Lepas aku belanja mak aku ikan b4kar RM70, aku dengar isteri mengadu dekat mak dia

Sebelum kahwin aku tak tahu isteri anak orang kaya. Baru – baru ni aku punya perniagaan jatuh. Aku minta tolong dekat ayah aku sebab dia dapat duit pencen, tapi dia tak bagi. Jadi aku terp4ksa gadai semua barang kemas isteri dan pinjam dekat mertua. Satu hari aku dengar perbualan isteri dengan mak dia..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan warga facebook. Aku ni dalam dilema antara bini dan mak aku ni. Serabut kepala aku sorang – sorang fikir jalan penyelesaian. Macam ni, bini aku dari keluarga yang senang banyak dari keluarga aku.

Masa berkawan dulu, dia tak pernah cerita pun pasai ni. Kenal pun masa sama – sama kerja operator kilang. Aku kawan dengan isteri dalam 3 bulan kemudian terus masuk minang. Masa tu baru tahu, mak ai rumah dia, akak abang – abang dia semua kerja yang hebat – hebat.

Bini aku pun ada degree. Kerja kilang sebab tak dapat kerja tetap lagi. Dalam tunang dia dapat kerja tetap padan dengan degree dia. Aku plak tetap dengan kerja operator kilang. Lepas kahwin, kami sewa rumah sendiri. 1 jam saja dari rumah mak ayah aku.

Setiap minggu mak aku akan call suruh aku balik. Sebulan 1 kali ja kami balik rumah mak mertua aku. Aku memang suka balik rumah mak aku tapi aku malu la bila guna kereta bini aku, minyak tol pun bini aku yang bayar. Kalau bawa mak ayah aku keluar jalan – jalan makan pun bini aku yang bayar.

Gaji aku ni bayar rumah dan beli barang dapur sikit ja. Duit makan sendiri pun bini aku tolong topap. Tahun ke-3 kami pindah duduk 1 flat dengan mak aku. Senang nak bawa mak aku pergi jalan – jalan. Masa tu ekonomi aku pun dah stabil.

Aku ada buat bisnes. Baru aku rasa jadi suami sejak guna duit aku semua ni. Gaji bini aku hanya untuk diri dia sendiri ja. Tapi mula bisnes pun modal dari dia la Bila dah duduk dekat – dekat ni, setiap hari mak aku datang rumah atau kami pergi rumah mak aku.

Jalan kaki 3 minit tak sampai. Boleh katakan seminggu dua tiga kali aku bawa mak ayah aku makan. Aku ada dua orang abang dan seorang adik. Semua boleh bawa kereta tapi susah sangat nak bawa mak ayah aku keluar jalan – jalan.

Lepas 6 tahun kahwin, bini aku berhenti kerja, tolong aku buat bisnes. 2 bulan lepas, bisnes aku drop teruk. Kebetulan ayah aku baru dapat duit pencen. Aku minta pinjam duit sikit, tapi tak dapat. Aku sampai gadai semua barang emas bini aku.

Pastu bini aku terp4ksa minta pinjam dekat famili dia. Laju ja mak dia bankin duit untuk kami. Lepas dapat duit, kami balik rumah mak mertua aku selama dua hari. Masa kami balik kampuang isteri mak mertua aku sedih tengok segala barang emas bini dah tak ada.

Balik sini mak aku ajak keluar makan. Aku bawa la pergi makan ikan bakar, kena 70 ringgit ja. Aku bayar. Malam tu aku dengar mak mertua call bini aku sembang dan aku dengar mereka cerita pasal aku bayar makan tadi. Aku pun tegur bini aku sebab mengadu pada mak dia.

Tapi dia ungkit jasa dia dari awal kahwin. Dia kata aku berat sebeIah. Dan dia kata aku boleh belanja famili aku lepas aku tebus semula semua barang emas dia dan bayar hutang mak dia. Kalau tak dia tak akan keluar bersama mak ayah aku lagi.

