Lebih 4 tahun tunggu rumah impian kami siap, tapi akhirnya dia duduk dengan isteri baru

Pada bulan ini, genap 4 bulan saya berstatus sebagai janda. Diceraikan kerana seorang “janda”. Selama 8 bulan saya pertahankan rumahtangga kami selepas mengetahui bekas suami curang dengan seorang janda. Akhirnya, saya terp4ksa melangkah pergi..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua pembaca yang setia. Saya kenalkan diri saya sebagai Ika (bukan nama sebenar). Pada bulan ini, genap 4 bulan saya berstatus sebagai janda. Diceraikan kerana seorang “janda”.

Apa yang merisaukan saya ketika ini, kesilapan yang saya telah lakukan ialah berkongsi loan bersama bekas suami untuk membeli rumah. Ketika membeli rumah itu pun kami masih muda dan tiada siapa sangka jod0h kami sampai di sini selepas 6 tahun berkahwin.

Kami berkahwin di usia yang muda. Selepas habis belajar dan mendapatkan pekerjaan kami terus berkahwin. Memang susah senang bersama, menyewa di rumah flat dan hanya berkereta kancil.

Selepas usia perkahwinan ke tiga tahun, kami masih belum dikurniakan zuriat walaupun saya sudah berjumpa dan melakukan beberapa rawatan tetapi masih belum dikurniakan zuriat.

Tetapi alhamdullilah, Allah SWT mengurniakan kami rezeki membeli rumah sendiri diusia muda sebelum berumur 30 tahun dan kami menganggap itu adalah rezeki Allah SWT walaupun belum dikurniakan zuriat.

Hampir 3 tahun kami menunggu rumah idaman kami siap. Banyak duit kami keluarkan bersama. Semua kami bayar secara sama rata. Termasuk kereta baru yang dia beli. Tetapi kereta idaman “H” dia itu di bawah nama beliau. Pandaikan.. tetapi nama saya sebagai penjamin.

Pada tahun lepas, kami mendapat kunci dan telah ubahsuai rumah mengikut apa yang dirancang selama ini.Tetapi, rezeki saya hanya dapat duduk di situ hanya sebulan lebih.

Selepas bercerai, saya mengambil keputvsan untuk keluar dari rumah itu kerana saya tidak mampu untuk membayar walaupun mencari penyewa lain untuk duduk bersama. Dengan berat hati, saya melangkah keluar dan berpindah ke rumah flat yang jauh lagi murah.

Selepas berbincang, bekas suami membuat perjanjian antara kami yang rumah itu akan disewa dan dijual apabila harga meningkat. Rumah itu masih baru dan tidak mendapat pulangan yang tinggi kalau dijual sekarang.

Masalah sekarang, dia baru berkahwin dengan perempuan yang sanggup merobohkan rumahtangga kaum hawa sendiri masa PKP baru ini. Dan semestinya mereka duduk di situ. Apabila datang em0si yang masih tidak stabil ini, betapa s4kitnya rasa.

Rumah harta sepencarian bersama dikongsi bersama orang yang tiada kaitan dengan usaha kami selama ini. Malah memusn4hkan rumahtangga kami dengan bangga sekali. Sudahla saya diani4ya oleh mereka, saya terp4ksa memulakan hidup baru dari bawah semula.

Betullah orang kata, lelaki diuji bila mereka senang. Selama 8 bulan saya pertahankan rumahtangga kami selepas mengetahui bekas suami curang dengan seorang janda. Akhirnya, saya terp4ksa melangkah pergi.

Bagi saya, kenapa kita hendak teruskan hidup kita dengan orang yang tidak menghargai kita. Percayalah, Kita ada ALLAH…

(Kalau saya kongsikan dengan pembaca mengenai kisah penceraian ini mesti yang ramai akan s4kit hati.. biarla saya simpan sendiri. Saya hanya perlukan doa kalian untuk mendoakan saya supaya kuat dan terus kuat.)

Saya ada bertanyakan pendapat peguam syarie dan semestinya untuk membuat tuntutan harta sepencarian dan nafkah iddah memerlukan kos yang tinggi.

