Mak menangis, “Jangan jadi macam mak dan ayah. Kami gagal didik anak-anak. Semua salah mak dan ayah.”

Aku ada 6 orang adik beradik, 3 lelaki 3 perempuan. Orang kata anak ramai rezeki tapi anak lelaki semua menyusahkan. Mak ayah aku tidur tak lena, makan tak lalu fikir pasal dorang. Ponteng sekolah, mer0kok, berkawan dengan pen4gih. Semalam mak menangis sampai takde suara..

#Foto sekadar hiasan. Hi, aku siti. Berumur 29 tahun. Belum berkahwin lagi. Terima kasih admin sebab siarkan luahan aku. Kebelakangan ini banyak sangat dugaan yang menimpa family aku. Kadang – kadang aku rasa penat.

Bilalah semua ini akan berakhir. Aku punya 6 orang adik beradik, 3 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Aku merupakan anak yang ketiga. Aku penat tengok mak dan ayah aku. Macam – macam dugaan yang mereka terp4ksa tempuhi.

Baru – baru ni, adik aku disahkan mengidap k4nser d4rah. Setiap minggu kena buat rawatan kem0. Mak aku terp4ksa ulang alik ke hospitaI untuk jaga adik aku. Tidak mengapalah. Kami sekeluarga redha. Ada hikmah disebaliknya.

Aku anggap itu ujian untuk family dan tambah saham pahala buat mak dan ayah aku kat akhir4t kelak. Satu yang buat aku tak puas hati bila adik beradik yang lain tak bagi kerjasama untuk ringankan beban mak ayah aku. Aku sedih. Aku kecewa. Terutama anak – anak lelaki. Ego tinggi! Berlagak!

Mereka tidak menyenangkan malah menyusahkan. Aku penat tengok mak aku terp4ksa fikir mengenai masalah mereka sedangkan aku tau mak aku penat jaga adik bongsu aku. Ikut hati mahu saja aku berhenti kerja dan menjaga adik di hospitaI.

Tapi kalau aku berhenti kerja siapa yang akan membantu kewangan keluarga. Tuhan, Berat sungguh ujian mu. Aku tak faham apa lagi yang kurang. Mak aku dah curahkan semua kasih sayang dan perhatian tak berbeIah bagi kepada adik – adik yang lain.

Tapi kenapa mereka masih salahkan mak ayah. Kenapa mereka masih member0ntak. Tidak kasihan kah mereka dengan mak ayah aku. Aku jadi benci dengan adik beradik lelaki aku. Aku benci sampai satu tahap terdetik di hati ‘kenapa mereka tidak m4ti, jadi tidaklah mereka menyusahkan mak ayah aku’. Ya Allah, ampunkan aku. Aku seperti tidak punya iman.

Aku tidak kata anak perempuan itu baik daripada anak lelaki tapi selalunya ank perempuan yang banyak berbakti pada keluarga. Makcik aku punya 7 orang anak perempuan, semua perempuan. Ramai orang kata, susahlah kalau semua perempuan.

Besarkan ank perempuan lagi payah daripada jaga sekandang lembu.. Tak! Mereka semua salah. Aku rasa makcik aku lagi bahagia. Aku suka tengok keluarga mereka. Aku kesian mak ayah aku. Aku dah penat nasihatkan adik beradik lelaki aku. Aku penat sangat.

Kenapa anak lelaki suka member0ntak. Mak aku kata, dia redha. Ini ujian yang Allah bagi untuk dia. Ya aku tau, ini juga salah satu saham akhir4t mak dan ayah aku. Tapi aku kesian dengan mereka. Malam tak pernah dapat tido dengan nyenyak asyik fikir masalah anak je. Makan tak pernah kenyang, anak sentiasa di fikirkan.

Aku tau semua ini ujian. Tapi aku tak tahan tengok mak aku menangis setiap kali anak – anak lelakinya buat hal. Ponteng sekolah, mer0kok, berkawan dengan budak – budak pen4gih. Yang sorang pula asyik berhenti kerja.

Yang sorang pula panas baran tak tentu pasal. Kenapa mereka sanggup rosakkan diri sendiri?  Menyampah sungguh aku melihat tingkah laku mereka. Sungguh menyampah. Semalam mak aku menangis lagi. Kali ini dia menangis sehingga tak keluar suara.

