Lepas kahwin suami berhenti kerja. Dia ajak duduk rumah kakak dia yang dah kahwin. Jadilah aku isteri yang kena tanggung suami

Suami pinjam duit abang dia 1k pun, dia cakap gaji aku sebagai jaminan. Duit yang dia pinjam habis tapi aku yang kena bayarkan balik hutang tu. Semua pinjaman dia nak buat dengan family dia, mesti nama aku yang jadi jaminan..

#Foto sekadar hiasan. Aku nak luah dekat sini sebab tak mahu buka aib suami dekat sesiapa. Cuma luahan saja sebab dah tanggung benda ni bertahun. Usia perkahwinan kami 5 tahun. Aku seorang perempuan, berusia lewat 20an, belum ada anak. Aku belum bersedia nak ada anak sebab masalah kewangan kami yang teruk.

Sebelum kahwin suami kerja tapi selepas saja kahwin, boleh pulak dia berhenti kerja. Katanya penat dan tak mungkin mampu sara kami dengan duit gaji yang sedia ada. Gajinya dalam 3k lebih, bagi aku cukupla. Tak perlu mewah – mewah pun.

Aku tak boleh kerja lagi sebab masih belajar di semester akhir universiti. Itu pun dia berhenti kerja tak ada bincang. Ikut plan, dia nak guna semua duit simpanan dia buat buka gerai jual – jual dengan family. Itu pun tak ada bincang dengan aku.

Tahu – tahu seminggu lagi nak kahwin, aku ada tanya pasal rumah sewa, tanya kami nak duduk mana lepas kahwin, pun senyap membisu tak ada respond. Lepas kahwin je dia cakap, kami kena duduk rumah kakak – kakak dia yang sudah berkeluarga saja.

Bukan tumpang, kami bayar bulanan separuh harga sewa rumah tu dekat kakak dia. Aku pun rasa macam kena tipu sebab dia tak jujur dari awal dan rasa diri b0doh juga. Okey fast forw4rd, dia buat bisnes jual – jual, kemudian lingkup, bisnes lain datang, buat loan pun lingkup.

Jadi akhirnya nama dia dah tak cantik atas kertas. Nak buat apa – apa sudah tak boleh. Sangkut loan, bank call macam – macam. Akhirnya terp4ksa buat Akpk. Kereta pun hampir kena tarik. Aku lepas universiti cuba masuk kerja dekat Singapore tapi tak lama sebab mental breakdown dengan masalah kewangan sendiri.

Jadi aku suruh dia masuk singapore kerja, dia tak mahu. Cakap penat, tak ada transport, tak biasa tempat orang, macam – macam alasan dia bagi. Aku pun penat dulu kerja tempat orang tapi aku fikir tanggungjawab nak bayar rumah, kereta, bil dan lain – lain.

Jadi lepas tu, aku kerja biasa dekat area rumah, itu pun duit gaji aku habis buat bayar semua sebab gaji 2k saja. Setiap bulan aku dengar ayat, “minta tolong bayarkan dulu, nanti dia ganti balik.” Sampai la 2 tahun aku kerja, dia masih dengan bisnes jual – jual yang takde untung, duit je banyak keluar.

Katanya nanti ada untung banyak dia bagi aku. Dia Tak nak buat kerja fulltime nanti penat, tak cukup masa. Ada je alasan dia. Hutang tu jangan cakap la, keliling pinggang. Dengan family adik beradik pun ada hutang ribu – ribu juga, sampai kitorang pergi jalan – jalan dia tak bagi post online, takut nanti family dia tahu dia jalan – jalan.

Tapi aku post saja sebab duit jalan – jalan tu guna duit aku, bukan duit dia dan aku tak ada hutang sesiapa. Sekarang aku bayar semua, minyak kereta pun minta aku, family nak pinjam duit pun minta aku. Benda yang paling besar, aku pernah buat pinjaman loan atas nama aku untuk dia.

Ada 3 loan aku buat tapi amaunnya aku masih mampu bayar walaupun ada je tertunggak. Aku buat pun sebab gaji aku tak mampu nak bayar kereta, rumah, semua tu jadi dia suruh buat. Tu semua aku yang bayar sebab kalau nak tunggu dia ada duit, dia tu sekejap saja habis.

Jadi akhirnya, aku bayar semua. Dia pinjam duit abang dia 1k pun, dia cakap gaji aku sebagai jaminan. Jadi abang dia kasi, akhirnya habis duitnya, aku la yang kena bayarkan 1k dekat abang dia. Semua pinjaman dia nak buat dengan family dia, mesti nama aku yang jadi jaminan.

Dia tak ada bincang betul – betul, dia cakap macam tu je. Aku tak ada kasi jawapan apa – apa terus proceed. Tahun lepas sampai 1 tahap aku selalu doa supaya eksiden waktu setiap kali balik kerja. Tak payah hidup lagi senang dari hidup macam ni.

Aku ada bincang, banyak kali tapi dia tetap tak nak cari kerja. Sampai g4duh – g4duh. Nasib baik aku belum ada anak lagi. Nanti semua benda budak tu dari lahir sampai besar aku yang tanggung. Dia masih dengan mentality nak majukan bisnes dia.

Jadi, sekarang aku yang kena kerja keras untuk tanggung semua kos. Katanya tak boleh tinggal bisnes tu, makan masa lama. Tapi aku yang merana sekarang ni macam mana. Dulu dia ada dapat duit Kwsp pengeluaran 10k ke 5k.

1 sen tak ada kasi aku atau belanja makan ke jalan – jalan. Siap cakap terus dia nak buat benda lain duit tu. Setiap kali dia ada duit mesti ada je alasan nak guna duit tu. Jadi sekarang plan dia aku nak tipu gaji aku, aku nak simpan tempat lain duit nya.

Aku nak cakap gaji dapat sikit setiap bulan. Untuk pengetahuan semua, aku sekarang buat 2 – 3 kerja untuk cover kos kami. Jadi waktu cuti pun aku kerja. Aku takde rehat. Aku penat.

Komen W4rganet :

Abdul Malek : Kalau puan ada pendidikan sampai universiti sepatutnya perkara ni otak puan boleh fikir awal – awal lagi masa baru kahwin tu. Takkan sampai tak kenal kot biawak bertopeng dengan lelaki sejati. Semoga dipermudahkan urusan puan, aminn..

Ummi Nurfaizah Hafiz : Kalau aku memang dah lama angkat kaki. Sekarang ni takde anak lagi. Kalau dah ada anak lagi mental weh. Tinggalkan je suami camtu. Dengan gaji 3k, kau tahu suami aku mampu menghidupkan aku dengan 5 lagi anak.

Tak pernah lagi kebulur kitorang. Bukan nak banding hidup dengan orang tapi erti syukur tu kena ada. Kemudian utamakan nafkah bini dengan anak dulu bukan utamakan orang lain dulu. Sampai bila kau nak tanggung biawak hidup.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.