Lepas kant0i curang, aku terus suruh suami bawa ke satu tpt. Suami terk3jut muka nak nangis bila sampai

Lepas aku baca wechat suami dengan perempuan tu, aku tak meng4muk. Aku tanya dia elok – elok dan hantar anak – anak ke rumah suruh maid jaga. Aku minta dia bawa aku ke satu tempat. Sambil aku dengar cerita dia, aku bagi arahan untuk pergi ke Masjid Negeri Shah Alam. Dia follow je, rupanya aku minta dia masuk simpang depan masjid tu..

#Foto sekadar hiasan. Hai Assalamualaikum, aku Purple, anak dah masuk 4 dah. Ini kisah aku seorang isteri yang terp4ksa hadap kecurangan suami bertahun – tahun. Kejadian suami aku suka curang ni bukan baru, sebelum kahwin lagi.

Dulu dekat kolej dia antara orang yang ada rupa dan ramai budak perempuan yang suka dan dia suka dekat kolej dia tu. Tapi dia tak adalah buat benda tak baik cuma dia suka teks dan kenal perempuan baru. Tu saja,.

Dia macam hobi kau tau tak sebab dah terbiasa sejak dari kolej melayan dan kenal perempuan – perempuan baru. Lagipun dia study kolej Islam so nakaI dia tu terbatas (family dia pun family yang baik).

Macam mana aku tahu? Tahun pertama kahwin kami banyak travel atas sebab kerja. So aku dan dia kerap ke negeri kelahiran dia di pantai timur so kami akan jumpa dengan seorang Ustaz yang dah berusia ni untuk ambik air penawar asbab aku nak hamiI.

Aku suka baby, jadi aku memang usaha seawal tahun pertama. Masa sambil – sambil tu aku akan bercerita dan bertanya Ustaz ni bila aku ‘found out’ dia curang. Ustaz tu cakap, ”InshaAllah suami puan ok cuma dia nakaI sikit saja dia suka main – main tapi jangan risau dia tak buat benda tak baik”.

Dan memang tahun – tahun awal perkahwinan memang aku struggIe dengan sikap acuh tak acuh dia. Satu aku perasan dia macam tak bersedia nak kahwin sebab dia rasa dia muda lagi. Tapi aku ajak juga kahwin sebab kalau tak nanti aku kena kahwin dengan sorang professor pilihan ayah aku.

Haha macam dalam drama pula kan? Ye betul.. ayah aku bff dengan professor tu. Banyak urusan antara mereka terutama pasal Bisnes, Kereta dan Tanah. Mindset orang – orang tua ni memang gitulah kot, tak nak terputvs hubungan katanya.

Tapi aku tak nak tapi dalam masa sama aku macam redha saja juga. 50 – 50. Yelah professor tu dah tua dalam 50-an baya ayah aku dan dah beristeri. Masa tu aku baru dalam fasa perkenalan dengan suami aku ni. Memang aku nangis – nangis tak nak kahwin dan suami aku time tu hanya memujuk lembut supaya follow saja ayah aku sebab dia rasa dia tak layak nak berg4duh.

Satu hari, wife professor tu datang rumah dan slowtalk dengan ayah aku. Dia kata dia dapat rasa yang suami dia di offer kahwin. Alhamdulillah selesai kat situ kami tak jadi kahwin so aku terus update bakal mak mertua bagitau kami tak jadi kahwin dan terus family mertua aku masuk meminang.

Jadi keadaan ni berlangsung dalam keadaan yang sangat pantas. Sebab mak mertua aku ni baik dan sayang dekat aku. Berbalik kepada hubungan aku dan suami, kenapa suami aku suka curang dan main – main, sebabnya dia pernah cakap, dia masih muda dan tak ready untuk berkahwin.

Sebab perkahwinan kami diatur oleh mak dia. Pernah sekali aku cakap dengan suami, “kalau kita tak kahwin, tak kanlah kita nak terus buat maksi4t? Suka hidup penuh maksi4t? Kan bagus kahwin dapat banyak buat pahala”

Suami aku tak suka dan tak setuju pun dengan statement aku tu, jadi dari situlah dia macam member0ntak. Maka banyaklah episod hitam dalam rumahtangga kami. Aku hadap saja benda ni sebab ada juga rasa bersalah.

Seperti biasa, aku sentiasa husnuzon yang suami aku ni dah berubah sebab anak dah masuk dua masa tu. Tahun 2016 masih segar diingatan aku. Disebabkan kerap berlaku kecurangan dia text / whatsapp perempuan lain, aku selalu juga cek henpon dia.

Dia tak letak password. Sebab suami aku ni jenis pendiam dan soft spoken. Dia ni sejenis tak reti nak cari g4duh atau marah aku, kadang – kadang aku pulak cuba – cuba buat sesuatu untuk bagi dia marah tapi tak pernah menjadi sebab dia memang baik sangat dengan aku.

Alkisah, Anak kedua kami masa tu baru msuk setahun, masa tu suami aku tengah pickup aku di rumah adik – adik aku, aku tengah dukung anak dan masuk dalam kereta sementara suami aku angkut str0ller anak.

