Dia bukan kaki pukuI, sejenis yang boleh diajak berbincang, tahu agama dan dia tak pernah cakap buruk tentang isteri dia. Sebab tu saya sanggup jadi isteri kedua. Macam mana saya nak pujuk isteri dia terima saya..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. First sekali kalau yang dah baca tajuk tu mesti pakat kutuk saya dah. Keluarkan kata – kata yang baik dan semoga yang baik – baik jugak berbalik kepada anda semua. Dan untuk sebarang komen negative saya faham, dan maafkan awal – awal.
Pertama sekali coretan ni saya tulis untuk mintak pendapatan readers dekat sini sebab mostly ramai yang dah kahwin tentang, apa cara terbaik untuk saya pujuk bakal madu saya supaya dapat terima saya sebagai yang ke 2?
Saya kenal dengan lelaki A at first tanpa tahu status sebenar dia, kami start rapat bersembang dalam masa seminggu dan kami cepat “klik”. Selepas seminggu then saya baru tergerak hati nak tanya pasal status dia then dia jujur dia suami orang.
Si A memang bagitau tentang niat dia mencari yang ke 2 bersebab, which is sebab yang diberitahu bagi saya valid dan saya faham. Coretan ni bukan lah nak justify perbuatan saya yang dah jatuh cinta dekat suami orang. Saya terima if anyone nak mengutuk sebab saya tahu takde perempuan yang akan sokong pasal isu ni.
If ada yang tanya kenapa tak pilih yang bujang? Sebab hati saya pilih dia. Jawapan ni memang cliche tapi takdir. Saya pun tak pernah terdetik dari awal untuk jatuh cinta dengan suami orang tapi siapa kita untuk Iawan takdir. Again, saya tahu saya salah.
Berbalik kepada point asal coretan ini, saya sekarang dalam proses untuk cari masa yang sesuai untuk bertemu muka dan jujur dengan isteri si A. Insha’Allah dalam masa yang terdekat. Cuma, saya tertanya – tanya kalau lah permintaan saya ditolak oleh isteri beliau, apa yang patut saya buat untuk pujuk dan lembutkan hati isteri si A.
Kalau ada pembaca yang berlapang d4da dan boleh memberikan pandangan tentang perkara ni, bolehlah drop komen untuk mudahkan urusan saya. Untuk yang tertanya2 tentang kemampuan si A, insha’Allah saya tahu dia mampu. Dan saya pun bekerja untuk diri saya sendiri.
Beliau bukan kaki pukuI, sejenis yang boleh diajak berbincang, tahu agama, dan belum pernah lagi saya dengar perkara tak baik keluar tentang isteri beliau kepada saya. Setakat ni itu sahaja dari saya, semoga ada yang boleh saya kutip dan apply dari komen – komen kalian nanti. Terima kasih.
Sambungan.. Sesungguhnya tiada komen murni ye untuk post sebelum ni, saya tilik satu persatu dan nasihat komen – komen semua saya ambil dan terima dengan lapang d4da. Motif confession yang ke 2 ni sebab ada beberapa komen yang perlu saya jawab dan jelaskan.
Pertama, ada yang cakap suruh si A tu je yang confront isteri dia (si B) kenapa saya yang perlu bersusah payah nak memujuk. Sebenarnya memang plan asalnya begitu, si A jelaskan niat dia kepada si B then baru lah saya akan dibawa berjumpa dengan B.
Untuk logik akal saya selepas pujukan dari si A, B mesti akan minta untuk jumpa dengan saya untuk perbualan lebih lanjut. Di situlah saya fikir apa yang boleh saya lakukan untuk lembutkan hati si B. Kalau ada yang tanya kenapa tak biarkan sahaja si A yang settle kan semuanya, sebab it takes two to tango.
Saya pun ada terbabit, saya cuma minta izin, kalau tak diberikan izin saya memang tak akan teruskan. Si A memang dari awal kenal, berniat untuk terus jujur pada si B tapi saya halang sebab awalnya saya masih nak tengok layanan si A pada si B macam mana sebelum saya teruskan.
Kedua, point saya tentang saya ada income saya sendiri bukan bermaksud saya menidakkan hak nafkah si A kepada saya selepas berkahwin (kalau MENDAPAT KEIZINAN) tapi saya cuma bermaksud bukan duit yang saya fokus dari si A.
Urusan tuntutan hak harta sepencarian kami sudah bincangkan, saya tiada isu untuk perkara itu. Ketiga, isu pencarian isteri ke 2 ni sebenarnya sudah beberapa kali dibincangkan oleh mereka cuma si B sudah beberapa kali mencari calon madu sendiri which is hasrat dan calon beliau ditolak si A sehingga pencarian itu dihentikan dalam setahun lepas.
