Mak menangis bila abang beli lauk ikan busuk untuk mak abah

Abg saya seorang engineer di salah sebuah syarik4t yang terkenal di Malaysia. Masalah sekarang perangai abang berubah bila kahwin dengan kakak ipar yang cantik. Kalau dulu dia boleh bantu hulur duit dekat mak abah dan kami adik beradik, sekarang tak dah. Kecuali kalau mak abah terdesak dan mintak dekat dia. Isteri abang pulak surirumah tapi barang semua mewah – mewah…

#Foto sekadar hiasan. Tolong hide profile. thanks. Aku rindu abang aku. Salam thanks kalau confession ni disiarkan. Pertama sekali, minta maaf kalau penulisan aku agak memeningkan. Aku kurang pandai menulis, sekadar nak meluahkan. Aku Aimi, bukan nama sebenar berumur 29 tahun merupakan anak kelima dari 6 beradik. Aku ada 3 kakak sorang abang dan sorang adik.

Kami adik beradik tak rapat maksud aku, kami tak mesra macam adik beradik lain boleh duduk semeja berbual tepuk tampar semua tu. Mungkin atas faktor jarak umur atau mungkin atas faktor didikan mak ayah kot. Tapi kami tak g4duh takde masalah pon cuma macam tajuk aku kat atas aku rindu abang aku.

Umur abang dah masuk 30 an dah berkahwin dengan seorang yang cantik tu cantiklah good looking orang kata tapi tu lah, bila cantik yang kau cari, haruslah ada harga yang perlu kau bayar. Maksud aku kat sini, akan ada sesuatu yang kau hilang. Keadaan kami sekarang macam kami dah hilang sorang adik beradik dan paling terkesan mak abah aku. Aku tak tau apa puncanya dan dari mana silapnya mungkin abang aku terlalu sayang bini dia sampai segala benda dia turutkan atau mungkin juga bini dia yang dah kawal hidup dia seketat – ketat nya..

Ceritanya selepas je abang aku kahwin, kami langsung tak pernah merasa duit ringgit dia. Bukan nak cakap kami giIa duit dia, tak, tapi beza dengan dah kahwin dengan belum kahwin tu tak sama. Dengan mak abah pulak, langsung tak pernah hulur duit belanja. Ada la sekali dua bila mak ayah dah terdesak sangat, terp4ksa mintak dia bagi tapi tak lebih tak kurang. Banyak mana yang dimintak, banyak tu la dia bagi.

Isteri dia tak bekerja tapi hidup tersangatlah mewah, dari atas sampai bawah semua barang branded. Keluarga dia sendiri pulak setahu aku bukanlah dari kalangan keluarga yang senang, biasa – biasa je macam mak abah aku juga tapi selepas kahwin, nampak bezanya. Dari sini korang mungkin dah dapat rasa apa sebenarnya aku cuba nak sampaikan..

Bukan niat aku nak memburukkan dia, jauh sekali nak menga1bkan dia. Awal – awal dia kahwin dulu kami boleh terima dia sebab dah setting dalam kepala 0tak, tiap orang ada baik buruk dia. Walau dari awal kami dah nampak, bayangkan malam dorang nikah, malam tu jugak final bola sep4k dan team yang menang tu team pemain yang dia suka.

Dia punya terkinja – kinja masa menang tu macam tak sedar yang kau tengah dalam majlis apa masa tu. Abah aku tengok dah geIeng kepala. Hari pertama kau sendiri dah tunjuk sifat kebudak – budakkan kau. Selepas tu family gathering sebeIah kami, masa orang semua tengah sibuk memasak, kau sorang – sorang depan tv sambil pegang tepon.

Bila orang siap hidang, kau laki bini la orang pertama yang duduk bersila. Dah siap makan, kau cuma angkat pinggan kau laki bini pergi basuh. Mana sifat perempuan kau yang sepatutnya rajin? Nak – nak lagi kau baru kahwin. Kau sendiri tau semua mata tengah memerhati peeI kau, tak ape kami diam. M4kin lama m4kin menjadi – jadi. Pernah sekali adik aku s4kit, abah aku call abang aku bagitau abang aku boleh cakap, “orang kalau nak balik tengok adik ni, orang kena berhutang dengan kawan ni. orang tak ada duit..” korang boleh bayangkan tak baru lepas 3 hari gaji dah boleh cakap tak ada duit aku syak bini dia jadi menteri kewangan dia tak apelah.

Pernah sekali, dia balik kampung mak abah, dia keluar beli lauk untuk mak abah. Mak abah cakap, masa dia keluar kereta, mak abah kat dapur dah bau ikan tu ikan yang dah lama, dah busuk sangat. Mak aku menitis air mata, selama mak abah besarkan anak – anak tak pernah sekali dorang beli ikan yang dah busuk macam tu. Mak abah aku tak boleh telan pon ikan tu, mak nak siang ikan tu pon tak sanggup, pecah perut sana sini sedih weh. Kemudian besoknya mak abah sendiri yang keluar beli lauk. Allah moga mak abah terus doakan kebaikan dorang.

Aku tau abang aku bukan jenis kedekut sebab sebelum dia kahwin setakat seratus dua apalah sangat untuk adik beradik tu masa aku belajar bukan sikit yang dia tolong aku tak lupa. Sekarang ni pon kalau tak hulur kat kami adik beradik, kami tak kisah, bukan tanggungjawab dia lagi dah. Kami pun dah ada keluarga masing – masing tapi dengan mak abah tu. Tanggungjawab anak lelaki dengan mak abah sampai m4ti.

