Lepas aku kahwin baru, bekas suami mula rebut anak kami. Bila giliran dia ambil anak, dia akan buat report polis sebab anak batuk dan selsema

Bekas suami tuduh aku abaikan anak sebab anak batuk dan selsema. Dia akan buat report polis sebab anak batuk. Ada kesan garu dekat muka anak, dia report kata aku cubit. PukuI 1 pagi, polis datang rumah aku, esoknya JKM datang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, hai aku kenalkan diri sebagai C dan berumur 29 tahun. Orang nak kenal ke tak kenal, aku dah tak kisah. Sebab aku str3ss sangat. Jadi aku perIukan nasihat atau panduan apa patut aku buat.

Wallahi kisah ni sangat panjang, tolong lah jangan kecam kenapa aku cerita detail sedetailnya dalam ni, sebab aku adalah orang yang confess untuk kisah ‘Anak aku lambat bercakap I dan II dan reply kepada binatang bergelar ibu’ kalau tak nak baca cerita yang terlalu panjang ni, tolong lah skip.

Ini semualah kisah benar, jadi silalah judge di mata kalian siapa yang salah, dan berilah nasihat apa patut aku buat. Aku berkahwin 2 kali, kali pertama tahun 2017 dan bercerai pada tahun 2019. Ada seorang anak perempuan yang sekarang 6 tahun.

Untuk pengetahuan, anak aku ni suspect mild autism, tetapi belum buat kad oku atas alasan anak aku boleh membaca. Jadi kalau boleh doktor pakar nak anak aku cuba masuk sekolah biasa tahun hadapan, sebab ciri autism yang ditunjukkan anak aku sangat sedikit. Berubah mengikut keadaan.

Selepas aku bercerai di cheras, aku balik kampung duduk di rumah mak ayah aku di negeri Kedah. Lepas bercerai ni, kami tak buat pun hadhanah konon berbaik la. Tapi anak fully aku jaga. Kadang – kadang dia datang penang untuk ke rumah keluarga dia, baru dia singgah ke kedah untuk tengok anak. Aku bagi saja tak ada masalah

Dua tahun kemudian, aku berkahwin. Bekas suami aku tak tau pun aku nak berkahwin. Sehari lepas aku berkahwin baru, baru dia tau. Itu pun dari gambar whatsapp aku yang aku ubah jadi gambar kahwin. Sebelum aku berkahwin ni, dia masih guna gelaran ‘sayang-abang’ dekat aku sampai sehari sebelum aku berkahwin.

Aku pulak memang dari dulu aku guna gelaran ‘saya-abang’. Dua bulan selepas aku berkahwin, dia pun berkahwin. Aku anggap okay la, aku pun tak pernah tanya pasal hidup dia pun lepas tu. Sebab tak ambik tau. Kami bersembang pun boleh kata fully berkisarkan anak perempuan kami.

Dia nak ambik anak pun aku bagi. Dan time ni aku tanya nak datang ambik bila. Dan aku cuba adjust waktu aku cuti. Contoh dia nak ambik seminggu. Aku bagi waktu aku cuti. Dan aku hantar pun waktu aku cuti walaupun dia dah otw datang kedah baru dia inform.

Aku dan suami akan cuba adjust waktu untuk serahkan anak juga. Ini semua berekod di whatsapp ya. Sebab kami time tu suami isteri berkerja di kilang yang rotate shift. Persengketaan ni bermula ketika aku mengandung anak kedua.

Dia ambil anak dan tak pulangkan. Dia bawak ke cheras tanpa pengetahuan aku. Dan nak ambik lebih dari perjanjian sepatutnya. Aku suruh dia hantar anak, dia cakap lambat sikit sebab masalah kewangan dan masa. Aku dah mula cuak. Jadi aku dan suami ambik cuti terus ke selangor untuk ambik anak.

Bila aku ambil anak. Anak aku mula tantrum. Contohnya dia nak sesuatu aku tak bagi, dia akan meng4muk. Tambahan waktu tidur dia mengingau. Selepas kejadian tu, aku masih bagi kerjasama untuk dia berjumpa anak. Ini memang tak ada sekatan dari aku.

Sampailah, tiba – tiba dia nak ambil anak selama 3 bulan. Aku tak bagi, sebab terlalu lama. Dia cakap alasan aku tak munasabah. Korang tau tak, selepas bercerai, dia paling lama jaga anak pun seminggu. Kalini nak ambik 3 bulan. Memang aku reject.

