Madu ser4ng aku, cakap aku hasut suami suruh kahwin lain. Depan aku suami ceraikan madu

8 tahun kahwin masih takde zuriat, suami tiba – tiba cakap nak kahwin lain dengan janda anak 1 sebab nak ada anak sendiri. Aku sendiri yang belikan cincin untuk madu. Setiap kali pergi bercuti pun pergi sama – sama, sehinggalah suami kant0i dengan perempuan lain. Madu datang ser4ng aku..

#Foto sekadar hiasan. Salam min. Beberapa hari yang lalu ada heboh pasal isteri aturkan majlis kahwin suami dia dengan perempuan lain. Macam menarik. Aku bukan nak cerita pasal dia tapi nak cerita tentang diri aku.

Aku pun pernah pergi dan aturkn majlis kahwin bekas suami aku. Sebab apa cakap bekas suami nanti aku cerita. Ceritanya dia duk sibuk nak kahwin lagi, ye la kami dah kahwin hampir 8 tahun dah masa tu tapi masih tak ada anak.

Aku dah buat macam – macam perubatan untuk dapatkan zuriat, tapi tak ade rezeki lagi. Lepas tu bekas suami aku duk berf0ya – f0ya nak perempuan lain dah. Aku malas nak dengar cakap – cakap orang. Aku tanya dia betul ke nak kahwin lagi? Dia cakap nak.

Sebab nak ada anak sendiri. Masa tu aku sedih sangat. Ye la aku dah usaha macam – macam rawatan tapi tak ade jugak rezeki. Bekas suami aku takde pulak nak usaha apa – apa bagi pihak dia. Selepas tu aku dengan bekas suami aku pun pindah ke daerah lain.

Baru orang tak kenal kami. Tak ade la aku nak dengar umpatan orang kan. Selepas pindah sebulan tu, bekas suami aku, aku, dan bakal madu tu. Aku pergi masa buat majlis pernikahan dorang. Masa tu aku senyum jer. Aku nak madu aku tu ok je.

Siap aku belikan cincin kahwin untuk dorang lagi. Dalam hati memang sedih tapi orang dah nak kan. Redha pun tak sepenuhnye. Lepas dorang diijab kabulkan, balik dari majlis tu jer, aku nangis sepuas – puasnya. Dah seminggu dorang bernikah tu.

Aku tetapkan giliran. Seminggu sana. Seminggu sini. Duit nafkah pulak sama – sama rata. Kalau pergi holiday pula aku dengan madu sama – sama ikut dan bekas suami pun setuju. Oh ya, madu aku tu janda anak 1, umur sebaya aku.

Masalahnya tiba giliran suami balik rumah aku madu aku tu call setiap sejam yang meng3jutkan lagi ada lagi 2 hari nak sampai turn dia dah datang tunggu tercongak depan muka pintu umah aku. Aku malas cakap banyak.

Aku cakap kat suami aku (ex) kalau macam ni la gayanyer boleh s4kit kepala aku weh. Dan baru aku tahu madu aku tu jenis cemburu meIampau. Eh eh macam aku pulak yang jadi per4mpas. Dah 3 bulan selepas tu, beas suami bawak kami berjalan – jalan dan bawak sekali anak madu aku tu.

Anak dia tanya aku, aku ni siapa dan kenapa nampak mesra dengan suami mak dia. Aku pun terangkan. Yang lebih tu biar mak dia cakap yang penting dia kena hormat aku macam dia hormat suami aku tu. Masa tido kat resort tu pulak, aku dan madu aku tido sekali, suami tido extra bed sorang.

Tapi maIangnya selepas 8 bulan mereka bernikah, mereka berg4duh besar disebabkan suami aku pasang perempuan lain lagi siap madu aku ni gi ser4ng kawan – kawan suami dengan perempuan tu. Aku buat tak tau je lah. Sampai 1 hari tu masa suami ada kat rumah aku, madu aku datang dan meng4muk dia cakap aku yang hasut suami aku kahwin lain sebab dia tak dapat jugak bagi zuriat kat suami aku.

