Sejak aku hantar isteri dan anak – anak dekat rumah mertua, per4ngai bapak mertua aku berubah. Dia m4kin bengis, benci dekat aku. Satu hari, dia tengking aku. Aku nekad nak cari bapa mertua baru untuk berteduh kasih sebagai anak..
#Foto sekadar hiasan. Hi, assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku perkenalkan diri aku sebagai San. Seorang pekerja di syarik4t automotif swasta dan berumur 30-an. Isteri aku, aku namakan sebagai Ain (bukan nama sebenar). Seorang bekas guru dan berumur lingkungan 20-an.
Tahun ini merupakan tahun ke 7 kami sah bergelar suami isteri serta menjadi ayah dan ibu kepada 2 orang puteri kami. Alhamdulillah kami tidak pernah merasai kepayahan hidup semenjak bergelar suami isteri bahkan sedari kecil aku juga dibesarkan dengan keadaan ekonomi yang agak baik.
Sebelum aku sah menjadi suami kepada Ain, telah aku pastikan segala kelengkapan rumah telah tersedia bagi memudahkan urusan kami di kemudian hari. Aku juga bercadang untuk menjadikan Ain seorang surirumah sepanjang masa selepas dia melahirkan puteri pertama kami nanti.
Hasil perbincangan kami, Ain bersetuju meninggaIkan kerjayanya sebagai seorang guru di sebuah tabika swasta kepunyaan individu dari negara di selatan tanah air. Kehidupan kami berjalan dengan baik, rezeki juga alhamdulillah m4kin mencurah hari demi hari, tahun ke tahun.
Pada tahun 2022 iaitu selepas 5 tahun pernikahan, kami dikurniakan seorang lagi puteri kedua kami. Tapi, langit tidak selalunya cerah. Bak kata orang, bahkan dalam agama sekalipun ada mengatakan bahawa kemuncak ujian hidup bermula di umur 30 – 40 tahun.
Ain diuji dengan suatu peny4kit yang membuatkan aku agak tr4uma jika dia ditinggalkan bersendirian manakala aku keluar bekerja. Dalam setahun, dua kali Ain dimasukkan ke hospitaI disebabkan peny4kitnya itu. Oh lupa untuk aku terangkan.. hehe.
Ain mempunyai sejarah s4wan. Aku sendiri tak pasti boleh dia dik4tegorikan s4wan atau epilepsy? sebab doktor pakar sendiri “confuse” mengenai punca dan corak peny4kit Ain ni. So mereka nasihat untuk Ain kekal mengambil ubat s4wan dan mereka akan monitor perkembangan Ain dari masa ke semasa melalui temujanji yang telah ditetapkan oleh pihak hospitaI.
Nak dijadikan cerita, kami sekeluarga telah berbincang agar Ain menetap dengan ibu bapanya di kampung manakala aku kekal di sini untuk mencari rezeki. Sekurang – kurangnya ada orang yang boleh mengawasi Ain sepanjang ketiadaan aku keluar bekerja.
MaIangnya, apabila di kampung, peny4kit Ain sem4kin menjadi – jadi sehinggakan dia seakan Iumpuh separuh badannya. Hari berganti hari, perawat tradisional juga bertukar ganti. Kami semua seakan buntu mencari jalan keluar untuk membantu Ain.
Hasil perbincangan dengan kedua ibu bapa aku, kami membuat keputusan untuk memanggil pihak ambulan untuk membawa Ain ke hospitaI memandangkan keadaannya yang agak kritikal. Selepas 4 hari Ain di hospitaI, keadannya sem4kin pulih seperti sediakala. Alhamdulillah..
Hati suami mana yang tidak lega melihat permaisurinya kembali sihat kan? Ain dibenarkan pulang ke rumah selepas doktor menaikkan bilangan dos ubat yang perlu diambilnya dari 2 biji sehari kepada 5 biji sehari.
Walaupun begitu, aku masih tr4uma dan risau hendak membawa dia tinggal sekali seperti dulu. Pelbagai perkara bermain di fikiran. Aku bertegas untuk dia masih tinggal bersama ibu bapanya di kampung. Setiap hujung minggu seusai habis bekerja aku akan pulang ke kampung menjenguknya dan anak – anak.
Bahkan lebih dari 2 kali seminggu jika aku rasa terlalu rindu dan sunyi tanpa riuh rendah suara si kecil bermain. Jarak rumah aku untuk ke kampung adalah sekitar 360km 2 hala. Tapi anak bini punya pasal, ku relakan jua..
Bulan demi bulan, rasa sunyi dan d3ndam mula mengh4ntui diri aku. Oh, d3ndam yang aku maksudkan ni bukan d3ndam kesumat yang teruk tu yaa. Perkara ni berlaku sepanjang Ain s4kit terlantar di rumah mertua aku.
Perubahan sikap mertua aku mulai kelihatan sepanjang kami menjaga Ain. Aku mula diherdik oleh kerana aku menyuruh anak kecil aku yang berusia 2 tahun supaya berhenti menangis. Sedangkan aku meminta anak aku berhenti menangis dengan nada yang rendah.
