
Sekarang kakak ipar dan ibu mertua dah rancang untuk aku berpantang di rumah mereka. Mereka dah atur semuanya, sampai aku nak membeli barang keperluan baby, mereka tak bagi, suruh guna yang lama bekas anak buah suami.
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku ingin tanya pendapat semua. Aku baru 8 bulan mendirikan rumah tangga dan sedang mengandung. Masalah aku dan suami PJJ, suami bekerja di Melaka dan aku di KL. Suami seorang yang sangat baik dan lemah lembut.
Perkenalan kami terlalu singkat, diatur oleh orang tuanya dan aku tanpa ragu menerima dirinya seikhlas hati. Sejak berumah tangga, dia sentiasa bersabar dengan aku. Sejak kahwin dan lebih mengenali keluarganya, aku rasa bagaikan ada yang tak kena dengan family suami aku.
Bapa mertua masih bekerja tapi perbelanjaan rumah dari muda ibu mertua dan anak – anaknya yang tanggung. Hairan aku di mana gaji ayah mertua? Ibu mertua seorang yang jenis mengikut angin, ada kalanya okay, ada kalanya ikut mood dan kata – katanya.
Sepanjang bercuti di sana, aku perhati suami yang selalu disuruh itu dan ini oleh ibunya. Sampai suami nak bawa aku berjalan terp4ksa dibatalkan kerana ibunya memberi alasan sepanjang hari bekerja, ibunya penat di rumah dan giliran ibunya nak berjalan jika suami cuti.
Aku dan suami cuba ikut kemahuannya, tapi bila sampai tempat nak dituju, ibunya ajak balik. Bagi aku ibunya bagai berlakon macam ibu – ibu mertua yang dalam drama. Sejak aku mengandung ni ibunya ada menyatakan hasratnya jika aku bersalin, ibunya akan menjaga anak kami di rumahnya. Habis, aku bekerja di KL, perlu ke berjauhan dari baby aku?
Sepanjang aku berpantang, ibunya mahu menjaga aku. Perkara ni aku ada bincang bersama suami, dan suami tak benarkan aku berpantang di rumah ibunya kerana dia tak mahu ibunya melayan aku seperti kakaknya dan anak buah dia. Sebab dia tahu per4ngai ibunya dan dia sarankan aku berpantang di rumah ibu dan ayah aku sendiri.
Baru – baru ni ibunya nyatakan lagi hasrat untuk menjaga aku dalam pantang, tapi kali ni suami aku terus menyatakan aku akan berpantang di rumah orang tua aku. Seolah – olah ada yang tak kena kalau aku berpantang di rumah mertua dan mertua seolah – olah berebut aku dari ibu aku untuk menjaga aku dalam pantang.
Kawan – kawan ada menyatakan pada aku, elok kita berpantang biar ibu sendiri yang menjaga kita. Ibunya hanya diam bila suami memberitahu aku akan pantang di rumah orang tua aku. Ada ketika kami merancang meluangkan masa bersama berdua, tapi ibunya memaksa kami ikut dia mahu berjalan jumpa sanak saud4ra.
Sebagai anak dan menantu, kami beralah ikutkan saja. Sekarang kakak ipar dan ibu mertua aku seolah – olah merancang untuk aku berpantang di rumah mereka dan kakaknya cuba memberi pandangan bagai agar aku berpantang di rumah ibunya.
Sampai aku mahu membeli barang keperluan baby, mereka tak bagi, suruh guna yang lama bekas anak buah suami. Bagi aku biarlah aku beli sendiri, ini anak sulung aku. Aku ingin merasa semua tu, tapi apa yang aku ingin, selalu mereka yang menentukan segalanya dan mahu aku mendengar kata mereka. Sedih aku bila dalam keadaan macam ni suami jauh.
Suami tiada masa untuk melawat aku dan baby atas alasan perlu bekerja keras menyara familynya. Aku tahu dia ingin berbakti pada orang tuanya, tapi kadang – kadang aku rasa dia mengabaikan aku. Kadang – kadang aku pujuk hati sendiri untuk terus kuat.
Yang terbaru, ibu mertua campur tangan dalam urusan aku mahu menduduki rumah sendiri. Kini ibunya seolah – olah merajuk dan tak menghubungi aku. Aku stress memikir semua, mahu ikut kemahuannya. Aku tak pandai dalam nak membantah cakap orang tua.
Ibu aku juga cakap pada aku supaya bijak mengatur corak rumah tangga dan meminta aku terus bersabar. Tapi aku dah mula berasa fed up dengan ni semua, bagaikan dikongkong. Biarlah kami hidup berdikari. Aku berharap ibu mertua aku memberi kami ruang menentukan kemahuan kami.
Kenapa ibu mertua tak macam ibu aku yang sentiasa menjaga anak menantunya dalam keadaan baik, tanpa p4ksaan dan tekanan? Kadang – kadang aku merasakan betulkah perkahwinan aku dan suami. Sampai bila kehidupan kami diatur oleh ibunya? Masa sepatutnya untuk bersama aku, tapi diberi pada ibunya. Redhakah hati aku dalam menerima setiap yang terjadi? Harap aku dan kandungan kuat terima apa yang jadi.
Komen netizen :
Junitah Julia Danil : Sabarlah dik, suami dah cakap jangan berpantang di rumah maknya kan, jadi ikutlah kata suami. Tak perlu stress dengan mak mertua yang macam tu, keperluan baby kamu beli je, tak perlu difikir kemahuan orang lain. Itu rumah tangga kamu, kehidupan kamu, jenis macam tu tak perlu selalu dilawati. Tak sihat emosi kamu kerana tekanan, bagi ruang kepada diri sendiri untuk bertenang. Semoga kuat ya.
Mys Khan : Ni semua masalah hati. Masing – masing nak melepaskan hati sendiri, yang mertua macam ni, yang ipar duai macam ni. Bagi saya lah, baiklah jadi diri sendiri, tetap dengan keputusan sendiri. Kita mulut puaka ke, kita tak jaga badan ke, kita makan bunyi mulut senget – senget ke kalau dapat petai, biarkanlah apa family mertua nak fikir.
Sebab dah sampai masa kita suruh orang pula kenal siapa kita. Jadi diri sendiri, mula – mula kita memang dikecam dan dibenci, ye. Tapi lama – lama dorang akan biasa dengan kepala batu kita. Lagi dilayan makin menjadi kan, jadi kita jadi diri kita sendiri. Nak cakap nak, tak nak cakap tak nak, suka cakap suka, tak suka pun kena beritahu kita tak suka. Apa salahnya kalau berterus terang tentang siapa kita? Memang cakap mudah, tapi cubalah, ada berani ke?
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.