
Akhirnya, berlaku perbalahan di WhatsApp. Sebagai anak lelaki sulung, saya merasakan tanggungjawab saya adalah menegur ibu yang sem4kin menunjukkan sikap riak. Kini adik beradik saya menyer4ng isteri saya yang takde kena mengena..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua, saya ada tujuh adik beradik. Nombor satu dan dua adalah kakak perempuan. Saya anak ketiga, lelaki, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Adik di bawah saya juga lelaki, sudah berkahwin, dan mempunyai seorang anak.
Saya ada masalah besar sekarang. Sejak awal perkahwinan saya pada tahun 2012 hingga sekarang, adik beradik saya bersikap dingin terhadap isteri saya. Isteri saya seorang yang berpendidikan tinggi, jadi pemikirannya agak berbeza. Apa yang salah bagi dia tetap salah, dan dia seorang yang perfectionist.
Dia suka kebersihan dan keteraturan. Sebagai contoh, dia akan memakai selipar di dapur kerana tidak suka lantai basah. Sama ada di rumah sendiri atau di kampung saya, dia tetap memakai selipar khas dalam rumah sahaja. Namun, adik beradik saya menganggap dia sombong kerana tidak mahu mengikut cara orang kampung.
Memang tidak dinafikan kampung saya agak kurang bersih, dan ibu saya juga kurang kemas dalam mengurus rumah. Ini membuatkan isteri saya rasa tidak selesa. Selain itu, dia tidak makan ikan sungai kerana sejak kecil tidak biasa memakannya.
Perkara ini pun menjadi isu, dan adik beradik saya menuduh isteri saya berlagak. Selepas ayah saya meninggaI dunia, ibu saya dijaga oleh adik lelaki saya yang keenam. Saya sering balik kampung seorang diri untuk menjenguk ibu. Setiap kali balik, rumah bersepah dan penuh habuk.
Isteri saya jarang balik kerana faktor ini. Tambahan pula, dia mempunyai alahan terhadap habuk, yang menyebabkan bersin, hidung gatal, dan sesak nafas. Dia telah menjalani ujian di kIinik yang mengesahkan masalah ini. Adik lelaki saya juga berkahwin dengan seorang wanita luar yang berpendidikan, lembut, dan sangat baik.
Sebelum ini, dia sering dibuIi oleh adik beradik kami yang lain, terutama mengenai duit dan pengangkutan. Sehinggalah satu hari, dia meIetup dan berg4duh dengan mereka. Kebetulan saya berada di kampung ketika itu dan cuba menenangkan keadaan.
Namun, adik beradik saya memang suka mengata ipar mereka, termasuk isteri saya dan isteri adik saya. Saya sedih kerana sepatutnya ibu menjadi orang tengah yang memperbaiki keadaan, tetapi sebaliknya dia hanya membiarkan perkara ini berlanjutan.
Akhirnya, keadaan menjadi sem4kin parah sehingga kedua – dua isteri saya dan isteri adik saya enggan balik kampung lagi. Saya sudah tidak tahan, lalu saya meluahkan segala yang terbuku dalam hati melalui mesej di dalam kumpulan WhatsApp keluarga.
Saya cuba menjelaskan keadaan sebenar. Saya juga pernah menegur ibu saya berkali – kali agar tidak memakai terlalu banyak gelang dan rantai emas ke majlis kenduri. Saya rasa malu melihat gelang emas penuh di kedua – dua tangan, dengan rantai panjang sampai ke pusat.
Saya hairan mengapa selepas pemergian ayah, ibu menjadi begitu riak. Namun, apabila saya tegur, ibu hanya buat tidak tahu, dan adik beradik saya pula menuduh saya menyibuk. Beberapa hari lalu, ada kenduri kahwin anak sepupu saya. Seperti biasa, ibu saya masih dengan per4ngai yang sama, memakai emas penuh di tangan dan leher.
Sebagai anak ketiga dan lelaki sulung, saya tetap menegur, tetapi jawapan yang sama saya terima. Sepupu saya ini anak tunggal, jadi dia tidak mempunyai saud4ra mara lain untuk membantu mengurus kenduri. Kami sekeluarga secara sukarela membantu dan menumpang di rumahnya sepanjang kenduri berlangsung.
Namun, saya sedih kerana adik beradik saya hanya pandai bercakap tetapi malas untuk menolong. Mereka lebih suka duduk dalam bilik, jarang membantu mengemas atau memasak. Bangun tidur pun lewat, dan mandi petang baru nak mula.