Reaksi bapa mertua agak bengis sambil jarinya menuding ke arah aku ‘Kau diam! Aku dah lama sabar dengan kau!’ Aku yang kepenatan menjaga Ain sepanjang hari, berulang alik mencari ustaz dan perawat untuk Ain, dibentak seolah aku mesin yang tak punyai rasa penat dan emosi.
Aku juga manusia biasa yang perlu berehat, makan dan emosi yang cekal untuk aku kekal nampak “kuat” di mata Ain dan anak – anak pada saat gentir tersebut. Sedari itu, mulai terbit rasa tak dihargai jauh di sudut hati aku. “Apa salah aku?’
Aku mula memuat turun satu aplikasi sosiaI. Dan dalam beberapa hari sahaja aku telah berkenalan dengan seorang wanita yang aku perkenalkan sebagai Nur (bukan nama sebenar). Seorang graduan tahun akhir jurusan kejuruteraan elektronik yang berumur 28 tahun.
Tujuan aku hanyalah ingin mencari seorang bapa mertua yang boleh kujadikan tempat berteduh kasih sebagai anak, di samping aku harap akan rasa dihargai sebagai seorang menantu. Dalam masa yang singkat, aku dan Nur saling jatuh cinta walaupun telah aku ceritakan bahawa aku seorang suami dan bapa kepada 2 orang cahaya mata.
Hati perempuan mana yang sanggup diduakan. Tapi Nur tetap menerima aku seadanya selepas dia meminta “gap” seminggu untuk difikir sama ada ingin meneruskan hubungan kami atau tidak. Kami sem4kin rapat seperti pasangan bercinta yang lain.
Lalu aku membuat keputusan untuk menceritakan hasrat aku kepada Ain dan keluarga aku. Pada mulanya Ain agak bersedih, dia cuma menitipkan nasihat agar aku tetap berlaku adil jika hasrat aku ingin menghalalkan Nur tercapai nanti.
Hari berganti hari, mungkin Tuhan ingin menjentik hati kecil aku. Aku sering disajikan dengan berita dan cerita tentang poligami, tentang bahana meny4kiti hati pasangan dengan tidak berlaku adil, tentang kesetiaan seorang suami diuji jika dikala dia punyai segalanya dan kisah baIasan mempermainkan / meny4kiti hati pasangan.
Aku mula menjarakkan diri dengan Nur dengan harapan dia memberikan ruang untuk lelaki lain mendekatinya. Aku tak tahu apakah salah tindakan yang aku cuba lakukan ini? Niat aku satu, iaitu aku tidak mahu Nur dikecam dan dicemuh keluarga dan masyarakat di kemudian hari dek kerana bercinta dengan suami orang.
Kerap kali dia menangis tatkala aku memintanya memberi ruang kepada lelaki lain selain dari aku. Baginya, aku lain dari lelaki yang pernah dia kenal sebelum ini. Tapi pada masa yang sama aku juga tidak mahu hati isteri aku terIuka dan terp4ksa menerima orang ketiga dalam rumahtangga kami.
“Tekad”. Aku dan Nur berbincang untuk mengakhiri hubungan kami dengan cara baik. Pelbagai nasihat bertukar ganti. Dia seorang yang sangat matang dan kematangan itu yang menjadi daya tarikan untuk aku kekal selesa dengannya.
Tapi kami percaya, jika suatu masa nanti Tuhan takdirkan kami bersatu, pasti ada jalan ceritanya yang tersendiri. Aku bertekad bahawa ini adalah yang pertama dan terakhir dalam hidup aku. Untuk Nur, jika kau baca nukilan aku ini, aku berharap kau baik – baik sahaja. Terima kasih pernah hadir dalam hidupku, sebagai “Cahaya” sementara yang dihadirkan untuk menjentik hati kecil aku.
Semoga kau berjumpa dengan seorang lelaki yang mampu menjaga dan memenuhi keperluan serta kehendak kau nanti. Sama ada dengan aku atau dengan lelaki lain itu hanyalah ketentuan Yang Maha Esa.. Aku percaya setiap segala yang berlaku telah tertulis di atas sana. Baik atau sebaliknya, semoga Tuhan tetap bersama kita.. Sekian… – SAN (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Salina Gunawi : Tahu tak kenapa bapa mertua TT jadi begitu? Kamu sebagai suami dengan mudah melepaskan tanggungjawab kepada mertua. Lepas tu senang pula cari perempuan lain yang terdesak. Tolonglah muhasabah diri di mana silapnya.
Noor Afidah Alias : Tak paham dengan lelaki ni, ada satu masalah, bukan nak diselesaikan. Ditambah pula dengan masalah lain. Isteri s4kit, bermasalah dengan mertua, pergi cari perempuan lain pula. Isteri tu s4kit, usaha la berubat.
Jumpa ustaz atau kaedah tradisional tak nampak berubah, fokus la pada perbuatan moden yang lagi canggih. Bawa la isteri ke hospitaI lain yang lebih maju. Konon dah mampu nak kahwin dia, jadi ada duit la kan. Keluar la duit untuk berubatkan isteri tu. Macam mana pak mertua tak marah, isteri s4kit senang je hantar balik rumah mak ayah, konon ada orang jaga. Tak function la kau ni, senang ja lepas tangan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.