Mak dah tua, s4kit tulang, tangan dah bengkok. Aku terk3jut pagi raya, mak aku sorang memasak dekat dapur. Mana ipar ipar perempuan aku?

Malam raya tu aku dah masak gulai daging sampai pukuI 1.30 pagi. Bila aku bangun pagi raya, mak aku terkontang kanting dengan tangan bengkok dekat dapur untuk siapkan juadan. Mana ipar ipar perempuan aku. Aku sedapkan hati..

#Foto sekadar hiasan. Sebelum aku kongsi kisah aku, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan – rakan alam maya di group ini. Alhamdulillah, tahun ini tahun bermakna buat aku dan adik beradik yang lain sebab kami dapat berkumpul semuanya.

Moment ini belum tentu akan terulang dimasa akan datang. Entah masih ada kesempatan usia kita pada tahun akan datang. Nak dijadikan cerita, Mak aku sudah berusia 63 tahun. Selalu s4kit tulang sehinggalah satu tahap tangan dia bengkok.

Itu tandanya mak aku penat sangat sudah. Aku sudah suruh berhenti, tetap juga mak aku nak buat kerja. Daripada aku g4duh – g4duh dengan mak aku, lebih baik aku diam sambil buat kerja. Aku kesian sangat dengan mak aku. Sedih aku. Kan sudah tua.

Ipar dan adik beradik lain balik kampung pada Ahad sebelum Raya baru – baru ni. Aku tak kisah sebab itu hal mereka. Aku balik dua minggu sebelum Raya sebab aku dan suami peniaga. So, cuti tu boleh atur. Alhamdulillah, dapatlah tiga minggu kami di sana.

Selama tiga minggu di rumah mak aku, aku buat biskut, buat juadah puasa dan sahur. Mak aku aku tak ganggu. Aku nak dia rehat je. Berbalik pada pagi Raya pertama, Aku terk3jut tengok mak aku ada dekat dapur. Aku rasa kesian sangat nampak mak aku terkontang – kanting dekat dapur seorang diri pada waktu pagi – pagi.

Dia gigih nak siapkan juadah hari raya untuk anak, menantu dan cucu – cucu. Aku pulak sebab aku dah masak gulai daging jam 10 malam tu. Aku letih, aku tidur jam 1.30 pagi sebab kepala aku pun dah nak pecah. Satu hari tiada berhenti buat kerja.

Huh, letih sangat… Jadi, aku terjaga jam 4 pagi. Teruslah aku bangun tolong mak aku. Satu perkara aku fikirkan. Mana ipar – ipar perempuan aku? Kenapa tak nak bantu mak mertua mereka dekat dapur? Takde sikit ke rasa simpati nak membantu mak?

Kalau dekat rumah mak dorang, adakah mereka biar jugak mak  dorang buat seorang diri? Mujur aku ada balik kampung tahun ni. Kalau aku tak ada, seorang dirilah mak aku dekat dapur. Sedih sangat aku. Kenapa pula orang tua yang bersusah payah menyediakan juadah makanan untuk orang yang muda?

Alasan selalu aku dengar sebab yang muda pula tidak tahu apa – apa konon. Padahal malas membantu. Kalau dah tak tahu, kena belajar dari sekarang. Kalau tak nanti sampai ke tua tak tahu. Demi nak jaga hati sendiri dan emosi sendiri, aku lebih suka diam – diam je. Sebab beberapa faktor ini juga aku suka diam:

Adik beradik bawa isteri dan anak mereka untuk orang tua kita. Jadi, jangan ada kata – kata berunsurkan perli memperli. Diorang tak bantu di dapur tak apa. Tak ada diorang pun kerja kita boleh selesai. Ikhlaskan sesuatu buat kerja. Fahami sikap manusia lain.

Sebelum ipar – ipar balik ke rumah mak bapa kita, doalah banyak – banyak untuk hati kita. Jangan jadi pengadu domba kepada adik beradik mahupun mak bapa kita. Jangan sampai mak bapa kita memandang ipar – ipar kita negatif. Fikir balik bahawa ipar itu adalah isteri atau suami pada adik beradik kita.

Kenapa aku fikir begini? Sebab aku pun menantu dan ipar sebeIah suami aku. Aku dicop pemalas sebab aku lambat sampai di rumah diorang. Diorang letih sebab sediakan juadah. Ipar adik kepada suami pula sindir, macam aku ni langsung tidak membantu.

Huh.. Sedih siap sindir – sindir. Telinga jadi panas, begitu juga hati. Padahal aku ni membantu juga, tolong apa yang patut. Jika ditanya pun salah. Jika salah, dik4ta tidak pandai buat kerja. So, sebab itulah bila adik beradik aku bawa isteri / suami mereka, aku lebih suka buat kerja sendiri – sendiri.

Tiada mengharap bantuan. Anggap tiada siapa – siapa. Alhamdulillah, ikhlas hati menjadi tenang. Jangan wujudkan jurang macam ipar aku sebeIah suami ni suka banyak komplen. Rumah bersepah lah sebab anak aku ada. Aku bangun awal pun dik4ta aku pemalas juga.

Dia bangun jam 11 pagi. Aku tak apa mau cakap sebab takut qisas. Nauzubillah… JANGANLAH KITA MENGHARAP ORANG LAIN SELESAIKAN APA YANG KITA NAK. Doakan mereka agar mereka berubah.

Komen Netizen:

Anonymous member 553 : Betul, setuju. Mana yang kita boleh buat, kita buat je. Saya pun ada ipar – ipar, tapi kalau mereka balik, saya memang tak kisah kalau diorang tak nak buat kerja atau banyak duduk di bilik. Mak ayah saya pun tak kisah.

Diorang kata, “Janji ada balik pun alhamdulillah, syukur sangat dah. Lagipun anak – anak aku ada… Apa – apa biar aku suruh anak – anak aku buat. Kenapa aku nak suruh anak orang lain buat walaupun tu menantu aku.” Kalau nak tolong pun, saya bagi yang ringan – ringan je macam sapu sampah ke, susun pinggan yang dah kering, macam tu je.

Yang lain – lain tu tak apalah, masih boleh buat sendiri. Bukan rumah orang lain. Rumah orang tua saya juga. Kalau saya nak minta tolong pun, saya akan minta tolong dengan adik beradik sendiri dulu. Kalau tak ada, saya akan minta tolong suami, kemudian anak – anak. Ipar – ipar dan biras memang adalah orang terakhir saya akan minta tolong dan suruh buat sesuatu.

Alyne Mcalyne : Balik sebeIah mana pun, kena tolong menolong. Kalau aku lah, aku malu sendiri kalau tak tolong apa – apa kat dapur tiba – tiba masa nak makan, dengan muka tak malu keluar bilik. Tak kisahlah sampai lambat ke, sampai awal ke tolong la mana yang patut. Jangan malas – malas, kalau rasa dah penat sangat rehat. Pandai – pandailah bawa diri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.