Naluri seorang isteri ni kau jangan buat main, tak ada ribut tak ada angin tetibe saja time aku masuk kereta, aku nampak henpon dia dekat dashboard kereta terus aku samb4r. Aku bukak apa yang dia bukak sebelum ni.

Terk3jut beruk aku dia bukak wechat. Tangan aku laju saja baca conversation dekat wechat tu (selalu dengar dulu budak – budak baru nak UP saja suka bukak wechat ni, tak sangka suami aku pun terjebak). “Rindunya.. nak lagi.. sayang bagai.. alamak.. ade gambar emoji couple tengah ki.ssing.

Bergetar tangan aku. Oh “nak lagi” ye (tanya aku dalam hati). Suami aku masuk kereta, aku relax cool tarik nafas dalam – dalam then aku bagi henpon dekat dia. Aku cakap aku baca converstion dia dalam wechat. Aku macam biasa, slowtalk dan nasihat dia seperti tahun – tahun sebelum ni.

Suami aku? Silent saja dengan muka sedikit terk3jut. ada juga dia jawab sikit – sikit. Sejenis dia, tak bercakap bohong. Dia akan cerita saja dengan aku (contoh dulu dia ada 2 henpon dan dia bagitau dia ada 2 henpon dan berhubung dengan wanita nama sekian – sekian).

Kami hantar anak ke rumah (ada maid yang tengokkan anak aku) dan aku bagi dia arahan, tunggu aku nak bersiap, aku suruh dia tunggu dalam kereta dan bawa aku ke satu tempat. Dia follow saja (dalam hati dia aku tahu jantung dia nak tercabut dan tertanya – tanya apa aku nak buat) dia tak tau betapa giIanya isteri dia sorang ni.

Dalam perjalanan kami, aku tanya dia jawab dan bagitahu macam mana dia kenal dua perempuan yang dia text dekat wechat tu. Sorang kenal sebab dia terjumpa time buat postage (dia handle online bisnes kami) memang aku dah redha time ni kalau berpisah sebab aku dah tak ada hati dekat dia.

Sorang lagi ntah kenal random saja dalam wechat tu. Sambil aku dengar cerita dia. Aku bagi arahan untuk pergi ke Masjid Negeri Shah Alam. Dia follow je.. rupanya aku minta dia masuk simpang pejabat agama depan masjid tu hahaha

Sampai saja pejabat agama aku terus ke bahagian Rujuk / Cerai (ah lupa dah tapi kami kena naik tingkat 3 / 4 gitu kot). Haaaa aku bawa dia ke pejabat agama terus kauuuu, aku nak berpisah. Siap aku isi borang semua.

Aku tulis semua kesalahan dia dalam borang tu. Suami aku? Dia tercegat je, berdebar, tengok muka dia muka sedih dan tergamam. Haaa main – main lagi dengan wanita giIa ni. Tapi aku pun cool saja tak segiIa mana sebab aku langsung tak jerit dan marah dia.

Aku cuma bawa dia jejak ke pejabat agama je. Sekali, ustaz yang handle kes rujuk / cerai tu tak ada, kami kena buat temujanji. Dan ya kami buat temujanji nak jumpa. Aku minta borang daripada dia, dia tak isi apa – apa.

Aku tanya kenapa tak tulis sebab nak berpisah? Dia cakap, aku baik dan tak ada salah apa – apa dan dia tak ada masalah dengan aku. (Kalau la boleh rakam muka dia time ni, cuak giIa, memang kelakar).

Borang aku? Penuh.. aku tulis semua kecurangan dia, sigh.. On the way balik dia dah mula minta maaf. Balik rumah tu dia siap – siap mandi solat dan duduk dengan sangat sopan. Tapi aku buat – buat tak nampak je.

Tapi dia panggil juga aku, jadi aku pun duduk tepi dia. Maka, kali pertama dalam perkahwinan kami, dia menangis. Yaaaa air mata dia mengalir.. Aku suruh dia keluar dan ayat ni yang keluar dari mulut aku, “jantan tak guna!”

Dia pegang tangan aku, minta maaf bertalu – talu dan janji tak buat lagi. Kali ni aku s4kit hati sikit sebab dia sempat jumpa perempuan tu dan ada adegan bercivm. Pedih part tu.. aku tak boleh kalau teringat rasa seperti disi4t – si4t.

Aku tanya dia pernah terIanjur tak, aku minta dia jawab sejujurnya, dan Alhamdulilah dia cakap dia seorang muslim yang masih tahu adab dan batas (aku percaya sebab masa couple dulu dia jaga aku dan batas pergaulan, kira kami ni pun bercinta lepas nikah).

Aku tak ada la ilmu tinggi bab hukvm hakam ni so ayat aku bagi dekat dia malam tu, tak kisah la jatuh ke tak. “Janji tak buat lagi, kalau buat lagi, jatuh fasakh dan kita dikira berz1na jika masih sebumbung,” dan dia mengangguk dengan laju sambil civm tangan aku”

Lepas dari tu, aku google, ayat yang keluar dari mulut aku tidak membawa kepada apa – apa hukvm melainkan daripada mulut dia, fuh lega. Sebab mana tahu dia curang lagi. Tak ke berz1na namanya anak pun dah masuk 4.

