Lepas kahwin aku dpt tahu isteri tak tahu solat dan mengaji, aku terus lafaz taIak 1

Aku pelik setiap kali aku masuk bilik masa isteri baca Al-Quran mesti dia diam. Satu hari aku nampak isteri email dekat pusat belajar Al-Quran. Akhirnya dia mengaku, dia tak tahu solat dan mengaji. Umur dah 25 tahun tak tahu solat, mengaji aku jadi marah. Dia menangis, berjanji akan belajar tapi aku lafazkan taIak malam tu jugak.

#Foto sekadar hiasan. Aku merupakan seorang lelaki yang sangat cIiche, sangat typicaI. Lulusan universiti awam, bekerja sebagai seorang jurutera tempatan. Masa umur aku 27 tahun, aku tengok kiri kanan semua orang dah kahwin.

Tapi aku ni kawan perempuan pun tak ada. Hati dah rasa macam nak kahwin jugak, nak ada keluarga, mungkin sebab penat dedikasikan masa semata – mata untuk kerja. Jadi aku minta kawan – kawan aku kenalkan aku dengan seorang perempuan yang sesuai la aku nak jadikan isteri.

Pendekkan cerita, aku dipertemukan dengan seorang gadis. Simple, tutup aur4t, lemah lembut, cukup sifat bagi aku. Dua tahun kami kenal, aku yakin memang dia lah j0doh aku. Sebab apa? Personaliti dia. Nature kerja aku ni memerIukan aku sentiasa on call, sentiasa sibuk.

Tapi selama kami berkawan, dia tak pernah merungut walaupun keluar pun sebulan sekali je. Lepas tu, dia sangat berdikari, takde nak berg4ntung pada aku sangat. Seorang yang sangat bijak bagi aku, m4tang dan memang sempurna dan dari keluarga yang baik – baik.

Aku luahkan niat aku untuk kahwini dia dan dia setuju. 6 bulan kemudian kami menikah, 2-3 minggu lepas tu berkahwin, aku rasa ada yang tak kena. Tapi aku abaikan saja biasalah baru lagi mungkin belum biasa. Satu hari, aku tengok laptop dia.

Ada satu emel menarik perhatian aku. Dia berbaIas e-mail dengan Al-Baghdadi, satu tempat belajar Al-Quran. Bertanyakan yuran pendaftaran bagi orang dewasa. Aku belek – belek tengok pendaftaran tu nama dia. Tengah aku tengok tu, dia keluar dari bilik air dan pandang aku.

Aku tanya dia, awak nak belajar Quran ke? Dia terdiam tak jawab apa – apa, berjalan masuk dan duduk atas katil kami. Air mata dia mengalir laju, badan terhenjut – henjut menahan sedu tangis. Aku panik, dah kenapa isteri aku ni. Aku duduk sebeIah, tanya dia kenapa.

Dia buat pengakuan yang dia tak pandai mengaji dan sembahyang. Dia cuma hafal surah – surah lazim sahaja tanpa tahu macam mana nak baca quran. Dia mohon maaf dari aku. Aku terk3jut macam mana aku boleh tak perasan semua ni.

Mugkin sebab sepanjang 3 minggu ni aku yang mengimamkan dia dan dia mengaji surah – surah yang dihafalnya. Zahirnya, dia nampak seperti muslimah sejati. Tudung labuh, berstokin, baju longgar, malah muka dia berseri walaupun kulit tak cerah mana.

Aku tak tahu sekarang macam mana. Dia aku kahwini sebab aku fikir dia cukup didikan agama. Katanya, perkara ini mak ayahnya pun tak tahu. Eg0 aku terc4bar, aku kecewa bila tahu perkara ini. Malam tu aku tidur luar. Tak tidur pun sebenarnya, aku berfikir sepanjang malam.

Esok paginya, kami solat subuh seperti biasa. Tapi tangan yang dia hulurkan untuk menyalami aku, aku biarkan tak bersambut. Aku terus bangun bersiap nak ke pejabat. Aku dapat lihat dia mengesat air mata, tapi aku biarkan. Hati masih s4kit, masih kecewa.

