Aku dapat tau setelah terjadi perbaIahan antara aku dan ibu tiri. Dia sambil senyum sinis gelakkan aku, “rumah tu ibu punya dah tau, so kau nak cakap apa pun cakap lah”. Aku pergi ke pejabat tanah untuk buat semakan dan ternyata betul. Aku dan dua adik 0KU bakal takde rumah..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua para pembaca. Aku menulis pertama kali di sini setelah beribu kali berfikir, aku jadi buntu dan lelah. Dan mungkin buah fikiran kalian semua bakal sedikit sebanyak membantu aku dalam mencari solusi.
Sebelum menulis lebih panjang, nama aku plain jane dan aku adalah anak sulung daripada 5 adik beradik (2 adik tiri seayah lain ibu). Arw4h mama meninggaI 12 tahun lepas akibat k4nser pangkal rahim. Aku cuma 21 tahun waktu itu dan adik yang paling bongsu baru saja selesai UPSR.
Berat untuk aku terima selepas 2 tahun hidup aku hanya untuk arw4h mama, aku berhenti belajar (waktu itu degree) untuk jaga arw4h jadi rutin harian aku menjadi sangat kosong dan sedih tanpa arw4h di sisi. Lain pula ceritanya pada ayah aku.
Dia yang orang semua kenali sebagai seseorang yang bekerjaya hebat, ada syarik4t sendiri yang punya puluhan pekerja. Tak sampai setahun arw4h mama pergi, dia dah punya calon pengganti. Dengan usia yang agak muda, aku memang membantah tapi bantahan aku dipandang enteng. Maka bernikahlah jugak ayah dengan ibu.
Dan daripada titik itu juga lah hidup aku adik beradik berubah 360 darjah. Keadaan adik aku no 2 yang mild aut1sm jugak selalu diambil kesempatan oleh ibu tiri aku. Aku pulak, usia m4kin meningkat dan aku jugak harus menjaga diri sendiri.
Aku sambung semula degree dan mencari rezeki di bumi KL sampai akhirnya aku bertemu jodoh dan sekarang ada anak seorang. Tapi aku tau adik – adik aku tak bahagia. Setiap kali balik aku tengok depan mata layanan mereka berdua terutama ibu tiri aku seumpama tak ikhlas.
Kalau ayah aku, semuanya akan selesai kalau dia bagi duit belanja. Kalau kau masih gagal jadi manusia normal macam anak – anak T20 yang lain, makanya dia tak ada rasa hormat pada kau. Maaf kalau kasar tapi itulah yang aku dapat lihat dan rasa daripada ayah aku.
Tak tau sebab hasutan ibu tiri atau memang karakter ayah aku sendiri. Sampaikan adik aku yang no 2 pun didiagnos sebagai pes4kit bip0lar bila terima tekanan bertubi – tubi. Ya, aku ada dua tanggungjawab berat. 2 adik aku istimewa. Aut1sm dan bip0lar.
Jadi kalau berjuaang apa sekalipun atas dasar menjaga hak mereka sebab aku tak tahu mereka mampu ‘surv1ve’ atau tidak tanpa bantuan sesiapa. Sekali lagi, lain pula pada ayah aku. Tanpa pengetahuan aku, diam – diam rumah lama kami yang juga harta sepencarian dengan arw4h mama kami, ayah tukarkan nama kepada ibu tiri kami.
Langsung tidak mintak pendapat kami. Aku dapat tau pun setelah terjadi perbaIahan antara aku dan ibu tiri aku di pagi raya baru ini. Ya, pagi raya. Dia sambil senyum sinis gelakkan aku, “rumah dekat A tu ibu punya dah tau, so kau nak cakap apa pun cakap lah”.
Masih tak percaya, aku pergi ke pejabat tanah untuk buat semakan dan ternyata betul. Rumah yang arw4h mama aku tinggal daripada dia sihat sampai la tenat, daripada seorang wanita kuat yang menjaga kami semua sampai menjadi wanita yang s4kit berat badan cuma 20kg dek kerana k4nser,
Ya rumah itu dengan sewenangnya dipindah nama kepada ibu tiri aku. Jangan tanya aku rumah ayah aku yang sekarang. Ada sebab atau helah bijak ibu tiri aku tak mau rumah sekarang walaupun rumah yang mereka huni dik4tegorikan banglo mewah.
Banglo tu belum habis bayar pinjaman di bank jadi urusan tukar nama belum boleh dibuat. Jikalau ayah aku meninggaI, kalaupun MRTA akan selesaikan semua baki hutang, tetap nilai rumah itu akan difaraid. Bijak bukan?
Sekarang ibu tiri aku ada sebiji rumah tadi dan jugak wang nilai faraid daripada banglo. Untuk mengeluarkan duit faraid kepada ibu tiri aku, must4hil kami adik beradik mampu maka kami perlu jual banglo itu. Jadi, hujung sekali kami terutama dua adik istimewa aku bakal tiada rumah.
Sampai begini sekali kami 3 beradik dipijak walaupun ayah masih hidup. Perbincangan (baca: perg4duhan) demi perbincangan telah dibuat dengan ayah tapi dia seolah bertegas itu hadiah dia buat ibu tiri. Kerana geran rumah itu atas nama ayah maka dia berhak sesuka hati untuk menukar nama.
Ibu tiri banyak “berjasa” untuk ayah maka penukaran nama ni adalah hadiah ayah. Untuk kami adik beradik banglo nanti pandai – pandailah kami uruskan – dengan “jaminan” yang ibu tiri tak akan masuk campur mintak apa apa bahagian dia daripada banglo itu.
Kusut kan drama hidup aku ni? Dengar dan nampak macam gah tapi ternyata penuh penindasan dan kepalsuan. Sebab tu aku lari duduk di KL, walaupun tak mewah tapi jiwa aku bahagia tapi itu lah adik – adik aku masih di bawah tanggungjawab aku.
Cuma ya, sekarang aku masih buntu. Nak ke peguam, siap sedialah poket yang tebal. Andai kata kalian punya idea, aku mohon bantuan kalian. Terima kasih. – Plain jane (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Mail Seringgit : Sedihnya ada bapak kalah dengan nafsu. Kenapa aku kata kalah dengan nafsu? Dapat bini muda dahi licin, habis lupa anak – anak. Sampai segala harta nak bagi dekat bini muda. Sedih hidup TT. TT sekarang hanya boleh kerja dan cari duit sendiri untuk TT dan adik – adik. Semoga dimudahkan segala urusan. Boleh juga join group peguam, ada yang boleh bantu dengan harga yang murah kepada yang memerIukan.
Fadzilah Umi : Kesiannya awak, dah la ada 2 orang lagi adik 0KU. Macamana lah nasib dorang dekat rumah ayah tu. Terbela ke atau jadi m4ngsa ibu tiri. Kalau awal lagi dah nampak belang, TT kena bersedia, kalau mampu cuba cakap elok – elok dengan ayah. Cakap yang dia ada 2 orang anak 0KU, kalau apa apa jadi dekat ayah, mana adik – adik 0KU tu nak duduk. Semoga hati ayah awak terbuka.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.