Mak mertua dan kak ipar selalu datang rumah kononnya nak tolong kemas rumah. Rupanya mereka bawa lari anak saya

Maka dari situ sehingga sekarang saya terpisah dengan anak – anak yang sangat manja dengan saya. Saya sentiasa terbayang muka mereka menangis di grill pintu. Saya terlalu rindukan anak – anak saya.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Memula sekali nak saya nak perkenalkan diri. Saya masih berstatus isteri, ada 3 orang anak, berusia 30an tahun dan menghidap peny4kit mental. Kejadian pada hari pernikahan saya sangat teruk kerana saya hist3ria, saya tak pasti puncanya, adakah saka atau sih1r penghalang pernikahan. Tetapi pernikahan tetap diteruskan.

Selepas berkahwin, saya duduk dengan suami. Jauh dari keluarga saya dan ternyata s4kit saya sejak hari pernikahan tersebut berlarutan sehingga selepas berkahwin. Suami membawa saya berubat di perubatan Islam dan kebanyakannya bertanya sama ada ada sesiapa yang suka pada saya atau tidak. Semua berkata saya terkena s1hir.

Disebabkan saya tidak pernah dis1hir, saya jadi paran0id dan menganggap bahawa ramai yang ingin menghantar s1hir kepada saya. Lama – kelamaan rasa paran0id saya menjadikan saya menghidap peny4kit mental. Saya mempunyai ‘false perception’.

Saya dibisikkan bahawa suami sebenarnya tidak menyukai saya. Yang dia sukakan kawan saya yang bagi saya agak cantik. Lagipun, mereka ada gambar berdua yang bagi saya tidak elok dalam sebuah kbox dan suami pada masa tu melentokkan kepala ke arah perempuan tu. Tapi tidak bersentuhan.

Dan seingat saya, suami ada bermesej dengan perempuan tu tapi suami menafikan malah bersumpah tidak pernah ada apa – apa perasaan pada perempuan tersebut. Disebabkan saya tidak bekerja maka saya selalu over thinking sehingga membuatkan saya sedih dan saya dikuasai bisikan.

Suami pula seorang yang baran, apabila saya menuduhnya disebabkan over thinking saya, dia akan meng4muk. Disebabkan dia meng4muk maka saya jadi sem4kin terfikir – fikir dalam over thinking saya bahawa dia sebenarnya sukakan perempuan itu cuma tidak dilayan.

Di hadapan orang, dia menunjukkan sifat penyabar tetapi hakik4tnya saya makan herdik dan tengkingnya apabila berdua. Lama – kelamaan saya depr3ss dan disahkan s4kit mental. Saya sukar mengandung pada mulanya tetapi kerana kami mengatur waktu bersama maka saya akhirnya mengandung.

Semasa mengandung, saya relapse dan saya menaiki KTM ke Ipoh dan saya pergi ke Balai Polis untuk dihantarkan ke Tanjung Rambutan. Dan sebelum saya menaiki KTM tersebut, saya bersama suami di KL Central. Dia hanya membiarkan saya pergi dengan kandungan saya dan saya tengah s4kit mental tanpa berasa risau akan keadaan kami.

Saya meneruskan untuk pergi ke Ipoh dan dia balik ke Shah Alam. Saya hampir berhenti di stesen sebelum Ipoh dan saya sangat bersyukur sebab masih dipelihara Allah untuk teruskan perjalanan ke Ipoh. Jika tidak, akan keluarlah saya di d4da akhbar sebagai berita perempuan mengandung berjalan tanpa hala tujuan.

Apabila saya ungkit akan hal ini, suami akan cakap, “orang tak faham keadaan masa tu, lagipun abang kan pergi juga ke Tanjung Rambutan tengokkan ayang sampai ayang sembuh”. Saya jawab dia, “nasib baik saya sampai dengan selamat ke tanjung rambutan, kalau berhenti kat mana tah, kena r0gol, kena bvnvh?”.

Mungkin kalau itu yang terjadi dia bersyukur kot sebab tak perlu menanggung malu beristerikan pes4kit mental. Selepas dari peristiwa itu, saya tiada relapse sehingga bersalin. Selepas bersalin, saya berpantang di rumah mertua.

