Mak asyik minta duit, kami curi HP mak nak siasat. Rupanya mak layan sc4mmer dekat TT. Tak cukup minta duit anak, mak pinjam kawan

Mak minta duit belanja daripada aku untuk buat belanja sarapan pagi. Aku spotchek tanya adik beradik yang lain. Abang sulung baru je bagi RM100 dekat mak pada hari yang sama. Kami curi telefon mak nak siasat..

#Foto sekadar hiasan. Salam w4rga pembaca yang setia, berminggu aku berbolak balik untuk membuat luahan ini. Aku merupakan anak bongsu yang sedang merajuk dengan mak aku, bermula kejadian bulan lepas apabila mak aku minta duit belanja daripada aku untuk buat belanja sarapan pagi.

Tapi cara mak aku mahukan duit tu dalam keadaan tergesa – gesa, kemudian aku call adik beradik aku untuk check bila kali terakhir mak aku dapat duit belanja. Rupanya hari yang sama salah seorang abang aku telah beri RM100 untuk beliau belanja.

Mak aku tinggal di rumah yang disewa oleh anak sulung, dan ditemani oleh cucu – cucu. Mak aku punya duit belanja akan diberi oleh kami selang beberapa hari, yang paling banyak memberi adalah anak sulung dalam 200 atau 300 selang beberapa hari.

Duit belanja tu tak termasuk untuk beli barang – barang rumah ya, itu akan dibeli asing oleh kami. Kami dibesarkan dalam keadaan orang susah dulu, Alhamdulillah sekarang rezeki kami cukup dengan perniagaan yang arw4h ayah tinggalkan.

Okay balik kepada cerita awal tadi, mak aku minta duit belanja daripada aku, aku mula syak mak aku ulang balik per4ngainya melayan sc4mmer di media sosiaI. Jadi hari itu aku merancang dengan adik beradik untuk curi telefon mak aku untuk dispotcheck (telefon itu juga pemberian kami).

Dan ya memang tepat jangkaan kami mak aku melayan sc4mmer di TT, pada hari yang sama beliau baru lepas bankin duit untuk sc4mmer tersebut. Dan merancang untuk bankin lebih mengikut kehendak mereka. Aku jugak turut terjumpa mesej mak aku dengan kawannya, dia turut meminjam duit dari kawannya. Padahal duit belanja yang kami bagi selama ni sepatutnya lebih dari cukup,

Ini jugak membuatkan imej kami sebagai anak nampak buruk ibarat tak pernah bagi mak kami duit sampai kena meminjam. Sedihnya rasa, komen – komen mak aku di media sosiaI tersebut jugak buat aku terasa hati. Beliau seolah – olah bersungguh – sungguh mahukan duit berpuluh ribu yang ditayang di dalam video.

Untuk apa? Turut komen beria untuk menang pakej umrah, tahu tak sebenarnya kami adik beradik mampu untuk menghantar beliau menunaikan umrah. Cuma kami mahu beliau mula menunaikan solat siapkan diri dan fokus akhirat di hujung usia.

Umur mak aku sudah hampir 70 tahun tapi benda yang buat aku bersedih dan merajuk mak aku masih giIakan dunia, tak mahu solat tak mahu ke masjid yang cuma sekangkang kera dari rumah. Tapi untuk hal yang tak berfaedah mak aku boleh tunggang motor lebih jauh jarak dari ke masjid.

Bila ditegur beliau cuma diam membisu tak ada kerjasama. Demi Allah aku sedih, aku pernah persoal kenapa mak aku tak macam mak orang lain yang selalu ingatkan anak – anak untuk solat? Ini membuatkan rasa rindu aku untuk arw4h ayah lebih kuat, semasa ada arw4h, ada orang untuk suruh, ingatkan anak menantu untuk menunaikan solat.

Beberapa tahun lepas aku pernah terdengar yang mak aku ada hasrat untuk mengaji di pondok, bagi aku itu berita baik. Bila aku suarakan secara serius untuk hantar beliau ke pondok, beliau tak beri jawapan baIas malah ubah topik tanya tentang hal perniagaan.

Hati aku s4kit dan sedih kenapa belum habis fikirkan duniawi? Sudahlah, wang ringgit anak – anak boleh usahakan kenapa masih risau. Aku teringin mak aku macam orang tua – tua lain suka berjemaah dimasjid, bau wangi berbedak.

Sampai satu tahap aku berfikir untuk tegas dan hantar mak aku terus kepondok pengajian tanpa minta persetujuan beliau. Tapi adik beradik aku kurang setuju sebab seeloknya beliau pergi atas kehendak sendiri. Aku rasa aku dah malas berdoa untuk beliau, ada hari aku rasa kalau beliau pergi dulu pun aku dah tak kisah. Derh4ka kah aku?

Aku sekarang sedang sarat mengandung anak kedua, selalunya orang cakap bila nak bersalin kena minta maaf kepada ibu sendiri. Tapi entah lah, kalini aku tak rasa nak berbaik sebab aku kecewa aku sedih. Andai aku meninggaI ketika bersalin nanti, aku sudah tak peduli. Derh4ka kah aku? Terima kasih pembaca, Luahan anak bongsu. – Si bongsu (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Tun Ramos : Waktu beremosi jangan buat sebarang tindakan. Kelak menyesal tidak berguna. Di sini ada beberapa soalan minta confessor pertimbangkan. 1. Mengapa Allah masih beri peluang untuk emak hidup lagi? (Allah nak emak bertaubat).

2. Rugi sangat kah jika berdoa untuk emak? (Tidak, bahkan anda akan lebih berlapang d4da kerana letak perg4ntungan sepenuhnya kepada Allah). 3. Mengapa emak per4ngai begitu walaupun dah tua? (Sebagai ujian kepada anak – anak).

Nasihat saya: 1. Berhenti beri tunai. 2. Buat mesyuarat tertutup dengan adik beradik supaya hadkan pemberian tunai, dan galakkan beli barangan sahaja untuk emak. 3. Sekali – sekala ajak adik beradik buat kenduri tahliI di rumah. Pakat baca yasin dan buat khatam quran. Sejukkan rumah emak.

4. Berpakat buat k0rban untuk tahun depan. Letak nama emak. Beritahu dia rancangan anda. Beritahu yang anda sedang simpan duit untuk buat k0rban 1 bahagian. (Kalau lebih lagi bagus). Semoga membantu.

Kird Ree : Memang kau derh4ka kalau tak nak ambil tahu pasal dia lagi. Lagi pula sombong sangat kalau tak nak doakan untuk dia lagi. Apa lagi doa untuk dia berubah sebelum ajaI. Jangan putus asa pada kuasa doa itu.

Senj4ta mukmin itu. Aku bersyukur sangat mak aku jenis tak susahkan orang. Tak pernah minta duit anak – anak dan masih masakkan untuk anak – anak walaupun kami tak suruh dan tak harap dia masak pun. Sebab faktor usia dia. Tapi dia masih lakukan.

Bukanlah tak ada cela langsung pada mak aku. Tetap ada. Tapi pandanglah pada kebaikan yang dia buat. Contoh macam lahirkan kau lagi. Patutnya jangan putus asa pada dia. Yang pegang hati itu Allah. Yang punya segalanya pun Dia. Mohonlah mak itu berubah lagi – lagi sebelum kau melahirkan. Lagi bagus macam itu rasanya.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.