Mak lari tinggalkan ayah, ayah terp4ksa menumpang rumah aku. Aku geram ayah taknak bayar sewa, semua aku tanggung

Bapak aku nak duduk dengan aku, dia berjanji untuk membayar RM250 iaitu separuh daripada harga sewa rumah jika dia dapat duduk dengan aku. Tapi dia hanya bayar RM250 seperti yang dijanjikan untuk 5 bulan pertama je. Aku tengok je gelagat dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Aina Naura. Boleh panggil Nana. Aku berusia 27 tahun. Anak ke 2 dalam 3 beradik yang semua lelaki. Dah bekerja dalam sektor swasta. Tajuk cerita aku mungkin akan mengundang marah korang.

Sebab pada permikiran semua orang ibu dan bapa mestilah seorang yang selalu betul. Sebab mereka yang mendidik dan membesarkan anak – anak. Dan anak – anak selalu diminta untuk mengalah dan bertolak ansur dengan ibu bapa waimah per4ngai ibu bapa macam tuttttt.

Berlainan pula dengan aku. Pada aku, aku ada seorang bapa yang tak berguna pada mata aku. Disebabkan aku ni jarang untuk buka cerita tentang keluarga kepada orang luar, aku berhajat untuk meluahkannya di sini. Jadi, atas korang untuk menilai tahap kesetanan bapak aku macam mana.

Aku cerita dari zaman kecil la. Bapak aku ni kerja tak menentu. Entah macam mana la mak aku boleh terpik4t dengan bapak aku. Buat kerja semua menjadi tapi untung beribu pon duit hilang ntah ke mana. Banyak cerita singgah ke telinga aku kata bapak aku main mesin jvdi.

Tapi aku sedaya upaya sangkal kata – kata orang sebab masa kecil aku sebolehnya untuk berlagak normal yang aku ada keluarga bahagia. Kawan – kawan semua bercerita tentang keluarga yang bahagia dan aku juga tidak ketinggalan untuk mereka cerita tentang keluarga aku yang juga sangat ‘bahagia’.

Dari kecil mak aku sara kami adik beradik dengan bapak aku yang dibela bagai m4yat hidup. Kerja nak perabih duit mak aku. Dari kecil kami di ajar mak untuk tidak membazir dan faham ekonomi keluarga yang serba kekurangan.

Kami adik beradik sangat lah faham tentang hal ini sehinggakan sanggup membawa bekal makanan ke sekolah tanpa wang saku tatkala kanak – kanak lain seronok beli makanan kesukaan di koperasi dan kantin sekolah. Aku hanya mampu telan air liur je.

Kadang – kadang bapak aku serupa orang kaya segera memang dapat la kami merasa bawa RM1 ke sekolah. Kalau tidak, telan ajelah bekal yang mak bungkuskan. Hidup kami tersangatlah susah dek kerana sikap bapak aku yang tak guna tu selalu kawal duit mak aku.

Bila masa tiba hari gaji, dia akan bawa mak aku keluarkan semua duit di bank tanpa baki dan serahkan kepada dia. Dengan alasan biar dia yang kawal duit keluar masuk. Sehingga kini aku sangat tak faham kenapa mak aku sanggup diperlakukan seb0doh itu dengan alasan nanti kalau tak bagi bapak aku mogok nak hantar pergi kerja. Mak aku dilayan tak ubah macam lembu.

Bila aku berada di sekolah menengah, aku ditawarkan biasiswa kerana berjaya mendapat keputusan cemerlang pmr. Proses permohonan dan keputusan bapak aku sedaya upaya untuk mendapatkannya. Sampai minta aku untuk bertanyakan cikgu bila duit biasiswa nak masuk. Masa tu biasiswa aku terima RM600 setahun.

Bila duit biasiswa masuk ke akaun, bapak aku akan mengambil RM500 dan meninggaIkan baki RM100 untuk aku. Selama 2 tahun diperlakukan begitu. Aku faham yang aku diani4ya. Selama ni aku nampak hanya mak aku je diperlakukan sedemikian dan bila aku diperlakukan sebegitu aku mulai rasa tertekan setiap kali biasiswa keluar.

Kerana aku tidak mampu untuk merasa duit sendiri. Duit RM100 yang ditinggalkan pun hanya lepas untuk bayar yuran tahunan. Sikap bapak aku membuatkan aku rasa sangat tertekan dan mulai faham akan situasi ini.

Sehinggakan aku berazam untuk berjaya di dalam spm dan melanjutkan pengajian di universiti paling jauh di malaysia. Kerana aku tidak sanggup untuk berdepan dengan bapak aku lagi. Aku mulai membenci bapa aku bila pada suatu hari, mak aku mendapat gaji dan bapak aku memaksa mak aku untuk memberi dia duit.

Sedangkan mak aku sudah bagitau dia dah tiada duit selepas membayar segala hutang bil dan sewa rumah. Hanya tinggal duit untuk membeli stok makanan sebulan sahaja. Dan berlaku perg4duhan antara mak dan bapak aku.