Mertua menjaga saya dengan baik tetapi saya tidak tahan apabila dia asyik mengeluh penat. Ye la nak jaga orang berpantang pada bulan puasa pulak. Tetapi mak mertua tidak mengeluh penat depan sesiapa. Dia asyik mengeluh di depan saya sahaja.

Apabila depan orang lain, dia berlagak ok. Maka saya mengambil keputusan untuk berpantang hanya 21 hari di kampung mertua. Pada awalnya, suami setuju. Tetapi, tiba – tiba suami bad mood dengan saya. Saya tak mampu nak bersangka baik. Saya tetap ikut balik ke rumah suami.

Di rumah, suami mula layan macam t4hi. Saya cuba abaikan kemudian kami pergi ke kenduri akikah anak saud4ra suami, masa tu masih dalam pantang. Salah seorang adik suami nak berborak dengan saya tetapi ada adik lain panggil dan buat muka jangan berborak dengan saya.

Di depan mata saya. Mereka macam memboikot saya. Tahukah kenapa mereka memboikot saya? Kerana saya tidak menghabiskan pantang di rumah mak mertua yang asyik mengeluh penat. Apabila saya tidak menghabiskan pantang di situ, mak mertua berasa malu dengan adik beradiknya, kononnya menantu tak sukakan dia.

Saya hairan dengan mak mertua saya yang merancang boikot seperti itu sedangkan saya dari awal kahwin akan membawa suami balik ke kampung mertua. Selepas peristiwa itu, saya sudah tidak mengajak suami balik ke kampung.

Dan suami saya pun tak nak balik jika saya tiada bersama kononnya. Padahal memang dia tak suka balik kampung. Suami memang berubah layanannya kepada saya. Saya pula sem4kin tertekan dengan keadaan baby saya yang saya boleh kategorikan high demand baby.

Saya jadi sangat kurus kering kerana tak sempat makan tetapi kena menyusukan baby. Suami memang tidak peka keperluan saya. Sedangkan dia lah yang tersenyum apabila saya menunjukkan dua garis pada pregnancy test kit.

Per4ngai berubah sejak peristiwa saya enggan berpantang di rumah mertua. Saya sangat depr3ss. Setiap hari saya depr3ss sehingga baby berusia 7 bulan, saya menelan 7 biji ubat sehingga terkunci rahang saya. Apabila dibawa ke kec3masan, saya disuntik antidote untuk mengembalikan rahang saya.

Selepas dari situ, saya berulang kali diganggu bisikan dan simptom s4kit mental saya keluar. Suami pula tidak faham s4kit tersebut dan menganggap saya hanya bersikap kurang ajar. Saya meminta cerai berkali – kali dan saya hanya meminta cerai apabila saya sedang diser4ng bisikan.

Suami yang tidak memahami s4kit saya pun terus menceraikan saya. Tetapi kami rujuk semula dan tidak lama kami bercerai lagi. Saya meminta cerai hanya pada waktu saya s4kit. Dan disebabkan dia tak faham dan baran menghadap saya yang sedang s4kit tetapi dianggapnya hanya mengada, maka semudah itu dia ceraikan saya.

Sewaktu sihat saya, saya sudah nasihatkan dia supaya faham bila saya s4kit dan saya ajarkan tentang s4kit saya tetapi dia tak nak dengar malah dibantahnya ‘orang tak faham, masa tu lain’. Masalahnya saya da s4kit berkali – kali dan dia masih tak faham. Maka tercerailah kami talak 2.

Saya yang sedang s4kit, diceraikan, dan hanya ditinggalkan di stesen untuk balik sendiri ke kampung bersama baby saya. Di kampung, saya mendapat rawatan dari pakar dan pulih seperti biasa. Selepas pulih, saya berasa sangat bersalah pada suami kerana pada anggapan saya, sayalah yang menyusahkan hidupnya.

