Mak bawa lari aku dan adik dari ayah. Berbelas tahun, aku jumpa ayah, ayah framekan gaun aku masa kecil, perngubat rindu

Dan hari ni adalah hari di mana aku dapat jawapan kepada persoalan aku. Nenek keluarkan 1 frame dan dalam frame tu bukanlah gambar tetapi baju gaun berw4rna putih pink. Ayah kata, baju itu je yang dia sempat simpan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua. Semoga kalian dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan. Aku nak cerita tentang kehidupan aku tanpa ayah. Kira aku ni dari br0ken family. Mak aku single mom.

Pernah dengar lagu yang ada lirik “g4ntung tak bertali”. Macam tu lah apa yang mak aku rasa. Mungkin lebih parah. Aku ada 3 orang adik beradik. Aku tak tahu dari mana nak mulakan cerita aku ni, tapi aku mulakan lah dari aku umur 6 tahun ya.

Masa ni semua kawan pergi sekolah tadika, tapi aku tak pergi sebab mak cakap sijil lahir aku hilang masa pindah rumah. Masa ni yang aku ingat ayah masih ada bersama kami. Adik aku yang nombor 3 masih lagi bayi.

Kehidupan kami macam keluarga yang lain, bahagia seadanya. Mak dan ayah aku bekerja tapi lain tempat. Tapi semuanya berubah 360 darjah bila mak dan ayah berg4duh. Aku tak tahu pasal apa. Yelah kecil lagi masa tu kan.

Yang aku ingat mak bawa aku dan adik aku lari. Ya lari ikut kawan mak aku. Kawan perempuan ya. Aku yang tak tahu apa jadi ni ikut jela cakap mak. Masa tu mak, aku dan adik tinggal sementara dengan kawan mak tu. Lepas tu mak bawa kami pulang ke kampung. Jadi nenek dan atuk yang jaga kami adik beradik.

Ada juga aku tanya mak ayah kat mana, kenapa tak duduk rumah kita, kenapa ayah tak datang kampung tapi mak aku cuma jawab ayah kerja jauh. Aku yang masa tu budak lagi percaya dengan apa yang mak cakap. Masa ni aku umur aku 7 tahun pada 2003.

Mak ambil atuk dan nenek tinggal dekat rumah sewa kami. Kira atuk nenek jaga kami adik beradik. Mak masih kerja dan ada rezeki beli kereta kancil untuk kami. Aku seronok sangat dan tak lupakan ayah, selalu aku tanya pasal ayah tapi mak tetap dengan jawapan ayah kerja jauh.

Aku pun meneruskan kehidupan sama macam kawan – kawan lain. Atuk nenek pula tak dapat jaga kami adik beradik, mereka nak pulang ke kampung. Masa ni aku sedih juga sebab tak ada siapa yang jaga kami. Jadi mak aku minta aku tukar sekolah dan tinggal dengan makngah. Aku pun akur dan faham dengan situasi mak masa ni.

Ada satu hari tu, mak aku panggil aku. Mak aku cakap yang mak ayah dah berpisah, tak boleh tinggal sama. Masa tu yang aku faham aku dah tak ada ayah ibarat macam anak yatim. Aku cakap la dekat mak “Delima ni kira anak yatim la kan sama macam kawan Delima, dia pun tak ada ayah”.

Mak hanya angguk sayu. Aku pun faham yang mak aku ni adalah seorang ibu tunggal. Masa ni aku dah kena tinggal dengan makngah aku. Sebab mak tak dapat jaga aku. Adik aku yang 2 orang lagi tinggal dengan mak teh. Jadi kami adik beradik terpisah.

Terpisah jauh tapi bila cuti sekolah memang aku dan adik berkumpul dekat rumah atuk nenek. Makngah aku pun jaga aku dengan baik. Aku pun selesa dengan makngah walaupun terp4ksa jauh dengan mak. Setiap minggu mak datang rumah makngah. Kadang – kadang aku pun pergi rumah mak teh untuk tengok adik aku.

