Mak kerja tukang masak, ambik order, tukang kira tapi gaji RM35 sehari. Kaklong hasut mak berhenti kerja

Lebih 10 tahun mak aku kerja kedai makan tapi gaji RM35 sehari. Semua kerja dekat kedai tu mak yang buat. Bila mak minta naik gaji RM50, Boss cakap boleh naik RM3 je. Sekali kaklong hasut mak suruh berhenti. Lepas seminggu mak berhenti, boss lama datang siap bawa hamper..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku membesar 3 keluarga, beza umur aku dan akak aku 8 tahun. Waktu umur aku 7 tahun ayah aku lari dan kahwin dengan wanita kaya. Jadi tinggal aku, akak dan mak dekat rumah setinggan kami yang 1 bilik sahaja.

Mak dengan akak tidur dalam bilik aku sebagai lelaki lagi suka tidur ruang tamu sebab sejuk. Akak aku ni dia ada macam satu prinsip, dia kasitahu aku dan mak jangan setia dengan kerja. Sebab tujuan kerja kita ni paling utama nak dapat gaji dan duit bukan buat Kebajikan.

Jadi bila umur aku 12 tahun akak pula umur 20 tahun dan tengah sambung belajar pilih negeri yang sama dan dekat dari rumah sebab dia cakap jimat. Mak aku ni kerja kedai makan dan memang kedai ni laku dan ramai orang.

Waktu ni umur akak aku 20 tahun akak aku tanya dengan mak bos kasi naik gaji tak. Mak cakap belum, gaji mak aku waktu tu sehari 35 ringgit. Akak aku pun cakap “gaji sikit sangat tu mak, mak kena bangun awal pagi dan petang nak maghrib baru balik apa kata mak cari kerja lain” tapi mak aku reject dia cakap selesa kerja dekat situ.

Akak aku ni macam berkeras, sebab bila mak kami cerita tugasan dia memang 70% dekat kedai tu dia yang buat. Masak, ambik order, tolong kira, nak prep bahan tu semua, nak orderkan barang. Tapi sebab mak kami macam berkeras taknak tukar kerja.

Akak aku pun dia buat macam pengiraan, pujuk mak aku minta naik gaji 50 ringgit sehari, kalau macam bos tu memang baik dia akan setuju. Kalau dia tak kasi mak ugvt nak berhenti. Mak aku macam terk3jut dan marah cakap “eh taknak aku berhenti siapa nak kasi korang makan” akak aku explain yang scope kerja mak dekat kedai makan tu 70 – 80%.

Kalau mak berhenti kedai makan tu memang akan runtvh terus. Lepas hampir sebulan kena pujuk mak aku pun cuba. Bila jumpa bos dia, minta naik gaji. Boa dia bagi alasan barang mahal, nak naik gaji boleh tapi tak banyak 3 ringgit je.

Nanti 6 bulan dia naikkan lagi 2 ringgit kasi cukup 40 ringgit. Mak aku bila dia dengar macamtu terus “kecik hati” sebab kerja lebih 10 tahun kot. Jadi balik tu bila cerita akak aku pun cakap suruh berhenti dan akak aku sendiri dah carikan kerja untuk mak dekat kedai makan baru buka ni.

Jadi mak aku datang besok, cakap nak berhenti alasan nak rehat penat. Bos dia macam marah cakap mak aku tak bersyukur dia bagi kerja apa semua. Jadi mak aku besok pergi dekat kedai baru buka. Akak aku sebelum tu dah macam bagi tips, apa mak kena buat dan terangkan kerja mak boleh buat supaya orang tu nampak lah experience mak ni berharga.

Bayangkan dapat gaji 60 ringgit sehari dan kerja seminggu 6 hari isnin cuti. Padahal kerja lama dia, cuti cuma waktu raya sahaja. Mak aku pun start kerja seminggu, kedai dekat tu rilex tenang semua pun okay. Masuk pukuI 7 pagi 5 petang dah balik.

Lepas seminggu mak aku berhenti kerja lama, datang bos lama mak aku. PukuI 8 malam datang siap bawa hamper jajan tu semua pujuk nangis suruh mak aku datang kerja balik dia kasi gaji 50 ringgit. Waktu ni dia tak tahu mak aku dah ada kerja baru.