Itulah kali pertama aku melihat mak aku menangis dan mer0yan bagai orang giIa yang sangat tertekan. Dan mulai itu juga aku sangat benci akan bapak aku dan aku berIawan dengan perasaan takut untuk menentang juga kerana takut akan gelaran anak derh4ka.

Selepas mendapat keputusan SPM, aku ditawarkan pelajaran di universiti di Terengganu. Sangat jauh dan aku sangat berpuas hati. Aku ingatkan aku akan bahagia. Rupanya sama sahaja. Bapa aku tak habis – habis mendesak aku untuk bank in duit kepada dia. Ada sahaja alasan untuk mendapatkan duit.

Ptptn aku yang sepatutnya cukup sehingga hujung sem habis sampai tengah sem sahaja. Berfikir tentang duit memang sangat buat aku tertekan. Lebih – lebih lagi bila berada di tempat orang. Sehinggakan aku seludup masuk perkakas masakan dan mulakan perniagaan di universiti menjual makanan.

Dari situ dapat menampung perbelanjaan aku ketika belajar dan bapa aku masih dengan per4ngai sama. Meminta – minta duit sedangkan memberi duit kepada anak yang masih belajar adalah tanggungjawab dia. Mesti korang marah kan kenapa aku masih memberi duit kepada bapak aku.

Ini kerana per4ngai bapak aku selagi dia tak dapat apa yang dia minta, dia akan sentiasa mengh4ntui hidup kau. Sama ada secara kasar atau secara halus. Dengan pujukan atau m4kian. Nak tak nak kau akan terp4ksa memberi.

Dan aku juga macam biasa akan tertekan jika memberi dan tertekan jika tidak memberi. Sikap dia mulai berubah sikit bila mak aku tinggalkan bapak aku. Waktu ni aku dah mulai bekerja. Sapa je tak fedup bila dapat laki macam ni.

Dari muda sampai ke tua tak berubah. Dari anak kecil sampai anak dah besar pun masih sama. Bila mak aku angkat kaki, aku pun menyewa rumah sendiri. Mak aku duduk di kampung berdekatan dengan rumah sewa aku.

Bapak aku nak duduk dengan aku dan dia berjanji untuk membayar RM250 iaitu separuh daripada harga sewa rumah jika dia dapat duduk dengan aku. Dan aku menerimanya. Aku tiada masalah untuk menyara mak bapak aku sendiri memandangkan mak aku akan duduk dengan aku juga pada waktu cuti.

Dia hanya membayar RM250 seperti yang dijanjikan untuk 5 bulan pertama. Dan masuk bulan ke 6 dia mendiamkan diri. Bila aku bangun dia tido. Bila aku tido dia bangun. Seolah – olah cuba untuk mengelakkan diri daripada aku berjumpa meminta duit sewa daripadanya.

Sebelum korang kata aku berkira dengan mak bapak sendiri, izinkan aku menjelaskan bahawa niat aku untuk minta dia bayar bukan kerana berkira tetapi aku nak dia rasa bertanggungjawab terhadap aku yang merupakan satu – satunya anak perempuan dia.

Bagi dia tahu apa itu tanggungjawab memandangkan semua bil telefon, bil api air dan makanan setiap minggu aku belanja menggunakan duit aku sendiri. Tetapi melihat gelagat dia yang tidak mampu membayar RM250 kepada aku setiap bulan membuatkan aku rasa sangat – sangat benci kepada bapak aku.

Kerana aku merasakan bapak aku saja mahu menumpang dan mempergunakan aku. Aku tak tahu kenapa perasaan ini hanya datang bila dengan bapak aku. Mungkin kerana sejak dari kecil bapak aku tak pernah ambil tahu pasal aku adik beradik.

Bila dah besar sibuk nak menumpang senang. Sikap bapak aku buatkan aku rasa takut untuk berkahwin dan menjadikan jiwa dan hati aku sangat kasar dan keras. Aku merasakan semua lelaki adalah tidak berguna kerana aku kerap berkenalan dengan lelaki yang ambil kesempatan dari segi duit.

Sehinggakan aku berjumpa dengan tunang aku. Alhamdulillah. Dia punya sikap yang sangat baik dan aku mengharapkan sikap baik dia akan berterusan sampai bila – bila. Hanya dia tahu cerita hal bapak aku ni. Dan aku pun dah siap – siap bagi warning untuk tidak menjadi laki tak berguna lepas kahwin atau aku tahu apa tindakan yang patut aku buat sebagai seorang isteri.

Aku juga memberi amaran agar dia tidak terlalu memberi muka dengan bapak aku dengan alasan nak mengambil hati. Alhamdulillah. Aku dapat seorang bakal suami yang sangat memahami. Setelah aku berceritakan hal family aku, dia bersetuju untuk meneruskan hubungan.