Saya menelefonnya dan kami rujuk. Saya ada menyatakan saya tak tau nak rujuk ka tak sebab memikirkan mak mertua saya, tetapi dia tengking saya. Suami sejenis yang kononnya tidak boleh dengar maknya dih1na. Dan dia ugvt nak f1ght ambil anak kami yang saya dalam s4kit mental saya, anak kami selamat dalam peIukan saya tapi dia sekadar menyerah pada Allah katanya akan keselamatan kami.

Selepas rujuk, kami bahagia kerana LDR, saya bekerja sebagai pensyarah sambilan di kampung saya. Dan dia tinggal di Shah Alam. Selama setahun kami LDR. Kemudian saya balik ke sana. Pada kali ini saya nekad mencari duit sendiri.

Saya tidak berani keluar bekerja kerana saya tidak mengenali mana – mana pengasuh dan saya tidak percayakan taska. Maka, saya membuat tuisyen di rumah. Kemudian saya mengandung anak kedua. Pada masa ini, suami selalu outstation dan saya menguruskan anak sulong sendiri.

Anak suloong semput, saya yang dukung dia dari tingkat 3 ke kereta kemudian pergi ke kec3masan. Dia terkena c4mpak, saya yang uruskan dia sendirian dalam keadaan saya mengandung anak kedua. Dia s4kit perut dan perlu warded saya yang uruskan. Rupanya dia ada cyst.

Setahun kemudian baru diketahui punca s4kit perutnya itu cyst. Saya tidak makan ubat pada ketika itu tetapi saya masih kekal w4ras sehingga saya melahirkan anak kedua dan saya diser4ng bisikan. Saya s4kit tetapi kali ini suami bertindak menghantar saya ke kampung saya bersama anak – anak.

Sepanjang di kampung, saya s4kit tetapi tidak dihntar ke hospitaI sehingga usia baby 7 bulan. Pada masa itu, saya memang di kategori kr0nik. Selepas mendapatkan rawatan, saya pulih semula. Dan kali ini saya cepat – cepat balik ke sisi suami.

Apabila saya kembali ke sisi suami saya mendapat kerja cikgu sekolah swasta tetapi hanya bertahan selama 4 bulan kerana saya relapse lagi. Pada masa relapse yang ini, saya balik ke kampung sendiri dan saya meninggaIkan anak – anak.

Saya kemudiannya kembali w4ras selepas makan ubat dan kerana saya rindukan anak – anak. Saya balik semula ke sisi suami. Selepas dari ini, saya sihat sepanjang tahun dan pada hujung tahunnya saya mendapat pekerjaan sebagai sales di sebuah kilang. Tetapi tidak lama kemudian, kilang tersebut melingkup.

Nasib baiklah saya membuat tuisyen pada waktu malam maka saya masih mempunyai pendapatan. Ya, saya bekerja sebagai sales pada waktu siang dan pada waktu malam saya mengajar tuisyen. Saya terp4ksa membuat 2 kerja kerana saya ingin melangsaikan hutang kereta saya dan hutang AIM.

Saya membuat tuisyen di rumah dengan membuat hutang AIM. Suami saya tidak memberikan suntikan modal langsung. Sudahlah tidak memberikan modal, dia juga membiarkan anak – anak mengganggu saya membuat tuisyen kerana dia sibuk dengan fon.

Apabila saya membawa anak – anak keluar dari bilik tuisyen dan memasam muka kepadanya kerana tidak membantu saya maka dia akan membuat muka yang lebih b3ngis. Dia sangat takut tergolong dalam golongan takut bini.

Saya hanya bercerita mengenai s4kit saya. Saya tidak menceritakan sifat suami saya. Suami saya seorang yang tidak pandai menguruskan kewangan. Saya sudah berkali – kali mengajarnya mengurus kewangan kerana saya ternyata pandai mengurus wang sejak zaman uni.

Saya tempat meminjam kawan – kawan yang boros pada hujung semester. Tetapi dia memandang lekeh ajaran saya. Saya juga tidak diberitahu apabila sudah gajinya masuk. Dia rasa sangat menyampah apabila saya asyik bertanya akan gajinya.

