Ayah aku pun tak guna, mak aku pun tak guna. Aku dan ayah berpakat nak sorok surat tu dari mak tapi mak tahu jugak. Masa mak meng4muk, aku dalam bilik air tengah nak mandi pergi sekolah. Mak tarik aku..
#Foto sekadar hiasan. Hai aku Pana. Masih belajar kat utara. Lahir dan membesar di selatan Malaysia. Alhamdulillah. Allah kasi peluang aku sambung belajar. Cuma sekarang aku dalam fasa “wasted potential”. Tapi bukan itu aku nak kisahkan.
Sejak kebelakangan ini, aku down. Aku down sebab sikap parents aku. Terutama sekali mak aku. Aku tak boleh berhenti fikir tindakan dorang ketika aku kecik. Jadi, yang ni aku nak tulis di sini. Selama ni, aku membesar dengan seorang mak yang suka abvse aku dari fizikal sampailah mental. Sekarang lebih kepada mental.
Ayah aku pulak ayah yang normal cuma soal kewangan memang dia kurang sedikit kat situ. Dia pun malas nak berusaha dan seorang yang selesa dengan “comfort zoned” dia. Dulu ayah aku pun suka naik tangan dekat aku.
Syukurlah ayah aku dah stop pukuI aku bila aku dah start masuk sekolah menengah. Dah taubat agaknya. Aku pun dah maafkan sebab dia dah sedar dan berhenti buat benda tu semua. Mak aku kerja kilang, ayah aku lak peniaga kecil yang jual kuih.
Kat sini kalau dalam kewangan, memang mak aku lah mainkan peranan besar daripada ayah aku. Mak aku kalau dengan aku dengan adik – adik, dia susah nak spend kat kami. Bukan dia takde duit. Ada je. Siap beli emas lagi kalau balik kampung.
Cuma kalau dia mintak sesuatu, dia susah sangat nak bagi. Kiranya, dia sangat berkira dengan aku dan adik – adik aku. Kesannya, bila aku kerja, aku boros. Yelah, masa kecik selalu aku mintak tak dapat takpun susah sangat nak dapat.
Itulah orang kata “innerchild”. Lepastu, mak aku bebel aku tak simpan langsung duit gaji. Padahal aku cuma penuhi kehendak yang aku tak dapat masa kecik dulu. Ayah aku pulak, walaupun dia duit sikit, dia tak pernah berkira kalau kami mintak pape. Cumanya, kami tak boleh spend berbanyak.
Adalah jugak dia bebel, tapi aku dengan adik aku suka desak ayah sampai kami dapat hehe. Dengan ayah aku jelah, aku boleh Iawan. Tapi Iawan bukan sebab suka – suka, Iawan sebab ada benda aku tegur dia dan ada benda aku dalih dari dia.
Satu benda aku perasan sepanjang aku membesar dengan parents aku. Ayah aku seorang ayah yang baik, tapi bukan seorang suami yang baik. Sebab apa? Ayah aku tak berusaha langsung untuk cari duit. Dia dah terbiasa dengan “comfort zoned” yang mak aku kasi.
Mak aku pulak, mak yang teruk tetapi isteri yang baik. Baik sebab apa? Sebab bertahan walaupun ayah aku, boleh dik4takan malas kalau untuk bekerja tu. Ayah aku untung niaga dan tempahan kuih, memang ada bagi kat mak aku, tapi apalah sangat perbelanjaan yang mak aku kena buat dari segi hal kereta, hal rumah semua.
Nasib baiklah ayah aku dulu yang kasi kami duit belanja sekolah. Kadang – kadang aku terfikir, kenapa mak macam ni. Bila aku tengok balik keluarga dia semua, terutama kakak – kakak dia. Mereka dapat suami, yang bagi aku, memang laki tak guna pun.
Takde pun salah seorang dari makcik aku tu bercerai ke apa walaupun laki dorang bermasalah. Orang putih kata, “till de4th apart us”. Aku selalu rasa mak aku memang taknak lahirkan aku pun. Kalau aku s4kit, dia jaga aku acuh tak acuh.