Mak aku ada 10 orang adik beradik, jadi aku ni dah 4 kali jugak tukar sekolah rendah dan tinggal dengan makcik aku yang lain. Faktor aku kena tinggal dengan makcik yang lain adalah sebab mak aku jauh nak ulang alik datang melawat aku.

Lepas tu, faktor sekolah jauh dari rumah dan faktor kewangan. So aku ni dah biasa tukar sekolah. Adik – adik aku masa ni kecil lagi kan, diorang tak banyak pindah. Aku je yang pindah banyak tempat. Last aku pindah sekolah masa aku 11 tahun.

Umur aku 11 tahun mak dah mampu beli rumah, rumah ansuran la kan dan ambil kami adik beradik tinggal 1 rumah. Aku kan kakak pertama, jadi aku ni dah pandai buat kerja rumah dan jaga adik aku. Mak masa ni kerja shift. Jadi setiap minggu tu aku tahu jadual aku dan adik aku.

Mak memang akan siapkan makanan untuk kami sebelum pergi kerja. Jarak rumah dengan sekolah pun dekat hanya berjalan kaki. Mak sebelum pergi kerja memang dah siapkan makanan untuk kami adik beradik. Ada juga jiran yang tengokkan keadaan kami di rumah masa mak pergi kerja.

Dipendekkan cerita kehidupan aku diteruskan macam biasa tanpa kehadiran ayah. Walaupun masa hari raya ayah langsung tak pernah datang melawat kami. Aku tak tahu mana ayah aku. Bayang ayah pun aku tak nampak dah.

Ada juga aku tanya makcik yang lain pasal ayah, tapi diorang pun tak tahu mana ayah. Keluarga sebeIah ayah ada juga datang melawat kami di kampung. Tapi mereka pun tak tahu di mana ayah. Entah aku nak percaya pun 50 – 50 sebab takkan keluarga sendiri tak tahu mana ayah.

Aku pun masa ni dah sambung belajar di sebuah ipta tahun 2016, adik – adik aku pula dapat taw4ran masuk asrama penuh. Jadi kuranglah beban mak. Setiap kali cuti semester aku melawat adik aku di asrama. Aku tak tahu apa perasaan adik aku tanpa seorang ayah, lagi – lagi adik aku yang last tu dia baby lagi masa tu kan.

Memang tak pernah kenal wajah ayah face to face. Adalah juga mak kasi tengok gambar ayah pada dia. Hmmm. Masa aku tahun terakhir belajar, mak ada bagitahu aku yang mak dah jumpa ayah. Sebab nak uruskan surat cerai.

Mak dapat tahu alamat terakhir ayah dari keluarga ayah sendiri. Yela, masa ni urusan rasmi perIukan surat cerai sebagai bukti dan sebagainya. Syukurlah Allah permudahkan urusan mak yang selama ini g4ntung tak bertali.

Perasaan aku masa dapat tahu ayah rupanya masih hidup. Aku ingat ayah dah hilang ingatan takpun masuk penjara atau mungkin giIa. Hahaha.. Jadi dari aku kecil sampai la aku gadis remaja inilah hari pertama aku berjumpa ayah.

Ayah yang selama ini aku anggap telah m4ti, ayah yang tak pernah muncul bayangnya, ayah yang aku tak pernah rasa kasih dan sayang. Ayah yang aku anggap tidak layak dia dapat gelaran itu. Terlalu banyak persoalan yang aku ingin tanya pada ayah… Nantikan sambungan bahagian ke II. – Delima (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum semua pembaca, aku nak sambung kisah aku. Di mana pertemuan kali pertama aku dan adik – adik dengan ayah. Mak ada bagitahu aku yang kami akan pergi ke majlis perkahwinan kawan mak. Mak cakap ayah ikut sekali.

