lsteri tunggu masa nak bersalin..Kenapa Tajul sorok perkahwinan?

Hari ini eksklusif di Melodi TV3, penyanyi Tajul atau lebih dikenali dengan adik arrwah Achik spin mengaku bahawa beliau sudah kahwin. Pengakuan ini menutup khabar angin tentang gadis yang dilihat sering bersama Tajul iaitu Nurul Syamieza Eddie.

Sebelum ini Tajul telah menafikan tentang perkahwinannya, namun kata beliau sekarang lsterinya sudah mengadung lapan bulan dan tak mungkin beliau dapat merahsiakannya lagi dari pada peminat.

Walau bagaimanapun, Tajul memberitahu bahawa beliau tidak ada niat untuk menyembunyikan perkara ini. Tujuannya adalah kerana perlu menjaga hati banyak pihak yang terlibat. Tambahnya, pada ketika itu beliau sedang membina nama dan takut akan kehilangan peminat.

Video :

Namun rata-rata peminat merasa kecewa kerana ditipu oleh Tajul. Ada yang tertanya tentang status hukum kerana Tajul telah menafikan perkahwinan apabila ditanya sebelum ini.

Beliau berharap pihak luar tidak perlu menghakimi keputusan yang diambil dan sama-sama mendoakan yang baik-baik untuk lsteri serta bayi yang bakal dilahirkan.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..