Ya aku tau dia sibuk kerja tapi pernah suatu masa aku s4kit teramat sampai kena pergi hospitaI dia terus cakap “kau ni s4kit, tau menyusahkan orang je.” Adik aku yang dah betul – betul teruk s4kit pun, dia tak terus bawak ke kIinik. Sibuk kemas rumah semua.
Tup – tup bila pergi kIinik, adik aku kena naik ambulance terus ke hospitaI. Pernah aku s4kit teramat sangat, dia sempat salahkan aku sebab aku tak bawak ubat. Dia marah aku. Sedangkan masatu keadaan aku yang memang tak okay, dia boleh bersikap selfish.
Pernah aku s4kit kat kampung sampai isteri abang dia tegur aku. Mintak mak aku bawak aku ke kIinik. Tapi mak aku hiraukan je. Tau – tau balik rumah, dia lepaskan geram kat aku. Dia tib4i aku. Dia bising pasal jarum aku berterabur dalam beg baju tapi aku tau dia geram aku mengadu kat ipar duai dia.
Benda kecik macamtu ada ke orang meng4muk tak tentu pasal? Dahlah masatu, s4kit aku tak sembuh lagi. Sekarang kalau aku s4kit ke apa, aku cuma boleh harapkan ayah aku je. Ayah aku masa aku s4kit tulah, dia terus bergegas bawak aku ke kIinik.
Aku perasanlah dia sanggup ketepikan ‘kerja’ dia dan terus bawak aku ke kIinik kalau aku mintak terus. Takde banyak bunyi. Takde langsung keluhan. Mak aku selalu pukuI aku masa kecik. Pernah nak hantar aku ke rumah anak yatim.
Suka burukkan aku depan adik beradik dan anak buah dia. Haritu aku tunjuk jalan masuk uni aku dan aku cakap kat dia aku tau jalan mana, dia cakap aku belagak. Sedih pulak rasanya. Selalu aku nampak mak happy dengan anak sebab anak dia masuk university. Excited. Tapi mak aku hahaha..
Pernah jugak mak aku salahkan aku banyak pakai duit belanja bila kat uni. Dia mengadu kat ipar duai dia. Punca masalah ada je setiap malam sebeIah dia. Tapi kenapa aku yang mental yang dirabakkan, dia masih salahkan aku?
Aku pernah nak mintak zakat, tapi dia tak benarkan langsung. Sekarang aku sedar betapa bencinya mak aku kat aku. Ayah aku masa kecik je dia buat teruk kat aku. Pernahlah jugak dia buat kerja tak clear sampai pusat kebajikan datang rumah aku.
Tapi aku dah maafkan. Kisahnya, aku kerap tak datang sekolah. Satu kelas pulau aku sebab ada sorang dalam kelas aku masatu, dengki dengan aku. Mana yang berkawan ngan aku, dia caras orang tu dari aku. So lelama aku takde kawan langsung dalam kelas.
Aku takde semangat nak pergi sekolah. Jadi aku selalu ponteng sekolah kalau mak aku kerja shift pagi. Ayah aku tau. Dijadikan cerita satu hari aku dapat surat amaran. Ayah aku nak sorokkan tapi aku nak sorokkan sendiri.
Ayah aku tau yang kalau mak aku pasal tu, dah tentu dia bising dan memang aku akan kena. So kami dua berpakat. Tau – tau mak aku jumpa surat tu. Dia apalagi, meng4muk. Masa dia meng4muk aku dalam bilik air tengah nak mandi pergi sekolah.
Aku dah tak tahan sangat. Yelah dahlah serabut kat sekolah, kat rumah pun serabut. Aku pun Iawanlah. Bila aku keluar je bilik air yang masa ni aku pakai tuala je kat badan. Dia terus tarik aku. Dia pukuI aku. Nak pijak aku.
Aku pulak bersusah payah tahan tuala dari terlucut. Ayah aku cuba halang tapi mak aku tak bagi dekat. Dia marah ayah aku nak datang dekat. Masani memang aku rasa, kenapa aku kat sini. Apa aku nampak sampai aku rasa nak sangat lahir kat dunia ni? Sampai sekarang aku cari, tapi tak jumpa pun.
Aku ni seorang anak. Lahir – lahir dah tentu tak boleh pilih sapa mak aku. Tapi mak aku memilih kahwin dan adakan aku kat dunia ni. Kalau mak aku dari awal taknak anak, iaitu aku sendiri, kenapa perlu kahwin? Memang orang perempuan dulu memang matlamat kahwin je ke? Tak fikir benda lain?