Terasa macam kena tipu, walaupun dia tak pernah cakap pun yang dia lancar mengaji, pandai sembahyang sebelum ini. Beberapa minggu berlalu, aku memang diam saja tak bercakap dengan dia. Hari ini aku nekad, aku ingat aku dah fikir masak – masak.

Aku panggil nama dia. Terk3jut dia mendengar mungkin sebab dah lama kami tak bercakap. Muka dia seperti redha dengan apa saja yang bakal aku cakapkan. Aku luahkan kekecewaan aku padanya. Aku nak berpisah. Dia kata pada aku, berikanlah dia peluang.

Dia sedang belajar sembahyang, belajar mengaji. Aku tak nak dengar lagi penjelasan dia. Aku lafazkan taIak malam itu jugak. Sepanjang tempoh eiddah, dia jaga makan minum aku seperti biasa. Waktu tempoh itu hampir tamat, dia datang pada aku dan bertanya adakah aku masih tidak sudi menjaga dan mendidik dia.

Aku tak boleh terima yang dia, selama 25 tahun hidup, tidak pernah sembahyang atau mengaji, umur 25 baru nak belajar. Aku cuba hubungi dia selepas setahun kami bercerai. Setahun aku ambil masa untuk sedar b0dohnya aku meningg4Ikan dia, wanita yang sedang mencari semula agamanya.

Waktu itu jugalah aku cuba hubungi dia tapi tak berjaya. Dia dah berhenti kerja tempat lama, dah pindah dari rumah sewanya. Tak cukup kekuatan aku untuk pergi ke rumah bekas mentua, sebab aku tahu macam mana aku layan anak perempuan mereka selepas gadis itu mereka amanahkan pada aku.

Tak apalah, mungkin memang j0doh kami sampai hari tu je. Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang – bayang dia. Tapi tangan aku gataI search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba – tiba memang ada di search result.

Aku staIk janda aku. Aku dah giIa taIak ke. Sepanjang tiga tahun ini, beribu – ribu kali otak aku mainkan balik saat – saat aku mengenali dia. Dua tahun kami berkawan, tak pernah aku nampak c4cat ceIa pada dia. Lagi – lagi kalau moment perkahwinan pendek kami. Dia melayani aku cukup sempurna.

Dari situ aku mulai teringat satu persatu kata – kata dia, seolah – olah dia memang dah bagi aku hint tentang kebenaran diri dia. Pernah dia tanya pada aku, apa hukumnya belajar Al-Quran dari tafsir yang ada tulisan rumi. Aku jawab apa yang aku patut jawab, dan memang tak tersampai niat dia nak intro pada aku tentang keinginan dia belajar Quran.

Pada saat aku luahkan hasrat mengahwini dia, ditanyakan pada aku semula, kalau saya tak sempurna, awak masih mahukan saya? Aku angguk beriya. Dalam kepala aku masa tu, apa sangat yang tak sempurna pada diri kau, wanita idaman.

Dia tanya lagi, saya banyak kena belajar ilmu rumahtangga, ilmu Allah, awak sudi bimbing saya? Aku angguk lagi, dengan dalam kepala aku fikir, tak banyak aku kena didik dia melihatkan perwatakan dia. Aku selamat nikahi dia dengan mahar RM1,000 tunai.

Hari demi hari, aku terfikir sebenarnya bukan dia yang bermasalah, aku yang tak mendengar. Aku yang dah letakkan satu benchmark wanita sempurna, letakkan beban expectation yang tinggi pada dia sedangkan dia dah berkali – kali berikan aku clue mengenai diri dia.

Kami duduk berasingan selepas tamat tempoh iddah dia. Dia keluar dari rumah dengan membawa semua barangan miliknya. Ditinggalkan cincin nikah dan risik yang aku berikan padanya dulu. Ditinggal atas telekung yang berIipat rapi atas almari bilik, telekung pemberian sewaktu kami bertunang dulu.

