Lima tahun saya jaga mak s4kit, bila tiba giliran abang jaga, dia buat mak macam peminta sedekah

Abang sulung hidup senang lenang hasil bantuan arw4h ayah tapi bila dah mewah dia lupakan mak. Saya terp4ksa minta abang jaga mak sebab suami kena pindah Sabah, Tak sangka selama 2 tahun, mak ibarat peminta sedekah. Saya nekad tanya punca abang benci mak, rupanya selama ni ada yang abang tak puas hati.. 

#Foto sekadar haisan. Saya terp4ksa berhenti beberapa kali ketika menulis kisah ini kerana air mata berguguran tanpa berhenti kerana saya terlalu sedih. Saya mempunyai dua orang abang, tetapi yang sulung bersikap lepas tangan untuk menjaga emak kami yang s4kit.

Kami empat beradik semuanya, saya anak ketiga dan seorang adik perempuan. Dua abang saya telah berkahwin dan berkeluarga. Abang Naz menunjukkan sikap yang amat mengecewakan saya. Hidupnya senang lenang dengan bantuan ayah semasa hayatnya, tetapi kemewahan yang dikecapinya menjadikan dia seperti kacang lupakan kulit.

Sebelum emak jatuh s4kit dia tinggal sendirian, tak jauh dari rumah saya dan abang di utara tanah air. Kata emak kami dah berkeluarga binalah keluarga sendiri. Abang kedua tinggal di KL, adik baru sahaja berkahwin, dulu masih belajar di kolej di KL.

Bila emak diser4ng str0k saya ambil dia tinggal bersama saya. Lima tahun lamanya saya jaga emak sendirian. Abang Naz langsung tak membantu, malah menjenguk emak pun boleh dikira dengan jari. Nak jadikan cerita dua tahun lalu saya terp4ksa mengikut suami bertugas jauh ke negeri di bawah bayu.

Nak bawak emak dia s4kit. Jadi saya terp4ksa tinggalkan dengan abang Naz. Selama itulah emak dilayan macam peminta sedekah yang h1na dan kotor. Setelah suami saya berjaya dapat bertukar kembali ke Semenanjung, maka abang Naz tidak sabar – sabar menghantar emak kembali ke rumah saya dengan alasan dia sudah tidak tahan lagi kerana per4ngai emak amat degil.

Isterinya, kak Zu juga tidak boleh tahan lagi melihat keadaan emak yang dik4ta pengotor. Kata abang Naz, emak degil tidak mahu pakai lampin pakai buang itulah sebabnya lantai rumahnya, kerusi, kain emak berbau hancing.

Malah kata kak Zu, saud4ra maranya tak mahu lagi datang ke rumahnya kerana tak tahan bau emak. Adatlah orang dapat str0k begitulah keadaannya, kita sebagai anak kena banyak bersabar. Dulu semasa saya jaga emak saya ambil pembantu, jadi bolehlah dia membantu saya menguruskan keperluan ibu kerana saya pun bekerja.

Dan saya tanggung semua perbelanjaan mengambil pembantu termasuk membayar gaji bulanannya. Untuk memudahkan diri apalah salahnya abang ambil pembantu juga? Kerana dia mampu! Tetapi kini untuk mengambil pembantu baru kerana yang lama sudah berhenti, saya meminta bantuan adik beradik, kerana perbelanjaannya besar.

Lagi pun tugasnya semata – mata menjaga emak dan mengikut emak ke mana sahaja jika emak hendak bertukar angin tinggal di rumah abang. Jadi tidaklah penat kak Zu jaga emak.

Pembantu. Emak tak kuat berdiri, berjalan pun kena pimpin, apa lagi hendak menguruskan diri sendiri, dengan adanya pembantu ringanlah sedikit tugas menguruskan emak. Tapi abang Naz tak setuju. Saya boleh terima kalau isterinya buat per4ngai bencikan emak mertua.

Tetapi saya amat sedih bila abang Naz sendiri bencikan emak, malah dia jijik dan malu melihat keadaan emak. Bila saya tanyakan abang Naz kenapa benci sangat dengan emak. Katanya mengapa dia yang kena jaga emak, sedangkan Angah langsung tak pernah jaga emak.