Tapi mak aku reject bagi alasan tengah s4kit payah nak kerja. Barulah huru hara kedai makan dia, sebab selama ni mak aku yang buat senarai apa yang nak beli barang, lepas tu masakkan sambal, kuah semua. Pekerja yang lain selama ni cuma setakat tolong buat benda minimum je yang lain mak aku.

Jadi bila mak aku berhenti baru ngelabah kedai tu. Rasanya lepas 6 bulan gitu dah ranap kedai tu. Sebab pekerja dia majoriti sebelum ni warga indonesia mak aku je sorang malaysia. Lepas tu kes kena serbu polis nak cari pekerja bukan mudah.

Mak aku pun kerja tempat baru dengan tenang, tapi akak aku nasihatkan dengan mak jangan macam suka sangat. Mungkin lepas setahun nanti treatment kedai ni dia tukar pula. Jadi lepas setahun setengah kerja gaji mak aku dari 60 ringgit terp4ksa kurang jadi 55 ringgit atas faktor cost.

Dengan berhentikan 2 – 3 pekerja, jadi akak aku dengan pantas cakap suruh mak aku berhenti. Sebab dia berhentikan staff 2 orang tu yang dapur tolong mak aku, jadi kalau dua orang tu berhenti. Kerja mak aku lagi bertambah dan tak berbaloi 55 ringgit.

Tapi mak aku cakap takpe nak cuba sebulan dulu lagi. Iya memang kerja banyak, lepas tu bahagian yang mak aku sebelum ni tak perlu buat jadi kena p4ksa buat. Bila suruh cari pekerja baru dia cakap nanti. Lepas akak aku p4ksa akhirnya mak aku berhenti.

Jadi kami sebenarnya dah jumpa macam rumah sewa baru. Mak aku berhenti jadi kami ni pindah rumah baru. Bila bos call mak jawab “saya penat nak berhenti” akak aku siap block. Lepas dalam 3 bulan, akak aku sambil tu tolong cari kerja untuk mak.

Jadi jumpa kerja dekat restoran yang kali ni memang agak mewah, akak aku siapkan resume, tulis experience kerja, apa specialized mak aku dan siap tulis boleh “handle group of people” apa semua. Senang cerita professional punya resume.

Jadi dalam 1 bulan aku akak dengan mak macam training mak interview. Jawab soalan, mak aku mula – mula macam taknak. Tapi akak aku pujuk cakap gaji tempat ni mahal kerja dalam air con banyak benefit. Jadi mak aku pun pergi interview, dan mak aku pun dia lupa apa soalan tu.

Tapi lepas seminggu dapat panggiIan mak aku terima kerja. Waktu ni zaman pakai telefon nokia. Jadi mak aku pun masuk kerja. Kali ni macam lebih professional, dekat kitchen tu yang lain semua ada ijazah dan graduate culinary background mak aku cuma pmr tapi sebab ada experience berbelas tahun nak adapt tu senang sekejap.

Setiap bulan pun gaji 2700. 2700 gaji zaman tu memang dah kira macam “kaya”. Mak aku kerja situ agak lama 5 tahun kerja gaji yang 2700 naik sampai 3500. Kalau dulu setakat naik motor rg sukan tu. Akak aku dengan mak ambik lesen kereta.

Jadi waktu tu beli kereta wira second hand. Akak aku habis degree pun dia terus kerja, waktu tingkatan 4 dan 5 aku masuk aliran perakaunan. Akak aku tanya, betul memang minat ke dengan akaun. Aku cakap boleh je tak ada masalah.

Jadi akak aku macam print out kertas ni dia tunjuk aku, journey dari belajar, kerja dan career aku macam mana. Akak aku sarankan kalau boleh jangan ambil akaun, dia suruh aku ambik IT field dan tunjukkan benda yang related, macam programming dan lain – lain.

Aku bagitahu akak benda ni macam susah. Tapi akak aku cakap tak ada masalah dia hantar aku pergi kelas basic. Jadi sambil prepare untuk spm, seminggu sekali aku masuk kelas basic belajar pasal IT. Kelas dia memang agak mahal, tapi bagi agak berbaloi sebab aku yang totally ZERO ni tak ada masalah untuk pick up.