Telekung itu yang dia pakai, tepi almari itu tempat dia duduk bersimpuh merenung Al-Quran. Yang mana bacaannya m4ti setiap kali aku masuk ke bilik. Yang mana pernah aku melihat dia mengelap air mata memandang bisu pada helaian – helaian kitab itu.

Hari ini baru aku dapat rasa pedihnya hati dia, ingin menyebut ayat – ayat suci itu tapi tak berdaya. Sebab suami dia tak tahu dia tak reti membaca, dan suami dia bebaI tak dapat terima hakik4t kelemahan dirinya. Bod0hnya aku ketika itu.

Kalaulah pedih ini dapat aku rasa waktu dia berterus terang pada aku malam itu, akan aku tarik tubuhnya dalam peIukan aku, civm keningnya dan sapu semua air mata dia. Betul lah aku dah giIa. Bertahun aku berIagak tenang padahal aku tercari – cari bayangan dia.

Allah baIas aku cash, tapi aku tak rasa setimpal dengan apa yang aku lakukan pada dia. Aku bertaubat, tapi benar, d0sa dengan manusia tak akan selesai selagi kau tak mohon ampun dari dia sendiri. Selepas setahun bercerai, hati aku tak tenang, aku cari dia, tunggu dia di ofis lama tapi kawan – kawan dia cakap dia dah pindah.

Aku tunggu rumah sewa dia macam staIker. S4kit hati aku tengok ada lelaki dalam 30-an drive kereta masuk. Suami baru kah? Sekali, perempuan yang menyambut di pintu bukan perempuan yang aku tunggu – tunggu. Lega hati aku macam apa tak tahu lah.

Tapi misi aku belum selesai, aku mahu berdepan dengan dia, mohon maaf dari dia. Itu pun cukuplah kalaupun dia tak mahu kembali pada aku. Aku sendiri pun tak tahu, kalaulah Allah berikan aku kesempatan untuk bertemu dia, apa akan aku cakapkan?

Terlalu banyak d0sa aku padanya. Dulu selepas kami bercerai, mak dan ayah yang paling marah dengan aku sebab aku lepaskan wanita sebaik itu. Waktu tu lagi hati aku berapi, betapa hebat permainan wanita tu. Semua orang tertipu dengan lakonan dia.

Aku ambil cuti tanpa gaji seminggu. Aku pergi jauh – jauh dengan harapan balik nanti semua orang dah lupa pasal hal ni. Tapi aduh, hari pertama di tempat kerja, kawan – kawan pejabat berduyun datang tanya kenapa kami berpisah.

Aku diamkan sahaja. Syukur pada waktu itu aku cukup m4tang untuk tidak mencanang a1b dia. Rahsia dia aku simpan baik – baik. Cuma bila aku tak menjawab soalan mereka, mula lah cerita macam – macam aku dengar. Ada suara – suara hitam bercakap sesama sendiri macam, “mesti ada tak kena perempuan tu. Orang tudung labuh bukan semuanya baik – baik”.

“Takkanlah kalau baik kena tinggal, mesti ada yang tak kena dengan perempuan tu.” Aku mula terfikir sebenarnya besar kesan tindakan aku pada dia. Apa dia nak jawab kalau orang tanya kenapa sampai bercerai berai. Besarnya ruang fitnah yang telah aku buka buat dirinya.

Dan kalau benar aku tinggalkan dia kerana dia tak cukup baik, kenapa aku rasa marah bila orang cakap yang tak baik mengenai dia? Waktu itu aku abaikan semua persoalan dalam kepala. Aku sibukkan diri dengan pergi kerja, makan tidur aku entah ke mana.

Asalkan aku tak perlu nak fikir semua tu. Lebih kurang setahun bercerai, waktu tu kerja tak banyak. Tak ada projek baru masuk, aku pun dah ada junior engineer yang boleh aku suruh ke site. Suatu hari lepas balik kerja, aku tak tahu kenapa tangan aku ringan pulas stering kereta menuju ke rumah sewa dia.