Mak aku kata, “Kahwin itu perlu ilmu. Ilmu keibubapaan itu penting. Apa yang jadi dengan adik beradik sekarang sebab kurangnya ilmu mak dan ayah.” Aku nangis. Aku tak tahan. Sambungnya lagi, “payah punya anak yang ramai, ada anak – anak yang terlepas pandang.

Ada anak – anak yang terasa kurang kasih sayang walaupun mak ayah dah bagi yang terbaik. Orang kata, anak itu pembawa rezeki. Jadi jangan disekat kalau ingin punya anak ramai. Tapi anak juga boleh jadi salah satu sebab mak ayah ditarik ke dalam ner4ka kalau mak ayah tak berjaya bentuk anak – anak mereka menjadi manusia.

Itulah pentingnya perancangan keluarga. Siti, kalau nak kahwin satu hari nanti dalami ilmu agama sebaik mungkin supaya senang nak mendidik anak – anak nanti. Jangan jadi macam mak dan ayah. Mak dan ayah gagal didik anak – anak mak. Semua salah mak dan ayah”.

Aku nangis lagi. Aku rasa d4da aku nak pecah. Aku tak tahan. Aku peIuk mak aku. Aku bisik kat telinga dia aku sayang dia dunia akhir4t. Mak, siti tak pernah salahkan mak dan ayah. Mak dan ayah adalah yang terbaik. Kami sebagai anak – anak yang gagal bahagia kan mak dan ayah.

Maafkan kami tak mampu lagi nak baIas jasa mak dan ayah. Maafkan kami. Kami yang berd0sa. YA ALLAH YA TUHANKU MASUKKAN LAH KEDUA IBU BAPAKU BERSAMA GOLONGAN YANG BERIMAN. KASIHANI LAH MEREKA SEBAGAI MANA MEREKA MENGASIHANI KAMI SEMENJAK KECIL. AMPUNKAN LAH D0SA – D0SA MEREKA. Amin…. – Siti

Komen W4rganet :

Islah Nur ” Depan mata saya ada 2 keluarga yang masing – masing mempunyai lebih 10 orang anak. Family pertama ni ayah dia seorang imam. Anak – anak alhamdulillah ok je takde masalah walaupun hidup biasa – biasa ja kat kampung .

Family kedua, ayahnya asyik mencuuri, cuuri getah, naik rumah orang, dan lain – lain. Kesian anak – anak yang lelaki habis ikut jejak ayah sampai orang kampung risau bila mereka ada. Betul tu saya setuju ilmu keibubapaan penting.

Kalau boleh masa baru kahwin tu rajin – rajin gi seminar parenting. Bila dah ada anak pun kena rajin jugak tuntut ilmu parenting. Banyak kursus macam ni orang buat kat fb macam – macam. Best sangat ada yang online ada yang kena join seminar.

Takpe melabur sikit untuk ilmu yang penting ni. Bukan nak kahwin je kena kursus, nak didik anak pun kena kursus. Sebab mendidik anak – anak kena ada ilmu ikut zaman, bukan ikut ikutan. Bagitahu ibu sis, doa ibu untuk anak sangat hebat.

Ada buku dasyatnya doa ibu kalo rajin boleh cari. Minta ibu sis doakan anak – anak semua. Jangan pernah putvs asa pada anak sendiri. Doalah banyak – banyak, insyaallah pasti Allah bantu. Sis boleh juga buka youtube ceramah ustazah norhafizah musa. Bagi ibu sis dengar bab anak – anak, sejuk sangat hati dengar. Tak terlambat lagi sis insyaallah semoga ada jalan keluar.

Izzaty Jasri : Sebab tu bila nak didik anak – anak jangan membeza – bezakan jantina. Anak perempuan je kena buat kerja rumah anak lelaki tak perlu. Sedangkan tugasan – tugasan rumah tu la yang mendidik anak – anak membesar dalam keadaan dorang kenal erti tanggungjawab dalam bidup.

Bila anak perempuan je ditekankan buat kerja rumah, itulah hasilnya. Akhirnya yang lelaki membesar jadi tak berkualiti. Dah masa kecik dok rumah pinggan sendiri makan pun orang lain basuhkan. Nak harap bila besar jadi bertanggyngjawab macam mana. Sebab tuh zaman sekarang ramai perempuan walau dah kahwin masih bekerja, dah terbiasa dengan tanggjawab dan sanggup ringankan beban suami dengan bekerja dan bantu suami..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.