Lepas tokwan meninggaI, mak ambil keputvsan jaga paksu. Maka bermulalah ner4ka dunia paksu

Balik je dari kubvr, tanah kubvr masih basah dan merah, mak dah bertempik dalam rumah haIau nek muda dan paksu. Bila nek muda masuk hospitaI, mak tawarkan diri nak jaga paksu sambil senyum – senyum. Sekarang dah besar barulah aku tahu maksud senyuman tu..

#Foto sekadar hiasan. Hai, nama aku Sarah. Aku tak tau nak ceritakan pada siapa kerana ini akan membuka a1b ibu bapaku sendiri. Tapi aku nak masyarakat tahu apa bah4yanya makan harta anak yatim, apa kesannya yang mak ayah aku hadapi akibat mengani4ya adik tiri mereka sendiri, iaitu paksu aku.

Sebenarnya, kalau nak ikut hukvm, kira adik kandung, kerana cuma berlainan ibu, tapi masih ber-bin kan ayah yang sama. Arw4h atuk aku ni sejak kem4tian isterinya (arw4h nenek kandung aku), dia banyak kali cuba berkahwin.

Dengan janda ada anak, dengan janda single, dengan anak d4ra tua, tapi tak pernah bertahan lama sehinggalah dia kahwin dengan seorang anak d4ra muda (nek muda aku lah) perkahwinan mereka bertahan 10 tahun lamanya dan dikurniakan seorang anak lelaki, iaitu paksu aku, aku panggil Paksu Jamil (Bukan nama sebenar).

Aku dengan paksu Jamil ni umur separuh baya. Ye lah, dah nama pun tokwan nikah dgn anak d4ra muda kan. Dia lahir masa tu usia aku 15 tahun. Mak aku anak kedua daripada 5 beradik yang seibu. Paksu aku anak ke 6 yang se-bapa.

Untuk pengetahuan pembaca, tokwan aku ni bukan lah orang kaya ke apa tapi dia banyak tanah bendang dan tanah kebun yang sentiasa ada hasil dan dia memang dikenali dekat kampung. Biasalah banyak harta, kereta besar, orang kenal lah.

Jadi masa tokwan nak menikah anak d4ra, adik beradik mak tak setuju lah, lebih – lebih lagi mak. Katanya nek muda hanya nakkan harta tokwan sahaja. Tapi dah j0dohkan, kahwinlah juga tokwan dengan nek muda.

Sepuluh tahun juga mereka jadi suami isteri, masa ni semua ok – ok sahaja lah walaupun tiap kali balik raya kat kampung aku perasan lah juga ada suasana tegang je antara nek muda dengan adik beradik mak aku, tapi keadaan selalunya dapat dikawal lah.

Segalanya bermula bila tiba – tiba tokwan jatuh s4kit, biasalah kan umur pun dah masuk 70-an nak masuk 80 tahun, normal lah s4kit – s4kit tua kan tapi nek muda yang kena tuduh katanya hantar benda kat tokwan sampai dia m4ti.

Naudzubillah, mak and adik beradik dia ni tak takut d0sa fitnah ke. Bila tokwan dah tak ade, isu paling hangat adalah isu harta dan hak penjagaan paksu aku yang masa tu baru berusia 10 tahun. Balik je dari kubvr, tanah kubvr masih basah dan merah, mak dah bertempik dalam rumah halau nek muda dan paklong pun aku tengok sama je tengah berbagi – bagi isu harta.

Ayah aku tu depan orang diam saja dia tapi bila berdua dengan mak, kadang – kadang aku dengar juga dia menghasut. “Jangan dibagi budak tu duduk rumah ayah. Nanti  habis dibolotnya tanah – tanah arw4h. tu, duit dalam bank tu, pergi keluarkan semua”

Naudzubillah. kadang – kadang aku kesal, apa lah nak jadi dengan mak dan ayah ni. kenapa tak serupa orang lain. Disebabkan nek muda ada anak lelaki, jadi nek muda ada hak atas sebahagian harta tokwan mengikut pembahagian faraid.

Sepatutnya tak ada masalah lah kan? Nek muda boleh duduk dengan anak dia atas tanah rumah pusaka tokwan tu, besarkan anak dia. Tapi, takdir Allah swt, lain pula jadinya. Seminggu selepas tokwan meninggaI, nek muda tiba – tiba jadi giIa, menjadi – jadi hingga beberapa bulan.

Mula – mula dia berkurung dalam bilik, dengar cerita makan tak nak apa pun tak nak. Kadang – kadang paksu cerita ibunya itu bercakap sorang – sorang, lepastu tak semena menangis. Kadang – kadang ketawa sendirian. Sehingga terp4ksa paklong hantarkan ke hospitaI dan nek muda ditahan di wad ps1kiatrik.

Bila dah bahagi – bahagi harta, mak dan adik beradik lain, ada lah jugak aku dengar tak puas hati itu ini. Pertikaikan kenapa kena kongsi juga dengan orang luar. Astargfirullah, nak kata mak aku ni tak belajar agama, dulu tokwan hantar sekolah agama tapi beza adik kandung sendiri dengan orang luar pun dia tak tahu.

