Mak mertua canang kami tak bagi makan dekat jiran2, tengahari tu kami dapat 13 pinggan lauk pauk dari jiran

Mertua tak tahan duduk dekat kampung sebab abang ipar dan isterinya tak bekerja harapkan duit pencen dari mertua. Bila duduk dengan kami, semua benda nak mewah, makanan yang sedap – sedap, pakaian dari butik, kasut berjenama dan setiap kali kami beli apa – apa dekat anak – anak, kami kena beli dekat anak abang ipar. Kalau tak beli mertua mula buat muka, jadi suami turutkan saja. Takut jadi anak derh4ka..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua rakan facebook. Saya nak minta pendapat dari pada warga maya seluruh malaysia di sini. Saya dan suami dah lama pend4m perkara ni, berbeIas tahun lamanya. Kami dah berkahwin selama 13 tahun dan dikurniakan 5 orang anak. Hubungan suami isteri baik – baik aje, masalahnya pada mertua.

Ceritanya begini, suami adalah anak tunggal, sebelum itu mertua ada mengambil anak angkat dari bayi lagi sebelum melahirkan suami. Sejak aku berkahwin dengan suami, abang ipar dia a.k.a anak angkat mertua aku ni tak pernah bekerja. Mertua ada pencen, pencen itulah yang menyara abang ipar dan anak bini dia. Masa tu dia baru ada anak seorang. Suami aku pula masa ni hanya kerja kilang, kami lepas kahwin memang duduk asing.

Kami menyewa dan aku seorang surirumah. Masa aku melahirkan anak yang no-3, mungkin rezeki suami aku dapat kerja dalam sektor kerajaan tapi jawatan rendah je. Ketika ni aku pant4ng di rumah mertua aku, baru 1 minggu gitu. Abang ipar bila dapat tahu suami dapat keje kerajaan terus meng4muk, dia tendang reban ayam sampai rob0h. Mertua hanya diam aje.

Malam tu aku dihalau oleh mertua aku, katanya abang ipar aku ni tak suka anak – anak aku bergaul dengan anak dia, sakat menyakat bagai. Dia semak kepala sebab budak – budak ramai. Malam tu jugalah aku call ibu aku suruh datang ambil kami. Aku dan suami pun pergi, aku sambung berpant4ng di rumah ibu aku. Dipendekkan cerita masa aku anak dah 5 orang, abang ipar aku pun ada anak 4 org juga, tapi masih tak nak kerja laki bini.

Pencen mertua pun dah tak boleh nak tanggung diorang dah sebab ramai sangat dan mertua selalu kene marah dengan diorang bila lauk tak ada, barang dapur tak ade semua. Tiba – tiba mertua aku cari kami, katanya dia dah tak tahan dan nak duduk dengan kami. Aku terima dengan hati yang terbuka. Syurga buat suami, syurga juga buat aku. Mertua akhirnya tinggal dengan kami tapi lain pula yang jadinya.

Aku ingat abang ipar lepas dia kena tinggal dengan mertua, nak la cari kerja. Rupanya sama juga tak nak juga cari kerja. Setiap kali pencen masuk mertua akan balik dalam seminggu hantarkan duit, lepas tu kembali tinggal dengan kami. Kira rumah kami ni dah jadi macam hotel la kat dia keluar masuk. Bukan takat itu je, nak makan yang sedap – sedap saja. Ikan yang mahal – mahal, udang, ketam, sotong hari – hari.

Nak pakaian dari butik mahal – mahal, kasut berjenama, jam berjenama, minyak wangi berjenama. Apa yang kami beli untuk anak, kami harus beli untuk anak abang ipar sekali. Kalau tak beli mertua mula buat muka, jadi suami turutkan saja. Takut jadi anak derh4ka, lama – lama kewangan kami m4kin teruk.

Suami mula berhutang sana sini, buat loan semua, sampai la satu tahap ada ahIong datang rumah kami minta hutang. Mertua pula cabut lari balik kampung, tinggallah kami. Masa tu anak aku no-5 baru habis pant4ng. Kami buntu kami kumpulkan segala harta yang ada dalam rumah, phone, tv, kereta, motor semua kami jual. Hasil jualan kami bayar hutang – hutang ahIong tu. Nasiblah ada sebiji motor buruk yang tinggal sebab tak laku nak jual.

