Dari kecik 4 adik beradik saya, emak tatang sebab mereka pandai. Mak harapkan mereka boleh jaga mak bila mak tua. Mak kata saya tak pandai, takkan mampu jaga mak nanti. MaIangnya, bila ayah meninggaI, mak ditinggalkan oleh anak – anak yang berjaya..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama saya Umi. Kisah ini adalah berkenaan dengan keluarga saya. Tak siapa menduga anak yang emak besarkan diharap dapat menjaga emak bila tua, tetapi tidak menjadi kenyataan.
Memang emak tidak boleh harapkan anak – anak baIas jasanya, tetapi apa guna ada anak, malah Allah memuliakan ibu dengan mengingatkan anak – anak bahawa syurga mereka di bawah tapak kaki ibu. Jadi jagalah ibu dan ayah sebaiknya jika mahukan syurga.
MaIangnya itu tidak menjadi dalam 5 orang adik beradik saya, sedangkan mereka harapan emak ayah sejak bersekolah lagi. Sebab mereka pandai, setiap kali keputusan peperiksaan mereka dapat markah cemerlang. Sebab kalau sejak sekolah dah pandai, tentu masuk university, bila keluar nanti pasti dapat kerja terbaik, gaji besar jadi emak ayah boleh menumpang.
Memang benar 2 orang kakak dan seorang abang saya memang pandai termasuk adik lelaki bongsu, kecuali saya sering terkandas. Emak tak letakkan harapan pada saya sebab kata emak paling tinggi saya boleh dapat sijil SPM saja, kerja apa boleh dapat?
Masa berlalu terlalu cepat, empat orang anak emak berijazah. Jadi cerita satu taman kerana kepandian adik beradik saya dan bertuahnya emak ada anak – anak pandai. Peringkat kedua selepas beberapa tahun mengecap kemewahan hidup hasil pemberian sumbangan anak – anak, tibalah waktunya kakak – kakak dan abang berkahwin.
Memang besar majlisnya. Kecuali saya dapat jodoh pemuda kerja di bengkel motor. Tapi saya bersyukur dan kami pindah duduk di bandar lain, taklah jauh sangat dengan rumah emak. Nak jadikan cerita setiap kali Hari Raya saya dan suami saja yang sentiasa bantu emak di dapur dari buat ketupat, masak rendang.
Pernah sekali saya tak balik beraya rumah emak, tapi beraya rumah mertua. Emak bising. Sapa nak tolong dia di dapur, kakak – kakak, duduk jauh dan mereka sibuk bekerja. Begitu juga dengan abang, dia tak pernah balik raya pertama dekat rumah emak, mesti beraya di rumah mertua dahulu.
Sementara adik dah pasti tak membantu di dapur. Kesian emak, ketupat tak jadi buat, sebab tak ada orang nak rebus, sementara rendang jadi gulai kari daging, h4ncur. Emak sedih sebab anak menantu tak dapat makan ketupat rendang emak.
Saya tiba rumah emak petang raya ketiga, saya bawa lemang, nasi impit dan rendang. Tapi rumah emak dah kosong, adik beradik dengan anak beranak pergi rumah mertua masing – masing, sementara abang tak balik langsung. Emak kecewa sangat. Tapi ayah relax aja.
Tetapi sedihnya itulah raya terakhir kami bersama ayah. Lepas raya aidiladha, ayah kena str0ke, meninggaI 6 bulan kemudian memang tak lama. Dan emak tinggal sendirian. Sebenarnya ketika ayah s4kit, emak mula bercerita masalahnya ditakdirkan dia tinggal sendirian, siapa nak jaga dia nanti.
Dia ceria bila saya cadangkan dia duduk rumah anak – anak, duduk di bandar dengan suasana lebih nyaman dan selesa, tak perlu menyapu rumah, berkemas ataupun memasak, sebab semua kakak dan abang ada pembantu rumah dan anak – anak pun ada orang yang jaga.
Memang itulah yang emak buat, emak beritahu kak Yan dia nak duduk rumah kak Yan. Memang kak Yan kata boleh, tetapi kerana jenis pekerjaannya, kak Yan selalu balik lewat, lepas jam 9 atau 10 malam baru sampai rumah. Ini yang membuat emak kurang selesa. Rasa sunyi.
Emak sering makan lewat, sebab malu nak makan dengan menantu. Akibatnya emak selalu s4kit perut. Nak minta makan awal, mak malu sebab rumah menantu. Nak ambil makanan sendiri pun malu. 4 bulan sahaja emak duduk rumah kak Yan.
Duduk rumah kak Rosie pula emak tak selesa dengan menantu, kata emak menantu emak sombong, bukan sahaja tak pernah bertanya khabar, nak berbual tak pernah. Malah tak pernah pelawa emak makan bersama, hinggakan emak rasa dia macam pendatang di rumah kak Rosie.