Padahal melencong jauh dari kawasan rumah aku. Makan sejam setengah jam jugalah dari situ nak balik rumah aku, kalau dibandingkan, dari tempat kerja ke rumah aku cuma 20 minit saja. Sedangkan waktu tu badan penat kerja seharian.

Lalu je kawasan tu, aku berhenti di selang sebuah rumah. Aku tak faham kenapa, bagaikan hilang satu beban dalam d4da aku. Seakan – akan bila aku melepaskan nafas, ada rindu keluar bersama. Hari itu aku sedar, aku merindui dia.

Aku merindui suaranya, aku rindu tawanya, aku rindu sipunya. Di situlah tempat aku jemput dia untuk keluar dulu sewaktu perkenalan kami. Mulai dari saat itu, aku akan ingat sampai m4ti bahawa setahun selepas penceraian adalah saat – saat paling gelap dalam hidup aku.

Malam – malam menunggu tidur itu waktu paling menyiksakan untuk aku sebab waktu itulah bayangan dia akan datang. Terutama kalau kepala aku memainkan semula detik dia berdiri di depan aku dengan air mata bergenang merayu diberi satu peluang.

Kenapa tak ada rasa kasihan pada dia waktu itu pun aku tak tahu. Aku lebih memikirkan diri sediri, betapa aku terasa tertipu ketika itu. Padahal aku yang mengkhi4nati dia, mencabuI kepercayaan dan harapan dia. Aku memang lelaki yang b0doh, slow, tak ada perasaan.

Setahun masa aku ambil untuk mulai menghargai dia. Waktu yang cukup lama, cukup untuk dia pergi menghilangkan jejaknya. Nombor lama tak dapat dihubungi, rumah sewa dah tak ada orang, tempat kerja pun dah bertukar.

Sampai tekad, aku hubungi kawan aku Mat. Isteri dia yang kenalkan aku dengan ex-wife aku. Pergi main bowling dekat satu shopping complex. Waktu game tu aku tak berani langsung sebut pasal ex-wife aku. Lepas tu bawak ke kedai makan.

Kami minum – minum sambung bersembang. Sampailah satu awkward silence datang. “Apa khabar dia Mat?” Berat, perlahan suara aku keluar. Sukar pertanyaan itu aku lepaskan dari bibir. Aku terlalu rindu. Mat suruh aku lupakan dia.

Tak adil baginya kalau aku mencari dia sekarang. Hanya satu senyuman pahit dapat aku bagi pada dia. “Kat mana dia sekarang Mat?” Mat cakap dia tak tahu dan mencadangkan aku tanya mak ayah mentua aku. Macam mana aku nak pergi Mat.

Habis iddah aku tak hantar dia balik pun. Dia balik sendiri. Mak ayah dia telefon dulu pun aku buat tak tahu. Sengaja aku tak angkat call dari sesiapa termasuk mak ayah dia, adik beradik, pakcik makcik, termasuk mat dan bininya masa tu.

Besar caIit a1b aku bagi pada keluarga dia. Memang belum cukup tebal keberanian aku nak pergi jumpa mereka. Setiap kali aku sibukkan diri dengan bekerja, aku boleh alihkan fikiran aku dari dia. Tapi bila projek dah siap, aku dah tak sibuk, aku dah balik rumah, pergi pejabat macam biasa, bayang – bayang dia datang balik.

Aku tak boleh duduk diam. Malam – malam menunggu lena itu waktu paling menyiksakan untuk aku. terutama kalau kepala aku memainkan semula detik dia berdiri di depan aku dengan air mata bergenang. Saya tak berniat nak tipu awak.. berilah saya satu peluang untuk baiki diri saya.

B0doh, Faizin. Bila dah berpisah dengan dia baru kau kenal diri dia, baru kau kenal diri kau. Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang – bayang dia. Tapi tangan aku gataI search nama dia di FB. Ada!