Taulah saya rupanya dia dengki abang Ngah yang tinggal di KL. Sebenarnya bukan abang Ngah tak mahu ambil emak, tapi emak tak mahu tinggal di bandar jauh dari kampung. Lagi pun perjalanannya amat jauh. Memang isteri abang Ngah, Syah pun buat per4ngai bencikan emak.

Tetapi abang Ngah ambil berat pasal emak. Selain mengajak tinggal di rumahnya, abang Ngah hulurkan perbelanjaan untuk emak seperti membeli lampin pakai buang dan makan minum emak. Abang Naz cadangkan kami bergilir – gilir jaga emak tiga bulan seorang.

Tetapi mengapa baru sekarang, mengapa tak buat cadangan semasa saya jaga emak sendirian lima tahun dulu. Saya tanya abang Naz adakah tanggungjawab menjaga emak hendak digilirkan, sedangkan ia menjadi tanggungjawab seorang anak lelaki Islam yang seumur hidupnya, haknya dipegang oleh ibunya sendiri.

Isteri pula perlu taat kepada suaminya dan juga wajib taat kepada ibu mertuanya. Bukan saya mahu mengungkit apa yang telah saya buat selama menjaga emak tetapi, saya bertuah mempunyai suami yang faham masalah saya dan mengizinkan saya menjaga emak.

Jika takdir suami saya tak izinkan, apa akan jadi pada emak? Pasti anak lelaki akan ditanya Allah di dunia mahupun di akhir4t kelak. Ingatlah wahai abang suatu hari nanti kita juga akan tua dan tidak berupaya, dan cuba fikirkan adakah anak – anak kita akan melayan kita seperti mana yang kita kehendaki atau mereka melayan kita seperti apa yang kita lakukan kepada ibu bapa kita sekarang?

Insaflah, setiap apa yang kita lakukan hari ini akan ada baIasannya, kita tidak perlu tunggu akhir4t sebaliknya kita akan terima pembaIasan atas perbuatan kita semasa di dunia lagi. Fikirkanlah dan ingatlah. Ketika itu menangis air mata d4rah pun sudah tidak berguna lagi. Kerana segala – galanya sudah terlambat.

Apa salahnya, jika kita adik beradik duduk bersemuka dan berbincang dengan cara baik untuk mencari penyelesaian terbaik untuk semua pihak? Bukan saya tak mahu jaga emak lagi, tetapi saya tak mahu abang menerima pembaIasan atas perbuatan abang kepada emak sekarang. Namun saya tetap jaga emak sebab saya sayangkan emak, kerana emaklah satu – satunya emak saya dunia dan akhir4t.

Komen Warganet :

Lia Syahirah : Sedih jugak baca cite nih tetapi aku selalu terpikir. Kalau la cerita – cerita camni.. kenapa mak – mak or orang – orang tua bila di ujung – ujung usia, s4kit sume.. apa yang dah mereka buat semasa mereka muda. Camne deme melayan anak – anak mereka or camne deme melayan mak – mak mereka time mak – mak mereka tua dulu kala..

Sebab aku pikir kalo kite buat baik insya allah, baIasannye baik.. Kalau kite buat tak bape baik mungkin baIasannye pon tak bape baik tapi kalau kite dah buat baik dan baIasan nye tak bape baik, anggap lah sebagai ujian dari tuhan.

Azza Narina : Bagi pendapat aku dalam cerita ni, aku rasa memang abang dia adalah anak yang derh4ka. Sebab dah terang dia melepaskan tanggungjawab dia pada mak bapak dia. Kita sebagai anak tak kira mak bapak kita ni penyamun ke penyangak ke peIacur ke masa muda dia.. itu dia punya bahagian.

Tapi sebagai anak kita perlu jaga mak bapak kita bila dia tua. Jaga sebaik mungkin sebab bukan untuk orang lain tapi untuk kita juga sebenarnya. Segala perbuatan baik dan buruk kita akan datang balik kat kita..so fikir – fikirkan ler.

Penjual Online : Teringat mase jage mak dulu, abang – abang bukan nak jaga sangat, kalo dodol pergi kelas baru diorg amik alih. Mak lagi suke dodol jage mak lagi. Sedey bile ingat ar4ah mak, kalo boleh nak arw4h mak ada lagi, biarla susah jage dia pon asalkan dia ada depan mata, rindu suara dia gelak tawa dia. Kalau boleh ulang balik masa kan best.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?