Ya, aku tahu turutan nafkah isteri mendahului dari mak abah tapi kenapa sampai kau tak boleh senangkan mak abah walau sikit. Apa kau ingat baIas jasa mak abah tu cukup sampai kau kahwin je? Kau kerja bukan calang – calang dekat salah sebuah company yang terbesar kat Malaysia ni, kalo sebut pon orang tau.

Pada orang yang tak kenal, bila tengok bini abang aku, mungkin akan cakap, tak apela laki dia engineer kerja company besar apa ada hal. Tapi bila tengok mak abah aku pulak, mungkin akan cakap, kata anak engineer kat situ – situ, tapi kenapa hidup susah korang boleh bayang kot.. Pernah sekali, mak aku tumpang rumah abang aku sebab salah seorang ahli keluarga kami warded dan mak aku nak melawat. Tumpang rumah dia sebab paling dekat dengan hospitaI tu dan sedihnya, besok tu abang aku kerja, tinggallah mak aku dengan menantu dia.

Bini abang aku tu langsung tak sediakan apa – apa untuk mak aku. Dia langsung tak sediakan sarapan untuk mak aku dan dekat rumah tu pon tak ade apa – apa untuk mak aku jamah. Boleh bayang tak perut orang tua yang memang dah biasa pagi – pagi kena sarapan macam mana. Mak aku cuma makan roti, tu pon dia beli sendiri kat TBS masa otw nak balik kampung dengan bas. Dia cuma bangun pagi lepas tu hadap telefon depan tv. Kot la nak berbual dengan mak.

Komen Warganet :

La Li Sa : Kita kena terima hubungan ataupun kemesraan adik beradik memang akan brubah setelah masing – masing berkahwin. Tak kira abang kamu atau kamu sendiri. Abang kamu pun ada tanggungjawab dia sendiri sekarang. Hidup bujang tak sama dengan dah berkahwin ok. Memang semua macam tu bila masing – masing dah kahwin tapi kami tak pernah menyalahkn ipar – ipar kami sebab tu memang tanggungjawab abang. Asalkan dia tak lupa ibubapa sudah la..

Mayda Farisha : Tak kanla semua abang nak support, adik beradik lain mana? Cubalah sebulan sekali suh mak abah mintak. Tak salah mak abah mintak pada anak. TT tak adelah burukkan kakak ipar tapi cara tt ni macam cemburu bila abang lebihkan isteri. Selalunye seorang suami akan dahulukan anak dan isteri dia walaupun tak semua. Kerja engenier gaji besau tapi kalau hutang rumah kereta besar pon cukup cukup makan juga.

Kita tak tau kehidupan orang kadang nampak mewah tapi sebenarnya susah kadang nampak susah tapi wang meIimpah.. Sebaiknya tt bincang dengan abang tu, beritahu dia hulur – hulurlah kat mak abah kat kampung tu. Lagi senang eratkan silaturahim, dekatkan jaraktu dari mengata abang kat sini.

Yaya Maira : Hairan, kenapa semua nampak yang tt ni macam mata duitan sangat.. Faham tak ape yang tt cuba nak sampaikan tu. Korang yang dah kawin tu, memang lepas kahwin 100% hidup kita berubah, tapi perkara wajib kita kat mak pak tak kan berubah sampai m4ti ya.. Ni untuk anak laki la, sebab tt ni cerita pasal abang dia.

Memang dia ada mention pasal hulur duit mula – mula tu, tapi kita paham la bukan dia hadap duit abang dia, dia cuma cakap dulu abang dia boleh hulur kat adik – adik dan sekarang dah tak boleh. Tapi dia tak tekankan pasal tu, dia cerita ni pasal perangai abang dia kat mak pak dia..

Korang kalau ada anak laki dan anak laki yang sebelum ni baik – baik je, lepas kahwin layan korang macam tu agak – agak korang tak terasa ke? tak salah nak manjakan bini, tak salah nak bagi kesenangan kat bini, tapi jangan sampai jadi macam si tanggang plak. Terasa hati org tua memang dia tak cerita, takut anaknya berd0sa, tapi tak sedar ke hidup senang sampai harini mungkin sebab doa – doa emak tu..

Tolong la eh, jangan letak mak tu no-2 bila korang dah berbini.. Si kakak iparnya pun, tak reti ke nak raikan tetamu, lebih – lebih lagi orang tu yang kandungkan laki kau. I geram, tapi lagi geram tengok komen – komen dalam ni. Harap anak lelaki aku ingat kat aku bila dia dah besar dan dah ade bini nanti. Bukan jeles ok, tapi ingat kat mak yang besarkan dia dan sayang dia ni…

Mahani Ibrahim : Sebab tt dah biasa hidup kena support dengan abang. Bila abang dah kawin salahkan kak ipar. Apa kata tt pulak tanggung mak pak tt, sebab masa belajar dulu abang dah support banyak kan? Turn tt la pulak tanggung lebih mak pak tt. Nak tengok jugak macam mana. Jangan asyik salahkan orang luar.

Mastura Mohd Yusof : Kenapa ramai kecam tt ye, sebab tak salahkan berbakti pada ibu bapa? Yes nafkah betul utamakan isteri tapi janganlah isteri ambil kesempatan sampai buat mak bapak orang macam tu sekali.. Tapi dari penceritaan nampak sangat abang dia ni bermasalah. Sampai utamakn family bini dia terlebih – lebih. Tu mak abah ko kot, tt ni bercerita bukan sebab dia nak abang dia punya duit. Dia cerita yang bini abang dia yang tersangatlah buruk peeI sampai abang dia jatuh berd0sa pada mak bapak dia. Ada ke giIa beli lauk busuk untuk mak dia, hilang akal ke apa?

Apa kata anda?