Datang rumah mak untuk makan, berehat dan main HP tapi mak jadi bibik pada cucu-cucu

Mak penat layan cucu – cucu dan dia akan terbawa bawa em0si marah dia kepada anak – anak dia yang lain. Cuba bayangkan, mak saya tengah jaga anak diorang, dan diorang boleh main phone depan mak saya? Niat mereka berkahwin untuk susahkan mak ayah saya ke?

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Saya ada masalah sikit, mungkin bagi orang benda ni simple je. Tapi bagi saya, benda ni sangat besar sebab dah ganggu mentaI dan em0si saya. Saya dibesarkan dalam keluarga yang tidaklah terlalu mewah, tapi kalau nak apa – apa inshaAllah dapat.

Saya ada kakak yang sudah berkahwin hampir lima tahun, dan sekarang dia ada tiga orang anak. Apa yang jadi masalah sekarang, dia masih mengharapkan mak saya dalam setiap apa yang dia buat. Contohnya, memasak, jaga anak, uruskan pakaian dia sekeluarga (termasuk semua pakaian suami dan anak – anak ye), and banyak lagiIah dia masih harapkan mak saya dalam hidup dia.

Patut ke seorang anak yang dah berkahwin masih buat perkara macam ni? Dia ada rumah sendiri, tetapi kerap dia datang rumah mak saya dan tidur dekat sini. Saya tak kisah dia nak melawat mak ayah saya, tapi dia tak hormat privacy adik – adik dia.

Dia akan tidur kat rumah berhari – hari, jadi saya sebagai adik perempuan terp4ksa bertudung, nak jaga aur4t dekat rumah. Dahlah kena jaga aur4t, yang lebih menggeramkan hati saya, dia datang sini untuk berehat. Ibu saya pula yang kena bersengkang mata dan kerah tenaga untuk jaga anak dia.

Dia dan suami dia pula tenang berehat dalam bilik ibarat tak pernah ada anak. Bila makanan dah terhidang, dia dan suami paling laju nak makan. Sedangkan mak saya tadi dah penat memasak tapi mak saya kena jaga cucu dulu sementara mereka makan.

Patut ke benda ni terjadi? Dia tak p4ksa mak saya untuk jaga cucu, tapi mereka membiarkan mak saya jaga cucu. Saya sangat marah bila fikir dan saya ni jangan betul – betul naik baran je. Bertahun dah saya makan sabar.

Saya bukan tak nak tegur, tapi susah bila wujud orang yang rasa dia je betul, tak nak dengar cakap and teguran orang. Saya ni kesian dekat mak saya, ibarat bibik pula dia buat. Dahlah kena jaga cucu, cucu pula bukannya per4ngai elok mana.

Dan mak saya juga jaga kakak saya 100% daripada dia bersalin. Suami dia hanya tengok saja, tak tolong mandikan, makanan pant4ng kakak saya pun mak saya uruskan, dia tak ada tolong apa – apa. Dan bila anak kakak saya tu buat per4ngai, dia bagi anak dia dekat mak saya sebab bagi dia, mak saya boleh tenangkan.

Sejak anak pertama dia kecil lagi, dia duduk kat rumah ni dan bila dia pergi kerja, mak sayalah yang jaga. Dia tak fikir ke mak saya dah tua, em0si dia pun tak berapa nak stabil dah bila nak hadap anak kecil? Saya agak geram bila dia jadi lepas tangan, tanpa fikirkan apa yang dia buat tu salah.

Dia dan suami dia sama saja. Datang sini nak makan dan berehat. Tak pun main phone. Cuba bayangkan, mak saya tengah jaga anak diorang, and diorang boleh main phone depan mak saya? Persoalannya sekarang, itu anak – anak siapa?

Bila anak menangis, mak saya yang buatkan susu dan dodoi sampai tidur. Kenapa mak saya yang perlu bersusah payah? Mana tanggungjawab ibu bapa anak – anak tu selepas jadi ibu bapa? Niat mereka berkahwin untuk susahkan mak ayah saya ke?

Saya dah terlalu lama pend4m. Mak saya pula bila dia dah penat melayan kerenah cucu yang kejap menangis, kejap meng4muk, kejap bu4s sana sini.. Dia akan terbawa bawa em0si marah dia kepada anak – anak dia yang lain. Contohnya, sayalah.

Saya yang selalu kena marah sedangkan saya tak ada buat apa apa. Em0si saya cukup terganggu sebab saya pun ada masalah sendiri dalam hidup saya, dan saya juga perlu hadap banyak masalah daripada masalah yang kakak saya cipta.

Saya nampak semua ni, tapi saya tak mampu nak tegur mak dan kakak saya. Nanti saya yang disalahkan sebab tak cuba nak faham kakak saya yang susah nak jaga tiga anak dalam waktu yang sama. Tapi pada saya, seorang anak yang sudah berkahwin perlu keluar daripada rumah ibu bapa dan jalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang isteri dan ibu, dan bentukkan anak – anak sendiri tanpa campur tangan ibu bapa.

Lainlah cerita kalau ibu bapa tu s4kit dan perIukan pertolongan anak – anak. Ni yang kakak dan abang ipar saya yang cukup mampu dan sihat untuk jaga anak – anak sendiri. Bukan niat saya untuk jauhkan hubungan diorang dengan mak ayah saya,

Tapi berpada – padalah dan tak perlu susahkan mak ayah saya. Saya faham besarkan anak – anak kecil tu susah, dan saya sendiri belum berpengalaman jaga anak sendiri tetapi perIukah susahkan mak ayah saya yang m4kin tua dan berkurang kudratnya?

