
Setiap bulan suami hanya bagi aku nafkah 1000. Dia akan cakap tu duit terakhir dia tapi bila aku cek dalam wallet dia ada RM50. Dia tak jujur, aku rasa suami ada sorok sesuatu. Dia tak bagi aku bekerja. Aku cakap aku sanggup nusyuz supaya aku dapat kerja..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Admin. Tolong hide profil aku. Terima kasih Admin. Sejujurnya, aku dibesarkan dalam keluarga yang kurang menitikberatkan pendidikan agama. Dari kecil, aku tak pernah didedahkan dengan ilmu agama secara mendalam.
Solat pun aku belajar secara asas sahaja. Banyak perkara tentang hak suami, tanggungjawab isteri dan kehidupan berumahtangga yang aku sendiri tak faham. Aku mula bercinta sejak umur 14 tahun. Zaman tu aku terlalu mentah dan mudah percaya pada lelaki.
Aku pernah terlanjur dengan beberapa kali dengan lelaki yang aku kenali. Malah aku juga pernah beberapa kali menggugurkan kandungan hasil hubungan luar nikah. Paling meny4kitkan bila salah satu kandungan tu berada dalam pengetahuan keluarga sendiri.
Masa tu keluarga mengarahkan aku menggugurkan kandungan kerana mereka nak menjaga maruah keluarga. Aku ikut sahaja kerana aku tak tahu apa yang betul dan apa yang salah. Sampai sekarang, perkara tu masih mengh4ntui hidup aku.
Aku juga mengaku aku seorang yang panas baran. Mungkin sebab aku dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kemarahan. Ayah aku seorang yang tegas dan cepat naik angin. Sejak kecil aku terbiasa melihat perg4duhan dan tengkingan dalam rumah.
Selepas aku berkahwin, Allah mengurniakan aku seorang anak perempuan yang sangat comel. Suami aku pula sebenarnya seorang lelaki yang bertanggungjawab. Makan pakai aku dan anak memang dia sediakan. Walaupun gajinya dibayar secara mingguan, sekurang – kurangnya dalam sebulan dia akan memberikan sekitar RM1,000 kepada aku untuk perbelanjaan rumah.
Cuma satu perkara yang sering membuatkan aku marah. Bila suami memberikan duit belanja, dia selalu cakap duit tu adalah duit terakhir yang dia ada. Tetapi bila aku memeriksa poket seluar atau dompetnya, aku akan jumpa baki duit yang masih tersimpan. Kadang – kadang RM50, kadang – kadang lebih.
Benda tu membuatkan aku rasa dia tak jujur dengan aku. Aku mula berfikir yang dia sengaja menyembunyikan duit daripada aku. Setiap kali perkara tu berlaku, aku akan memulakan perg4duhan. Aku desak dia bagi penjelasan walaupun akhirnya perg4duhan tu berakhir dengan tangisan dan diam.
Sebenarnya aku bukan tak nak bekerja. Banyak kali aku minta izin untuk keluar bekerja kerana aku rasa terbeban bila duit sentiasa tak cukup. Tetapi suami tetap tak mengizinkan kerana dia mahu aku fokus menjaga anak. Pernah satu ketika aku terlalu marah sampai aku cakap kepada suami yang aku sanggup nusyuz semata – mata nak keluar bekerja.
Aku fikir dengan bekerja, semua masalah kewangan akan selesai. Tetapi suami tetap berkeras dengan keputusannya. Dia tak marah, cuma dia tetap mempertahankan pendiriannya. Aku tak nafikan suami bekerja keras untuk keluarga kami.
Kelengkapan aku dan anak memang dia ambil berat. Bila anak s4kit, dia yang paling gelisah. Bila aku perlukan sesuatu, dia cuba usahakan walaupun terp4ksa berk0rban. Tetapi dalam masa yang sama, aku sering rasa duit yang ada tak pernah mencukupi.
Bila barang dapur habis, aku mula panik. Aku mula membandingkan kehidupan aku dengan orang lain. Dari situlah perg4duhan demi perg4duhan mula berlaku. Aku juga menjalankan perniagaan dalam talian. Suami banyak membantu aku pada peringkat awal.
Modal perniagaan pun kebanyakannya dia yang dahulukan. Tetapi kalau dia lambat menyediakan modal tambahan, aku akan mula meng4muk dan mem4ki hamunnya. Sekarang bila aku fikir semula, aku rasa bersalah. Bayangkan seorang suami yang penat bekerja seharian terp4ksa mendengar makian daripada isteri sendiri sebaik sahaja pulang ke rumah.
