat. Pastu kerja habis pukuI 8 setiap hari, abang rasa tak elok maghrib pukuI 8 malam. 8 pun bukan 8 tepat. Bukan dia tak cuba cari masa maghrib awal, tapi pukuI 7 sampai 8 pekerja semua kena berkumpul untuk apa entah.

Jadi, lepas dia habis praktikal, dia balik kampung. Kerja jadi guru ganti dekat sekolah pendidikan khas. Kiranya ajar dan bantu mereka yang oku. Dia punya sayang dekat pelajar – pelajar situ, ada seorang pelajar tu masuk wad tak sihat.

Dia yang dekat luar negeri terus selesai urusan cepat – cepat pastu balik kampung hari yang sama sebab nak lawat pelajar tu. Gaji kerja dekat situ tak banyak sangat, tapi gaji yang tu dia buat beli barang dapur rumah ni. Hulur dekat ibu abah dengan adik – adik lagi.

Kemudian dalam setahun kerja dan sambil – sambil tu usaha cari kerja ikut kelayakan dia. Dia dapat kerja dekat satu taman tema negeri lain. Dekat tempat tu pun tak lama, dalam setahun lebih gitu. Dia cakap dia tak boleh kerja tempat macam tu, dia takut. Takut dengan d0sa.

Bos dia bukan beragama Islam, pastu sesuka hati asyik buat pesta ar4k bagai. (Saya tak pukuI rata semua yang bukan agama Islam per4ngai macam tu tau). Selain tu, solat jumaat pun terp4ksa gilir dengan pekerja lain. Kalau minggu ni dia, minggu depan orang lain.

Minggu satu lagi baru dia balik. Kadang – kadang 2 minggu berturut – turut tak solat jumaat pun pernah. Pastu sebelum dia berhenti dia try cari kerja lain. 2020. Masa ni c0vv1d dekat Malaysia dah start. Dia kata dekat ibu susah nak dapat kerja ikut bidang diploma dia tu musim c0vv1d ni.

Dia cakap nak apply jadi cleaner dulu lah dekat satu pejabat swasta ni sementara dapat kerja lain. Ibu kata takpe, kerja lah apa pun. Asalkan halal. Sepanjang dia kerja cleaner tu dia kata seronok. Nak solat rasa tenang je.

Teringat dia call tanya saya, kos bawak kucing gi kIinik swasta dalam berapa ringgit. Ingatkan kenapa, rupanya ada kucing dekat office tu tak sihat. Pejabat haiwan kerajaan punya tutup sebab cuti apa tak ingat dah. Dia risau takut kucing tu tak sempat kalau nak tunggu hari lain.

Sebak suara dia masa call tu. Tapi tulah, setiap kerja dia ada c4baran dia kan. Ada satu masa tu, orang atasan dekat office tu tengah meeting. Contoh orang atasan tu nama dia Encik Firdaus ye. Pastu dah siap meeting, Encik Firdaus ajaklah semua termasuk cleaner makan sekali.

Makanan – makanan lepas meeting tu banyak, memang tak terhabis pun. Encik Firdaus tu siap suruh semua tapau bawak balik. Abang saya pun dengan kawan – kawan joinlah kan, kebetulan dah habis waktu kerja. Tapi dorang makan dekat situ je.

Pastu dah settle makan semua baliklah rumah. Malam tu ada sorang akak kerani ni chat dalam group wasap perli – perli cleaner ni. Ayat dia lebih kurang gini “Lain kali yang cleaner – cleaner tu tak payah nak menyibuk nak makan sekali. Korang bukan sama taraf ok.”

Menangis kami satu family dengar benda tu. H1na sangat ke jadi cleaner saya cakap. Dalam 5 bulan lepas tu, dia dapat kerja kontrak 6 bulan dekat pejabat kerajaan. Lepas istikharah semua, dia ambik keputvsan dia terima offer tu.

Dan sekarang 6 bulan tu dah berakhir, abang saya tak bekerja dan masih tak berhenti usaha nak cari kerja lain. Oh, sementara ni dia jadi dropshipper shopee. Macam tulah cerita dia. Jujur saya cakap, saya tak rasa abang saya seorang yang pilih kerja. Cuma belum ada rezeki untuk dia.

Semua yang membaca ni doakan abang saya dipermudahkan urusan dan dapat kerja tetap ye. Doakan saya juga mudah urusan lepas habis belajar nanti. Terima kasih semua orang. Jaga diri, Assalamualaikum. – K (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rohayu Hashim : Alhamdulillah.. Seorang yang tak memilih kerja tapi menjaga solat dan amal ibadahnya. Semoga abang tt diberikan rezeki yang meIimpah ruah, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin..

Zie Sakura : Sampainya hati membeza bezakan taraf orang macam tu. kalu tempat keje saya kalu kami buat makan – makan, tak kira la staf pejabat je, staf cuci – cuci ke p0tong pokok ke sume jemput makan sama – sama. Macam ni belanja makan pun kedekut, tak tahu la nak kata yang hantar mesej gitu tu. Semoga abang TT dimurahkan rezeki selalu. Anak yang baik dan tak memilih kerja. Alhamdulillah.

Nurul Atiqah Faizulzaman : Allahu, abang awak sangat menjaga solatnya. Bagusnya didikan mak ayah awak! Semoga urusan rezeki abang awak dipermudahkan ye. Minta mak ayah awak doakan dia. Untung masih ada mak ayah, boleh tumpang keberkatan doa mereka. Akak ni tinggal mak je. Takpe, suruh abang awak focus dengan apa dia buat sekarang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?