Sesungguhnya, saya sangat berharap bekas suami dapat menunaikan janji yang dia telah katakan pada saya untuk menyelesaikan ia secepat mungkin.

Saya harapkan kalian dapat doakan saya supaya tidak diani4ya lagi. Kesimpulan yang saya boleh kongsikan, “Joint loan” bersama pasangan ialah satu kesilapan. Pesanan saya, para isteri perlu mempunyai pekerjaan sendiri dan simpanan kewangan sendiri. Doakan saya kuat. – Ika (Bukan nama sebenar)

Sambungan…

Alhamdullilah selepas nasihat dan kata-kata positif dari pembaca pada artikel saya yang sebelum ini.

Saya sudah pun mengambil tindakan untuk menuntut hak – hak saya di mahkamah. Saya terp4ksa mengunakan duit pinjaman yang disimpan untuk menunaikan umrah.

Tetapi saya yakin rezeki ke umrah masih ada selepas ini.

Saya telah melantik peguam syariah untuk tuntutan harta sepencarian dan sekarang masih dalam proses sulh iaitu proses pendamaian cara baik tanpa proses perbicaraan.

Doakan urusan saya dipermudahkan dan diselesaikan secara baik.

Saya dengan rela hati melepaskan rumah yang kita beli bersama kerana saya tidak mampu untuk membayarnya tapi saya yakin dengan ketentuan Allah. Apa yang penting selepas ini hati saya sem4kin tenang.

Engkau duduk la dengan isteri barumu yang pernah dulu dengan angkuh berkata padaku yang dia tidak ingin sama sekali duduk di rumah itu. Sekarang, kau sudah berbahagiakan.

Wahai peramp4s, Engkau sudah dapat memiliki bekas suamiku, Engkau juga sudah memiliki rumahku, Engkau juga sudah memiliki keluarga mentuaku…

Engkau berbahagialah diatas pend3ritaan orang lain. Tapi aku sudah redha dengan pengani4yaan kamu berdua. Tapi untuk melupakan tidak sama sekali.

Disini saya Ingin membuatkan sebuah nota untukmu wahai bekas suami ku:

1) Alhamdullilah, hidup aku kini lebih bahagia tanpamu. Hidup aku selama 7 tahun di kongk0ng olehmu. Tidak boleh keluar atau berjumpa dengan kawan – kawan walaupun dengan Kawan baikku sendiri.

Hidup aku selama ini hanya dik0rbankan untuk mu. Sekarang, aku bahagia sangat. Ramai kawan – kawan aku kembali mencariku.

Dari kita bercerai, masa aku sangat terhad dengan aktiviti bersama kawan – kawan dan keluarga. YaAllah aku sangat bahagia dan aku baru tahu yang kita sepatutnya menyayangi diri sendiri

2) Aku boleh berdikari tanpa engkau wahai bekas suamiku. Dulu engkau selalu mengh1na aku dengan mengatakan aku tidak pandai berdikari disebabkan aku tidak berani membawa kereta.

Alhamdullilah, selepas 10 tahun aku tidak berani memandu kini aku mempunyai kereta sendiri dan aku sudah buktikan ketika aku hadirkan diri ke mahkamah dengan membawa kereta sendiri.

3) Aku mampu teruskan hidup walaupun seorang diri di kota KL ini sedangkan engkau yang tidak mampu berseorangan. Belum habis iddahku, engkau sudah pun berkahwin.

Sebab apa aku mampu, sebab aku sentiasa yakin Allah SWT ada bersamaku. Aku diuji beseorangan di KL Ketika PKP dan sehingga sekarang aku masih sendiri.

Jika aku lemah imanku, aku mungkin hampir menjadi giIa tapi Alhamdulillah Allah sentiasa ada bersamaku.

4) Alhamdullilah sangat – sangat di sebalik ujian ini aku sem4kin dekat dengan Penciptaku. ALLAH YANG MAHA BESAR. Selama perkahwinan kita, aku selalu alpa dengan amal ibadatku.

