Mak mertua dah post dekat media sosiaI kata saya bagi suami nasi kangk4ng sebab tak belikan dia emas

news.allmhidotcom warning

Saya berkahwin dengan duda anak 3. Saya sayang sangat dengan anak – anak tiri sebab mereka sangat baik. Saya ada belikan rantai emas untuk anak tiri dan juga gelang untuk diri sendiri. Bila mak mertua tahu, dia terus call suami saya cakap macam – macam. Kenapa bini dibelikan emas sedangkan dia yang melahirkan tak dibelikan emas. Tapi saya beli pakai duit sendiri..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Awal tahun 2020 ni saya baru bernikah dengan seorang duda yang sudah kem4tian isteri 6 tahun yang lepas. Arw4h meninggaI semasa lahirkan anak bongsu mereka. Saya mempunyi anak tiri 3 orang dan anak – anak tiri memang baik sangat. Hormat orang tua, manja dan mendengar kata. Hubungan kami baik rapat siap panggil saya mummy. Malam – malam pun saya yang tidurkan dorang. Saya layan mereka memang baik. Dah sayang macam anak kandung sendiri. Suami pun baik syukur Alhamdulilah.

Anak tiri saya ni 2 orang lelaki dan seorang perempuan. Tak besar mana pun. Yang abang no 1 baru 11 tahun je. Yang perempuan pulak baru 10 tahun dan yang bongsu 6 tahun. Sebelum saya nikah dengan suami anak – anak ni bibik yang jaga. Tapi lepas nikah saya ambil keputvsan untuk menjaga mereka memandangkan saya pun berhenti buat bisnes saloon dan spa atas arahan suami. Tapi saya masih ada bisnes kecil – kecilan dari rumah, jual cake home made dan jual bermacam – macam barang seperti tupperware dan macam – macam lagi..

Baru – baru ni saya ada belikan gelang emas untuk diri sendiri, dan saya ada belikan anak tiri perempuan saya rantai. Rantai tu memang saya hadiahkan untuk anak tiri saya sebab selama ni dia banyak tolong saya buat kerja – kerja rumah. Yang lelaki pula saya nak belikan laptop, inshaAllah kalau ada rezeki nanti dan saya memang beli dengan duit hasil bisnes saya sendiri, pastu semalam mak mertua ada video call saya sebab nak bercakap dengan cucunya.

Jadi dia nampaklah anak tiri saya pakai rantai tu. Dia tanya sapa belikan rantai. Anak tiri saya cakap mamy dan daddy. Memang saya dan suami yang pergi belikan tapi 100% pakai duit saya. Pastu anak tiri cakap “mamy pun ada gelang emas lagi cantik, tapi saya tak suka gelang besar macam tu, nampak macam orang tua.” Pastu mak mertua tiba – tiba cakap kenapa daddy tak belikan untuk nenek? Anak tiri cakap entahlah. Tanyalah daddy. Pastu dia terus tutup call.

Dia terus call suami saya cakap macam – macam. Kenapa bini dibelikan emas sedangkan dia yang melahirkan tak dibelikan emas. Ya Allah untuk pengetahuan korang, baru – baru ni masa birthday saya, suami belikan hp untuk saya tapi ada juga belikan untuk mak dia siap kirim pakai J&T. PASTU takkan nak minta emas pula ? Bila suami cakap tu pakai duit saya, dia tak percaya. Dan untuk pengetahuan semua. Bulan – bulan suami bagi mak dia RM500 siap suami bayar rumah letrik dan air di rumah mak mertua, Jadi dalam sebulan je suami belanja untuk mak mertua dan pak mertua dalam RM1k.

Pak mertua saya pun ok je sihat lagi siap bulan – bulan terima duit pencen. Suami saya pun gaji tak besar mana. Takat – takat cukup makan je. Kalau mak mertua nak duit ke ape selalu je suami hulur. Takkan emas pun dia nak. Suami saya mana mampu sebab suami pun banyak tanggungan. Anak – anak dia lagi. Rumah kereta lagi semua nak bayar. Suami bagi saya RM300 sebulan pun saya dah bersyukur tu pun saya simpan je tak pakai. Kadang – kadang saya beli sesuatu untuk anak – anak dia jugak..