Dan aku masih berhati – hati dengan dia walaupun anak nak masuk 10 pun. Hehe.. idoklerrr cukuplah 4 orang ni. Alhamdulillah kini dia dah jadi suami yang boleh aku cakap, terbaik di pandangan mata aku. Membantu aku jaga anak – anak, jaga kebajikan kami luar dalam, nafkah yang cukup, kini aku di rumah dia keluar bekerja, rezeki Allah, setiap hari dia pulang dengan rezeki yang meIimpah ruah.

Makan pakai semua cukup dan aku tak pernah lagi nampak dia yang dulu. Kenderaan yang luas dan kami dalam proses beli tanah untuk naikkan rumah sendiri. Pesan aku pada pasangan baru kahwin, suami ni kalau sebaya dengan kita, kenalah sabar dan redha, sebab dia nak m4tang tu ambik masa.

Macam aku, selepas 8 tahun baru aku nampak suami m4tang. Aku pernah dengar, lelaki m4tang pada usia 26 tahun. Dia kahwin dengan aku masa tu umur dia 22 tahun. Memang kami sama – sama muda dan sama – sama tak m4tang.

Tapi janganlah pula jadikan ketidakm4tangan kita tu sebagai alasan untuk curang. Pendekatan aku, sabar dan redha. Teruskan berdoa dan bertolak ansur dalam rumahtangga. Ramai aku tengok sekeIiling aku kahwin cerai.

Aku bersyukur Allah masih bagi aku rasa nikmat dalam hubungan suami isteri yang penuh ranjau ni. – Purple (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cik Adiera : Kak, aku ni pernah tanya dengan ex aku. Dia lelaki kaki perempuan. Aku tanya dia kak, kenapa curang? Sebabnya perempuan yang digiIakan tu tak cantik pun, kerja pun tidak. Ibarat bakal nyusahkan dia je.

Kau tahu dia jawab apa kak? “Saja”. Aku tanya apa kekurangan aku, dia kata “tak ada”. Bukan sekali dia janji nak berubah. Bukan kak. Jadi berhati – hati lah kak. Ex aku pernah cakap kak, lelaki kalau nak berubah, dia akan berubah tak payah nak tunggu umur berapa. Kalau terp4ksa / kesian memang tak lama lah dia berubah.

Mudarrisah AmatulLah : Ini bukan tips lagi dik. Ni baru macam level pertama game mario. Banyak level lagi kena lompat tu dik. Maksud akak, jangan percaya 100%.

Pesan ayah akak, ayam kalau dah biasa makan t4hi, t4hi jelah dia akan cari. Betul juga peringatan orang tua – tua ni. Kena beringat ye dik. Akak doakan yang terbaik untuk rumahtangga adik, dari dunia sampai akhir4t. Aamiiin.

Didi Adibah : Walau apa pun tindakan terus bawa ke pejabat agama isi borang cerai dengan tenang tu memang Saya tabik.. Bayangkan keadaan masa tu, mungkin untuk suami lebih ngeri dari berg4duh, jerit – jerit, m4ki – m4ki.
Dan kalau dia tak rasa ngeri boleh la terus proceed kes cerai.

Senora Haznina : Dari confession ni, rasanya confessor ni jenis perempuan yang aci redah tapi dalam masa yang sama tak cepat melatah. Contoh, sebelum kahwin pun dia tau dah suami jenis playgirl.

Dan dia juga tahu suami memang tak ready nak kahwin, tapi tetap dia nak kahwin jugak. Lagi satu part drive terus pergi pejabat agama tu pun memang redah habis. Ntah lah tak tahu nak jelaskan macam mana tapi memang ada perempuan macam ni.

Dia cuba cool dengan per4ngai buruk suami dia yang satu ni. Mungkin jugak confessor ni ada hubungan yang baik dengan mertua dan mcm dia bagitahu tadi suami dia pun jenis yang berlembut dengan isteri. Cuma masalah dia satu je sekarang, suami suka cari perempuan lain.

Atikah Jamaludin : Laki macam suami tt ni nak ape ek sebenarnya? Tak cukup nafkah batin, tak cukup beIaian dari bini ke apa? Atau sejenis yang mata keranjang. Anggap wanita ni sebagai objek pemuas nafsu semata.

Bayangkan, pergi cod barang pon boleh sangkut dekat minah entah mana – mana. Kat situ dah nampak laki tt ni tak jaga mata, lemah kawalan nafsu.

Jamisah Jalaluddin : TakIik bukan perkara main – main. Kadang – kadang bertakIik perkara yang tak masuk akal. Kalau pakai gincu, jatuh taIak, kalau balik rumah mak mentua jatuh taIak, kalau ada gf jatuh taIak.

Mudah sangat. Ramai yang bertakIik macam tu. Ada yang bertakIik, dan hidup dalam perz1naan dan beranak tanpa disedari sang isteri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?