Aku apa lagi. MeIenting la weh. Aku cakap aku pening kepala dengan korang berdua ni. Aku cakap kat suami aku, awak ceraikn saya. Saya tak tahan dah. Orang lain punye masalah aku plak yang kena. Tapi yang meng3jutkn aku suami aku tu ceraikn madu aku, depan aku sendiri.

Dia cakap tak tahan asyik g4duh pasal benda – benda kecik dan cemburu madu aku yang meIampau. Aku plak diam je la. Pasal bekas suami ku kahwin ni, aku tak bagi tau pun dengan family aku atau family dia. Sebab aku nak jaga hubungan kekeluargaan ini.

Sampai la dorang bercerai 2 tahun baru aku cerita. Tapi kawan – kawan suami aku semua tahu yang dia pernah kahwin lain. Dan setelah 14 tahun kami sebagai suami isteri akhirnye terputvs juga ik4tan. Bekas suami aku pun kahwin lain dan dapat 2 orang anak.

Aku pulak selepas 2 tahun menjanda, ini aku pun aku dah nikah lain danĀ  ada juga sorang anak. Tiada sengketa antara kami, cuma tak ade j0doh untuk bersama. Aku dan keluarga bekas suami aku termasuk anak bini dia hubungan kami baik. Anak dia yang sulung tu, aku yang jaga sebelum aku kahwin lain.

Komen Warganet :

Nur Syaqielah : Isteri kedua memang selalu macam tu lah. Masa nak menyondol, memang sembang xtak kisah berkongsi kasih, pastu bila dah jadi kedua, dia nak berkuasa sorang – sorang pulak. Nanti bila laki tak guna dia cari ketiga mula lah dia mer0yan.

Dah laki dia berani buat dengan isteri pertama macam tu, mestilah dia berani dengan isteri kedua juga. Sekarang pun kau dah bahagia kan? So teruskanlah hidup macam biasa. Pengajaran untuk kau, kalau lelaki yang curang tinggalkan je.

Tak perlu bagi peluang sebab dia takkan hargai peluang yang kau beri. Kalau dia sayang kat kau, dia takkan cari lain. Jangan cakap kahwin sebab nak anak, sebab rezeki anak Allah yang tentukan, kau nak seribu pun kalau Allah tak bagi anak, memang takkan ada anak.

Romeo Love Julietfw : Steady la puan.. Saya doakn puan berjaya bahagia dunia akhir4t asbab steady dan banyak bersabar masa diuji. Yelah takde j0doh tapi sebelum tu dah usaha dan sabarkan. Dan tempuhi sebagai seorang yang beriman dengan SOLAT (DOA) dan SABAR.

Selalu baca perempuan bila laki nak nikah lain, dia tahap mer0yan seweI tu macam apa jeee.. Macam laki dia hak mutlak dia semata – mata sampai dia terlupa suami dia Allah yang punya.

Farhana Bakhtiar : Saya suka cerita puan ni, sangat tenang dan tidak bertindak ikut nafsu amarah sebab dia faham, yang pemegang hati tu Allah. Allah boleh bolak balikkan hati manusia macam gasing. Suami pun bukan hak kita.

Nak berebut buat apa kan. Kalau dia dah tak suka, mohon je la cerai. Dia nak poIigami, bagikan lah asalkan boleh berlaku adil. Kalau rasa dia tak adil, minta je berpisah. Apa susah. Huhu..kalau saya pun malas nak serabut otak.

Seri Cahaya Delima : Tak ditakdirkn untuk ada anak dengan suami / isteri daripada perkahwinan pertama tetapi ada anak dengan suami / isteri yang daripada perkahwinan kedua. Hebat percaturan Allah buat kesabaran dan ketabahan sis. Tahniah… semoga terus hidup bahagia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.