Mujur paklong jenis tegas, dia minta adik beradik mak yang lain jangan ganggu nek muda dengan paksu sebab masing – masing sudah dapat bahagiannya. Jadi senyap lah sekejap isu harta. Beberapa bulan selepas itu paklong datang rumah arw4h tokwan sebab dia dengar nek muda mer4cau macam orang giIa sebelum paklong dengan maklong bawa dia pergi hospitaI, itu pun jenuh kena ik4t dalam hiIux nak bawa dia.

Mereka kan lama tak datang melawat paksu, macam mana diorang boleh tahu nek muda s4kit? ha mak aku la bagitau paklong, ”makcik s4kit” katanya. Haa, ni pun ada cerita macam mana mak aku boleh tahu. sedangkan tak mungkin lah dia rajin sangat nak pergi melawat orang yang dia benci dari dulu.

Kalau kat rumah aku tu, tak habis – habis mak meratib betapa bencinya dia dengan ”makcik” dia tu. Anak – anak cuma dengar tapi ada juga adik beradik aku yang sebeIahkan mak. Membodek la katakan, boleh dapat duit belanja lebih kalau mengampu mak.

Ish ish apa nak jadi. Macam aku anak ke tiga memang pendiam. Mak cakap apa, mak cerita apa aku sengih – sengih je walaupun aku tahu mak aku salah, tapi aku tak boleh derh4ka dengan dia. Nanti dengan aku sama kena sembur, mak ni baran dan pemarah.

Nak dipendekkan cerita, bila nek muda tak dapat dikeluarkan dari wad s4kit jiwa kerana diisytihar s4kit jiwa oleh doktor, bak kata mak aku, ”giIa r0yan”, maka mereka adik beradik bermesyuarat lagi untuk tentukan siapa nak jaga paksu yang masa tu baru nak masuk darjah lima.

Sejak paksu lahir, ini lah kali pertama aku tengok mak aku usap kepala paksu sambil cakap, ”kesian budak ni, kecik – kecik dah hilang mak ayah. Tak apa la bang long, adik – adik, biar kak ngah jaga budak ni,” sambil senyum – senyum simpul.

Dah besar sikit baru aku paham, senyum ada makna. Bila mak bawa balik paksu untuk tinggal bersama kami, bermula la kisah duka budak halus tu seperti hidup dalam ner4ka. Sep4k ter4jang itu biasa, makan pun kadang – kadang dua hari sekali baru dapat makan itupun nasi putih yang bahagian kerak – kerak tu dengan kepala ikan je, dih4ncur – h4ncur kan la kepala ikan goreng tu untuk rasa sedap sikit nasi tu.

Ayah? ayah pun sama. Pernah dipij4knya paksu depan kitorang semua masa paksu tengah buat kerja sekolah, terguIing – guIing paksu menahan senak. Aku macam nak nangis dah tapi abang – abang aku boleh b4ntai gelak je.

Aku pun hampir str3ss sebab aku kesian dengan paksu, nak ditegur, selalunya akan ber4khir dengan aku pun kena benda sama. 3 tahun pertama paksu duduk dengan aku, memang badan dia penuh bir4t. Paklong, pak lang, mak andak dan maksu timah pun lama tak datang jenguk paksu, kesian dia.

Kalau masa raya pun selalu dik4takan budak tu tidur atau keluar bermain dan aku juga baru tahu upah jaga paksu, paklong beri mak RM300 setiap bulan daripada hasil kebun tokwan dan bahagian paksu sebanyak RM800 sebulan pun mak lesapkan.

Satu hari, mak bising – bising telefon paklong katanya ‘duit royalti’ belum masuk. Aku yang dengar pun geram, masa ni pun aku dah macam benci mak dengan ayah. Lepas tu aku tak tahu apa jadi dengan paksu sebab aku masuk U lepas SPM, lepas tu sambung bekerja di ibu kota.

Aku balik pun sekali sekala. Bila balik, ada juga duduk – duduk tanya kabar dia tapi paksu dah banyak berubah, jadi pendiam je. Sepuluh patah tanya, sepatah je jawab. Badan kurus je dia, bila tengok muka dia, per4ngai dia, aku tahu dia memend4m rasa tapi tak tahu pada siapa dia nak mengadu.

Aku pun jarang balik. entah apa yang di hadapi sepanjang 7 tahun ni, Allah je yang tahu. Dia belajar tak berapa pandai, entah betul tak pandai atau jiwa dia tertekan tak boleh belajar. Mak memang hantar dia sekolah tapi bukan selalu bagi pergi sekolah pun.

Kadang – kadang sakan paksu tu bersiap nak pergi sekolah subuh – subuh, tiba – tiba mak suruh pergi menebas la, kait kelapa lah. Ikut suka dia je, naya je kat paksu. Belajar tak pandai, SPM pun dia tak ambik. Lepas PMR terus paksu kerja.

