Lepas mak meninggaI, bapak kahwin lain dengan mak tiri jahat. Kami lari tinggal rumah pakcik, dorang layan kami macam bibik

‘Ingat rumah aku ni, rumah kebajikan agaknya, ada jer orang nak menumpang.’ Ayat itu saya ingat sehingga kini, bukan berd3ndam cuma tak boleh lupa. Sekarang saya terk3jut dengar pakcik makcik bercerai dalam usia 60-an. Mereka terima kifarah sebijik macam apa yang saya rasa dulu. Kadang – kadang hati ni jahat..

#Foto sekadar hiasan. Saya Liza berusia 30-an berasal dari salah sebuah negeri di selatan. Saya datang dari keluarga yang berantakan di mana ibu saya meninggaI dunia dan ayah saya kahwin lain. Pepatah yang mengatakan, biar m4ti bapak jangan m4ti mak memang benar ye.

Kami (7 adik beradik yang kecil umur 2 tahun) dapat ibu baru, pucuk muda d4rah panas. Kami adik beradik selalu disuruh buat itu ini, dipukuI sana sini, kami tak tahan tinggal di rumah dan kami adik beradik lari.. Tapi ada juga yang masih tinggal dengan ayah dan mak tiri.

Saya lari dari rumah itu dan tinggal bersama arw4h datuk saya (bapa kepada ayah saya). Selepas arw4h datuk meninggaI saya duduk dengan pakcik saya (adik ayah). Hari pertama saya jejak kaki ke rumah pakcik saya, pakcik saya dah cakap, ‘ingat rumah aku ni, rumah kebajikan agaknya’, ada jer orang nak menumpang. Ayat itu saya ingat sehingga kini, bukan berd3ndam cuma tak boleh lupa.

Pakcik saya orang berduit masa tu sebab dia kerja singapore jadi memang ramai lah yang datang menempal dekat rumah dia, kira harapan keluargalah pakcik saya ni. Kalau ada yang nak pinjam duit ke nak sponsor apa – apa ke datang jer.. InshaAllah dapat..

Saya duduk rumah mereka ibarat saya adalah bibik. Tapi duduk rumah mereka tidak separah rasa duduk rumah sendiri. Pakcik saya ni ada 9 orang anak, 6 orang perempuan selebihnya anak lelaki. Anak – anaknya semuanya pemalas.

Rumah tak berkemas pinggan tak bercuci, berkecah pasir dekat lantai, kain baju bersih dengan kotor tak tau mana satu. Rumah cantik besar tapi sayang tak berkemas. Kami yang menumpang ni akan tolong kemas. (Ada 2 – 3 orang lagi yang menumpang).

Kadang – kadang baru nak duduk sekejap dah dipanggil suruh amik air lah, buat itu lah buat ini lah, kalau raya dah la kita yang paling sibuk mengalahkan tuan rumah. Buat tak tahan duduk situ kadang – kadang diorang perli sinis, bapak kau gitu.. bapak kau gini, bapak kau dapat abaikan lah, tak jalankan tanggungjawab la.

Ada jer benda yang memang orang cakap, sampai tak fikir perasaan kitorang ni. Buruk macam manalah bapak dia. Dalam hati anak dia lain, tetap dia terasa bila orang kutuk bapak dia. Mesti dia rasa bapak dia juga baik yang terbaik.

Masa tu duduk dengan diorang tak terfikir pun nak duduk dengan bapak balik, sebab ada rasa d3ndam marah dekat mak baru. Jadi masa tu fikir kena bertahan kumpul duit keluar dari daerah yang saya tinggal. Masa tu saya memang dah tak sekolah ye.

Takde orang nak bayar yuran, jadi saya berhenti, masa saya tinggal dengan mereka pun umur baru 13 tahun. Bording family pakcik saya sangat baik. Boleh dik4takan erat rapat. Dan baru – baru ni, saya terk3jut dengar berita peceraian pakcik dan makcik saya diusia mereka sudah lebih 60-an dan sudah mempunyai 3 orang cucu.

Keluarga mereka jadi pecah belah anak – anak yang masih bersekolah saya tengok merempat seperti saya dulu. Anak – anak yang lain ada eg0nya sendiri, besar kepala tak boleh mengalah. Dan pakcik saya pun dah berkahwin baru dan mereka pun dapat mak baru.

Kadang – kadang hati ni jahat juga korang rasa lah apa yang kitorang rasa dulu. Dulu dok kutuk – kutuk, hah kan dah kena batang hidung sendiri. Tengok diorang sekarang rasa kesian sebab kalau balik kampung dah tak duduk dah rumah yang besar tu.

Rasanya diorang dah tak jejak kot rumah tu. Rumah yang tempat diorang membesar. Apa saya dapat simpulkan mungkin ini adalah kifarah di mana dulu mereka tidak menjaga bicara mereka, sehinggakan perkara yang berlaku keatas keluarga saya satu ketika dulu terpalit pada keluarga mereka malah lebih teruk kejadiannya. – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Shuhaidaa Azan : Dik, memang la betul kifarah tu ada. Tapi ingat, awak pernah menumpang mereka suatu ketika dahulu. Kalaupun awak rasa macam bibik, tapi kalau awak amik yang positif, itulah yang mnjadikan awak cekap daam hal rumah tangga.

Tak baik memadankan orang sebegitu begini dik. Yang lepas tu biarlah lepas. Lagipun at first place, takde orang p4ksa awak stay dengan diorang. Awak juga rela hati bertahan di situ. Ingat, hati – hati dalam berbicara. Risau kalau terkena pada anak cucu kita kelak. Oh ya, by the way, kalau budak – budak tak disuruh buat kerja rumah, umur berapa nak train diorang. Dah bagi duduk pree, mengumpat macam – macam plak ye.

Pippa Jo Jnf : Dik i feel you! I have been in this situation. Kita ni dalam keadaan menumpang orang cakap apa terp4ksa terima tau, memang kena tebalkan muka, memberi sifat – sifat yang rajin salah satu AKHLAK YANG SIHAT.

Lebih baik mengalah dapat keletihan dari kita menjadi watak tuan – tuan dalam rumah orang, macam kita jadi orang tak sedar diuntung nanti. Anggaplah untung dapat berteduh dari duduk bawah jmbatan.

Tak patutlah kita expect macam – macam seperti patutnya macam kita dapat dari bapa kita. Kita dalam keadaan tidak mampu terima sahaja yang kita layak itu akhlak yang sihat, jangan ikut – ikut dah tak mampu eg0 besar, nak layanan macam – macam. Nanti dah berwang sendiri boleh membuat pilihan.

Que Ashiela : Doakan yang baik – baik. Mereka pun d4rah daging awak juga. Pakcik awak tu pun banyak berjasa melebihi ayah awak. Buang rasa benci dan d3ndam. Hidup di dunia ni sementara sahaja. Rugi kalau dihabiskan dengan membenci dan ‘memadankan’ orang lain.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.