Lepas 5 kali czer, abg terus ceraikan kak ipar. Mula2 aku sokong abg rupanya mak bagitahu hal sebenar

Mak aku punya takut kakak ipar mer0yan masa pantang, dia sendiri jaga kakak ipar aku masa pantang. Bayangkan Kakak ipar aku ni dah 5 kali czer sebab abang aku lepas yang 3rd czer tak kasi ik4t. Satu hari, mak mertua aku dapat tahu tentang masalah ni, menyirap d4rah aku tak tahu nak letak muka kat mana..

#Foto sekadar hiasan. Alkisahnya, abang aku ni baru bercerai. Abang aku ada 6 orang anak. Dah kahwin dalam 13 tahun dengan kakak ipar aku. Aku ni tak ambil tahu sangat pasal rumah tangga orang. Aku sangat terk3jut bila dengar abang aku bercerai sebab sebelum ni aku tengok relationship diorang macam bestfriend dan abang aku banyak rely on kakak ipar aku dan abang aku sangat sayangkan anak – anak dia.

Aku pon tanya mak aku kenapa abang aku bercerai padahal kakak ipar aku baru lepas beranak czer anak kembar bongsu diorang. Kalau tak bahagia takdelah anak sampai 6 orang. Tup tup rupanya abang aku ni curang dengan kakak ipar aku.

Malah masa kakak ipar aku tengah sarat mengandung kembar dia str3ss sampai kena tahan admit hospitaI beberapa kali. Kakak ipar aku ni dah 5 kali czer sebab abang aku lepas yang 3rd czer tak kasi ik4t. Aku nak tahu sangat, jadi aku koreklah cerita pasal apa jadi dengan abang aku ni.

Abang aku ni ada skandal dengan N, janda anak dua keje satu company dengan abang aku. Abang aku ni pangkat besar gaji berbelas ribu. Rupanya skandal diorang ni nak dekat lebih dua tahun masa konon – konon abang aku ni nak sambung PHD.

Ni pun sebab pengaruh kawan yang duk cucuk kata abang aku lebih dari layak untuk poIigami.  Nak dijadikan cerita abang aku ni sampai berhari – hari tak balik rumah, explain pape pon takde kat kakak ipar aku. Kakak ipar aku tak boleh tahan (mana ada bini boleh tahan kalau kena layan macam ni), so kakak ipar aku bawak kes ni ke mahkamah.

Abang aku marah giIa kata jatuhkan air muka dia. So since then, dia memang tak peduli langsung kat kakak ipar aku. Kakak ipar aku nak beranak pun dia tak masuk teman. Kakak ipar keluar wad pun adik lelaki aku yang tolong setelkan.

Abang aku boleh dia pegi melancong plak dengan N pergi Bandung masa kakak ipar aku tengah pantang. Mak aku memang dah tau cite abang aku ni, dah jenuh nasihat dah. Mak aku punya takut kakak ipar aku mer0yan masa pantang so mak aku sendiri jaga kakak ipar aku masa pantang.

Bila jadi isu masalah abang aku ni, mak aku sedih sangat bile tengok muka kakak ipar aku dan cucu dia. Kakak ipar aku ni punyalah sabar dengan per4ngai abang aku tapi sampai dua kali kena cerai dengan abang aku. Aku ni macam neutral je mula – mula.

Aku tak nak dengar dan terpengaruh dengan cerita dari mulut orang lain. Aku tunggu masa je nak tanya sendiri abang aku. Tapi cerita pasal abang aku dengan si N ni sampai ke telinga mak mertua aku. Ni sebelum dia suarakan kat kitorang yang dia nak kahwin.

Ada cousin husband aku yang satu opis dengan abang aku bagitahu mak mertua aku yang abang aku kahwin dua. Menyirap d4rah aku tak tahu nak letak muka kat mana sebab aku kalau boleh masalah abang – abang aku ni, aku tak nak family husband aku tahu.

Kalau ikut mak aku dia tak nak jumpa pon dengan N. M4ti – m4ti tak nak jumpa. Tapi aku pujuk mak aku sebab takleh lah tolak mentah – mentah sebelum kenal orang tu. Aku faham je perasaan mak aku masa tu. Mak aku memang sayang kat kakak ipar aku dan dia sendiri tengok macam mana mend3ritanya kakak ipar aku hidup dengan abang aku.