Motor tu la aku naik anak beranak berhujan berpanas hantar baby pergi check up semua. Anak – anak yang lain selalu tak pergi sekolah sebab tak ada belanja sekolah. Kat rumah pun makan magie je, pernah sampai satu tahap suami aku nak pi kerja pun tak dapat dan selalu ponteng kerja sebab nak isi minyak motor duit tak ada. Api air aku kene pot0ng, duduk malam – malam dengan lilin.

Akhirnya rakan sekerja tempat suami perasan perubahan suami. Bos tempat kerja datang rumah tanya kenapa. Akhirnye kami dapat bantuan dari tempat kerja suami. Barang dapur duit semua, yang sedekah pakaian, jiran – jiran juga yang tak tahu cerita tiba – tiba datang hulurkan bantuan juga. Bagi aku tv, dapatlah anak aku tengok tv. Ibu aku pulak membantu bab kewangan anak – anak aku ke sekolah.

Aku lalui semua ni dengan redha bersama suami, akhirnya kami dapat hidup macam biasa balik, cuma naik grab, naik bus aje lah. Masa raya mertua pesan pada suami jangan balik kampung, dia malu sebab suami tak ade kereta semua tapi kami balik juga naik bas. Jiran – jiran kat kampung banyak mengadu kat kami yang mertua teruk kena layan dengan abg ipar. Selalu tak makan sebab duit tak cukup, siap pernah dihalau oleh abang ipar semua.

3 tahun lepas kejadian tu, mertua selalu bertanya pada suami, ahIong dan hutang – hutang semua dah habis bayar ke? Kalau dah tak ada hutang – hutang lagi dia nak minta duduk dengan kami semula. Kami hanya diam saja, ada juga nasihatkan mertua supaya berhenti bagi duit pada abang ipar tu. Saud4ra mara pun ramai nasihatkan mertua tapi mertua meIenting dan marah sampai buang saud4ra serta putvs saud4ra.

Katanya abg ipar saya tu susah, kenalah tolong dia, tak kesian ke? Begitulah alasan – alasannya. Selepas raya haritu kebetulan ayah mertua mula jatuh s4kit terkena minor str0ke, badan lemah tak bole berjalan dan tak boleh drive lagi. Satu hari mertua call nangis – nangis suruh jemput dia sebab duit tak ade kene halau dan tiada siapa nak bantu papah ayah mertua yang sedang s4kit. Suami aku kesian dia balik jemput mak ayah dia ni..

Aku sangka lepas tu mertua aku akan berubah, perkara yang sama terjadi lagi. Cuma suami aku yang banyak berubah sekarang. Dia tak ikut dah cakap mertua aku, lauk makan pakai semua dia buat macam biasa saje, yang termampu kat dia. Ada dia cakap pada mak dia, “kalau mak nak makan benda mahal, pakaian mahal mak gunalah duit pencen mak tu.” Mertua aku mogok lapar plak, aku masak apa pun dia tak nak mkn.

Tapi duit pencen dia tetap kirimkan pada ipar aku tu detiap bulan. Dia bankin kan saja ke akaun melalui online. Sekarang ni mertua buat peeI canang cerita pada jiran – jiran sekeIiling aku ni katanya aku laki bini abaikan dia. Tak kasi dia makan, kasi makan ikan masin, tauge aje hari – hari. Kantoi dekat anak sulung aku, dia pergi duduk depan pagar tunggu orang lalu tanya dia makan apa. Anak sulung aku kata, “nenek cakap dengan jiran mama tak masak, tak bagi nenek makan. Bagi nenek makan ikan masin aje.”

Masa ni kalau ko orang nak tahu aku terima mangkuk dari jiran – jiran nak dekat 13 mangkuk mereka kasi lauk tuk mertua aku makan tengah ari. Akhirnya aku selesaikan masalah ni aku wasap jiran – jiran aku sorang – sorang. Setiap hari aku update status kat wassap masak apa arini. Dah jadi kerja plak aku, aku str3ss sangat sekarang. Aku tak tau nak buat ape dah. Suami ada cakap tak smpai hati nak hantar dia balik kampung balik. Nanti nampak macam menghaIau pula. Apa aku dan suami nk buat ye sahabat semua..

Apa kata anda?