Mak mengadu sunyi sebab abah kerja. Satu hari abah tunjuk bukti mak curang. Mak siap bawak laki tu ke rumah masa abah kerja

Aku puas pujuk mak tapi mak m4kin menjadi – jadi. Mak minta cerai, mak m4ki abah, mak halau abah keluar. Paling aku sedih, mak kata, dia dah tak perIukan aku…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua.. Tujuan confession ni adalah sebab aku rasa aku buntu, rasa sunyi, rasa sesak d4da memikirkan hal family aku. Ceritanya macam ni… Aku merupakan anak bongsu dari 5 orang adik beradik. Masih belum berkahwin. Adik beradik aku semuanya dah kahwin dan dah buat hal masing – masing.

Aku masih ada mak dan abah, yang dah pun berumur 55+. Aku duduk berjauhan dengan mak abah disebabkan kerja. Baru – baru ni, mak ada mengadu dengan aku, dia rasa sunyi. Untuk pengetahuan semua, bapak aku masih bekerja, sebabnya adalah dia bosan duduk rumah.

Abah memang seorang yang kuat bekerja dari zaman muda. Kerjanya pula boleh dik4takan berat, jadi bila dia balik kerja selalunya dia akan terus solat, mandi dan tidur terus. Mak mengadu, dia sunyi sebab dia sorang – sorang je kat rumah.

Siang sorang, malam sorang. Aku cakap dengan mak, sabar sikit lagi nanti aku dah capai t4rget aku, aku akan balik kampung temankan dia. Mak pun okay. Untuk pengetahuan pembaca, mak memang rapat sangat dengan aku.

Banyak yang mak cerita, luah dengan aku dari adik beradik yang lain. Kalau aku balik kampung pun memang aku berkepit dengan mak, tidur pun dengan mak. Nak dijadikan cerita, selang beberapa bulan abah bagitahu aku yang mak ada orang lain.

Abah tunjuk aku semua bukti bukti tu. Bukti dari facebook, whatsapp, dan yang paling teruk mak bawak masuk lelaki tu dalam rumah masa abah kerja. Aku tergamam, aku tak tahu nak bagi reaksi apa. Aku berdepan dengan mak, aku tanya dia elok – elok, aku langsung tak marah atau menekan dia sikit pun.

Mak cakap dia tak buat apa – apa pun, dia cakap lelaki tu nak pinjam duit jadi dia suruh lelaki tu datang rumah. Sumpah demi Allah, aku tak nak fikir bukan – bukan pasal mak aku dengan lelaki tu. Tapi sejak dari kes tu, hubungan abah dengan mak aku m4kin teruk.

Dan mak aku memang tunjuk dia rebel betul. Dia minta cerai, dia m4ki abah, dia halau abah aku keluar dari rumah. Aku ambil cuti beberapa hari, balik kampung pujuk mak tapi dia tetap dengan pendirian dia. Memang dah tak boleh buat apa, dia tetap nak lelaki tu.

Aku menangis merayu pun dia buat tak endah. Mak siap cakap dia tak perIukan aku pun. Hati aku memang h4ncur bila dia cakap macam tu. Adik beradik aku pula, pujuk juga mak tapi lebih kepada marah bukan memujuk.

Depan aku, diorang tengking mak, berkau aku dengan mak. Entahlah, aku buntu. Aku punya pendekatan lebih lembut, aku pujuk mak tapi itulah… Abah pula, aku tahu dia sayangkan mak sangat. Dia memang tak akan lepaskan mak, tapi adik beradik aku tetap mem4ksa untuk abah tinggalkan mak. Katanya abah dayus kalau biarkan.

Adik beradik aku pun tegaskan dekat aku untuk biarkan mak, jangan amik kisah pasal mak. Kes ni dari Oktober 2024, sampai ke hari ini aku tak bertegur dengan mak. Mulanya aku kecik hati bila dia cakap dia tak perIukan aku dalam hidup dia tu.

Sekarang, aku tak tahu aku rasa macam aku berada di tengah – tengah jalan dan aku tak tahu jalan mana patut aku pilih. Sama ada biarkan mak atau aku jadi enabler dengan perbuatan mak. Bayangkan, aku yang hari – hari contact mak tiba – tiba kami senyap begitu je, hati aku luluh.

Demi Allah, aku rindu mak sangat. Aku nak jumpa mak, aku nak peIuk mak. Aku nak buat aktiviti sama – sama macam dulu. Adik beradik aku… bila aku cakap pasal hal ni diorang akan buat muka boring and tak berminat pun nak amik tahu. Hati aku pula macam mana? Aku memang rapat sangat dengan mak…

Selalu aku akan cerita hari – hari aku dengan mak. Sekarang aku macam mana? Aku sunyi… semua aku sendiri. Boleh dik4takan tiap – tiap malam aku menangis tengok whatsapp lama dengan mak, gambar selfie dengan mak, video ketawa ketawa dengan mak.

Itu jelah. Aku tak ada tempat mengadu. Kalau korang baca ni, jangan m4ki hamun atau marah mak aku ye. Minta maaf kalau penulisan ni agak memeningkan. Aku sedang dalam fasa gloomy sejak dua menjak ni jadi ayatnya mungkin serabut. Minta maaf ye… Yang benar, – Si bongsu (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Munirah Mokhtar : Setuju dengan cadangan adik beradik. Biar je ayah ceraikan mak. Orang tua kalau dah giIa bayang lagi teruk dari orang muda. Buta dengan apa dia ada. Asyik ingat kekasih hati. Mak dah sampai tahap m4ki – m4ki ayah padahal mak dah jatuh nuzyuz.

Jadi, biarkan je lah ayah ceraikan mak. Dah bercerai, suruh mak keluar rumah. Lantak laa dia fikir nak duduk rumah mana. Kena bagi pengajaran sikit. Kalau ade jodoh lagi, kot – kot mak dah sedar diri, boleh laa rujuk balik.

Siti Aishah : Ada kemungkinan mak kau kena mandrem. Saya ada pengalaman camni. Memang sah kena mandrem sebab kita kenal pe’el dia lain, tiba – tiba semua orang nak dimusvhmya kerana laki tu. Bawak pergi berubat cepat.

Ni lelaki tu pergi w4rning dia, jangan kasi lepas. Buat repot polis. Adik beradik kau yang kurang ajar tu apa usaha dia untuk pulihkn mak kau? Adik beradik kau yang lelaki tu takde telo ke biakan jantan lain kacau mak kau?

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.