Rupanya time ni dia nak ke umrah. Mungkin dia rasa dia nak m4ti dah kut, tu yang nak habiskan masa dengan anak. Maaf lah tak ada kata kata yang baik dah untuk bekas suami yang patut aku cakap dah. Lepas tu dia mintak lagi, nak ambik sebulan pulak.

Aku tak bagi jugak. Kemudian dia failkan hadhanah. Okay time ni lah bermula segala d3ndam kesumat dia. Maybe dia d3ndam sebab aku dah berkahwin lain. Tapi, dia pun dah berkahwin lain. Jadi sepatutnya dia boleh move on jelah.

Selepas anak kedua aku lahir, anak yang sulung aku suspect speech delay dan anggapan awal doktor ketika tu, anak aku mild autism. Jadi fikirkan kos sem4kin meningkat untuk hantar pengasuh ketika tu, aku decide untuk berhenti kerja.

Aku mula belajar cara mengajar anak melalui sentuhan dan melalui persekitaran supaya terbit perkataan dari mulutnya. Alhamdulillah banyak improvement untuk anak aku, kamus bahas dia mulai banyak. Jadi tak sia – sia usaha aku ajar anak aku ketika tu.

Dalam masa ni aku tak tahu hadhanah ni tengah berjalan sebab surat tak sampai rumah aku. Sampai lah suami aku berhenti kerja untuk bekerja di Singapore. Jadi berpindah lah kami sekeluarga di Negeri Y. Selepas berpindah di Negeri Y, baru aku dapat tahu tentang hadhanah yang difailkan oleh bekas suami aku.

Tu pun sebab surat tuntutan tu dilekatkan di hadapan pintu rumah mak ayah aku di kedah. Ketika ni, aku dapat tahu aku mengandung. Jadi bermula la episode berulang alik Negeri Y – KL untuk ke mahkamah syariah untuk hadhanah.

Episode pertama dimulakan dengan aku melantik peguam syarie untuk menjawab tentang tuntutan tersebut. Tetapi jawapan itu sangatlah ringkas dan juga salah format. Jadi hakim, meminta aku menjawab semula. Jadi ketika tu aku cuba untuk memohon biro guaman KL.

Ketika itu aku dapat tahu yang bekas suami juga mengunakan khidmat biro guaman. Kes aku diterima juga biro guaman kerana ada merit katanya, jadi kes kami diserahkan kepada panel. Tu pun dapat panel selepas beberapa bulan, jadi aku fikir ketika tu, tak apa lah kalau bekas suami nak jumpa anak.

Jadi aku sendiri yang hubungi anak untuk beri dia tengok anak untuk raya Aidiladha beberapa hari. Kali pertama proses tu alhamdulilah lancar. Dia mula request untuk berjumpa kali kedua. Aku benarkan dengan syarat serahkan sebelum anak mula sekolah.

Tapi sekali lagi, dia tak pulangkan anak, kononnya anak ada rawatan. Di hospitaI disebabkan pengani4yaan dari aku. Bayangkan lah aku time tu pregnant lagi sekali, dan dia cuba lagi kacau emosi aku dengan pisahkan anak.

Aku mer0yan, sebab aku tak ada duit nak ke KL dan suami aku pun tak ada cuti untuk teman aku untuk ke KL. Aku sedih, setiap hari aku menangis. Aku ke biro guaman Negeri Y untuk failkan hadhanah interim, tetapi tak boleh sebab induk hadhanah di KL.

Kalau nak buka fail interim sepatutnya di KL. Tu pun kes bukan terus buka, kena tunggu dua tiga hari, jadi tak kan aku nak bermalam di Luala Lumpur dengan keadaan aku macam ni? Suami aku kerja aku drive kereta ke mahkamah Negeri Y, aku panjat tangga mahkamah Negeri Y tu dalam sarat – sarat pregnant tu, alhamdulilah aku berjumpa dengan peguam yang baik hati.

Dia belanja aku, dia nasihatkan aku serba sedikit. Dan juga minta aku jaga kesihatan untuk anak – anak aku yang dalam perut dan anak aku yang kedua yang aku usung juga ketika tu. Aku sedih korang, anak aku diambil lebih 4 minggu tanpa berita. Bila aku tanya bekas suami aku, dua tiga hari baru dia jawab.

Sekolah pun dia tukar ke KL. Aku buntuuu. Aku tunggu suami aku dapat gaji, aku hubungi abang aku, untuk teman aku ambik anak. Kebetulan ketika tu pilihan raya di Kedah. Jadi aku ambil keputusan sebelum pilihan raya aku akan singgah di KL untuk ambik anak. Hari kejadian kami tunggu di rumah mak ayah bekas suami aku.