Habis SPM still akak aku suruh teruskan masuk kelas. Waktu ni akak aku career dia memang terus terang waktu belajar pun akak aku ada buat part time jadi interpreters buat translation siap ada certificate. Subtitles for show dia buat memang banyak side job yang akak aku buat.

Baru 2 tahun kerja dia punya income dah 3 kali ganda dari apa yang mak aku dapat. Terus terang macam career aku, aku memang agak privilege sebab akak aku yang susun aturkan. Dia dah bagi aku detail macam mana career aku dari belajar dan ke alam kerja.

Jadi aku ikut dan memang betul. Habis belajar aku terus kerja. Waktu ni dekat Malaysia tengah merata company cari fresh graduate atau sesiapa sahaja yang dari bidang IT. 2022 ni tahun ke-5 aku bekerja, hal gaji memang aku cakap sangat lumayan dan kerja dalam bidang aku ni boleh di katakan relax dan aku cuma perlu datang office 1 atau 2 kali seminggu.

Mak aku pun masih bekerja dan hal gaji dah double dari sebelum ni. Sambil kerja, sambil pergi kursus. Siap ada kursus berbahasa inggeris. Akak aku jangan cakap dia ada small company dan ada beberapa kerja lain dan hal gaji dia memang tengok pun macam wow.

Sebab combine gaji mak dan aku pun tetap tak sama banyak dengan gaji akak aku. Kami bertiga pun sekarang dah beli dan tinggal dekat rumah sendiri. Selesa dan besar, aku dulu waktu kecik agak macam jealous tengok rumah orang besar duduk air con sedap.

Padahal dulu bilik sendiri pun tak ada. Bila fikir balik rasa macam tak percaya. Tahun 2019, entah macam mana bekas suami mak aku atau ayah kami dapat alamat rumah kami. Dia datang “melawat” waktu hari raya cakap nak tanya khabar.

Tapi waktu ni mak aku pandang pun tak, setakat biar ayah aku bercakap depan pagar rumah. Waktu dia lari dan kahwin, nafkah satu sen pun tak kasi. Paling akak aku dengan mak aku marah. Waktu tu mak aku ada simpanan cash dalam 3 ribu ringgit simpan hampir 10 tahun. Barang kemas gelang satu dan rantai.

Ayah aku ambik duit, ambik barang kemas. Lepas hidup kami dah agak senang mak aku dah upah peguam settlekan hal cerai apa semua. Mungkin waktu tu agak terk3jut dan “tak percaya” macam mana mak aku yang yatim piatu sebatang kara.

Tapi boleh upah peguam dan juga pandai bawa kereta. Mak aku selalu kalau cakap pasal hidup senang nanti dia cakap terima kasih dekat along. Sebab along tolong mak, tolong adik. Aku pun terus terang berjaya aku ni mungkin 30% aku dan baki 70% tu atas doa dan sokongan dari mak dan along aku. Aku selalu kalau nak terangkan along aku, aku mungkin label dia sebagai genius. – Muiz (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Izzara Irene : Sebab tu orang – orang tua dulu pernah cakap “perkara yang boleh mengeluarkan seseorang dari kemiskinan adalah pelajaran”. Dari confession ini, nemang dapat dilihat, anak yang berpelajaran dapat membantu keluarga. Tahniah En Muiz sekeluarga. Semoga ibu terus pangjang umur. Nanti share lagi ya perkara – perkara baik macam ni.

Fatimah Lee Abdullah : Along memang genius tapi en muiz pun anak dan adik yang baik. Mendengar kata kakak dan emak. Akhirnya membuahkan kejayaaan. Ada anak – anak sekarang yang keras kepala tak mahu dengar cakap orang tua. Moga keluarga en muiz terus diIindungi dan dirahm4ti Allah.

Aimiey Nadia Zaimi : Along awak ni mesti berani orangnya. Dia memang jenis tak takut pada orang yang pantang apa dia nak mesti dapat. Memang kalau duduk dengan orang macam ni senang kerja kita sebab dia ada banyak sangat idea dan boleh selesaikan macam – macam masalah.

Kita yang duduk dengan orang macam ni auto jadi confident, berani dan bijak. Tapi memang tak ramai manusia macam ni. Tapi saya setuju dengan pelajaran dapat ubah hidup seseorang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.f

Apa kata anda?