Lepas saya halau suami keluar, dia berjanji akan berubah. Cukup sebulan, wanita tu ugvt nak repot polis sebab mereka pernah bersama

Selepas sebulan kejadian, saya menerima berita hebat daripada suami. Keluarga perempuan itu ugvt nak melaporkan kepada polis kerana anak mereka mengadu mereka telah bersama. Suami takut malu…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, serba sedikit tentang saya, Aisyah (bukan nama sebenar). Saya adalah ibu kepada empat cahaya mata. Masih muda, aktif, dan sporting. Kehidupan saya sangat bahagia bersama suami.

Walaupun suami jarang – jarang ada di rumah, dia begitu mengambil berat tentang kehidupan kami. Dia menjaga kami, menyayangi kami. Dan saya seperti ibu – ibu lain di luar sana, bekerja, memasak setiap hari untuk anak – anak.

Kalau keluar tanpa suami pun, saya akan bawa semua anak atau ayah saya akan menemani. Tetapi tiga tahun lepas, saya nampak perubahan pada suami. Telefon bimbitnya tak mahu diletakkan, mandi pun cepat – cepat apabila telefon berbunyi dan selalu bersama telefonnya.

Apabila ditanya, ada sahaja jawapannya. Sebagai isteri yang setia, saya mengikut sahaja. Saya jenis malas banyak bertanya, tetapi dalam hati terdetik bahawa suami ada orang lain. Walaupun ada perubahan yang saya nampak berbeza, dia masih lagi bertanggungjawab terhadap kami. Jadi saya ok sahaja.

Dan terbaru, hati saya sem4kin kuat mengatakan suami saya ada wanita lain. Selepas saya menggodam Facebooknya dan membaca status – status wanita yang selalu saya syak. Gerak hati seorang isteri kan. Saya memanggil suami dan bertanya… Akhirnya dia mengaku dan menyatakan ingin berkahwin dengan wanita itu.

Cuba anda bayangkan apa perasaan saya masa itu? Sepuluh tahun lebih, saya berk0rban suka duka bersama – sama suami… bila mendengar dia nak berkahwin lagi? Adakah suami ecpect yang saya akan senyum dan bersetuju?

Sebelum ini, kalau nampak ada kelainan, saya suka mengugvt dia. Kalau dah tak suka, ceraikan saya. Kalau ada perempuan lain, tinggalkan saya. Tetapi dia menafikan dan sungguh – sungguh kata masih menyayangi saya. Namun hati isteri tak boleh ditipu.

Dan bermulalah episod duka saya. Setiap masa menangis sehingga anak saya s4kit melihat keadaan saya. Suami masih dengan keputusannya untuk tak mahu menceraikan saya, tapi  dia meminta diberikan peluang untuk berkahwin lagi. Dia kata dia tidak akan mengabaikan saya dan anak – anak. Mana mungkin…

Bukan tidak memberi suami itu berkahwin lain. Kehidupan kami biasa – biasa sahaja. Cukup makan, cukup pakai. Bila susah saya bantu dia, bila saya susah dia bantu saya. Kehidupan kami sederhana sahaja. Kalau dia berkahwin lagi, saya tahu anak – anak saya akan jarang – jarang jumpa dia, akan susah hendak memeIuk bapanya setiap hari.

Sebab suami bukan bekerja waktu pejabat, yang pukuI 8 malam sudah ada di rumah. Siapa yang berada dalam situasi ini tahu bagaimana keadaan kami sebenarnya. Dan nafkah saya tidak pasti adakah mampu diberikan seperti selalu atau bagaimana.

Saya rasa kalau dia berkahwin lagi, lagi porak peranda… Anak – anak lah yang kesian. Sedangkan bapa mereka outstation satu minggu pun sudah menangis – nangis mencari – cari baju bapa mereka untuk dibawa tidur. Saya tahu dia tidak boleh.

Sekarang pun dia jarang ada masa dengan kami kerana kerjanya yang tidak menentu, apatah lagi jika dia berkahwin lagi dan mempunyai anak. Apabila saya minta cerai, suami tidak mahu. Tetapi perempuan itu dengan tak malunya boleh cakap, “Ceraikan sahaja lah akak tu.” Sedihkan?

Saya bukan jenis cemburu buta. Hendak menelefon suami sekejap – sekejap pun jarang. Suami yang banyak menelefon dan menghantar mesej kepada saya, kerana saya jenis tidak suka serabut kepala, banyak – banyak bertanya. Ada benda penting baru saya menelefon dan bertanya.

Dan yang membuatkan hati saya sem4kin h4ncur, saya terbaca blog wanita itu. Rupanya mereka sudah berkasih sayang selama dua tahun lebih. Dan saya dah tak tahan, saya halau suami saya keluar dari rumah kami. Satu hari tu, suami tak balik tapi dia ada telefon HP anak – anak, bertanya khabar kepada anak – anak.

Saya tahu dia tak boleh hidup tanpa anak – anak. Dia memang menyayangi kami. Akhirnya dia meminta bercakap dengan saya. Dia cakap yang dia menyesal dan dia meminta saya menerima dia semula. Dia berjanji akan bercakap dengan perempuan tu bahawa dia akan meninggaIkan perempuan itu demi kami. Apabila semuanya selesai, dia akan pulang.

Segala mesej perempuan itu dia tunjukkan kepada saya, di mana perempuan itu mem4ki hamun suami kerana telah putuskan hubungan mereka. Demi anak – anak, saya terima dia semula dengan harapan dia akan berubah. Ya, dia memang berubah… Alhamdulillah. Kami menjalani kehidupan seperti biasa.

Selepas sebulan kejadian, saya menerima berita hebat daripada suami. Keluarga perempuan itu mengugvt untuk melaporkan kepada polis kerana anak mereka mengadu mereka telah bersama. Keluarga perempuan itu meminta suami saya bertanggungjawab.

Setelah perbincangan dibuat dan suami takut menjadi kes polis, saya berkata tidak mengapa, ambil lah borang poligami, saya akan tandatangan. Sedihkan? Kenapa mesti saya yang berk0rban? Orang lain yang membuat kesilapan… saya yang berk0rban?

Keutamaan saya sekarang apabila membuat keputusan adalah bagaimana dengan perasaan anak – anak. Saya kena fikirkan mereka dahulu… Saya sudah berjumpa ustaz dan meminta pandangan mereka. Saya sudah melakukan solat hajat, solat istikharah… InsyaAllah, saya masih lagi memerIukan petunjuk daripada Allah.

Komen W4rganet :

Jazaa: Alahai TT… Perempuan itu bawah umur ke? Kalau sudah lebih umur, suruh sahaja keluarga dia laporkan kepada polis. Kahwin tidak kahwin belakang kira… Kalau saya, bagi perempuan itu malu dahulu, turun naik balai polis, beli salinan laporan, segala bagai…

Lepas itu, TT nak bagi kebenaran berkahwin, terserah lah. Sedikit sebanyak menimbulkan kesan emosi juga pada suami… macam mana per4ngai perempuan itu… baru dia dapat bezakan, antara emas Habib Jewel dan Zhulian…

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.