Kami tunggu dari pukuI 2 petang tak silap. PukuI 7 lebih baru bekas suami aku bawak anak aku datang, tu pun nak bawak lari anak aku masuk rumah, tapi, anak aku menjerit menangis nampak aku. Dia rindu aku. Aku pun rindu dia.

Jahat sungguh orang yang mengani4ya orang ni, apa korang dapat satu keluarga pisahkan anak dengan emak dia ni. Dipendekkan kisah selepas berg4duh mulut dan anak aku buat pilihan nak mamanya iaitu aku, baru dia lepaskan anak.

Tu pun dia buat report polis konon aku mer4mpas anak dan dia dic4kar suami aku. Dan dia tr4uma dic4kar. Aku tinggal di kedah sampai lah aku habis berpantang. Habis berpantang aku balik ke Negeri Y, Bila aku di Negeri Y, aku dapat surat tuntutan interim hadhanah pula dari bekas suami.

Jadi aku pun cari peguam syarie yang nak terima kes aku. Alhamdulilah berjumpa yang baik. Tahun ni dapat keputusan walaupun dituntut oleh bekas suami aku dan dia nak hak jagaan penuh, dan hanya bagi aku hak lawatan 2 kali sebulan sebanyak dua hari malah dituduh aku mengabaikan anak sebab anak batuk dan selsema.

Ini aku tak tipu, dia kata aku mengani4ya anak sebab batuk dan selsema sahaja. Tapii, hakim putuskan dapat hak jagaan bersama, iaitu 15 hari di kl, 15 hari di Negeri Y. Makna kata anak aku kena bersekolah di dua tempat, dua persekitaran secara tiba – tiba.

Walaupun aku dah bantah di dalam mahkamah, bekas suami aku boleh setuju. Dia tak fikir pun, apa kesan kepada anak, asalkan dia dapat apa dia nak. Mula – mula, setiap kali ambil anak, aku akan buat laporan kesihatan untuk nyatakan anak aku sihat sihat je, maksud aku bebas batuk dan selsema, sebab point untama bekas suami aku tuduh aku tu, dia kata aku abaikan kesihatan anak.

Padahal aku dah jaga sebaik mungkin, aku dah sediakan ubatan sebaiknya, tapi anak balik sekolah selsema, aku nak cegah macam mana weh? Kemudian dia ambik anak, mulalah dia akan buat report polis sebab anak batuk. Kali pertama dia kata aku abaikan kesihatan anak dengan batuk.

Kali dua ambik, dia buat report polis atas kesan garu dimuka anak aku. Dia kata aku cubit anak. Jadi ini adalah child abvser. PukuI 1 pagi, pegawai polis call aku untuk aku ke IPD bagi keterangan. Esoknya pula JKM datang lah rumah aku, cek. Aku pun tunjuk lah video anak aku menggaru, tunjuk juga rakaman cctv di rumah aku.

Oh rumah aku ada cctv, sebab ketika tu aku ada pembantu rumah, sebab aku turut bekerja di Singapore. Kebetulan JKM datang ketika tu anak aku berada di Negeri Y, jadi aku bagi sahaja JKM tengok keadaan anak aku. JKM pulang dengan puas hati dengan jawapan dan kerjasama yang aku berikan.

Kes ni sangatlah melarat. Cikgu sekolah anak aku pun pening sebab dah kena hantar anak 15 hari. Jadi skop pelajaran anak aku tu dah lari. Ada hari aku rajin, aku akan ajar anak aku. Aku rakam apa aku buat, sebab video dan gambar ni sangat membantu untuk aku terang pada doktor di hospitaI.

Jadual begini diteruskan macam biasa, rutin 15 hari 15 hari okay sahaja sampai lah satu hari ketika pembantu rumah aku ada hal, jadi anak anak aku, aku hantar rumah kawan aku. Kawan aku tu ada anak sebaya anak – anak aku juga.

Dan memang dah kenal bertahun dari kami tinggal di kedah. Mengandung anak no dua pun dekat dekat, beranak pon lari bulan, berhenti kerja pun saing – saing, dan sama – sama berpindah ke Negeri Y di apartment yang sama.

Cuma selepas habis kontrak rumah, kami tinggal jauh sikit. Jadi memang anak aku dah kenal anak dia dan dah jadi kawan baik pun. Kawan aku whatsapp anak aku ni buat perkara yang pelik pada anak dia. Dia jilat badan anak kawan aku di bahagian perut. Anak kawan aku tu lelaki. Dan dia jilat dua kali di waktu yang berlainan.

