Anak perempuan saya dakwa arw4h bekas suami bagi rumah pusaka dekat dia. Bila saya minta tunjuk geran rumah, dia tak boleh bagi. Saya ada hak atas rumah pusaka. Adik beradik arw4h suami pun nak tuntut harta..
#Foto sekadar hiasan. Hi admin dan pembaca. Harap dapat bagi cadangan dan pendapat yang membina. Nama saya Puan Norziehan. MELAHIRKAN anak setelah berumahtangga, sesuatu yang amat membanggakan kepada setiap wanita bergelar isteri kerana anak berupaya membahagiakan pasangan suami isteri seterusnya mengharapkan anak – anak bakal menjaga mereka apabila ibu bapa dimamah usia.
Namun tak semua kebahagian yang diharapkan akan terlaksana. Ada yang h4ncur bila ‘hujan di tengah hari’. Namun kesusahan, kepayahan dan kesengs4raan yang dihadapi ramai wanita yang kemudian bergelar ibu tunggal tidak pernah memadam hubungan ibu dengan anak – anak.
Malah ibu sanggup berk0rban apa sahaja untuk membesarkan anak – anak walaupun tanpa nafkah. MaIangnya ada anak – anak diambil secara p4ksa kerana tuntutan nafkah. Itulah yang berlaku pada saya. Saya hilang pendapatan kerana dip4ksa berhenti kerja demi ikut suami yang sering bertukar – tukar kerja.
Sedihnya bila suami merasakan kehidupannya sudah lumayan, khidmat isteri sudah tidak berguna lagi, malah merasakan hidupnya lebih bahagia tanpa isteri. Cerai! Namun saya terima, jika itu keputusan muktamad. Saya tak mahu bercerita pend3ritaan sebelum atau semasa bercerai kerana semuanya telah berlaku tetapi apa yang sangat saya kesalkan kerana terpisah dengan anak – anak.
Sebagai ibu saya rasa kurang memberikan nasihat dan bimbingan kepada mereka terutama anak perempuan. Ketika diceraikan di luar mahkamah, proses dapatkan cerai bukan mudah, lebih 5 tahun baru saya sah diceraikan, biasalah bukan semua lelaki mahu hadir ke mahkamah.
Macam – macam alasan diberi, s4kitlah, kerja luar negeri, tak dapat notis hadir mahkamah, dan sebagainya. Begitulah juga bila saya tuntut harta sepencarian sebuah rumah milik bersama. Sampai ke akhir hayatnya tuntutan saya tersadai di mahkamah.
Dia enggan hadir ke mahkamah dengan pelbagai alasan. Masalahnya sekarang macam mana anak saya mendakwa ayahnya telah berikan hak rumah yang saya tuntut kepada mereka? Sebab tuntutan harta sepencarian saya masih terg4ntung di mahkamah.
Dulu saya pernah nasihatkan anak – anak yang duduk dengan ayah mereka, minta ayahnya buat hadanah serahkan bahagian ayahnya kepada anak – anak. MaIangnya, mereka mendakwa ayah beritahu rumah tersebut memang milik mereka malah saya tidak ada hak.
Anak – anak sekarang memang bijak pandai ada ijazah, tetapi mereka tak faham pembahagian harta pusaka, mengikut faraid, sebaliknya mendakwa saya cuma ada SPM tak tahu undang – undang. Pada saya mereka cuma pandai belajar tetapi tak bijak, tak berilmu.
Masalah tambah berat bila menantu campur tangan mendakwa isteri yang diceraikan tidak ada hak ke atas rumah tinggalan arw4h suami. Mereka tak faham tuntutan harta sepencarian saya masih belum selesai di mahkamah dah lebih 6 tahun, semasa hidup bekas suami enggan hadir ke mahkamah untuk tuntutan harta sepencarian dengan pelbagai alasan.
Anak yang duduk dengan ayahnya mendakwa rumah ayah mereka sudah jadi milik dia, habis macam mana dengan 3 orang lagi adik – adiknya? Mereka pun ada hak, selain saya sendiri. Kini keadaan jadi tambah genting bila adik beradik arw4h ayah mereka juga membuat tuntutan yang sama. Hah kes berat ni?
Setahu saya adik beradik bekas suami tidak boleh menuntut sebab saya ada anak lelaki, jadi terselamatlah anak – anak yang lain. Namun mereka tetap menuntut. Saya cuba menasihati anak perempuan saya supaya selesaikan segera harta pusaka arw4h ayahnya walaupun hanya sebuah rumah.
Tetapi dia lebih yakin pada suaminya, orang lain tidak ada hak kecuali dirinya, sebab dia yang duduk dengan ayahnya dalam rumah tersebut. Pada saya inilah masalahnya anak – anak zaman sekarang mereka hanya pandai belajar, tetapi tak cerdik dan tak berilmu.
Masalahnya anak saya yang lain juga turut berbersuara. Mereka pun berhak. Masalah ini juga terjadi bila arw4h ayah mereka pilih kasih, mana – mana anak yang duduk dengan dia, maka anak itu dapat harta pusakanya, yang duduk dengan saya tak dapat pusaka. Ini tak adil.
Kerana itu saya tetap pert4hankan hak saya ke atas rumah tersebut dan hak anak – anak saya semuanya, adik beradik arw4h suami tidak ada hak, sebab saya ada anak lelaki. Masalah lebih merunsingkan si kakak tak benarkan adik beradik lain duduk dalam rumah tersebut, sedangkan rumah itu ada 4 bilik yang dulu menjadi bilik mereka.
Alasan si kakak dan suaminya, rumah itu sudah diberikan oleh arw4h ayah kepada mereka. Tapi yang mereka tidak tahu, adik beradiknya dan saya sendiri boleh tuntut rumah tersebut. Dan lebih penting mereka tidak tahu malah tidak ada bukti bahawa rumah tersebut telah bertukar milik kepada mereka.
Mereka tidak dapat tunjuk bukti geran rumah bertukar kepada nama mereka. Ini semua kerana ayah mereka tidak boleh tukar nama pemilik rumah sebab tuntutan harta sepencarian yang saya buat masa bercerai. Inilah akibatnya tidak tahu hukvm.
Nak tuntut harta tapi tak tahu cara. Jadi sehingga sekarang semuanya terg4ntung. Saya pun sudah buntu nak buat macam mana, kalau anak saya yang seorang tu nak bekerjasama tentu tak jadi masalah.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.