Pada hari kenduri, kakak nombor dua dan adik nombor lima hanya duduk sahaja dari awal hingga akhir majlis tanpa membantu. Saya mula naik angin apabila mereka dan ibu mahu pulang awal ketika keadaan masih sibuk dengan tetamu yang datang tidak putus – putus.
Saya menegur ibu supaya jangan balik lagi kerana masih ramai saud4ra mara yang belum pulang. Namun, mereka tetap berdegil dan terus balik ke rumah. Saya benar – benar marah kerana mereka tidak menghorm4ti perancangan asal untuk membantu hingga majlis selesai.
Saya meluahkan rasa tidak puas hati dalam kumpulan WhatsApp keluarga, menyatakan betapa malunya saya dengan sikap mereka. Sepatutnya, kami sebagai keluarga terdekat perlu lebih berusaha membantu sepupu yang telah memberi tempat tinggal sepanjang kenduri.
Akhirnya, isteri saya dan isteri adik saya yang bersungguh – sungguh menunggu hingga majlis selesai dan membantu mengemas. Kemudian, muncul pula cerita baru. Adik beradik saya menuduh isteri saya mempengaruhi saya untuk memarahi mereka.
Mereka juga menuduh isteri saya tidak pernah rajin membantu membersihkan rumah di kampung. Saya membaIas bahawa mereka yang selalu bangun lambat memang tidak akan nampak kerja yang dilakukan oleh orang lain. Isteri saya dan isteri adik saya mendapat pujian kerana bersungguh – sungguh membantu, tetapi saya naik marah kerana saya yang menegur dalam kumpulan WhatsApp, tetapi isteri saya pula yang menjadi m4ngsa.
Mereka juga menuduh isteri saya dan isteri adik saya berpakat untuk mengumpat mereka. Ini menyebabkan isteri adik saya turut terseret dalam konflik ini. Akhirnya, berlaku per4ng baru dalam bentuk pesanan suara di WhatsApp. Saya akui kesilapan saya kerana cepat naik marah.
Namun, saya seorang yang tegas dan berpegang pada prinsip bahawa yang salah tetap salah. Saya tidak suka membenarkan sesuatu yang salah hanya kerana mahu menjaga hati orang lain. Sebagai anak lelaki sulung, saya merasakan tanggungjawab saya adalah menegur ibu yang sem4kin menunjukkan sikap riak dan menasihati adik beradik saya atas kesilapan mereka.
Kini, mereka menyer4ng isteri saya yang tidak ada kena – mengena dalam hal ini. Isteri adik saya juga terkena tempias dan dituduh menjadi punca perg4duhan. Akibatnya, saya dihalang daripada balik kampung. Namun, saya tidak kisah selagi keadaan masih begini.
Tanpa tandatangan saya, segala harta tidak boleh dipindah milik. Saya ungkit, kalau beginilah per4ngai kamu semua. Pecah sahaja heran harta arw4h ayah dah bagi kan bahagian saya dan adik. Saya sudah memang terkilan dan takkan dapat terima siksa selama ni yang dia orang buat apa isteri saya tak tak bersalah.
Dalam voice note satu keluarga saya dim4ki dan dih1na. Siapa doakan kem4tian kami sekeluarga oleh kakak nombor 2 dan adik perempuan nombor 5. Diugvt konon mereka nak datang ke rumah saya dan berjumpa dengan ibu mertua saya serta isteri saya.
Saya cakap, berani datanglah. Saya akan pastikan mereka dimasukkan ke hospitaI. Mereka tiada kena mengena dengan ha ini. Luahan seorang adik, seorang abang dan seorang anak demi kebenaran mencari ketenangan dan nasihat.
Komen Netizen :
Ayka Mad : Saya tak melalui situasi sama, tapi saya faham, sebabnya saya rasa puncanya sama. Tak sekufu / Taraf pemikiran tak sama. Orang yang mempunya level intelek yang ada jurang, jarang boleh get along bersama – sama. Pendekatan untuk memahami sesuatu hal, dan cara berfikir, cara respond mereka berbeza bro.
Sesetengah orang bitter or tak boleh terima hal ni, tapi itu lah realitynya.. sebab itu Nabi kata sekufu itu penting (ia berkaitan pasangan, tiada kena – mengena dengan hubungan keluarga, tapi just nak menjelas kan level pemikiran) 1 golongan ikut emosi dan buta tuli untuk menang dan bukan nak selesai kan masalah.. 1 pihak ikut fakta, syariat dan hukvm.
Cadangan : Minimum kan interaksi, cari occasion yang boleh maksimum kan titik persamaan.. Kena terima hakik4t keluarga juga boleh jadi t0ksik, tapi mereka still keluarga.. You are wiser than them, so handle it wisely
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.