Lama aku tunggu, pelanggan lain datang lambat tapi dapat makanan dulu. Bila aku tanya, rupanya nasi baru nak masak

Eh, ada pelanggan lain datang kemudian pun dah dapat makanan. Air aku sampai dah habis, pelanggan yang tadi pun siap dah balik. Aku pun panggil lah pelayan tu, dia dengan takde rasa bersalah cakap, nasi baru masak..

#Foto sekadar hiasan. Dalam hidup ni mesti ada suka duka, pahit manis. Alhamdulillah untuk segala nikmat kehidupan ini, masih boleh bernafas. Terima kasih admin dan semua pembaca. Mahu luangkan masa membaca kisah aku ini, tentang hidup tanpa teman.

Serius ada ya orang yang asyik sendirian, semua hal buat sendiri. Tak suka diganggu. Cuma, tipulah kalau rasa ini cara hidup yang sempurna. Bila buat kerja sendiri, banyak kurangnya. Tapi, begitulah. Pernah kerja dalam pasukan atau berkumpul bersama keluarga besar, nampak janggal dan tak masuk.

Ada dua kisah aku nak kongsi, yang buat aku sedih dan murung. Pertama aku tak ada kawan baik, ke mana saja sendiri malah dua orang kakak aku dah mula menjauhkan diri. Buktinya aku tak dapat buka akaun fb dan ig mereka.

Mereka dah remove. Aku tak dimasukkan dalam group WhatsApp family besar. Mulanya aku tak kisah sebab tak perlu sibuk ambil tahu hal orang tapi tetiba aku rasa seperti dipulau, diasingkan, dibenci. Hanya kerana aku pendiam dan tak suka bercampur atau berziarah. Juga kerana aku tidak kaya.

Contoh lain, jika di fb aku kongsikan sesuatu tak ada sesiapa nak like, sedangkan aku suka like status atau story mereka.. Malah pernah komen pertanyaan tak dibaIas. Aku ambil pendekatan tak perlulah like lagi post orang.

Tak penting pun baik untuk dia atau aku. Sekali aku bukalah cerita apa yang aku baca di fb tentang kehidupan orang kepada kakak kedua aku. Dia macam malas nak layan, kemudian jika ditanya tahu tak kisah pempengaruh ni. Dia kata tak. Macam tak percaya sebab dia asyik je tengok fon.

Kemudian bila datang kakak aku yang sulung buka cerita gosip dari fon mereka sembangkan panjang lebar. Jadi, aku telan liur, faham. Aku kunci mulut tak mahu sampuk kalau tak ditenung dijeling. Tapi hati aku r3muk, aku layan drama hindustan. Nak cari kisah orang lain untuk ditangisi bukan kisah aku.

Cerita kedua yang buat aku sayu. Aku pergiIah ke bandar membeli keperluan, terasa lapar nak singgah kedai makan. Biasa cari gerai tapi kali ni nak merasa masuk restaurant agak mahal. Mula masuk tu, bestnya sejuk dan nampak keunikan kedai.

Aku nampak satu sudut yang best sebab dinding belakangnya cantik dan kerusi panjang lebih selesa. Sekali pelayan tu kata ini tempat family boleh cik duduk di meja kecil sana sebab pelanggan ramai. Aku pun akur. Kemudian masuk satu couple ni meja kecil lain penuh mereka boleh je duduk di set kerusi panjang tu, aku macam..

Kalau bagi aku tadi pun sama je bukan semua yang datang satu keluarga jika meja penuh tetaplah kena duduk situ. Dah la tempat duduk aku ni dekat depan tandas. Aku memesan makanan paling murah nasi goreng kampung. Makanan lain set korean dan western agak mahal.

Minuman sampai dulu.. Aku layan fon sambil ambil sikit gambar. Tak sabar nak ambil gambar makanan. Sebenarnya aku lebih kepada nak rasa sedap ke nasi goreng kampung di restauran ni sebab nasi goreng kampung bapak aku dah terpaling sedap.

Sekali aku tengok couple tu dapat dulu makanan set western. Kan aku sampai dulu… Mungkin menu dia senang nak buat cepatlah. Eh, ada pelanggan lain datang kemudian pun dah dapat makanan. Sabar, layan jelah fon, tempat ni sejuk je dengan alunan muzik yang menenangkan.

Air pun nak habis, couple tadi pun dah balik. Aku pun panggil lah pelayan tu. Kenapa tak dapat lagi makanan dah lama ni. Katanya baru letak nasi tak masak lagi. Aku macam nak nangis. Kau ingat aku ni banyak masa ke nak tunggu nasi panas tu sejuk.

Aku rasa panas tapi boleh senyum tanya tak buat lagi ye. Ye. Kalau kau tahu tak nak buat hidangan nasi goreng kenapa letak dalam menu! Kau nak tunjuk ada 100 menu sedangkan separuh tu tak cekap pun! Aku marah dalam hati je.

Bukan apa aku lapar. Aku pun kata, sebenarnya saya nak balik awal ni boleh cancel ke order ni. Dia kata boleh sebab tak buat lagi. Aku tengok dia macam tak rasa bersalah pun buat aku tunggu lama. Aku pula yang rasa bersalah sebab masuk restaurant bukan taraf aku.

Aku pergi kaunter nak bayar air dan kata makanan tak ambil. Macam malu pun ya sebab tak dapat apa yang diharap. Aku keluar dan berjalan pulang. Aku rasa kecewa tapi aku tak salahkan mereka, mereka sibuk dan terlepas pandang aku yang seorang ni. Yang terasing.

Kemudian mulalah fikir jauh… Mungkin aku akan terasing di bumi sendiri. Tengok bangsa lain lebih maju menakluk dunia. Juga aku pun macam dipulaukan oleh keluarga sendiri. Andai ibu ayah tiada masihkan ada silaturrahim yang baik antara kita.

Aku rasa kalau aku kaya je baru orang nak pandang nak dekat. Syukur aku masih memikirkan pandangan Allah. Belum tentu apa yang kamu suka itu baik dan apa yang kamu benci itu buruk. Andai benda buruk dilihat baik, menjadi rebutan.

Boleh jadi itu ujian iman. Di akhirat kelak tetaplah sendiri menerima kita amal tiada sempat peduli ahli lain. Semoga nanti.. Allah pilih aku untuk cepat masuk Syurga kerana sabarnya aku kurang nikmat dunia. – Oo (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Hmaishah humairah : Hi, saya pum macam awak masih macam awak. Kadang – kadang kita ini tidak terlalu introvert dan tidak terlalu extrovert. Nak berkawan tapi malu. Nak bergaul tapi segan nak mulakan pergaulan. Kita ingin social life, but we too timid to get started.

Antara masalah orang macam kita adalah self confidence. Btw. Circle yang bagus sebenarnya boleh dijumpai. Macam saya saya kerapkan diri ke masjid, selain beribadah, saya make new friends. Tapi selain ke masjid, banyak lagi tempat lain yang ada manusia baik – baik untuk berkawan.

Ouh ya di fb sekarang pun banyak grup support introvert dan mental health malaysia. Apa – apa pun. Jangan rasa down. Saya bukan pakar kaunseling jadi saya tak reti nak bagi nasihat. Yang penting, nilai harga diri awak tak seperti yang awak fikirkan.