Tak private! Ya Allah… Aku dengan rakus scr0ll timeline dia. Tak ada satu pun gambar dia. Cuma ada gambar kanak – kanak tadika ramai macam beratur nak ambil makanan. Aku scr0ll lagi. Ada! Ada orang tag gambar dia! Wajah semanis dulu, senyuman semanis dulu, raut malu – malu memang macam dulu.

Datang balik memori – memori lama kami. Rezeki kami kahwin, aku dapat kunci rumah baru dua hari lepas bernikah. Betapa kami exc1ted nak hiaskan rumah. Ini bilik kita, bilik itu bilik tetamu, bilik ni letak almari, bilik lagi satu spare buat bilik baby.

Suka aku mengusik dia waktu tu. Aku kata padanya, bilik baby nak letak crib tiga. Biar jadi doa kembar tiga anak sulung kita. Perkataan favourite dia kalau sedang tahan malu ialah “Eleh awak ni.” Waktu tu aku akan pegang pipinya.

Sebab waktu tu pipi dia akan merah panas tahan malu. Agaknya panas macam tu jugak waktu dia menangis dulu. Sepanjang perkahwinan, sepanjang menanti tamat iddah, sepanjang dia terfikirkan pengh1naan yang aku zahirkan padanya.

Kenapa kau cari pasal, Faizin. Tuhan, rindu aku datang kembali. Aku istighfar banyak – banyak. Aku tutup laptop, pergi wudhu dan mengaji. Satu mukasurat, badan aku dah terhenjut – henjut menahan tangis. Air mata, hidung dan mulut semua keluar.

Kali ini tak ada orang dapat menenangkan aku, sebagaimana dulu aku membiarkan dia menahan tangis saat dia menceritakan rahsia a1bnya padaku. BaIasan ini terlalu pedih ya Allah. Terlalu jauh perjalanan aku untuk berpatah balik ke jalan ini, ya Allah.

Terlalu banyak air mata, terlalu banyak hati yang terIuka. Aku call mak aku. Kali ini aku tak tahan dah, aku ceritakan semua kepadanya. Aku jadi cengeng macam budak tak cukup umur. Aku tak peduli apa dah masa tu aku menangis sepuas – puas.

Bila dah m4kin reda, mak panggil nama aku. Faizin, mak nak kau balik rumah mak hari ni. Kemas barang kau cepat. Macam kanak – kanak, aku turutkan kata – kata dia. Malam tu jugak aku balik. Aku sampai je mak dengan ayah dah tunggu kat dalam rumah.

Selepas bercerai, memang aku jarang balik rumah mak ayah. Raya je balik, itu pun sehari. Tahun pertama sebab aku marah. Tahun kedua ketiga sebab aku malu dengan diri sendiri. Mak dan ayak kata mereka tahu apa yang telah berlaku sebenarnya.

Selepas kami bercerai, mak selalu telefon dia. Aku tahu memang mak suka dengannya sejak kali pertama aku bawa dia pulang ke rumah dulu. Tapi memang aku tak tahu yang mereka masih berhubung. Aku yang tak pernah bertanya.

Macam mana nak tanya, balik pun tak. “Abang nak jumpa dia?” “Abang kata abang nak minta maaf?” “sekurang – kurangnya bila abang dah minta maaf secara berdepan, abang boleh berhenti menghukvm diri sendiri.” Tak terjawab soalan – soalan itu.

Apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup aku ni ya tuhan. “Ambil cuti. Abang pergi Segamat hari ahad ni. Nanti mak bagi alamat.” Mak bagi aku nombor telefon dia. Setiap kalu aku nak text atau call jari aku jadi macam tak ada tuIang, lembik – lembik semacam kaki ayam dalam kerabu Siam tu.

Aku kuatkan hati call dia. Dengar angkat saja hati aku berdebar – debar aku tergugup, tapi aku cover. Aku beritahu nak jumpa, dia cakap yang ada kerja di gua musang, aku boleh cari dia di sana kalau aku nak. Aku ambil cuti beberapa hari.

