
Kakak ambil bilik paling besar, mak ayah aku beralah tidur luar beralaskan toto. Adik – adik aku berhimpit dalam bilik kecik. Dah setahun abang ipar tak kerja, duduk je dalam rumah. Makan minum semua ditanggung, pinggan makan pun tak berangkat dan basuh. Baru ni aku dapat tahu mak kena k4nser….
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Tolong hide Facebook aku. Aku seorang perempuan dan sudah berkahwin. Aku cuma nak meluahkan apa yang dah lama terbuku dalam hati. Minta maaf kalau penulisan aku tak berapa cantik, sebab aku menulis ni pun dalam keadaan terlalu geram, sedih dan kecewa.
Aku berasal daripada keluarga yang sederhana. Mak ayah aku tinggal di rumah PPR yang kecil bersama dua orang adik aku. Walaupun rumah kami tak besar, dari dulu mak ayah sentiasa berusaha bagi yang terbaik untuk anak – anak.
Masalah mula timbul sejak kakak aku berkahwin. Selepas bernikah, kakak dan abang ipar aku terus tinggal serumah dengan mak ayah aku. Pada mulanya, kami sekeluarga tak kisah sebab fikir mereka baru berkahwin dan perlukan masa untuk stabilkan kehidupan.
Tapi makin lama, makin banyak perkara yang buat hati aku dan adik – adik makan hati. Rumah mak ayah aku kecil saja, tapi mereka berdua memilih bilik yang paling besar untuk dijadikan bilik tidur. Sedangkan mak ayah aku terp4ksa tidur di ruang tamu beralaskan toto. Adik – adik aku pula berhimpit dalam bilik kecil dengan tilam nipis.
Yang paling menyedihkan, abang ipar aku tak bekerja hampir setahun selepas berkahwin. Setiap hari dia makan apa yang mak aku masak, lepas makan pinggan dibiarkan begitu saja. Langsung tak ada rasa segan silu atau inisiatif nak membantu.
Bukan setakat tak bekerja, bil api dan bil air pun langsung tak pernah hulur untuk bayar bersama. Semua ditanggung oleh ayah aku yang hanya bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Kakak aku pula selalu meminjam duit daripada ayah.
Kalau mengidam, ayah aku yang keluarkan duit. Kalau nak beli barang keperluan, ayah aku juga yang bantu. Sampai satu tahap, aku tertanya – tanya, mana maruah seorang suami kalau isterinya masih meminta – minta duit daripada ayah mertua sedangkan itu tanggungjawab dia?
Mereka berdua juga kerap berhutang dengan ayah aku. Setiap kali ayah cuba menolak, kakak aku akan cakap mereka susah dan perlukan bantuan. Disebabkan kasihkan anak, ayah aku tak sampai hati nak menolak. Tapi dalam masa yang sama, ayah aku mula abaikan keperluan mak sendiri sebab terlalu memikirkan mereka berdua. Aku nampak sendiri mak aku pendam perasaan dan makan hati.
Setiap hari mak aku memasak untuk mereka, mengemas rumah dan menjaga kebajikan mereka seperti menjaga anak kecil. Lepas makan, pinggan mangkuk dibiarkan dalam singki sampai mak aku yang basuhkan. Kadang – kadang aku datang ke rumah mak ayah waktu malam dan tengok mak masih mencuci dapur walaupun badan dah penat.
Sedangkan kakak dan abang ipar aku selesa berehat dalam bilik berpenghawa dingin sambil bermain telefon. Dua bulan lepas, doktor sahkan mak aku menghidap k4nser. Sejak hari tu, hati aku makin h4ncur. Dalam keadaan mak aku s4kit, rumah kecil tu langsung tak ada ruang untuk dia berehat dengan selesa.
Mak masih tidur di ruang tamu beralaskan toto sedangkan pasangan suami isteri yang sihat walafiat tu terus selesa dalam bilik besar. Aku tengok mak cuba kuat depan semua orang. Tapi bila aku datang melawat, mak selalu mengadu badan s4kit dan susah nak berehat. Kadang – kadang mak menangis diam – diam sebab terlalu penat.