Aku pada masa ni tak tahu nak rasa apa, maklumlah dah hampir berbelas tahun baru nak jumpa. Kami anak beranak pun bersiap untuk ke majlis dan mak minta ayah ambil kami di sebuah restoran. Mak cakap mak taknak ayah tahu rumah kami. Aku pun hanya ikutkan cakap mak dan malas nak banyak tanya.

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya ayah tiba di restoran dan membawa kami ke lokasi majlis. Kami adik beradik masuk dalam kereta dan bersalaman dengan ayah. Perasaan masa tu amat janggal. Sepanjang perjalanan ayah yang banyak bertanya tentang keadaan kami.

Ayah tahu aku sedang sambung belajar dan adik masih bersekolah. Kami hanya menjawab apa yang ditanya dan selebihnya hanya membisu sebab tak tahu nak tanya lebih – lebih. Dari pertemuan pertama aku lihat perwatakan ayah seorang yang tegas tapi periang. Rupa masih sama macam dalam gambar di dalam album lama.

Bila tiba di majlis perkahwinan, ayah yang offer diri untuk mengambilkan kami makanan dan sebagainya. Aku dan adik – adik hanya ikut sahaja. Mak dan ayah berbual kami hanya mendengar dan mengangguk faham. Ayah sempat juga selfie dengan kami anak beranak.

Kami pun pulang dan ayah sempat juga bagi duit belanja pada kami. Di mana tempat ayah ambil tadi, di situ jugalah ayah hantar kami. Jauh di sudut hati kecil aku, syukurlah aku masih lagi berpeluang dapat berjumpa ayah dan masih mempunyai ayah.

Aku ada bertanya kepada mak kenapa taknak bagitahu ayah di mana rumah kita? Mak hanya cakap untuk keselamatan dan belum masanya ayah tahu rumah kami. Aku pun hairan kenapa, yelah nanti senang ayah nak jumpa kami kan tapi aku terima hormat alasan mak.

Setelah perjumpaan pertama tu, ada juga beberapa kali kami adik beradik berjumpa ayah. Pergi makan dan sebagainya. Ayah seorang yang pandai mengambil hati dan nampak berusaha untuk ngam dengan kami adik beradik. Setiap kali jumpa, ada je hadiah dari ayah.

Persoalan dan pertanyaan yang terpendam lama masih kemas disimpan rapi oleh aku. Belum tiba masa untuk aku betanyakan hal sebenar pada ayah. Pada hari lahir aku, ayah berikan hadiah jam dan kad. Ucapan yang ringkas dari ayah aku.

“Selamat ulang tahun delima, ayah sayang delima sangat – sangat, ayah minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Semoga berbahagia di hari lahirmu nak”. Aku takkan lupa ucapan ini. 1 hari, ayah dan mak minta aku dan adik – adik pergi pulang ke kampung.

Aku ingatkan kampung sebeIah mak. Sebab tahu selok belok jalan pulang ke kampung. Jadi aku ikutkan jelah. Rupanya, kami pergi ke kampung ayah. Nenek aku dah pindah, sama daerah kampung mak aku. Sebelum ni kampung ayah di daerah lain.

Salah aku juga sebab tak tanya mak awal – awal. Mak ayah pun tak cakap kira diorang buat supr1se untuk kami. Bila sampai di rumah, kami disambut nenek dan jugak pakcik. Bermacam cerita kami bualkan. Pakcik dan nenek layan kami macam biasa. Padahal agak lama jugak kami tak jumpa nenek.

Dulu ada jugak maklong aku nak bawa kami jumpa nenek tapi mereka dah pindah. Rumah nenek orang lain yang duduk. Sejak tu, kami tak tahu di mana nenek tinggal. Rupanya 1 daerah, memang kecil dunia ni ye. Hari berganti hari, bulan berganti bulan.

Hubungan aku serta adik – adik dan ayah masih baik. Cuma aku kurang berinteraksi dengan ayah. Ayah selalu juga bertanya khabar dan sebagainya. Disingkatkan cerita, masa ni aku dah habis belajar dan sudah pun bekerja.