Aku sampai di satu bangunan kedai. Di tingkat dua ada tertulis nama hostel. Dia menyewa bilik kat situ. Kerja apa yang dia buat sampai kena travel – travel ni. Hati fikir nak bawa dia balik, letak kat rumah dan jaga dia. Berbunga hati aku lihat bangunan tu.

Memikirkan yang dia ada dalam tu, dekat dengan aku. Aura apa ni. Aku putvskan aku nak sembahyang dulu lah di surau depan asrama. Sesudah sembahyang, aku menuju kereta. Ada seorang perempuan, berjubah kembang bawah, dengan selendang warna pink muda.

Suara aku tak terkeluar. Jawab salam pun lekat – lekat pada anak tekak. Aku rasa pipi aku panas. Apa dunia dah terbalik. Dulu dia yang malu dengan aku. Dulu mata dia yang pandang wajah aku tak lepas. Sekarang dia rileks saja tengok aku.

Suaranya tenang macam tak ada apa – apa. Bekas isteri aku berdiri di depan aku. Mari saya bawa pergi makan katanya. Dia bawa aku naik hilux putih miliknya. Dia bawa aku pergi makan kat restoran dalam taman. Ada anak sungai mengalir, barang – barang antik misteri tersusun.

Banyak dia berceloteh bercerita, satu pun aku tak dapat tangkap. Lidah aku masih kelu keras. Dia cakap apa pun aku tak dengar, ibarat anak kecil jumpa Ultraman idola. Starstruck mungkin. Aku dapat tahu dia ada satu persatuan.

Persatuan yang masuk ke kawasan pedalaman dan memberi ajaran agama kepada orang – orang kampung dan orang asli. Anna (bekas isteri, bukan nama betul) bertanggungjawab mendidik golongan anak – anak kecil yang buta huruf, ajar doa lazim dan pemahaman asas agama.

Aku tumpang tinggal di rumah kawan satu persatuannya di sini (aku beri nama Ali). Anna kata pada Ali bahawa aku kenalan lamanya. Malam pertama aku di sana, aku banyak berbual dengan Ali. Dari cerita Ali, persatuan ini diasaskan oleh seorang mufti.

Dia membuka peluang golongan yang ingin belajar agama datang padanya, diajar dan boleh volunteer di bawah persatuan ini. Ali kata Anna join sejak dua tahun yang lepas. Anna masih sedang belajar dan kanak – kanak sukakan dia.

Dia penyabar dan pandai mengambil hati orang. Sangat lemah lembut dan tak pernah putvs asa dengan pelajarnya. Aku tak senang dengar Ali mengulas sifat Anna macam tu, aku jadi cemburu. Tapi aku dengarkan saja. Aku call emak,

Emak tanya kenapa aku cuti lama sangat. Aku jawab emak, dulu abang lihat dia dia dari pandangan yang abang sendiri cipta dalam kepala abang. Sekarang abang nak kenal dia dari pandangan seadanya dia. Emak pun malas nak tanya lebih dah.

Aku berpeluang ikut Anna, Ali dan ahli persatuan ke tempat mereka menjadi sukarela. Aku dikenalkan dengan kak Hanis, wanita yang mengajar Anna mengaji dan solat. Kata Anna, setiap malam selepas Isyak, kak Hanis akan duduk dengar Anna mengaji.

Ada pembaris panjang kayu yang akan dia k3tuk pada lantai jika salah baca. Comel betul. Kak Hanis tak minta bayaran katanya. Kak Hanis minta Anna ikut mengajar anak – anak kampung membaca dan menulis jika ada kesempatan menyertai aktiviti persatuan.

Tiga hari aku habis dengan kegiatan persatuan. Pagi kami agihkan barang keperluan pada kampong, sebeIah petang, jam 2 bila budak – budak dah pulang dari sekolah, akan bermula kelas tambahan dan kelas agama yang dibuat oleh persatuan.

Aku pun turut tolong budak – budak kampong belajar mengeja dan mewarna. Mereka bercuti pada hari Rabu. Tiada sebarang aktiviti di jalankan, dan pada hari itulah kenderaan persatuan akan bergerak ke Bandar kuala krai untuk ambil bekalan makanan, alat tulis dan sebagainya untuk diagihkan nanti.

