Kerja aku hari – hari memang jaga anak je. Kerja rumah aku tak pernah sentuh sebab suami aku tak bagi. Masak pun aku tak pernah buat. Tapi aku selalu naik h4ntu, arah suami buat macam – macam. Suami sabar je, tak nak ceraikan..
#Foto sekadar hiasan. Hai semua pembaca, kepada admin, terima kasih sudi siarkan kisah aku. Aku nak luahkan cerita pasal diri aku. Ringkas je sebenarnya. Aku dah kahwin awal 20-an. 5 bulan lepas kahwin, aku mengandung.
Alhamdulillah, aku seronok sangat tapi dalam masa yang sama aku takut. Aku takut tak mampu nak jaga anak aku dengan baik. Dengan keadaan suami aku yang masih belum stabil dan aku pulak baru berhenti kerja lepas dapat tahu aku mengandung.
Ketika itu aku masih muda, aku tak tahu aku akan jadi ibu yang baik atau tak. Macam macam benda yang aku fikir, segala kemungkinan yang tak elok datang dalam kepala otak aku ni. Tapi alhamdulillah, suami aku sangat – sangat memahami aku, dia banyak nasihatkan aku supaya tak risau dengan rezeki yang Allah nak bagi.
InsyaAllah ada rezeki untuk anak yang bakal lahir, ada rezeki untuk kami suami isteri. Sepanjang mengandung aku tak pernah ada apa – apa alahan, boleh dik4takan kandungan aku sangat mudah nak jaga. Cuma kadang – kadang je aku selalu pening rasa nak pitam kalau lewat makan.
Nak dijadikan cerita, aku tak tahu kenapa lepas kahwin aku dengan suami selalu sangat g4duh. Lepas dapat tahu aku mengandung lagi kerap kami g4duh. Aku tak tahu tu punca dari aku atau dia. Tapi suami aku ni sangat – sangat lah sabar. Dia layankan aje.
Banyak kali aku berg4duh dengan dia, sampai ada yang aku lari balik rumah mak ayah aku tengah – tengah malam sebab kami berg4duh teruk waktu tu. Aku tak tahu kenapa dengan diri aku. Apa yang aku nak sebenarnya.
Memang betul rezeki anak tu sangat luas. Tapi Allah nak uji kami, Allah nak uji aku sebetulnya, mungkin. Sampailah lepas dah ada anak, m4kin menjadi – jadi kami g4duh. Boleh dik4takan setiap hari kami g4duh sampai dua – dua beIah keluarga dah tahu kami ada masalah.
Aku tak tahu kenapa lepas ada anak m4kin kerap kami g4duh sampai bertumbvk – tumbvk tu benda biasa. Tapi dalam kes aku, bukan suami aku yang mulakan kekasaran fizikal, aku yang selalu naik tangan dekat suami sampai Iebam – Iebam.
Suami aku tetap sabar, dia kawal marah dia walaupun aku tahu dia kecewa sangat – sangat, dia tak pernah lagi naik tangan dekat aku. Ada masa bila kami g4duh, aku rasa macam nak m4ti je, senang. Kami dah jumpa ustaz, alhamdulillah kami berdua tak ada apa – apa yang pelik.
Nak dijadikan cerita anak kami s4kit. Mungkin Allah nak uji kami. Allah takkan uji h4mba-Nya di luar kemampuan mereka. Tapi dalam masa yang sama, dalam fikiran aku tak habis – habis aku fikir penat jaga anak sorang – sorang.
Walaupun sebenarnya kerja aku hari – hari memang jaga anak je. Kerja rumah aku tak pernah sentuh sebab suami aku tak bagi. Dia cakap biar dia buat, sebab mungkin tu salah satu punca aku jadi str3ss sangat – sangat. Aku tak pernah masak terutama lepas ada anak. Tapi suami aku tak pernah kisah pasal tu.
Aku balik kampung sebulan, dua bulan tu benda biasa. Kami jauh okay. Bila duduk satu bumbung, aku selalu naik h4ntu dekat dia. Aku mengarah dia buat itu ini, aku jerit dekat dia, aku naik tangan dekat dia kalau aku marah sangat – sangat.
Aku tak tahu kenapa dengan diri aku, apa yang aku nak. Kesian dekat anak kami yang tengah nak membesar hari – hari jadi saksikan perg4duhan kami. Dalam otak aku, aku fikir suami aku punca aku str3ss, punca aku jadi macam ni.
Walaupun sebenarnya dia tak ada buat salah apa – apa. Aku tak tahu macam mana nak tolong diri aku. Banyak kali kami nak berpisah tapi suami aku masih sabar dengan aku. Demi anak kami gagahkan juga untuk pertahankan keluarga kami.
Hari – hari aku doa Allah kurniakan kami kebahagiaan rumah tangga. Mungkin belum masanya lagi. Doakan aku dengan suami dapat bertahan demi anak kami. Sekian. – H (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Zaimi Najfa : Ruginya hidup ko, suami dah tolong buat kerja rumah, cari nafkah, seorang yang sabar. Kerja ko cuma jaga anak ja, lagi mau marah – marah, lagi nak str3ss? Maaf aku cakap, ko memang manusia paling tak cerdik la aku rasa.
Kau pernah baca tak confession isteri – isteri lain dalam ni? Ko banding tak dengan hidup ko? Ko rasa mana yang paling menc4bar??? Ko cakap anak tak sihatkan, mungkin sebab tu ko jadi str3ss, marah – marah. Cuba fikir balik, tarik nafas panjang – panjang, fikir elok – elok, ujian yang diberi Allah sebab korang mungkin mampu hadap.
Dengan suami yang sabar, baik, rajin, tolonglah belajar bersyukur dik. Fikir dalam dalam kebaikan lelaki ko. Ko jangan sampai satu tahap laki hilang habis sabar yang masih tersisa tu, kesabaran ada hadnya.
NurAz Wan : Saya kahwin awal juga, betul – betul diusia 20tahun, tapi saya macamana marah pun, akan diam. Saya tak akan berani tengking suami, jauh sekali memukuI, walau suami saya jenis orang yang berlembut kerana saya takut pada daulat yang Allah beri pada seorang yang bergelar suami.
Ianya, sama dengan kenapa kita tak berani marah, tengking apalagi pukuI ibubapa kita, walau andainya mereka sudah tua dan lemah tak berdaya. Jika saya sudah berada dalam keadaan berani tinggikan suara pada suami, apa lagi sampai memukuI (nauzubillah) saya akan pilih mengundurkn diri dengan baik kerana takut murka Allah.
Noraziah Amdan : Banyakkan istighfar. Masa nak marah istighfar dulu. Sebaik suami balik kerja, kamu s4kit hati tengok muka suami walhal suami tak buat salah. Belum masuk lagi kamu dah jerit. Mulai sekarang bila kamu nk jerit aje, banyakkan istighfar.
Istighfar terus istighfar sampai kamu cool. Jangan layan sangat overacting kamu. Ia boleh dikawal. Mentang – mentang suami kamu baik, kamu ambik kesempatan pijak kepala. Lepas itu kamu banyakkan baca alfatihah. Jadi mulut kamu tak me’laser’ suami. Kesian suami. Balik kerja penat – penat, hajat hati nak mesra dengan isteri, nak main dengan anak, kamu hadiahkan dia dengan amuukan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.