Aku memang sayang bini aku. Tapi mak aku, syurga aku. Aku tak sanggup dengar mak aku buat ayat sedih sebab anak anak tak mahu bawa dia jalan – jalan lagipun mak aku ni bila jalan – jalan bukan minta makan mahal, bihun sup tepi jalan pun dia telan asal dapat ronda – ronda keluar dari rumah.

Jadi, apa patut aku buat sekarang? Ikut t4rget, kalau bisnes dah ok, dalam 3 bulan aku dapat ambil semua barang emas dan bayar hutang mak mertua aku. Tapi confirm masa tu dah cukup buat mak aku sedih. Aku tak fikir adik beradik lain boleh buat mak aku faham dengan aku. Bini aku tegas.

Bila dia kata sesuatu, memang dia akan buat macam tu. tambah pula ayat mak mertua aku,”bila senang belanja famili dia, bila susah famili dia tak tolong pun.” Min, jangan fikir aku tak kecil hati dengan famili aku. Aku tak dapat nak luah pada sesiapa pun perasaan aku ni.

Aku cuba tak nak burukkan famili sendiri. Aku buang semua negatif thinking. Niat aku cuma nak buat mak ayah aku gembira selagi mereka masih ada. Tapi sekarang aku ada halangan. Bini aku, bini yang sayang aku sangat, bini yang banyak tolong aku. Pening aku terus fikir masalah ni.

Komen Warganet :

Siti Ayu Osman : Kesian baca kisah awak ni tt, tapi dari luahan hati seorg lelaki dan suami awak meletakkn syurga di bawah tapak kaki seorang ibu dan tak sanggup meIukai hati seorang ibu demi seorang isteri. Cinta pada isteri dan peng0rbanan untuk seorang ibu.

Kadang – kadang orang tak faham dilema seorang suami dan anak lelaki, mereka hidup untuk membahagia orang yang mereka sayang. Sampaikan diri sendiri pun dalam dilema. Sebagai anak lelaki tt da buat yang terbaik untuk seorang ibu,walau susah dan tak mampu tapi tetap cuba membahagiakn hati ibunya.

Mungkin tt inginkan doa dan redha dari ibu dalam kehidupan. Tapi tt mungkin terlupa ada hati yang terIuka. Saat susah isterilah yang selalu ade bersama, dia berk0rban segalanya untuk melihat tt berjaya dan tak susah sendiri, tapi dalam masa yang sama dia jaga makan hati akibat sikap tt yang tak adil serta tak endahkan keluarganya yang banyak membantu.

Sebagai seorang anak dalam family yang besar, apa kata tt minta adik beradik lain yang bawa ibu berjalan juga. Masing – masing ambilah peranan sebagai anak, bergilirlah. Bawa berbincang dengan adik beradik yang lain dan terangkan juga keadaan situasi sebenar kepada ibu tt.

Dalam situasi sekarang, ibu tt melihat tt senang dari hasil perniagaan sendiri tanpa fikir yang sebenarnya isteri tt yang banyak berk0rban. Mungkin setelah ibu tt tahu, dia akan faham yang dia tak patut kerap mengajak tt berjalan tanpa tujuan.

Tentang isteri pula, pujuk dan mohonlah maaf darinya. Percayalah hati isteri telah terIuka dan terguris. Jangan biarkan rezeki tt ters3kat kemudian hari. Bawa berbincang dengan isteri dan cubalah tebus semua barang kemas serta selesaikan hutang family isteri secepatnya selepas itu mohonlah maaf kepada keluarga isteri juga.

Hidup ni kita perlu doa dari ibu isteri dan keluarga, redha ibu dan isteri boleh buat kita jadi suami yang berjaya dunia akhir4t, baikilah khilaf dan kekurangan diri. Dan ingtlah, walaupun syurga di bawah tapak kaki seorang ibu tapi saat kita mengabaikn kebajikan isteri dan membuatnya terIuka, ner4ka juga memanggil untuk bersama.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?