Mak tak sukakan saya kerana ada peny4kit sawan tangis, kejang – kejang dan munt4h. Mak kata saya kena sawan sebab keturunan tak baik. Tapi maIangnya, duduk rumah mak saud4ra saya lalui pengalaman hitam. Saya menggigil sampai terkucil..
#Foto sekadar hiasan. Saya mohon anda baca catatan saya ini dengan positif, bukan niat mengaibkan, tetapi dengan harapan jika ambil dan besarkan anak angkat jangan siksa hidup anak itu kerana tr4uma yang dihadapinya sejak kecil akan mengh4ntui hidupnya hingga dia dewasa.
Percayalah wang ringgit, kesenangan atau kemewahan tidak mampu membasuh Iuka di hatinya sebaliknya meninggaIkan memori silam yang amat pahit. Saya sedar tulisan saya ini akan membuat adik beradik saya sendiri atau anak – anak dari keluarga angkat saya, mereka tidak senang.
Namun anda tidak merasa siksanya saya hidup sejak kecil dipukuI dan dicaci m4ki. Sedangkan anda hidup dalam kebahagian keluarga. Saya tak tahu apa salah saya dan mengapa saya diberikan kepada orang untuk dibesarkan.’’
Walaupun hidup saya penuh pend3ritaan, dipukuI dan dih1na tetapi saya tidak pernah ceritakan pada kawan sekolah atau anak – anak jiran. Cuma seorang dua jiran sahaja yang faham, dialah yang banyak mengubat saya jika Iuka, beri saya makan dan minum ketika lapar dan kehausan.
Malah makcik inilah sama – sama menangis bila mendengar saya menjerit dipukuI, dia nasihatkan saya bersabar. Nasihatnya minta tolong kepada Allah, hanya Dia yang boleh bantu saya, jika bukan sekarang mungkin bila besar nanti.
Maklum ketika peristiwa ini berlaku, kes telid3ra belum wujud lagi. Jadi hanya Allah tempat mengadu. Adik beradik tak boleh marah, sebab kalian tak rasa apa yang saya lalui, kalian dapat yang terbaik, dapat limpahan kasih sayang, harta dan wang ringgit, sedangkan saya bukan sahaja dih1na, dipukuI malah meninggaIkan parut, Iuka dan kesedihan yang mendalam. Tak ada siapa boleh mengubatnya.
Saya anak kelima dari 5 beradik, ayah meninggaI ketika saya berusia 2 tahun, kemudian ibu kahwin lagi dan dapat 5 orang anak lagi. Ketika ibu kahwin lagi, saya diberikan kepada saud4ranya sebagai anak angkat, sebab saud4ranya tidak ada anak perempuan cuma ada 3 orang anak lelaki, dia ambil saya konon boleh menjaganya bila dia tua nanti.
Ketika berusia 4 tahun saya sudah melalui sejarah hitam, sentiasa dalam ketakutan, bukan setakat dipukuI oleh adik beradik angkat, malah lebih teruk dengan emak angkat yang selalu menghukvm saya jika buat salah. Saya tak dapat makan, didenda tidur luar rumah di tengah malam dalam keadaan gelap gelita.
Sejak kecil lagi saya disuruh mencuci pinggan mangkuk, menyapu rumah dan laman, selain menjaga adik angkat perempuan yang diambil oleh emak angkat. Saya paling takut jika adik menangis, salah buat susu, dan macam – macam lagi, saya sentiasa takut kalau dipukuI, sebab s4kitnya berhari – hari belum sembuh.
Lebih teruk, birat pukuIan lama belum hilang, kena dipukuI lagi, bukan kerana kesalahan besar tetapi kerana adik menangis. Saya tak faham kenapa saya diberikan kepada orang. Ada orang kata mak tak sukakan saya kerana ada peny4kit sawan tangis, kejang – kejang dan munt4h.
Mak kata saya kena sawan sebab keturunan tak baik. Tapi macam mana pulak dengan 4 orang adik beradik lain, mereka juga dari keturunan ayah yang sama? Paling meng3rikan saya kena dengan kayu, dengan 5 atau 6 batang lidi penyapu, dic4mpak dan disep4k hingga ke dinding.
Kerana terlalu s4kit dan takut saya selalu terk3ncing dan termunt4h, maka sem4kin marahlah emak angkat saya dik4ta pengotor dan anak keturunan tak baik. Sungguh saya tidak faham apalah salah dan d0sa sampaikan diperlakukan dengan teruk sekali, hinggakan jari tangan saya patah, tulang kaki saya bengkok, badan Iebam – Iebam.
Sedihnya emak kandung tak pernah datang menjengok, bertanya khabar dan belikan saya sehelai pakaian. Saya dibuang terus daripada hidupnya. Saya sedih tergamak emak melihat pend3ritaan anaknya dan biarkan anak kandungnya diani4ya oleh saud4ranya sendiri? Tak tahulah apakah ayah tiri saya tak sukakan saya?