Walaupun solat akan aku cukupkan 5 kali sehari tapi bila kita keluar ke mana – mana pasti aku akan meninggaIkan solat aku dengan alasan sebab dalam keadaan tidak bersih dan pentingkan makeup ku.. ALLAHUAKBAR..

JahiI sangat aku rasa diri ini.. Tapi Sekarang alhamdullilah, ke mana – mana aku pergi sekarang ini, perkara yang amat aku pentingkan adalah solat walaupun aku di dalam hutan (bukan niat ri4k).

Alhamdullilah, dulu aku sangat susah untuk aku bangun tahajud menyerah diri padaMu walaupun aku diuji bermacam – macam dugaan.

Ketika di duga dengan bekas suamiku tapi aku somb0ng dengan Allah untuk bangun tahajud meminta pertolongan daripadaMu.

Tapi sekarang, alhamdullilah aku hanya tidak bangun untuk bertahajud ketika aku dalam keadaan kotor. Alhamdullilah, aku masih dalam usaha perbaiki diri aku. Solat dan Al-quran peneman diriku.

5) Kini, banyak benda yang aku sudah berjaya buat. Aku sudah berjaya mendaki gunung yang tertinggi di sebuah negeri tau..

Aku sudah boleh buat dan cari hobi – hobi aku yang selama ini disekat oleh mu. Aku bebas bertemu dengan kawan – kawanku dan bercuti dengan mereka dan juga bersama keluarga tercintaku.

Dulu, aku memang tidak ada “me time” langsung. Bagi engkau, aku hanya ada kau dekat dunia ni. Kau r4cun fikiran aku.

Padahal, aku hanyalah h4mba untuk mu. Semua kerja rumah aku yang buat. Sikit pun engkau tidak membantuku. Tapi sekarang aku bebas dan bahagia dengan caraku. ALHAMDULLILAH YA ALLAH.

6) Pasal anak pula, aku sekarang tidak lagi senegatif dulu. Dulu aku pasti sedih bila datang kotor.

Dulu aku selalu menangis dan tertekan dengan manusia yang selalu bertanyakan berkenaan zuriat. Walaupun di perut aku masih ada parut pembed4han untuk usaha mendapatkan zuriat bersamamu.

Ia sentiasa akan menjadi kenangan. 6 tahun aku diuji tiada zuriat bersamamu. Aku selalu menangis dan menyalahkan Allah. Tapi hanya aku seorang yang berusaha.

Engkau mintak tempoh 3 tahun untuk tidak meneruskan perubatan dengan doktor dengan alasan engkau Ingin mencapai impian kau untuk menjadi seorang bodybuilder.

Badan kau penuh dengan ster0id. Aku seorang sahaja yang masih berusaha dengan mengambil pelbagai jenis suplimen untuk mengandung.

Tapi aku percaya ini hikmahnya aku tiada zuriat dengan engkau. Dan sekarang aku dapat tahu yang wife baru kau sudah mengandung, bunting pelamin katanya.

Mesti engkau dan peramp4s itu banggakan. Aku masih ingat perempuan itu pernah mengh1na aku disebabkan aku tidak boleh bagi zuriat padamu.

7) Berkenaan rumah pula, sekarang engkau dan wife baru engkau yang duduk di rumah yang kita sama – sama tunggu dan beli pada tahun 2016. Lamakan kita tunggu tapi akhirnya rumah itu engkau dan wife engkau yang duduk.

Tapi tidak mengapa sebab bagi aku itu semua duniawi. Aku sudah redha walaupun hati aku kadang – kadang s4kit saat aku melalui rumah itu.

Maklum la dekat sangat dengan rumah sewa aku sekarang. Tapi aku sangat gembira walaupun aku hanya duduk di rumah sewa, rumah tanpa lift, rumah kos rendah tapi aku bersyukur.

Rumah sewa aku sangat selesa dan lawa sebab aku sudah deco macam mana aku nak deco dekat rumah kita itu. Jiran – jiran dan suasana sekitar rumah sewa aku sangat tenang berbanding rumah yang kita pernah sewa dulu.

Ada sahaja ujian dengan jiran – jiran sehinggakan engkau pernah berg4duh dan hampir bertumbvk.