Dan macam mana putvs harapan dia nak teruskan hidup lepas 2 kali kena cerai ngan abang aku lagi – lagi lepas dia beranak. Dia sendiri tengok macam mana N h4ncurkan rumahtangga abang dan kakak ipar aku. Kakak ipar aku teruskan jugak untuk kuat demi anak dia 6 orang.

Malam tu aku call abang aku kata mak aku nak jumpa N dan aku direct tanya kat abang aku betul ke dia dah kahwin senyap – senyap dengan N. Aku sangat terkilan sebab abang aku tengking aku dan nampak dia sangat defensive macam ada buat salah.

Dia tengking aku kata mana boleh nak tiba – tiba bawak anak d4ra orang entah pegi mana – mana. Nak kena tanya mak N dululah boleh bawak ke tidak jumpa mak aku. Aku kata bawak je jumpa kalau betul nak kahwin. Masa N datang, kitorang layan macam biasa je.

Aku ngan adik aku beriya masak. Mak aku pun okei je layan dia dan tanyalah soalan yang dah lama kitorang nak tanya. Ikut kata N dia kenal abang aku lepas abang aku cerai dalam 6 bulan camtulah. Dia sump4h dia tak kacau rumahtangga orang sebab dia tau d0sa pahala katanya.

Dia kata abang aku yang bersungguh – sungguh sangat nak kat dia dan dia bukan kejar duit abang aku pun sebab dia sendiri cari duit buat keje sambilan jadi jurumekap. Walaupun kitorang semua dah tau cete si N ni saja jelah nak dengar dari mulut N sendiri.

Bila nak balik tu N tanya mak aku boleh ke tak mak aku restui perkahwinan diorang, mak aku tak jawab so N nangis dan cakap kat abang aku takyah tunang dan cancel lah kahwin so abang aku panggil mak aku pegi dapur dan ugvt mak aku cakap “takpe ma, takpe ma”.

Kebetulan pulak dalam bulan 2 adik perempuan aku nak kahwin, mak aku tak nak menjejaskan masa depan adik aku sebab abang aku kena jadi wali so mak aku macam rela dalam p4ksa ikut kehendak abang aku. Aku ada waktu tu tengok drama mak dengan abang aku.

Tiba hari adik perempuan aku nak kahwin abang aku tak balik – balik. Mak aku dah risau so mak aku call abang aku sambil nangis merayu dengan abang aku suruh dia balik sebab dia kena jadi wali esok sampai mak aku call tok kadi tanya macam mana nak buat kalau abang aku tak dapat jadi wali.

Abang aku berkeras taknak balik sebab dia tak dapat jumpa anak – anak dia. Aku dalam hati kata selama anak kau depan mata kat rumah kau boleh pulak tak balik berhari – hari. Geram hati aku. Katanya ex wife dia bawak lari anak dah sebulan tak jumpa anak.

Padahal kakak ipar aku on the way balik rumah just jalan jem sebab cuti raya cina. Sampai rumah pun nak dekat subuh. Sampai ke subuh lah mak aku menangis dengan per4ngai abang aku. Adik perempuan aku lagiIah sedih sebab abang sendiri sanggup buat camtu kat dia.

Masa tu, aku yang mulanya neutral je dengan keputvsan abang aku mula rasa dan nampak per4ngai abang aku dah sangat lain. Sebelum ni abang aku sangat mengutamakan mak dan selalu tolong adik beradik dia sebab dia yang sulung.

Abang aku seorang yang bertangungjawab dan ringan tuIang tapi boleh nampak dia dah berubah sejak dengan N. Mak aku sejak peristiwa tu sangat terkilan dengan abang aku. Sejak hari tu mak aku hari – hari nangis. Aku takleh tengok mak aku camtu takut pulak nanti dia jatuh s4kit.

Mak aku ni dah selalu sangat berendam air mata pasal masalah – masalah anak – anak lelaki dia tambah lagi kes abang aku ni. Oh lupa aku nak cerita, mak aku pegi jugaklah merisik N dengan bapak dan mak sed4ra aku. Masa merisik tu mak sed4ra aku saja tanya berapa tahun dah kenal abang aku, family N jawab dah dua tahun.

Mak sed4ra aku tr1ggered sebab N dan abang aku kata baru kenal 6 bulan lepas bercerai sah – sahlah kena tipu padahal kalau ikut dua tahun tu abang aku masih lagi suami orang. Mak sed4ra aku faham perasaan mak aku so dia kata kat mak aku biar mak sed4ra aku yang sorang lagi yang sarung cincin.