Salahnya si A mencari calon sendiri dan berkenalan dengan saya tanpa pengetahuan si B. Dan salah satu reason kenapa saya teruskan kenal dengan si A walaupun sudah tahu dia suami orang. Ada bukti yang dia tunjukkan perbualan WhatsApp, perbincangan mereka dan voice note dari si B untuk niat beliau mencari madu.
Jadi isu mencari isteri ke 2 ini memang dalam pertimbangan si B cuma pendapat mereka bercanggah dari segi cara pemilihan isteri ke 2. Yang saya risaukan si B tidak terima saya kerana saya bukan pilihan si B. Keempat si A dan si B sudah pun kehilangan kedua – dua ibu bapa mereka jadi isu tentang penerimaan keluarga si A tentang saya tiada masalah.
Kelima, untuk komen yang kami dah “sedap” adalah satu fitnah dan untuk komen itu saya tak maafkan. Kami berbeza negeri, dia di selatan dan saya di utara jadi saya tak pernah berjumpa dengan si A secara bersemuka. Niat untuk berterus terang dengan si B dengan kadar yang segera walaupun tempoh perkenalan kami singkat adalah kerana saya perIukan keputusan untuk teruskan ataupun hentikan dan sebolehnya kami tak mahu berhubungan secara rahsia dalam tempoh waktu lama.
Tiada istilah terpaling suci untuk confession saya ini, saya sedar kesalahan saya dan semoga kata – kata kalian ini tidak berbalik kepada kalian ataupun ahli keluarga kalian. Mungkin bukan kalian tapi jangan lupa kalian masih ada keluarga. Semoga kalian tidak diuji dengan ucapan kalian sendiri.
Diantara kalian ada komen – komen dari kalangan yang saya kenal. Tapi percayalah kebanyakan komen yang mengutuk adalah komen yang saya faham dan terima dengan ikhlas. Untuk yang samakan saya dengan artis “hot” sekarang, bezanya saya berani untuk minta izin dan hubungan kami tidaklah sejauh itu lagi.
Melihat sejauh mana isu poligami ni diterima oleh kaum wanita sekarang terkadang saya terfikir seburuk itukah poligami di pandangan mata kalian. Sebelum saya berkenalan dengan si A pandangan saya terhadap poligami tidaklah teruk, saya melihat sekeliling saya ada keluarga yang membesar sangat baik walaupun hidup dalam poligami.
Kita dibutakan dengan cerita lelaki yang tidak adil dan kurang agama dalam poligami sampai kita lupa yang masih ada lelaki yang mampu untuk galas tanggungjawab berpoligami dengan baik. Betul, sebolehnya siapa sahaja wanita yang ingin berkongsi kasih tapi jagalah hati dan tutur kata kita bila bersuara ibarat makhluk (suami) ini hak mutlak kita sedangkan kita tahu makhluk adalah milik Penciptanya.
Sebab kamu urang dah kutuk banyak sangat, alang – alang tu saya bagi ceramah sekali. Tapi kalian semua suci, bukan peny0ndol. Sekian terima kasih, – Insan Lemah (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Sarah Serajuddin : Baca je part TAK PERNAH BERJUMPA A SECARA BERSEMUKA tu aku terus skip.. Tak perlu fokus pada penerimaan 1st wife sebab kalau i 1st wife pun i takkan izinkan. You focus pada lelaki yang you belum pernah jumpa berdepan tu.
Macam mana nak kahwin kalau tak pernah jumpa berdepan?? Macam mana you yakin sangat dia boleh dibawa suami.. Kalau dah jumpa berdepan pun kadang – kadang boleh salah pilih jugak.. tapi that’s the point. Jumpa depan pun boleh salah pilih orang.. apatah lagi yang belum pernah jumpa.. aduhhhh
Jambu Si Makcik : Makcik dah nikah 4 kali; 2 kali poligami. Dah cerai 4 kali juga. Alhamdulillah. Cerita nikah ke-4, isteri dia datang dan kami dipertemukan. Semua tiada halangan dan masalah, sehinggalah makcik betul – betul jatuh hati.
Isteri dia nak tarik diri. Kami teruskan nikah, habis jodoh 10 bulan kemudian. Semasa proses pengesahan cerai, isteri pertama juga mohon pisah di mahkamah. Wallahua’lam. Walaupun si A memang nak carikan isteri ke-2 untuk suaminya, perbezaan situasi akan mengganggu proses penilaian dan keputusan dia akhirnya.
Jadi TT boleh usaha teruskan tapi janganlah terlalu berharap. Pedihnya lama nak pulih. Semoga rahmat dan kasih-sayang Allah untuk kita semua. Insya-Allah. Aamiin.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.