8) Alhamdullilah, aku mempunyai seekor kucing sebagai penemanku. Dulu engkau tidak suka aku membeIa kucing. Hampir tiap hari berg4duh disebabkan kucing. Sekarang kucing itula peneman diriku.

9) Akhir sekali, aku ingin mengucapkan ribuan Terima kasih kerana pernah menyayangi diri ini.

Terima kasih juga kerana pernah mengh1na diriku, membuka a1bku, memburuk-burukkan aku dan memandang rendah pada diriku. Ini semua membuat aku lebih kuat dan menghargai diri aku sendiri.

Banyak sangat hikmah di sebalik ujian dan keperitan hidup yang aku lalui. Tapi sem4kin hari aku sem4kin kuat. Cuma kadang – kadang aku juga rebah dan aku menangis.

Tapi sering aku ingatkan pada diri sendiri jangan menangis lama – lama. Bangkit dan bila kita rasa lemah ingat ada lagi orang yang diberi ujian yang jauh lebih hebat dari kita.

Wahai kaum hawa di luar sana. Apabila kita diberi ujian dalam rumah tangga, bangkitlah untuk diri sendiri, perbaiki diri dan sentiasa ingat Allah SWT sentiasa ada dengan kita.

Dan kaum hawa di luar sana, jika engkau diuji dengan suami orang, ingatlah semula yang itu semua PILIHAN. Cuba tempatkan diri kita di tempat si isteri atau kaum kita sendiri tu. Betapa s4kit dan terIukanya hati mereka.

Untuk bekas suamiku, semoga engkau dapat capai kebahagian yang engkau inginkan pada wife engkau sekarang.

Aku ingat lagi ayat – ayat engkau padaku yang perempuan itu ada semua yang engkau inginkan. Janganlah lepas ini engkau masih mengani4ya perempuan lain pula.

Sentiasa bersyukur dengan apa yang engkau ada. Engkau sudah memiliki rumah, sudah memiliki kereta H, sudah memiliki wife baru dan tidak lama lagi memiliki cahayamata. Sentiasa la bersyukur ye.

Para pembaca semua, doakan saya terus kuat untuk meneruskan kehidupan ini. Terima kasih. – Ika (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Afifah Sumayyah Mohmad Nawawi : Bersyukurlah terlepas dari suami yg tidak tahu menghargai. Kadang hidup sendiri itu lebih tenang dan bahagia dari terus berada dalam pkahwinan t0ksik. Bersangka baik ujian itu tanda Allah sayang. Moga bahagia selalu confessor aamin.

Masliza Mohamad Aini : Alhamdulillah aku bangga dengan kau, Kau wanita terhebat… Dah tak perlu nak nangis – nangis. Kau sabar dan redho rezeki akan datang mencurah – curah. Ingat, tak  semua yang kita nak baik untuk kita. Dan tak semua yang kita tak nak itu tak baik untuk kita. Ini namanya proses kehidupan. Best kan tenang hidup dapat tahajud. Beruntung sangat diri kau. Sayangi dirimu…

Nick Ukhty Fillah : Tahniah sis. U move on bersama Allah. Tahajud bukanlah sembarangan. Hanya yang terpilih sahaja mampu melakukannya. Be strong sis, satu je saya mohon, sis tuntut harta sepencarian, biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Jangan biar dia pijak sis sekali  lagi.

Leasha Delysha : Hikmah di sebalik perceraian, saya pernah lalui, disebabkan benda yang sama. Alhamdulilah lepas cerai saya lebih bahagia bersama anak – anak, me time bersama kawan – kawan melancong ke sana sini, deco rumah cantik – cantik, sentiasa berpikiran positive ya puan jangan bandingkan kehidupuan puan dengan bekas suami tu. Kalau boleh sila menyewa rumah yang jauh sikit dari rumah bersama puan dengan bekas suami.

Rafidah Sahadad : Pendapat saya. Teruskan dengan tindakan undang – undang. Jangan percaya lagi dengan janji manis pihak bekas suami. Bersabarlah sis. Saya doakan sis terus kuat dan dikurniakan kebahagiaan hingga syurga.

Apa kata anda?