Masa awal mak meninggaI, aku call ayah tanya khabar, sembang dengan dia. Tiap kali call mesti cerita pasal mak. Ayah cerita, betapa ralat betapa ruginya dia tak spend masa, tak happykan mak, Rupanya kejap je, tak sampai setahun, ayah nak kahwin baru..
#Foto sekadar hiasan. Sedikit pengenalan, aku anak sulong dari 4 beradik. Aku ada 3 orang adik lelaki dan aku seorang je perempuan. Keluarga kami keluarga biasa – biasa, tak kaya malah tak miskin. Cukup sederhana. Peranan mak dan ayah sangat tipikal seperti keluarga melayu, si ayah kerja mencari duit rezeki dan mak uruskan rumah tangga dan anak – anak.
Dari kecil sampai besar amat jarang aku tengok ayah tolong mak buat kerja rumah. Malah memang ayah amat jarang nak tahu hal perihal kami adik beradik masa sekolah, ada exam ke, ada kelas tambahan ke ada latihan sukan ke, dia tak tahu.
Semua tanggungjawab dalam rumah mak aku yang uruskan. Waima pinggan lepas dia makan mak yang cucikan. Kebiasaan ayah balik dari kerja lepas mandi, dia akan makan depan tv sambil menonton televisyen. Adakala kami semua makan sama – sama, time ni seronok sangat sebab sambil makan sembang – sembang, gelak – gelak.
Lepas makan ayah akan duduk dalam ofis dia saja. Jadi seharian itu sahaja masa yang kami luangkan dengan ayah. Ayah memang lebih suka luang masa bersendirian. Kalau kami keluar pergi mall, jalan – jalan beli barang dapur contohnya. Ayah takkan jalan bersama kami.
Dia akan tetiba hilang pergi tempat lain. Kemudian dia akan muncul masa nak bayar saja. Sama juga tempat lain macam fun fair ka muzium ka zoo ka, dia tak jalan dengan kami dia jalan sorang. Kami pun taktau dia pergi jalan mana. Kalau dia jumpa benda best baru dia cari kami nak tunjuk.
Pendek kata kami 4 beradik ada gap sangat besar dengan ayah. Kadang – kadang kalau kami adik beradik terp4ksa duduk 1 ruang dengan ayah berdua je mesti suasana sangat ‘awkward’ tak tau nak cakap apa, rasa janggal sangat.
Gap besar tuu dipenuhi oleh mak. Kalau kami perIukan apa – apa dari ayah kami akan cakap dengan mak dan mak akan sampaikan pada ayah. Dari aku sekolah sampai la masa mula – mula kerja sebelum kahwin. Ada apa – apa urusan dengan ayah aku akan call mak dulu tanya.
Nanti mak akan cakap dengan ayah, kemudian baru ayah call aku tanya lebih lanjut. Lepas aku dah kahwin, ayah nampak berubah sikit demi sikit. Aku ingat lagi aku terk3jut sangat nampak dia tolong mak sidai kain, basuh pinggan dalam sinki, sapu rumah, mop lantai, cuci bilik air.
Aku macam wowwww ayah buat ea semua kerja tu, sebab dari aku kecik selama aku duduk rumah tu aku tak pernah tengok. Start dari tingkatan 4 aku dah duduk asrama, balik sesekali pun aku tak pernah tengok. Lepas kahwin nie, bila cuti balik rumah mak baru nampak ayah dah berubah.
Alhamdulillah syukur sebab mak dah ada orang yang boleh tolong dia. Tidak la dia sorang je kena buat semua lagi. Tapi ada per4ngai ayah yang masih teguh tak berubah.
1) Per4ngai asyik ikut cakap kawan, cakap kawan je betul cakap keluarga takda makna. Bayangkan la habis beratus ribu labur entah berapa banyak skim cepat kaya, sebab percaya kawan dari keluarga. Kami adik beradik puas cakap tu sc4m tu tak betul, tu merugikan. Tak dengar, tak peduli.
2) Keluar mana – mana sorang – sorang. Ingat lagi dulu kalau company dia buat trip family dia tak pernah bawa kami atau bawa mak sahaja. Dia lebih suka jalan sorang. 30 tahun kahwin tak pernah sekali ayah bawa jalan ikut trip company.
Alasan dia takut orang mengata isteri dia (alasan sebenar bukan ini, aku tau pun sebab ayah terlepas cakap masa sembang dengan aku bila aku dah dewasa ni). Lepas pencen lagi kerap dia join group kawan – kawan dia. Pergi ride merata tempat. Tinggal mak sorang – sorang dekat rumah. Benda ini berlanjutan hingga laa suatu hari..
Aku dapat panggiIan dari adik yang duduk serumah dengan mak, MAK G4DUH DENGAN AYAH. Adik aku kata mak jerit – jerit marahkan ayah, dah lama tak tengok mak meng4muk sampai macam tu sekali. Last time masa kami sekolah rendah. Aku kat rumah dah risau. Kenapa apa berlaku.
Terus aku call mak tanya. Mak banyak luah dengan aku, mungkin sebab aku seorang je perempuan dan dia takda kawan lain lagi. Segala marah, geram, tak sukanya mak pada ayah mak akan luah pada aku. Mak cerita, pagi tu ayah tetiba cakap nak keluar pergi kenduri kahwin anak kawan ride dia.
Tempat tu agak jauh la berlainan negeri dengan rumah kami. Ayah nak pergi naik motor. Entah kenapa pagi tu mak rasa marah sangat sedangkan ayah keluar ride tu perkara biasa dan setiap kali juga ayah akan beritahu last minit.