Korang tahu tak ni sangat lah pelik, sebelum ni anak aku memang pernah je tinggal dengan kawan aku sebab kami satu apartment, lain tingkat saja. Tapi kejadian ni jadi cuma selepas interim hadhanah. Perkara ni buat aku terpikir, kelaku anak aku selepas interim ni dia sangat berminat dengan d4da aku semasa aku menyusukan anak bongsu aku.

Dia selalu meramas dan main – main dengan d4da aku. Tapi korang faham tak, bila kita penat kita tak terfikir pon benda ni. Tapi bila kawan aku cerita macam ni dekat aku, aku syak anak aku di gr00ming oleh ayahnya. Bekas suami aku memang nak anak tidur sebilik walhal anak aku ni dah boleh tidur sendirian dalam bilik dia sendiri.

Jadi korang bayangkan, macam mana kalau dia buat hubungan suami isteri tu anak nampak. Aku teringat ni saja aku menyirap. Sampai sekarang memang anak kalau di KL, akan tidur sebilik dengan dia, dia sendiri akui perkara ni dalam mahkamah.

Aku pun buat report s3xuaI gr00ming, tapi macam tu sajaIah, tak ada tindakan lanjut sebab susah nak dibuktikan. Aku pernah saja bagi rakaman cctv di bilik anak aku ketika tu, dia civm adik dia dengan gaya civman suami isteri tu dekat doktor, tapi doktor cakap itu mungkin frasa dia nak kenal tubuh sendiri. Aku lose hope dah. Apa aku nak buat ni.

Polis kata kalau aku buat report, ‘saya syaki berlaku sesuatu di alat sulit anak baru diaorang akan buat sesuatu, kalau kenyataan syaki s3xuaI gr00ming tu terlalu umum untuk diambil tindakan’. Aku frust sangat, jadi aku hantar notis berhenti 24 jam untuk aku sendiri pantau anak akudari rumah.

Alhamdulilah majikan aku faham, tapi aku tak dapat gajilah bulan tu. Jadi selepas tak ada apa – apa tindakan yang diambil aku terp4ksa follow keputusan interim tu, beri juga kepada ayah dia hak bermalam selama 15 hari. Tapi ayah dia tak puas hati, jadi setiap kali ayah dia ambil anak, ayah dia akan report pend3raan.

Strategi bekas suami aku sangatlah licik dan jahat sebab kita ada akta kanak – kanak. Setiap kali ambik anak, dia akan terus ke hospitaI dan ajar anak aku, katakan parut tu kesan cubitan oleh aku dan suami. Semata – mata untuk dapatkan report hospitaI.

Dia pernah ya bawak ni ke mahkamah walhal ketika tu dah peringkat bicara, dia nak tambah penyataan, tapi kami menolak dan hakim minta dia buat pemohonan semula. Padahal kalau ini penting tentang kebajikan anak sebab dia kata ini adalah child abvser, hakim boleh saja setuju, tapi takkkkk, hakim suruh dia buat pemohonan semula. Jadi dia perlu ke JBG, buat pemohonan semula.

Dan kali ni kali ketiga dia buat report. Kali ketiga aku akan habiskan waktu waktu ku di IPD untuk beri keterangan. Walaupun aku ada bukti anak mengaru, rakaman percakapan anak aku tetap kata aku yang cubit. Kali ni kes dah besar, dan boleh sampai ke pe pendakw4raya atau mahkamah.

Doktor pulak tulis laporan 50/50 iaitu boleh jadi kesan garu, boleh jadi kesan cubitan. Cikgu sekolah anak aku pun dipangil untuk beri keterangan. Perkara – perkara ni yang aku takut sebenarnya, dah la persekitaran anak aku berubah ubah.

Sekarang emosi orang di sekeliling dia pun diganggu. Cikgu boleh cenderung untuk abaikan anak aku semata kes macam ni. Aku ada video cctv sebelum hantar anak aku kepada bekas suami aku yang ketika tu dia gembira saja main dengan adik – adik dia. Tapi tak tahu la membantu atau tak.

Aku buntu dah apa aku nak buat untuk stop per4ngai bekas suami aku yang giIa ni. Tolong lah sesiapa yang ada cadangan atau nasihat berguna tolonglah tulis. Aku akan baca semuanya. Terima kasih. – C (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Kikin Anuar : K3jamnya. Sanggup rosakkan anak demi nak dapat jugak hak. 15 hari sekolah lain, 15 hari sekolah lain. Rosak emosi anak. Bawak anak ke pakar psikologi untuk nilai mental anak tak boleh ke? Kalau macam tu lah keadaannya. Teruk sangat dah tu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.