Lepas bercerai, bekas suami ambik anak. Rupanya selama tu bukan dia yang jaga anak tapi mak mertua. Mak mertua burukkan aku dekat anak

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Bekas suami bagitahu anak aku s4kit dan aku cakap aku nak jumpa anak aku, tapi bekas suami cakap mertua tak bagi aku jumpa anak aku. Dia lah yang jadi batu api, sentiasa memburukkan aku dekat anak aku. Aku lantik peguam..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum admin. Aku nak minta nasihat. Aku telah bercerai dengan suami sewaktu anak perempuan aku berusia 2 tahun 8 bulan. Kami bercerai secara baik tapi waktu tu syarat bekas suami tak membenarkan aku bawa anak. Selepas bercerai, suami bekerja dan dia duduk asrama.

Anak aku dijaga oleh bekas mertua. Tetapi selepas aku bercerai dengan bekas suami, bekas mertua tak benarkan aku berjumpa dengan anak walaupun anak aku tengah s4kit. Bekas suami beritahu anak aku s4kit dan aku cakap aku nak jumpa anak aku, tapi bekas suami cakap bekas mertua tak benarkan aku berjumpa anak aku. Aku telah melantik seorang peguam untuk dibenarkan berjumpa dengan anak aku.

Aku telah failkan tuntutan hak penjagaan anak. Bekas suami tak mahu panjangkan tuntutan dan bersetuju hak diberi hak penjagaan bersama. Dan bermakna aku boleh berjumpa dan mengambil anak bila – bila masa sahaja. Dari segi nafkah pula, kami bersetuju jika anak bersama bekas suami, suami akan menanggung sepenuhnyadan jika anak ada bersama aku, aku yang akan menanggung anak.

Tetapi bila anak bersekolah, bekas suami nak anak aku bersekolah di kampung dia. Sepanjang anak aku bersama bekas suami, bukan dia yang jaga anak aku tetapi bekas mertua yang menjaga anak aku. Dan sepanjang anak aku bersama bekas mertua, dia sentiasa memburukkan aku dengan anak aku.

Semakin anak aku membesar, anak aku lebih tahu apa yang nenek dia cakap semua tak betul. Aku pula tak pernah mengabaikan keperluan anak aku walaupun anak aku ada bersama bekas suami. Setiap kali raya dan masuk sekolah, aku menyediakan keperluan baju, duit belanja dan keperluan barang sekolah dan raya untuk anak aku.

Semakin hari anak aku membesar, dia meminta untuk terus tinggal bersama aku tetapi nenek dia tak membenarkan. Tetapi sewaktu anak aku darjah 5, anak aku mendapat satu s4kit yang serius. Waktu tu bekas suami sudah berkahwin dan tak lagi tinggal serumah dengan emaknya, tapi bekas suami tak bawa anak aku tinggal bersama dia.

Sewaktu anak aku s4kit dan memerlukan rawatan di hospital, isteri bekas suami juga baru bersalin. Jadi aku yang menjaga anak aku. Anak aku s4kit ada hikmahnya admin, akhirnya anak aku dibenarkan tinggal dan bersekolah di tempat aku. Aku memindahkan rawatan anak aku di tempat aku dan sekarang Alhamdulillah anak aku sudah sihat.

Sekarang anak aku sudah berusia 14 tahun. Dia start tinggal bersama aku ketika usia dia 11 tahun. Sepanjang anak aku bersama aku, bekas suami sudah tak menyediakan keperluan dan perbelanjaan untuk anak aku. Dia juga tak pernah datang mengambil anak aku walaupun di waktu cuti sekolah panjang.

Untuk pengetahuan korang, bekas suami tinggal di Johor dan aku tinggal di Selangor. Sewaktu anak aku tinggal di Johor, aku sentiasa turun ke Johor untuk mengambil anak aku walaupun cuti sekolah hanya 3 hari. Sekarang anak aku tinggal bersama aku di Selangor.

Bekas suami boleh datang berjalan – jalan bersama keluarganya ke sini tetapi tak pernah sekali pun bekas suami nak datang berjumpa anak dia. Bila aku pulang ke Johor, aku akan temukan anak aku dengan bapanya di Johor dan waktu tu barulah bekas suami memberi duit kepada anak aku RM50 atau RM100 sahaja.

Adakah bekas suami tak pernah terfikir anak perempuan dia semakin membesar dan memerlukan perbelanjaan yang lebih? Aku pula bukan selalu tiap bulan pulang ke Johor kerana aku juga punya keluarga dan anak sekarang. Tapi aku bersyukur suami aku yang sekarang adalah seorang bapa dan suami yang bertanggungjawab dan tetap bapa tiri yang baik untuk anak aku.

Tak pernah berkira dan membezakan kasih sayang dia terhadap anak dia sendiri dan dengan anak tiri beliau. Anak aku pula semakin jauh hati dengan ayah dia sendiri tetapi aku tak pernah mengajar anak aku bersikap kurang ajar atau membenci ayah dan keluarga ayah dia sendiri walaupun keluarga ayah dia memburuk – burukkan aku.

Sedangkan hanya aku sahaja yang tahu siapa bekas suami aku. Boleh ke sekarang aku buat tuntutan nafkah untuk anak aku sekarang? Buat semua bekas ipar, kamu semua memfitnah mengatakan aku ibu yang tak bertanggungjawab, tapi nanti di akhirat nanti baru kita tahu siapa yang tak bertanggungjawab.

Selama aku berkahwin dengan bekas suami dan duduk campur bekas mertua, semua perbelanjaan dapur yang dibeli menggunakan duit aku sendiri sebab bekas suami tak pernah memberi duit belanja dapur kepada aku. Ingat ye bekas ipar, hanya isteri yang mengenali suaminya, bukan adik beradik suaminya ye.

Sebelum korang memandang keburukan aku, cerminlah diri korang semua sebab aku kenal siapa dan macam mana per4ngai korang semua. Korang aibkan aku, menjawablah korang di sana. Aku boleh aje buka aib korang tapi nanti apa bezanya aku dengan korang?

Komen netizen :

Syazwani Ismail : Buat sahaja tuntutan nafkah anak. Kalau ex husband kerja kerajaan, minta buat p0tongan gaji. Masa kat mahkamah puan kena bercerita semua perkara. Anak dah besar, dia sendiri akan fikir mana yang baik dan mana yang buruk. Tak lama mana bahagia ex suami awak tu kalau anak dia pun dia lepas tanggungjawab.

Cikda N Cikdin : First kena tuntut hak penjagaan baru boleh tuntut nafkah anak. Boleh buat tuntutan mulai daripada 3 tahun lepas semasa anak sepenuhnya berada bersama puan. Kali ni please lah jangan jadi b0doh dan lembut hati dengan pujuk rayu ex husband sebab sebelum ni pun awak dah pernah buat macam tu kan.

Hangat – hangat t4hi ayam orang kata, nak fight tapi sekerat jalan je, lepas tu kena pujuk sikit cair. Jadi mak – mak ni kena kuat demi anak dan semua yang dituntut tu hak anak. Ke nak kena tunggu anak sendiri yang menuntut hak dia? Huhuhu.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.