Cuma pagi tu mak memang nak sangat ayah stay je kat rumah. Duk meng4muk – meng4muk tuu mak kata “Haaa pegi laa nak pegi sangat!!”. Sebab mak tau kalau tahan pun hati ayah akan member0ntak, otak duk mikir jee kat sana.
Lalu ayah pun pergi laa kenduri dengan pemikiran mak izinkan. Saya dengar tu terus menyirap. Geram betul rasa dengan ayah. Apa salahnya bawa je mak sekali. Suka tinggal mak sorang – sorang, dah laa masa tu mak dah mula s4kit – s4kit, dan ada beberapa kali mak jatuh secara tiba – tiba.
Kita duduk jauh ni risau laa kalau mak kena tinggal sorang – sorang. Saya cakap dengan mak. Mak minggu depan cuti hari malaysia mai umah duk dengan kakak, duduk je sini lama – lama biarkan ayah. Tengok ayah boleh tahan duduk rumah sorang – sorang mak takde. Mak gelak jeee masa tu terhibur.
“Kamu ni bab jadi batu api memang no 1” Ni ayat mak. Minggu depannya, aku dapat mesej dari wassap group keluarga. “Mak jatuh”. Yee mak jatuh, jatuh dalam bilik air dan terus tak sedarkan diri. Jatuh petang dan meninggaIkeesokan harinya jam 4pm.
Aku sempat tengok mak sebab aku sampai 8am, adik – adik aku yang lain sampai 5 minit sebelum 4pm. Ngam – ngam adik aku naik tengok, mak pun pergi. Ayah.. Ayah ada masa mak jatuh tu. Kalau ikutkan dia ada plan nak ride hari tu, tapi entah kenapa cancel dan dia kena duduk rumah.
Masa duduk dalam ofis dia terdengar bunyi jatuh dari bilik air. Tengok – tengok mak dah tak sedarkan diri. Yang aku kata masa call mak sebab mak g4duh dengan ayah tuu. “Biarkan ayah.. Tengok ayah boleh tahan duduk rumah sorang – sorang mak takde.”
Aku tak bermaksud mak pergi selamanya. Betul – betul minggu depan tu mak pergi. Sekarang mak dah tinggalkan kami semua. Sejak arw4h mak takde. Ayah pun dah tak pergi ride. Kata dia.. “Pelik rasa nak keluar.. Balik tak da orang dah kat rumah”
Masa ni laa aku nampak ayah aku macam hilang arah sikit. Kata – kata “Bila orang tu dah takde baru nak hargai” memang kena laa dengan ayah aku. Masa awal – awal arw4h mak meninggaI tu rajin juga aku call ayah tanya khabar, sembang dengan dia. Tiap kali call mesti cerita pasal mak.
Ayah cerita laa betapa ralat betapa ruginya dia tak spend masa, tak happykan mak, merungut dengan mak pasal duit, asyik cakap mak ni asyik shopping je. Mak shopping banyak pun bukan barang dia. Barang anak – anak dengan cucu anak aku ni haa.
Tapi apa – apa pun tak sampai setahun mak meninggaI ayah dah jumpa pengganti dah. Selamat kahwin pun awal tahun ni. Cuma tu laa aku tak tahu apa aku rasa. Sampaikan kami 4 beradik tak teringat langsung nak wish birthday dia itu hari.
Ayah kata sepupu kami wish awal dulu. Anak – anak takda yang wish pun. Orang yang memenuhi gap besar tu dah takde. Aku rasa aku memegang tanggungjawab untuk isi kan gap tu. Sebab kalau aku tak connectkan ayah dengan adik – adik aku memang diorang takkan tahu cerita khabar antara diorang.
Semua akan buat hal sendiri je. Takkan ada yang akan mula call tanya khabar dulu. Lagi – lagi ayah dah ada peneman ni lagi laa takda rasa nak tanya khabar sebab dah ada orang temankan kan. Entah laa sebenarnya aku nak tutup cerita pun tak tau macam mana.
Aku doakan ayah temui bahagia cara dia. Harap ayah ampunkan d0sa kami adik beradik moga Allah buka hati kami adik beradik santuni ayah sebagai mana kami santuni mak. – Kakak Sulong (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Adam Sole : Aku pernah jumpa ayah yang macam ni. Itulah cara dia dibesarkan. Tak rapat dengan ayah dia. Semuanya macam rasmi jer. Yang dia tahu ialah dia dengan wife dia aja. Anak – anak dia serah pada wife jaga. Agak biasa perkara macam ni.
Kalau ayah tu rajin kerja dan cari nafkah untuk keluarga, memang tanda dia sayang pada anak – anak tapi tak reti nak berkomunikasi sebab dia pun takda contoh dulu – dulu. Jadi dia hanya ikut contoh yang dia nampak masa dia membesar.
Kalau dia jenis pukuI mak, kaki perempuan dan abaikan keluarga, tu memang ayah tak berguna. Penyelesaian – anak – anak dah besar, rajin – rajin lah msg ayah. Dia ni ego tinggi skit tapi kalau didekati, boleh insyaAllah. Teruskan msg sekurangnya untuk ayah. Ajar dia macamana nak berkomunikasi dengan orang lain secara normal.
Cekodok Basi : Takpe la tt.. buat je tanggungjawab awak as anak, tanya khabar ape smua. Tak rugi, semua tu dapat pahala. Pasal eg0 ayah awak, biarlah dia menjawab dengan tuhan esok – esok. Cuba redha, insyaAllah awak tenang soon.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.