Anna ajak aku keluar. Dia jemput aku di rumah Ali. Katanya rasa bersalah tak dapat berbual panjang dengan aku sepanjang aku di sini. Kami pergi makan. Anna masih seperti dulu, celoteh dia, malu – malunya, lemah lembutnya. Kami berbual panjang mengenai kehidupan kami.

Kemudian ada awkward silence. Dia pandang mata aku dan tanya, kenapa sebenarnya tujuan aku ke sini. Aku terdiam sebentar. Mungkin ini masanya. Aku kata padanya aku ingin minta maaf atas semua kesalahan yang aku buat padanya.

Anna senyum tenang. Tapi air mata dia dah bergenang. Aku tahu dia menahan tangis. Mata aku pun sama. Anna cakap, dia dah lama maafkan aku, jadi aku tak payah risau. Aku minta dia lupakan apa yang pernah terjadi antara kami.

Aku beritahu dia aku nak jadikan suri hati aku sekali lagi. Aku akan didiknya menggantikan kak Hanis. Aku berjanji akan berikan dia kebahagiaan. Aku minta dia balik pada aku. Air mata yang bertakung terus mengalir ke pipi dia, tapi dia masih tenang.

Ana pandang tepat ke mata aku. Dia kata dia dah lama maafkan aku. Tapi dia masih belum dapat lupa h4ncurnya hati dia. Belum dapat lupa rendahnya maru4h dia di depan aku ketika dia mengakui kelemahan dia waktu itu. Tenang dia terangkan pada aku yang dia tak berdend4m pada aku.

Cuma masih terbayang di minda dia bagaimana dia cuba terangkan pada ibu ayahnya apa yang terjadi antara kami. Dia masih dapat mainkan detik di mana ibu bapanya cuba mendapatkan penjelasan dari aku, tapi aku tak dapat dihubungi.

Masih terbayang bagaimana dia tanggalkan cincin – cincin tanda cinta kami, dan angkut beg – beg masuk ke dalam teksi untuk keluar dari rumah yang sepatutnya menjadi tempat kami memulakan keluarga baru. Bagaimana dia merendahkan maru4h, pergi jumpa dangan emak dan ayah aku minta mereka pujuk aku terima dia semula.

Dulu janji aku padanya sama. Akan aku berikan bahagia, akan terima dia seadanya, akan menjaga dia sampai tua. Hakik4tnya aku tinggalkan dia saat dia betul – betul perIukan aku. Teresak – esak Anna menangis. Aku buntu nak buat apa, aku hulur napkin untuk dia sapu air matanya.

Dia minta agar aku lupakan dia. Dia tak kisah untuk berkawan dengan aku. Tapi dalam masa terdekat tak mungkin akan dia terima aku semula. Dalam bekas yang aku tinggalkan pada hatinya. Aku tak putvs asa. Aku hulurkan pada dia bekas yang mengandungi cincin – cincin yang pernah aku beri padanya dulu.

Aku kata padanya. Simpan cincin – cincin ini, fikirkanlah dahulu tentang kita. Jika awak memang betul – betul tak ada ruang untuk saya, awak pulangkanlah semula. Tapi jika sampai satu masa, awak sudi terima saya semula, awak hubungiIah saya.

Anna pandang wajah aku dalam – dalam, kemudian perlahan – lahan dia tarik kotak itu ke arahnya. Kemudian dia tolak semula kotak itu pada aku. Nah, saya pulangkan pada awak. Lalu dia bangun menuju kaunter dan ke kereta.

Aku rasa tert4mpar sebentar. Macam rayu aku tak ada harga di mata dia. Ini ke rasa dia? Apa aku dah buat pada dia hari tu. Dulu selama sepanjang eiddah dia merayu pada aku, aku pandang muka dia pun tak waktu tu. Ini dia tolak aku dengan baik pun hati aku jadi h4ncur, apatah lagi dia dengan tindakan aku dulu.