Mak aku ikut je cakap mak sed4ra aku tu. Bila aku tengok mak aku asyik sedih macam tu so aku tanya lah mak aku kenapa sedih macam tu sekali rupanya mak aku makan hati dengan abang aku. So aku pun wassap abang aku kata mak aku macam takleh nak merestui abang aku dengan N sebab mak aku rasa abang aku dah berubah sejak kenal N dan dia kesian sangat tengok cucu dan menantu dia.

Lepas aku wassap camtu abang aku decide untuk cancelkan wedding tu. Lepas abang aku dah bagitau N, N terus hilangkan diri sampai family N cari dan bertalu – talu tanya abang aku mana N sebab anak – anak dia dah menangis cari dia seharian tak balik rumah.

Abang aku serba salah. Lepas kejadian tu N wassap mak aku, aku sangat – sangat terk3jut baca wassap N, N h1na mak aku dan rendah – rendahkan ibadat mak kata tak guna kalau ke mekah madinah pun mak aku pergi untuk beribadat tapi nikmat tak dapat dan jiwa mak aku tetap kosong.

Katanya lagi mak aku tolak perkahwinan yang menjadi sunnah rasullulah dan tolak qada dan qadar. Dia cakap lagi setakat nak jaga anak – anak abang aku dia ikhlas malah mungkin lebih baik dari ibu kandung mereka sendiri.

Katanya lagi kakak ipar aku yang tak pandai layan suami dia. N cakap lagi kalau mak aku taknak abang aku bahagia mak aku teruskanlah keputvsan batalkan perkahwinan diorang. Mak aku pendam je dalam hati tak nak besarkan perkara dan taknak bagitahu abang aku sebab abang aku dah decide untuk cancel tapi aku tak boleh tahan orang h1na mak aku camtu.

Tak pernah seumur hidup mak aku, orang h1na dia macam tu lebih lebih lagi bakal menantu. Aku forward wassap N tu kat abang aku supaya abang aku boleh nampak sendiri per4ngai N yang hilang adab dengan mak aku.

Bagai mencurah air ke daun keladi, abang aku back up N katanya N tengah marah sebab wedding dia kena cancel so dia lepas geram. Bagi aku cara N salah sebab bukan dengan wassap begitu dia nak pujuk orang untuk terima dia malahan membuatkan mak aku bertambah tertutup hati dia.

Mak aku ni seorang yang lembut jiwa dia kalau dipujuk dan tunjukkan keikhlasan hati mungkin hatinya lembut. Mak aku nekad, dia nekad nak hentikan segala drama antara N dan abang aku, dia call N untuk bagitahu nak hantar wakil terangkan kat mak dia secara formal yang perkahwinan dibatalkan dan mak aku minta elok – elok untuk tak teruskan hubungan dengan abang aku.

Tak sampai 5 saat, abang aku call mak aku tengking dan tanya kenapa mak aku call N. Aku ada dekat situ dan sangat terk3jut macam mana abang aku boleh tinggikan suara dekat mak aku. Tak habis kena tengking dengan abang aku dan wassap dari N tu esoknya N wassap lagi mak aku.

Katanya dia tak akan maafkan mak aku sampai bila – bila sebab dia rasa terani4ya dan dimaIukan. Dan katanya jugak bukan tempat mak aku untuk doakan j0doh yang baik untuk dia malahan doa mak aku dihijab. Mak aku s4kit d4da malam tu berterusan hingga ke siang.

Bawa jumpa doktor check jantung alhamdulillah okay takde libatkan jantung. Aku forward wassap N yang kedua tu kat abang aku. Pastu suruh abang aku minta maaf dengan mak aku sebelum terlambat. Abang aku block wassap aku.

Aku buntu so aku suruh husband aku nasihatkan abang aku. Abang aku masih lagi pert4hankan N dan katanya wassap – wassap N tu tak ubah apa – apa. Katanya mak aku yang bersalah. Bukan setakat tu je, abang aku jugak mintak ganti rugi dari mak aku sebab dia cancelkan wedding tu dalam 10k lebih.

Mengucap aku baca wassap abang aku. Dah macam si tanggang versi moden dah aku tengok. Belakangkan mak semata seorang perempuan. Mak yang dah lahirkan dan besarkan dia sehingga dia berjaya sekarang ni. N pun berani h1na dan hantar wassap macam tu dekat mak yang lahirkan orang yang dia giIa sangat nak kahwin.