Namun, apa lagi buat aku menyampah bila bapak aku meminta sedikit duit hantaran aku daripada tunang aku dengan alasan bahawa dia nak tolong booking homestay. Tindakannya yang meminta duit melibatkan tunang aku buat aku rasa fedup dan ingin tinggalkan bapa aku hidup sendirian.

Memandangkan adik beradik aku yang lain juga tidak sanggup untuk menjaga bapak yang per4ngai tak abis menyusahkan orang. Belum kira lagi per4ngai dia yang suka bercerita buruk tentang keluarga sendiri kepada orang luar dengan mengatakan bahawa dia punya anak tidak berguna dan dia terani4ya.

Sedangkan apa yang terjadi kepadanya adalah kifarah apa yang dia buat dari dulu sehingga kini. Jika orang tidak kenal bapak aku, mereka akan percaya. Tapi jika sesiapa yang kenal bapak aku, mereka tidak akan mudah melayan dan percaya.

Itulah serba sedikit tentang hidup aku yang punya bapak tidak berguna. Tak dapat aku nak bercerita dengan manusia lain kerana aku takot mereka akan keluarkan kenyataan cliche bahawa mengalah lah dengan bapa sendiri.

Walau apa pun jadi dia tetap bapak kita. Puihhh. Rasa nak ludah. Sebab benda tu semua tak jadi pada kau. Senang la kau cakap macam tu. Kesan d3ra em0si yang bapak aku buat dri segi minta duit dan memburukkan aku dan family dengan orang luar sangat ketara lebih – lebih lagi bila aku duduk berseorangan.

Mendengar motor dia balik ke rumah pun boleh buat aku rasa nak menyumpah. Dari kecil sampai ke besar. Aku cuma berharap bila jodoh aku sampai, anak aku takkan dapat jumpa dengan bapak aku sebab aku tak nak anak aku tahu dia ada atok yang tak berguna.

Terima kasih semua sebab membaca. Kalau ada feedback atau nasihat tulis lah di bawah. InshaaAllah, aku akan baca. Jika perlu sambung aku akan sambung luahan aku sebab masih banyak cerita yang aku masih simpan tentang bapak aku yang tak berguna tu. Jika tidak, cukuplah sampai di sini. Salam merdeka. – Aina Naura (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Adam Mukhriz : Banyak juga aku jumpa mak ayah macamni, kena buang dengan anak – anak. Sebab buat per4ngai puaka masa tengah muda. Kesudahan, mak bapak per4ngai puaka masa muda ni, dok umah sesorang di PPR pastu minta bantuan Baitulmal.

Anak – anak dah taknak amik kisah. Tau pun, lepas kita korek kisah sampai ke anak – anak. Ada sesetengah kes aku jumpa, bapak pernah r0goI anak sendiri. Anak perempuan pun dah kahwin dah. Awalnya aku taktau kisah.

Bila siasat baru la anak cita. Camna saya nak terima ayah saya balik ustaz? Sampai sekarang saya tr4uma tengok ayah saya. Masa saya belum kahwin, dia pernah r0goI saya. Mak saya tau, tapi mak buat taktau, mak siap cakap, alah, bukan luak pun setakat r0goI sekali.

Nasib baik apak yang r0goI, kalau orang lain r0goI, camna? Mujur la suami saya sekarang sudi terima saya seadanya. So, baru la tau, nape ramai anak – anak zaman sekarang abaikan mak bapak per4ngai puaka. Tapi bukan semua la camtu.

Ija Zamri : Yezzaaa. Sepanjang hidup dengan adik beradik bagi nafkah RM50 sebulan kongsi 3 orang. Anak pegi sekolah jalan kaki, walhal dia kat KL ada kereta and duduk kondo yea. What do you expect anak kejer, berkira tak bagi duit kat dia tiap – tiap bulan?

Sanggup amek laptop aku untuk buat kejer dia walhal tahu aku tengah belajar time tuh exchange dengan netbook kecik nak m4mpus tuh. I wish laptop tuh tak bertahan. Aku dah bekerja, dia mampu beli kamera, beli laptop macbook, mampu beli iphone.

Fuyooo. Macam orang kaya. Sape jadi awek dia maIanglah. Asyik kena bagi duit kat dia. Lagi unlucky, aku kahwin berapa sen sangatlah yang dihulurnya. Semua aku plan sendiri yea padahal itu tanggungjawab dia.

Wan Amiasyazlia Meor : Terlalu ramai bapak tak guna sekarang. Tahu sangat rasanya macam mana sebab bapak saya pon per4ngai macam tu. Lama mama bertahan menyara biawak hidup. Dengan makan, r0kok dan minyak.

Lepas tu berani pulak ada perempuan simpanan. Hahahhahaha. Dah la miskin. Per4ngai h1na pulak tu. Alhamdulillah sekarang dah cerai. Aku nikah berwali hakim. Aku tak kisah. Janji jangan ganggu hidup kami lagi dah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.