Kalau salah pilih pasangan, memang jadi keperluan ke anak tu hadap kebencian itu sedangkan pasangan sendiri yang bermasalah. Aku tau tu semua soal jodoh tapi mak aku takde hak langsung layan aku macamtu. Dah banyak dia rosakkan aku.
Dari umur aku 15 tahun, aku selalu berfikir lebih baik aku tak payah hidup. Bayangkan keh4ncuran yang dia buat kat aku. Kalau laki tu bermasalah, Allah dah sediakan jalan sesiap dah. Tapi mak aku lebih memilih kumpul d0sa dengan menzaIimi anak sendiri.
Samalah jugak ayah aku yang tidak tunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang suami. Sejujurnya aku dah malas nak fikir pasal mak aku. Bukan itu je, aku dah hilang hormat kat dia. Mak aku sepatutnya dah boleh buat apa yang patut, tapi selalu salahkan aku.
Macam aku pulak yang bawak dia keadaan macamtu. Sesungguhnya aku dah penat hadap semua beban ni. Tambahan pulak aku jadi marah dan geram dengan sikap parents aku sendiri. Parents aku sangat selfish. Rasa terpaling betul. Dah tau hukvm hakam, masing – masing buat b0doh.
Ayah aku pun tak guna, mak aku pun tak guna. Sama je dua – dua. Sekarang aku lebih salahkan mak dan ayah aku dari yang dulu yang aku hanya salahkan mak saja. Kepada pasangan yang nak kahwin, cuba tanya diri korang balik.
Korang kahwin sebab nak suami anak / isteri anak. Atau korang kahwin sememangnya nak jadi seorang suami bapa / isteri ibu. Bunyi nampak sama, kan? Tapi situasi dia berlainan. Anak yang tak lengkap kasih sayang dari parents ni, one day, kalau dorang dah tak tahan, parents pun dorang buat tak endah.
Kepada yang bertahan meskipun ibu bapa menzaIimi korang, a big hug I give you. Korang memang kuat. Allah dah sediakan syurga sesiap untuk anak seperti ini. Anak yang betul – betul kuat saja dapat syurga anak soleh meskipun telah dizaIimi oleh kedua ibu bapa.
Aku berharap jugak korang break the cycle. Jangan layan anak korang sebagaimana mak ayah layan korang. Aku agak mak aku dulu hidupnya begitu, sudahnya aku jadi m4ngsa dia yang seterusnya. Aku taktau kalau aku berkeluarga nanti aku macam mana.
Dengan s4kit yang hidap sekarang. Aku tak rasa aku dapat hidup punya keluarga sendiri. Cukuplah aku sendiri yang s4kit fizikal dan mental. Ada rezeki, Alhamdulillah. Takde rezeki juga, Alhamdulillah. Untuk sekarang, aku taknak berfikir tu.
Aku fikir nak habiskan ijazah, dapat kerja yang bagus, rawat s4kit aku dan lari dari keluarga aku. Itu saja aku harapkan sekarang. Tolong doakan urusan aku dipermudahkan, hati aku terang menimba ilmu ijazah dan peny4kit yang aku hadap tidak bawak melarat sehingga aku takde semangat untuk menimba ilmu ijazah di bumi utara ini.
Sekian saja luahan aku. Diharap mana pembaca yang figure out siapa aku, tolong nilaikan sendiri kenapa aku bersikap sedemikian terhadap mak ayah aku. Cerita sini habis sini. Tak perlu tanya aku. Cukuplah korang tau dari sini saja. Dan aku berharap, penulisan aku dapat melapangkan d4da aku. Insha-Allah, Aamiin. Terima kasih semua sebab sudi baca luahan aku. – Pana (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Kasih Nur : Moment buruk masa childhood memang memberi kesan bila usia kita meningkat. Kita cenderung sangat bIame mak pak kita atas kekhilafan mereka sebab tak didik baik – baik. Perkara pun dah berlaku dan berlalu, kenang sampai ki4mat pun ia tak akan langsung berubah, kecuali fikiran kita yg mengubah untuk tidak ingat dan maafkan saja.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.