Bukan sahaja tidak disukai, malah duduk di ruang tamu pun emak berasa tak selesa. Sebab setiap kali emak datang duduk di ruang tamu, menantu emak bangun masuk bilik. Pernah emak cuba berbual tapi dia tak pernah jawab.
Tapi peliknya bila datang rumah emak pandai pulak berbual dengan emak dan ayah apa lagi dengan ipar – ipar yang lain, memang dia peramah. Tetapi per4ngainya berubah bila emak duduk di rumahnya. Pelik! Menurut cerita emak menantu perempuannya lebih teruk lagi.
Rumahnya sentiasa ada tetamu bukan setakat datang menziarah, hingga tidur berhari – hari. Kerana ramai tetamu, biasanya emak tidur sama bilik dengan besannya. Emak cukup tak selesa bila cucu besan suka bermain dalam bilik mereka. Cukup tak selesa kalau nak solat.
Oleh kerana ketidak selesaan inilah emak jarang datang apa lagi tidur di rumah abang. Kaedaan jadi lebih teruk kalau hujung minggu, ada sahaja adik beradik menantu yang datang. Sebenarnya ketika arw4h ayah masih hidup lagi, memang emak dan ayah jarang datang ke rumah abang sebab ayah nak elakkan ramainya tetamu di rumah abang.
Kata ayah, biarlah keluarga menantu datang, sebab mereka jarang – jarang dapat datang ke KL, jadi biarlah mereka enjoy sekali sekala ke KL. Pada saya bukan sekali sekala, rumah mereka memang sentiasa penoh tetamu.
Dipendekkan cerita tak sampai dua tahun emak duduk di rumah anak – anaknya secara bergilir – gilir, akhirnya emak buat keputusan balik duduk rumahnya sendiri. Tetapi emak tidak ada pembantu, saya cadangkan emak bincang dengan kak Rosie minta dia tolong carikan pembantu. Sebab dia ada kawan yang senang dapat pembantu boleh buatkan permit dan sebagainya.
MaIangnya bulan berganti bulan, pembantu tetap tak dapat. Keadaan emak sem4kin lemah, dia bukan sahaja malas berkemas, nak makan pun tak berselera. Setiap minggu saya datang ziarah emak sambil bawakan barang keperluan dapur selain sayur, ikan dan ayam dan makanan yang sudah saya masak.
Sambil makan emak merungut, anak – anak tak balik tengok emak dan bertanya khabar. Dan kata emak dia tidak ada duit nak buat belanja. Masa arw4h ayah ada ayah memang tak ada pencen tetapi dengan sedikit simpanan yang ada bolehlah mereka berbelanja.
Emak memang tidak ada akaun bank, anak – anak bukan sahaja tak bagi emak duit, malah nak balik jengok emak pun tidak ada masa. Kata emak tak sangka hidupnya susah. Emak fikir bila anak – anak berpangkat bergaji besar tentu boleh bantu emak ayah, tapi semuanya hanya harapan. Mereka pentingkan keluarga sendiri.
Kata emak kalau dia ada duit dia tak mahu susahkan anak – anak. Emak boleh cari jiran yang mahu masakkan makanan untuk emak, dan upahkan orang bersihkan rumah seminggu sekali. Sebab emak dah tak kuat. Umur pun dah dekat 70 tahun. Sedihnya emak kata dia tak berduit.
Apa yang lebih meng3jutkan kata emak, dia tak sangka setiap hujung minggu saya balik jengok emak dan bawa makanan. Sedangkan emak tahu pendapatan saya suami isteri tak seberapa. Berbanding kakak dan abang yang gaji beribu riban, tetapi tak ingatkan emak yang sudah tua.
Akhirnya, emak pujuk saya balik duduk rumah emak tapi saya pun ada alasan anak – anak nak sekolah, tempat kerja saya jauh dan suami saya dah buka bengkel motor jadi memang jauh kalau nak berulang dari rumah emak setiap hari. Tetapi hati ini sedih fikirkan keadaan emak.
Pernah saya terfikir nak minta kakak dan abang bagi duit pada emak tapi saya bimbang takut mereka fikir saya nak ambil duit mereka sebab mereka tahu emak tidak ada akaun bank. Tapi takkan mereka tak terfikir siapa bayar bil air dan letrik emak, kalau saya disuruh selesaikan setiap bulan teruk jugak.
Akhir kalam, tak semestinya anak – anak bergaji besar faham masalah emak ayahnya, sem4kin berduit mereka sem4kin kedekut. Pada saya, emak ayah mesti didik anak – anak sejak kecil mengenal diri sendiri dan keluarga masing – masing sebelum menc4mpakkan diri ke dalam keluarga orang lain yang belum tentu boleh membahagiakan mereka.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.