Pastu anak – anak tiri saya pernah cerita, nenek dorang ni jahat. Dulu masa ayah mereka kursus 2 bulan, nenek selalu marah cubit – cubit diorang sebab pernah dengar cerita mak mertua tak suka anak no 1 suami saya tu sebab muka anak tu sama dengan bekas  menantu dia yang meninggaI. Menantu tu pun dia benci, sedangkan saya mak tiri ni pun sayang sangat kat dorang sebab mereka ni budak yang baik. Kecil – kecil je, umur 6 tahun dah reti solat.

Saya ni pun selama kahwin baru 2 kali je jumpa mak mertua. Masa jumpa tu elok je dia bergaya beg mewah, ada emas, ada segalanya. Apa lagi dia nak? Suami saya cakap lain kali jangan tayang – tayang kalau beli apa. Nak tayang apa kat dia kalau fb whatsap semua saya tak friend pun dengan dorang. Dia tahu sebab anak – anak cerita. Tak salahkan budak – budak tu sebab kanak – kanak mana reti menipu. Sekarang dia dah post dekat media sociaI cakap saya bagi suami makan nasi kangk4ng. Peningnya kan mak mertua jenis ni.

Komen Warganet :

Nuraisyah Masor : Tak ape, sis duduk asing bukan jumpa dia selalu pun. Jadi tak payah rasa terkesan cuma perlu berhati – hati. Betul apa yang suami cakap tu, tak perlu tayang apa – apa depan mertua. Buat biasa macam kita tak ada apa – apa. Sebab nak elakkan perg4duhan. Alhamdulillah bertuah sis dapat anak dan suami yang baik. Salah satu rezeki jugak tu. Jagalah anak syurga tu elok – elok. Insyaallah, saya yakin bila kita jaga diorang elok – elok nanti besar mesti dia baIas budi sis yang menjaga dia penuh kasih sayang walau cuma mak tiri.

Catatan Ctie : Jarang nak komen sini, tapi kalau mak mertua you baca ni, meh sini nak cakap, sila jangan guna syurga kat tapak kaki ibu kerana nafsu dengki tu. Kesalahan mak mertua juga akan dihitung di akhir4t nanti. Buanglah peny4kit hati busuk tu, jangan buat anak – anak hilang hormat

Aida : Tak apa la puan, asalkan tak duduk serumah, jadi tak payah nak  jaga hati dia selalu. Kalau video call, lain kali pakai baju k0yak – k0yak, muka buruk – buruk, rambut serabai. Plus, mertua begini kena bersedia maIapetaka awal – awal yang bakal muncul, sebab cara berbahasa tu pun kita dah boleh tahu dia jenis macam mana. Sentiasa berkomunikasi secara terus terang antara suami ok.

Maria Ismail : Mak mertua saya suka tengok drama tau. Tapi tak suka buat drama macam ni. Adehh, nak nafikan pun tak boleh. Sebab hakik4tnya memang ada. Banyakkan berdoa untuk mak mertua dan ayah mertua you ya. Seburuk – buruk perangai dia, lahir seorang anak yang sekarang jadi suami yang baik untuk u, kan. Hormat je macam baisa. Hati dia milik Allah. Semoga Allah lembutkan hati dia untuk berubah jadi mak mertua yang lebih mat4ng dan penyayang. Sis pun, kena bersiap siaga. Iindungi keluarga awak dan ana k- anak. Pastikan semua sedia maklum benc4na yang bakal datang kalau dia buat hal.

Rashid Mat Yasin : Mak mentua pun kadang – kadang kalahkan budak – budak. Sepatutnya lebih bersikap mat4ng sebagai orang tua. Sepatutnya mendoakan kebahagiaan anak – anak menantu. Bukannya diabai, malah ‘ditanggung’ dek anak yang baik. Banyak doakan je sis. Semoga diberi ketenangan kat mak tuuu..

Apa kata anda?