Aku bertemu jodoh awal. Masa ni ayah la yang akan jadi wali aku kan. Aku bagitahu mak aku perkara ni. Mak aku mulanya memang tak setuju aku nak kahwin. Sebab awal sangat kan. Mak minta aku tanya pendapat ayah. Ayah ok je dengan permintaan aku. Kalau dah jodoh tak ke mana. Ikut adat, aku merisik, bertunang dan nikah.

Dalam tempoh masa ni saud4ra mara sebeIah mak aku dah tahu kami dah jumpa ayah dan keluarga ayah yang lain. Masa nikah aku ada masalah sikit sebab nak buat sebeIah mak atau sebeIah ayah. Yelah makcik pakcik pun ikut campur. Agak huru hara sekejap.

Tapi akhirnya, aku buat sebeIah mak. Saud4ra mara, pakcik makcik aku sebeIah ayah yang datang tempat kami. Syukur majlis perkahwinan aku berjalan lancar. Persoalan dan teka teki aku masih lagi belum ada jawapan. Dan hari ni adalah hari di mana aku dapat jawapannya.

Aku dan suami datang melawat ke rumah nenek. Berbual bercerita banyak perkara. Nenek cakap ada sesuatu yang dah lama dia nak tunjuk pada aku. Aku pun tertanya – tanya apakah ia. Nenek keluarkan 1 frame dan dalam frame tu bukanlah gambar tetapi baju gaun berw4rna putih pink.

Aku kenal gaun tu, sebab aku pernah nampak gambar aku pakai gaun tu di dalam album. Tergaman dan tak sangka gaun yang berbelas tahun lamanya di simpan di dalam frame gambar. Jujur aku dan suami menitiskan air mata.

Gaun tu arw4h atuk yang belikan untuk aku dan ayah la orang yang framekan gaun aku. Ayah cakap itulah yang sempat ayah simpan sebelum mak bawa aku dan adik – adik lari. Hanya itu kenangan yang tinggal untuk ayah sebab tu ayah frame kan gaun aku. Tanda ayah tak pernah lupakan aku sebagai anak perempuan pertama dia.

Ayah juga bagitahu, ayah tak pernah lupa hari lahir kami adik beradik. Setiap tahun ayah akan beri ucapan di dalam surat khabar. Kalau pembaca ada yang tahu, zaman dulu ada ruangan ucapan hari lahir pada surat khabar. Di situlah ayah akan beri ucapan kepada kami adik beradik.

Aku tak sangka rupanya ayah ingat pada kami adik beradik. Masa ni lah aku ambil peluang untuk tanya ayah kenapa mengapa bagaimana selama berbelas tahun ayah tak dapat di kesan. Ke mana ayah hilangkan diri? Adakah ayah benci pada kami adik beradik?

Ayah cakap mak minta cerai pada ayah dan kalau ayah tak ceraikan mak, ayah seorang yang dayus. Dan bermacam lagi cerita yang ayah bagitahu pada aku. Hanya itu yang mampu aku kongsikan kepada pembaca semua. Hal yang lain biarlah aku sahaja yang tahu.

Akhirnya, persoalan aku selama ini terjawab dari mulut ayah sendiri. Tapi aku tak bagitahu mak tentang perkara ni. Ibarat pepatah melayu perkara yang lepas jangan dikenang. Syukur alhamdulillah, mak dah berjaya besarkan aku dan adik beradik seimbang dunia dan akhir4t.

Siapalah aku tanpa MAK dan AYAH. Kasih ibu hingga ke syurga kasih ayah kekal selamanya. Kehidupan aku kini bahagia di samping keluarga dan anak – anak tercinta. Semoga kisah perjalanan aku hidup tanpa ayah yang aku kongsikan ini dapat aku jadikan sebagai memori penulisan di sini. Terima kasih kepada yang sudi membaca kisah hidup aku. Sekian dari DELIMA. – Delima (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.