Aku sayangkan abang aku ni. Aku berjaya pun sebab dia banyak tolong aku dan adik beradik aku yang lain. Tak salah dia nak cari bahagia yang lain sebab aku pun tak berada dalam situasi dia dan tak tahu apa dalam hati dia walaupun aku rasa bahagia itu datang dari hati yang tenang dan bersyukur bukan semata dah boring dah tak cantik kau cari yang lain.

N dengan bekas kakak ipar aku ni memang ada iras cuma N ni versi kurus dan muda sikit dan pandai melawa. Aku tak nak abang aku menyesal je lagi sekali sebab salah pilih pasangan hidup. Bagi aku restu mak ayah tu penting untuk kita hidup bahagia.

Mak ayah tu kadang – kadang nak yang terbaik je untuk kita. Ada hikmah jugak mak aku tak dapat nak restui hubungan N dan abang aku sebab dah nampak watak per4ngai N yang sebenarnya cuma abang aku je yang masih buta.

Betullah naluri seorang mak tu. Sampai ke hari ni abang aku tak jenguk pun mak aku. Ikut kata bekas kakak ipar aku dia ada balik jenguk anak – anak dia dan bagi hint nak balik dengan bekas kakak ipar aku tapi kakak ipar aku taknak pisang berbuah dua kali sebab dia tengah fasa nak move on dan selagi abang aku tak putvskan hubungan dengan N selagi tu dia taknak percaya janji manis abang aku.

Dan aku dengar N pulak masih lagi duk pujuk abang aku untuk kahwin dengan dia. Walahuallam. Aku dah taktahu macam mana lagi nak buat dan sedarkan abang aku tu. Aku dah mintak tolong bapak sed4ra aku untuk call untuk nasihatkan dia tapi tak pernah angkat.

Aku nak abang aku bahagia tapi bukan dengan N. Dan aku mintak N move on dan teruskan kehidupan dia dan tak kacau family dan abang aku lagi. Ikut hasutan sy4itan aku rasa macam nak viraIkan je wassap yang N hantar kat mak aku.

Supaya satu dunia tahu per4ngai N dan supaya orang tahu bahawa cantik perempuan bukan di muka tapi di hati tapi aku tahu buat camtu takde faedahnya dan nanti lebih kepada membuka pekung di d4da sahaja. Aku doa sangat abang aku jumpa j0doh yang baik – baik supaya dia bahagia.

Doakan abang aku tahu kat mana syurga dia sebab dalam hal ni memang dia yang perlu kena tahu nak pilih mak dia atau N. Camne lagi nak bukak mata dan nasihatkan abang aku ni? – Lana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Wan Nurul Izzaty : Pergh speechless aku. Dengan exwife 3 kali czer tak bagi ik4t, beranak kembar kena czer lagi. Curang pulak. Kat situ dah nampak selfish dia. Awak jaga je mak dan kakak ipar. Abang awak tu biar je ke laut dengan N. Melingkup ke apa nanti pandai – pandai la dia. Ha mana wasap N?

Syazwani Bohari : Tolong jagakan kakak ipar awak tu elok – elok ya. Banyak peng0rbanan dia untuk family abang awak. Mengandung tu sendiri dah susah, apatah lagi czer 3 kali. Please keep supporting her. Semoga Allah permudahkan

Zulfarina Zulkifli : Biar Allah ajar abang kau tu cukup – cukup. Cukup pakej derh4ka, tak bertanggungjawab, bertuhankan nafsu. Tak lama tak cepat. Tak jauh tak lambat. Allah biar dia h4nyut sebelom nak kena sembam ke tanah muka nanti kot h4ncur berkecai.

Ikotkan cerita ni. Memang nak m4ki sebab derh4ka. Besar lagi pangkat pompuan tu dari mak sendiri apetah lagi isteri beliau yan nak dipandang. Aku doakan Allah tarik semua nikmat – nikmat yang dia miliki satu per satu hilang.

Semoga Allah murahkan rezeki kak ipar awk yang sabar diani4ya dilayan seperti robot proses anak dan dibuang sesuka hati. Semoga mendapat habuan dia di dunia untuk orang – orang seperti ini. Ameen ya ALLAH.

Nur Ana : Itu pilihan abang sis. Biarkan je. Dia dah dewasa dan mungkin jugak dah tua. Kalau dah ada 6 anak kan. Kita semua nampak tak betul kan? Even orang luar pon nampak tak betul. Tapi abang sis takkan nampak. Sebab buta. Bukan abang sis je. Ramai je anak yang buang mak bapak sebab pasangan hidup. Kita tunggu dan lihat je.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Shopee Free Shipping : https://shp.ee/ty2vbpz | Apa kata anda?