Aku pernah tanya abang ipar aku dengan baik tentang perancangan mereka untuk berpindah dan cari rumah sendiri. Lama dia diam sebelum menjawab dengan nada yang sangat meny4kitkan hati. Dia cakap, “Apa yang perlu cakap cepatlah, kalau tak penting.”
Masa tu, hanya Tuhan saja tahu macam mana aku tahan marah. Dalam hati aku menjerit, “Kau dah lah menumpang rumah mak ayah aku. Mak ayah aku tidur atas lantai beralaskan toto, adik – adik aku berhimpit dalam bilik sempit. Tapi kau dengan isteri kau tidur dalam bilik luas dengan katil dan tilam empuk.”
Tapi aku diam. Aku diam sebab aku tak nak melukakan hati mak ayah aku. Aku diam sebab aku tak nak hubungan adik beradik kami h4ncur. Aku diam sebab aku tahu mak ayah aku masih sayangkan kakak aku. Hampir dua tahun mereka selesa tinggal di rumah tu.
Hampir dua tahun juga mak aku macam orang gaji dalam rumah sendiri. Aku sendiri dah rasa macam orang luar bila balik ke rumah mak ayah. Kalau aku bermalam, aku tak ada tempat nak tidur. Adik – adik aku pula terp4ksa mengalah dan tidur berhimpit.
Kadang – kadang aku rasa macam aku yang menumpang di rumah mak ayah sendiri. Yang lebih meny4kitkan hati, kakak aku langsung tak nampak peng0rbanan mak ayah. Dia tak nampak kesusahan adik – adik dia. Dia tak nampak pend3ritaan mak yang sedang s4kit.
Aku tahu dia sayangkan suami dia, tapi sampai bila nak pejam mata dengan sikap suami sendiri? Aku tak faham macam mana dia sanggup melihat mak ayah tidur di ruang tamu setiap malam tanpa rasa bersalah. Aku tak faham macam mana dia boleh melihat mak yang sedang s4kit masih memasak dan membersihkan rumah untuk mereka.
Mak memang tak pernah marah secara terang – terangan. Tapi aku tahu hati mak terluka. Aku selalu dengar mak mengeluh perlahan bila badan dia s4kit. Aku selalu nampak mata mak bergenang air mata bila bercakap tentang masa depan adik – adik aku.
Kepada kakak aku, kau membesar dengan kasih sayang dan perhatian mak ayah yang tak pernah aku rasa sepenuhnya semasa kecil. Tapi tergamak kau membawa masuk masalah ke dalam keluarga kita sendiri. Kau langsung tak fikir keselesaan mak ayah.
Kau langsung tak fikir keselesaan adik – adik kau. Dalam usaha kau mempertahankan rumah tangga kau, kau dah melukakan hati orang yang membesarkan kau sejak kecil. Dan kepada abang ipar aku, sebagai seorang lelaki, cubalah ada rasa tanggungjawab dan maruah.
Menumpang rumah mertua untuk sementara waktu tak salah, tapi jangan sampai mengambil kesempatan atas kebaikan mereka. Aku dah terlalu penat memendam semua ni. Apa – apa jadi pada mak aku, aku tak pasti sama ada aku mampu memaafkan kamu berdua. Luka yang kamu tinggalkan dalam hati aku dan keluarga terlalu dalam. Terima kasih admin kerana sudi siarkan luahan aku.
Ulasan Pembaca :
Normala Taha : Tentu awak dalam dilema, kan? Ada juga mak ayah yang terlalu sayangkan anak. Bila adik beradik lain yang menegur, seolah – olah mereka yang dengki dan cemburu. Mak ayah tak nak adik beradik bercakaran. Si pengadu kesiankan mak dia, tapi dia cuma boleh mengadu dekat sini saja. Kalau cakap depan – depan, silap – silap dia pula yang kena buang keluarga.
Laila Zakaria : Cari rumah sewa lain untuk mak ayah. Bawa mak ayah dan adik adik pindah keluar. Angkut semua keperluan keluar. Biar mereka laki bini hidup sendiri. Daripada bagi mereka duit, lebih baik bayar sewa. Adik beradik lain kena hulurlah. Jangan buat tak tahu. Beritahu kakak awak yang mak ayah dah keluar dari rumah. Jangan berani minta duit lagi. Biar mereka usaha sendiri cari duit untuk makan. Rumah dah percuma, kan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.