Bukankah benda tu suatu benda yang salah dan ibu bapa perlu tahu untuk jaga anak sendiri? Ibu bapa kita semua dulu dahulu mampu besarkan anak – anak sendiri walaupun susah, kenapa sampai kakak saya dia tak boleh?

Dan kalau macam tu, apa tujuan kahwin? Dapat anak ramai – ramai dan lepas tangan? Kalau tahu tak mampu jaga, kenapa tak merancang keluarga terlebih dahulu? Kenapa sekarang menyusahkan orang ramai, sampai adik – adik seperti saya yang terp4ksa hadap tempiasnya?

Saya fikir jadi seorang adik sangat berat bila adik beradik yang lain sudah mula berumah tangga. Saya sebagai adik terp4ksa kawal em0si sendiri, hadap masalah sendiri sebab tiada siapa mahu dengar masalah saya. Semua sibuk dunia sendiri dan bila mereka penat jaga anak dan nak berehat, masa tu lah baru nampak adik – adik ni.

Setakat ini, itu sahaja. Tapi ini baru 40% yang saya ceritakan, banyak lagi benda yang saya pend4m. Saya sangat em0si masa tulis cerita ni sampai saya menangis. Maaf semua, saya tak ada tempat nak mengadu, saya sensitif dan malu nak bercerita tentang keluarga. Takut sangat buka a1b.

Harap cerita saya ni dapat perhatian dan saya nak sangat baca pendapat orang ramai, dan paling penting saya nak difahami – C (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Dhuha Imani : Kak pernah hadapi situasi ini. Bila suarakan pada mak, mak tetap macam tu sebab terlalu sayangkan anak menantu, lagi – lagi cucu – cucu yang comel. Apa yang akak dan adik beradik lain buat, akak pakat – pakat masa diorang datang akak ajak mak keluar.

Tak pergi jauh pun kadang – kadang pergi melawat nenek, pergi makan kat kedai, shopping, jalan kat pantai ke. Time nak keluar tu pandai – pandai lah plan elok – elok, cakap kat mak nak mintak tolong pilihkan barang ke?

Ada benda nak beli. Teringin nak makan ke. Pendek kata pandai – pandailah cari alasan nak hidup. Yang penting gilir – gilir dengan adik beradik yang lain.

Hartini Abd Halim : Dalam 1 family akan ada seorang yang macam ni kalau tak susahkan dari segi tenaga, mesti dari segi kewangan.. Tak payah la fikir pasal kakak tu, kalau rasa mak letih kita sendiri kurangkan letih mak tu. Kalau yang lain susahkan mak, kita senangkan la mak. Duduk s4kit hati kat kakak nanti kita yang str3ss..

Hati Tisu : Faham sangat apa ko rasa. Pertama sekali, ko memang kena tegur 2 ekor mangkuk tu (sorry aku beng4ng kalau orang h4mbakan mak bapak). Iaserkan aje. Lantak la nak cakap mulut longkang ke pu4ka ke.

Kedua, ko bawak mak ko cuti – cuti Malaysia. Bawak jalan – jalan. Bagi dia tenang, bagi gembirakan hati dia. Dia penat tu. Dia marah bukan sebab benci. Tapi penat, nak meIuah tapi tak tau camne nak meIuah. Nanti update sini tau. Goodluck

Faye Ramlan : Dik, apa kata awak dengan adik – adik lain kumpul duit lepas tu bawak mak awak jalan mana – mana, satu hujung minggu ke, seminggu ke. Awak buat surpr1se ke mak awak. Sambil tu surprise la kat kakak awak dia kena jaga anak – anak dia sendiri pasal awak tak cukup duit nak tanggung family dia.

Lepas tu, bila tengah bercuti tu, nampak mak awak tengah relax, happy macam tu, awak slow talk la dengan dia. Cakap apa yang awak dan adik – adik lain rasa, terutama bab cara dia lepas geram tu. Cakap kat dia, kalau ada tak puas hati dengan kakak tu, cakap je dekat kakak.

Yakinkan dia, yang awak dan adik – adik kesian tengok dia, dan akan sokong dia. Mak awak boleh tegur kakak tu. Melainkan mak awak berg4ntung sangat – sangat kewangan dengan kakak awak, ke mana je kakak awak nak marah dengan mak tu. Tengok gaya dia lebih perIukan mak dari mak tu perIukan dia.

Zuraida Arshad : Mak awak salah. Kakak tu lagi lah salah. Tetapi mereka tidak rasa itu salah. Mereka kata tolong menolong. Emak jenis ni bila dia sayang seseorang anak tu. Dia akan marah anak yang lain bila dia penat atau susah hati.

Dia tak sanggup marah anak yg dia sayang. DibuIinya anak yang lain. Yang diam. Yang selalu kena marah. Yang dia tak berapa Minat. Banyak peny4kit psik0Iogi ada nama masing – masing diberi oleh pakar. Peny4kit ni tak dak nama lagi. Kalau ada peluang keluar dari rumah tu keluarlah. Nyata Mak dan kakak awak susah nak dibaik pulih kecuali kalau ayah awak tegas pendirian.

Mujahidah Ansarullah : Dik, mak akak senang je. Dia siang – siang dah cakap dia tak larat nak jaga cucu – cucu. Dia s4kit belakang dan s4kit lutut. Kami adik beradik yang dah beranak pinak ni pun tak sanggup nak tengok mak terbongkok – bongkok nak dokong cucu. Mana la common sense kakak tt tu. Hantar kat dia tazkirah isu akhir zaman “ibu melahirkan tuan”, ibu pulak jadi h4mba pada anak, kena jaga cucu etc..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.