Hari tu aku habiskan dengan bermenung je. Esoknya, aku dah kena balik KL dah. Tak apalah Faizin, sekurang – kurangnya kau tahu dia puas dan gembira dengan hidupnya sekarang. Dan kau tahu dia dah maafkan kesalahan kau. Kau jugak Allah dah baIas balik kaw kaw punya.

Dia letakkan kau dalam posisi Anna sebelum ni. Tapi aku tekad kali ni. Aku balut kotak cincin dengan surat kabar dan berikan pada Ali sebelum aku bertolak balik. Aku amanahkan padanya untuk berikan pada Anna. Lepas aku mula bertolak, aku hantar mesej pada Anna.

Aku kata padanya perkara yang sama. Saya beri amanahkan cincin pada Ali untuk panjangkan kat awak. Fikirkanlah dahulu tentang kita. Jika awak memang betul – betul tak ada ruang untuk saya, awak pulangkanlah semula. Tapi jika sampai satu masa, awak sudi terima saya semula, awak hubungiIah saya.

Kalau kira, sekarang masuk setahun lebih aku beri cincin tu pada dia hari tu. Dia tak pernah pulangkan atau beri kata putvs pada aku. Sampai sekarang aku tunggu jawapan dari dia. Pesan aku pada korang semua. Dalam bercinta, jangan mengharap kesempurnaan.

Kelak kita yang akan mer4na, padahal cinta tu kan berputik dengan keadaan kita tahu dia pun manusia seperti kita. Patutnya kita dah tahu dia tak sempurna. Aku patutnya tahu tanggungjawab aku, dan betapa besarnya cinta dan harapan dia pada aku dulu.

Sampai aku dah h4ncurkan hati dia macam tu sekali. Sekali kau h4ncurkan hatinya, cinta dia pada kau dah tak akan seperti dulu. Dengan perempuan, kau jangan sekali – kali biarkan dia tawar hati. Dari dia menyanjung kau setinggi – tinggi, dia boleh move on dari cinta kau lepas dia tawar hati.

Ana hatinya lembut, tapi aku dah ibarat dehydr4te dan drybIendkan ia, kalau aku cuba cantum pun dia tak akan jadi seperti dulu. Padahal dulu dia yang menyayangi aku lebih dari aku menyayangi dia. Sekarang aku insan yang bersyukur kepada Allah bila setiap kali balik kerja, tak ada parcel atau tanda – tanda cincin aku dipulangkan.

Aku sia – siakan dia, sekarang aku yang giIa, gembira walau hanya ada kemungkinan kecil Anna akan kembali pada aku. Aku yang tercari – cari cebisan memori perkahwinan kami dulu. Jika awak membaca, ketahuilah saya tak pernah nak mem4ksa awak.

Saya tahu salah saya pada awak terlalu banyak. Perbuatan saya tak boleh di tarik balik. Buatlah keputvsan yang terbaik. Ambil lah sebanyak mana masa yang awak perIukan, saya akan terima dengan hati redha. Akhir kata, doakanlah yang terbaik buat aku, wahai sahabat – sahabat pena.

Maafkan kekhilafan, halalkan masa yang aku ambil buat kalian membaca cerita pedoman aku. Mencintai manusia itu, ialah mencinta kedua – dua kebaikan dan kelemahan dia. Maaf aku mengambil masa yang lama nak habiskan, akibat kekangan kerja.Assalamualaikum. – Faizin Islam

Komen Warganet :

Salbiah Seliman : Ingatkan lelaki ni dengan senang boleh cari penggantinya. Tapi yang ini lelaki yang berlainan. Semoga Allah temukan mereka dan mereka bahagia selamanya sampai syurga.

Jannatul Syakirin : Doakn yang terbaik untuk dia.. Hati perempuan kalau dah h4ncur susah nak cantum sempurna balik. Saya jugak doakan yang dia akan dj0dohkn dengn seseorang yang lebih baik dari awak.. Yang tahu hargai dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?