Dia buat kerja – kerja kampung macam tu je. Itu pun, semua hasil gajinya mak yang simpan, bukan tolong simpan ye, kira ambil terus. Kalau tak dibagi, diugvt nak halaunya budak tu. Dalam hati aku kadang terdetik je, lari je lah paksu, tak tahan Sarah tengok paksu kena buIi dalam rumah ni.

Agaknya paksu aku pun terdetik benda sama, satu hari tu, balik dari kerja dia terus tak balik rumah. Mungkin itu hari gaji dia kerja car wash tu, dia terus naik bas pergi rumah paklong di kota tinggi. Dia cakap dia nak tau mak dia kat mana, dia nak jumpa mak dia.

Allah, masa ni aku dengar dah sebak rasa. Paklong tanya kenapa, dan kenapa datang sorang, paksu kata dia lari dari rumah kak ngah (mak aku la) dan dia cerita semua yang dia ingat. Masa ni dia umur 17 tahun. Paklong marah, dia telefon mak marah – marah tapi mak buat muka b0doh je anggap tindakan dia betul.

Paklong kata kat paksu, malam ni tidur kota tinggi, besok ke temerloh sama – sama dengan dia, bersemuka dengan mak dan ayah aku tapi malam tu juga paksu hilang dari rumah paklong. Dia menyelinap keluar, dan tak ada siapa tahu paksu kat mana sekarang.

Sejak dia hilang, ada terfikir nak buat report polis, tapi paksu selalu telefon paklong, cakap jangan risau, dia selamat. Dia cuma nak berdikari, dan terima kasih atas jasa paklong selama ni. Dia  juga suruh paklong ucap terima kasih kat mak aku sekeluarga sebab dah jaga dia selama ni.

Allah, mulianya hatimu paksu. Mak aku pulak, lepas paksu hilang, seminggu dua tu dia pura – pura tunjuk ri4k happy tapi aku anak, aku tahu lah dia betul – betul happy ke atau buat – buat. Dia tak habis – habis menyump4h, ”anak tak sedar diuntung, elok lah kau pergi jauh – jauh, bawa baIa je.

Senang hati aku kau tak ada”. Padahal dalam hati dia, kita tau dia tengah berkec4muk, mungkin dah mula takut kalau paksu lapor pada badan kebajikan masyarakat ke apa ke. Paklong memang marah sungguh, berg4duh besar juga hari paklong datang tu walaupun paksu malam tu dah hilangkan diri.

Semua orang tak sangka mak macam tu dan paklong juga kesal dengan kami adik beradik sebab tak laporkan hal yang dah lama berlaku ni. Maafkan kami paklong. Genap sebulan paksu lari, mak jatuh s4kit, kakinya bengk4k – bengk4k dan akhirnya kena pot0ng.

Nak kata di4betis, bacaan gula mak normal. Mak juga selalu demam – demam dan meracau – racau nak jumpa ‘makcik’ katanya. Ayah ada panggil orang bijak pandai datang ubatkan mak, kata ustaz, mak termakan sant4u sendiri.

Rupanya, dulu dia lah yang sant4ukan nek muda, supaya dia dapat hak penjagaan paksu, sekali gus dapat duit dan harta – harta bahagian paksu yang sepatutnya diserahkan kepada paksu bila umur 18 tahun. Mak mer4cau agak teruk, selalu gelisah, katanya ada orang nak datanglah.

Menjerit meng0ngoi tengah – tengah malam mendayu – dayu. Bukan dalam bahasa melayu pulak tu, bahasa siam! Kami pun naik seram. Ayah pula asyik lepak kedai je main dam aji, serabut agaknya tengok mak s4kit. Sekarang ni paklong tengah usahakan mak aku untuk jumpa nek muda kat hospital kat perak.

Ustaz kata dia kena minta maaf dekat orang tu, baru boleh buang s1hir yang makan diri dia tu. Tapi agak susah nak berjalan jauh sebab keadaan mak m4kin uzur, kaki tak ada, pakai pampers. Jadi sekarang aku yang ambil cuti tanpa gaji jaga mak.

Abang – abang aku ada yang dah kahwin ada yang kerja jauh. Kalaulah masa boleh diulang kembali, aku harap aku dapat halang semua ini dari terjadi. Aku benci apa yang mak dan ayah buat, tapi macam mana pun, dia mak ayah aku.

Aku mohon korang doakan semoga mereka berubah ya. Mereka pun dah dapat baIasan setimpal. Untuk korang yang di luar sana, jangan lah sesekali mengani4ya atau memakan harta anak yatim. Doakan supaya mak aku sempat bertaubat.

Mak aku sekarang dah menyesal dan asyik suruh kami cari paksu, dia nak pulangkan hak – hak paksu yang dia ambil dulu. Buat Paksu Jamil, Sarah harap kalau Paksu baca ni, Sarah minta maaf bagi pihak keluarga Sarah. Paksu tolonglah balik Temerloh, mak sedang s4kit. Mak nak sangat jumpa Paksu. Yang benar -Sarah-

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak yatim.

Katakanlah : Memperbaiki keadaan anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saud4ra kamu (yang seagama) dan Allah mengetahui akan orang yang mer0sakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan mengh4ramkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Baqarah, ayat 220)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?