Pernah 2 tahun sekali saya minta izin emak angkat balik ke rumah emak, dia benarkan dengan amaran boleh tidur semalam saja. Memang saya segera balik, sebab saya lihat adik beradik dan adik adik tiri saya hidup dengan riang – riang, bukan macam saya sentiasa dalam ketakutan, dipukuI dan dim4ki hamun.
Saya lihat emak siapkan makanan sedap – sedap untuk mereka, sedangkan saya terp4ksa masak sendiri, selain dip4ksa jaga adik angkat, menyapu rumah, mencuci pakaian di samping sediakan bubur nenek. Nak mengadu pada nenek, nenek pun tak sukakan saya, nenek lebih sayang adik angkat.
Bab kena h1na bukan saja dari emak angkat, malah anak – anaknya pun bencikan saya. Mereka kata saya b0d0h lebih baik berhenti sekolah. Kerana itu emak angkat tak galakkan saya bersekolah, tak suka saya berkahwin, tetapi jaga dia bila dia tua nanti.
Ada juga cadangan saya jadi bibik di rumah mereka setelah mereka kahwin nanti, sebab saya tak cerdik. Tetapi saya ikut nasihat makcik jiran, katanya saya mesti selalu berdoa pada Allah minta yang baik – baik. Allah tak akan tolak doa orang yang diani4ya.
Walaupun saya cuma ada SPM, hajat saya ingin berniaga, sebab dari kecik saya di suruh urus kedai runcit mak angkat bila dia keluar. Dari situ saya yakin saya boleh berniaga. Kepada anak – anak angkat atau anak yatim yang senasib dengan saya biarlah kita tersiksa sejak kecil, tetapi ingat kita ada Allah.
Jangan mengeluh susah, hidup tersiksa, dih1na dan sentiasa diani4ya. Tetapi yakinlah hanya Allah boleh bantu kita. Saya sedar luahan hati saya ini akan membuatkan adik beradik kedua beIah pihak akan bencikan, tapi tahukah kalian saya juga tidak boleh terima kesengsaraan yang dicurahkan ke atas saya oleh keluarga angkat dan hidup saya yang diabaikan oleh emak sendiri.
Dan inilah impian saya sejak kecil saya nak semua orang tahu bahawa hidup saya sangat mend3rita, terbuang dan terh1na. Setiap orang punya kebebasan meluahkan isi hati mereka untuk dikongsi dengan orang lain yang mungkin senasib saya atau kepada ibu ibu yang berhasrat hendak ambil anak angkat, tolong jangan ani4ya anak yang tidak berdosa ini, sebaliknya didiklah mereka dengan tulus ikhlas supaya budi baik anda akan dibaIas oleh Allah lebih baik lagi.
Kepada adik beradik jangan marah luahan hati ini, kerana kalian dapat terbaik dari emak, dapat harta, wang ringgit dan yang penting kasih sayang yang melimpah ruah. Tapi saya tidak punya dan tak dapat apa – apa dari emak.
Namun selagi saya bernyawa saya tetap hormat dan menghulurkan bantuan selagi khidmat saya emak perIukan. Walaupun saya melalui zaman kanak – kanak penuh sejarah hitam, tiada kegembiraan dan tiada alam kanak kanak, hidup penuh ketakutan, pengh1naan, cacian dan sentiasa berasa tidak selamat sebab saya akan dipukuI pada bila – bila masa, dengan apa yang sempat dicapai samaada oleh mak angkat, nenek dan bapak angkat saya.
Saya mula dipukuI ketika masih kecil, hingga pengsan, kejang hingga ada orang kata saya kena sawan. Tetapi sebenarnya saya terlalu takut kena pukuI. Saya tidak faham apalah salah dan d0sa saya. Dan saya tidak boleh terima akal kenapa ibu kandung tergamak biarkan saya disiksa. Pernah saya menggeletar menahan s4kit yang amat perit.
Namun dalam diam saya menyimpan cita – cita ingin jadi ahli perniagaan, mampu membina empayar sendiri, mampu berdikari, jadi wanita hebat, dipandang mulia, bermaruah dan disegani. Sebenarnya dulu saya pernah berhasrat lari dari rumah kerana tak tahan sering dipukuIwalaupun sudah besar, tetapi ke mana nak pergi tanpa sijil.
Nasihat makcik jiran nak lari pun mesti ada sijil SPM, baru senang nak cari kerja. Itulah yang saya buat. Dengan bertatih akhirnya saya berjaya mendapat apa yang saya hajatkan. Kini hidup saya lebih senang daripada emak kandung dan emak angkat, malah lebih daripada anak – anak kesayangan emak. Bukan nak menunjuk, tetapi itulah berkat doa kita kepada Allah. Dan Allah tidak pernah kecewakan kita jika kita jujur dan ikhlas.