Tetapi masa tu aku langsung tak nampak kesalahan diri aku. Suami aku seorang yang menjaga solat. Dia juga selalu menasihati aku tentang agama. Sebelum tidur, dia akan membacakan surah – surah dan ayat Kursi lalu menghembuskannya ke ubun – ubun anak dan aku.
Namun aku sendiri susah menerima nasihatnya. Entah kenapa, aku lebih mendengar kata – kata ibu dan ayah berbanding suami sendiri. Kalau berlaku konflik antara suami dan keluarga aku, hampir setiap kali aku akan memilih pihak keluarga.
Pernah satu ketika kami pergi ke pejabat agama kerana masalah rumah tangga. Selepas balik dari sana, ayah aku menghalau suami keluar dari rumah kerana suami enggan melafazkan talak. Masa tu ayah aku cakap kuasa berada di tangannya.
Aku masih ingat wajah suami ketika tu. Dia hanya diam dan mengemaskan barang – barangnya. Walaupun dih1na dan dihalau, dia tetap tidak meIawan atau meninggikan suara kepada ayah aku. Disebabkan kesempitan hidup, suami pernah berhutang untuk membeli makanan.
Aku sangat tak selesa dengan hutang walaupun jumlahnya kecil. Tetapi alasan suami mudah sahaja. Katanya, kalau duit sudah habis dan anak isteri masih perlu makan, maka dia sanggup berhutang. Baginya, memberi makan kepada anak dan isteri lebih penting daripada menjaga ego sendiri. Masa tu aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan.
Dalam kalangan adik beradik aku yang sudah berkahwin, hanya suami aku yang sentiasa berada di sisi ketika aku bersalin. Dialah yang menemani aku sepanjang proses tu. Dialah juga orang pertama yang mengazankan anak kami sebaik sahaja dilahirkan.
Aku pernah mengugvt suami supaya menceraikan aku kalau dia dah tak tahan dengan per4ngai aku. Malah aku pernah menghantar tangkap layar perbualan aku dengan lelaki lain semata – mata untuk meny4kitkan hati dia. Tetapi dia tetap bersabar.
Suami juga pernah beberapa kali mengajak aku berpindah dan hidup berdikari. Tetapi aku menolak kerana aku mahu keputusan tu dibincangkan dengan keluarga aku terlebih dahulu. Masa tu suami cakap dia sebenarnya mempunyai hak untuk membawa aku dan anak keluar tanpa perlu meminta izin sesiapa.
Tetapi aku tetap berkeras. Pada fikiran aku ketika tu, kalau mak dan ayah tak izinkan, aku tak boleh keluar. Sampai sekarang aku sedar betapa kuatnya pengaruh keluarga terhadap keputusan yang aku buat. Bil utiliti rumah kami pula kadang – kadang boleh mencecah RM400 sebulan.
Bila bil sampai, aku akan menyalahkan suami kerana tak cukup duit. Sedangkan hakikatnya, aku sendiri tak pernah cuba mengawal penggunaan dalam rumah. Sekarang aku berada dalam keadaan yang sangat buntu. Aku sedar banyak kesalahan datang daripada diri aku sendiri.
Aku rasa bersalah dengan apa yang aku dah buat kepada suami, tetapi dalam masa yang sama aku masih takut untuk berubah kerana aku risau jika terlalu berlembut, suami akan pijak kepala aku. Aku benar – benar keliru. Adakah aku yang terlalu mengikut keluarga sehingga mengabaikan hak suami?
Adakah aku terlalu mengikut perasaan sehingga tak nampak peng0rbanan suami selama ni? Atau masih ada perkara yang aku sendiri belum nampak dalam perkahwinan kami? Aku mohon pandangan yang baik daripada semua pembaca. Aku nak dengar pendapat kalian dengan hati yang lebih terbuka kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca luahan aku sampai habis.
Ulasan Pembaca :
Amyra Sazly : Satu je cara penyelesaiannya, kalau awak tak buat sampai m4ti keadaan tetap sama. Awak yang kena berubah. Punca semua benda ni datang dari awak. Kalau awak tak berubah, sampai bila – bila pun awak rasa keadaan macam ni. Benda takkan settle kalau diri sendiri tak berubah. Suami takde salah apa pun, cukup baik bagi saya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.