Percayakah kalian, dia tidak mempunyai sebarang simpanan selain kwsp. Dan dia berhutang kad kredit dan kereta mewah. Dia tidak pernah memberi nafkah bulanan kepada saya, walaupun RM10. Setiap kali saya meminta dia menunaikan 2 persalinan setahun saya, dia akan jawab ‘tidak cukup makan minum tempat tinggal ko?’.

Masa dia mengeluarkan ilestarinya pula. Dan dia tidak beritahu kepada saya. Saya hairan kenapa dia enggan memberitahu kepada saya status kewangannya sedangkan saya cuma tahu dan saya tidak pernah mengambilnya.

Apabila saya persoalkan ke mana pegi duit gajinya maka akan dia jawab habis ke kami. Dia mengambil insurans untuk dirinya dan anak sulung berjumlah RM320 sebulan. Saya menganggap dia membayarnya setiap kali mendapat gaji.

Tetapi apabila kami balik ke kampung, ternyata surat dari insurannya mengatakan dia sudah tidak bayar selama 4 bulan. Dan RM320 itu lesap dan dia asyik katakan dia belanjakan untuk kami. Saya tidak mengambil kisah sangat akan gajinya kerana saya tau dia sangat sukakan duit kerana dia asyik ceritakan bapanya yang kedekut kepada keluarga mereka sejak dia kecik.

Maknya pula memang tidak ditunaikan nafkahnya oleh bapanya. Maka dia menanggap dia boleh lakukan yang sama kepada saya. Dia sangat mencontohi bapanya yang tidak pandai membantu satu kerja rumah pun dan bapanya tidak pandai membuat kerja – kerja lelaki yang asas. Semuanya upah orang buatkan.

Dan dia pun seperti itu, sedangkan saya seorang yang level buat pendawaian h4ram di uni. Saya yang tunjukkan suami cara drilling. Kalau peti ais tersumbat, saya korek sendiri. Saya boleh assemble barang tanpa tengok manual.

Bukan nak meriak. Cuma tak sangka di luar sana ada manusia yang sangat tak berguna dan tak tau apa – apa tapi sombong berlagak macam bagus. Walaupun saya buat 2 kerja, saya tetap menyisihkan waktu sebelum tidur untuk bermain sekejap dengan anak – anak. Kemudian kami tidur bersama.

Dan suami sebanyak manapun saya mengingatkan dia bermain dengan anak – anak adalah sunnah, bermain kuda – kuda adalah sunnah, dia tidak pernah bother untuk buat. Suami berperwatakan alim di pandangan mata orang.

Dia penyanyi nasyid di sekolah dan diidamkan ramai wanita. Saya yang hidup dengannya tahu dia bagaimana. Saya dah tahap tak kisah apa orang nak kata. Semua perenggan di atas hanyalah intro. Tahun 2020 adalah tahun yang dahsyat untuk saya. Saya disahkan mengandung dan kandungan ini tidak dirancang.

Maka saya berhenti memakan ubat dan relapse. Ya saya relapse dari awal mengandung. Tahukah kalian apa yang menyedihkan? Suami seperti biasa tidak faham pun yang saya s4kit. Per4ngai saya berubah apabila saya s4kit tetapi dia tidak tahu membezakannya.

Saya tak tau samaada dia tak tahu atau dia da sangat malu dengan keadaan saya. Dia menikahi saya kerana menganggap saya sempurna. Alih – alih saya s4kit pulak selepas berkahwin. Sudahlah s4kit yang memaIukan, s4kit mental. Bukan s4kit k4nser ke apa.

Semasa saya s4kit pada tahun lepas, 3 kali suami naik tangan dan kaki kepada saya selain melayan saya dengan buruk dengan alasan saya melayannya dengan buruk. Kali pertama dia men3ndang saya kerana katanya saya jatuhkan anak saya ke perutnya maka dia bertindak baIas men3ndang saya.

Anak saya tak menangis pun dan saya selalu ditindih dan dikuda – kudakan anak saya maka saya yakin memang tidak s4kit. Tetapi dia kata masa tu dia s4kit yang amat. Kemudian, dia mencubit paha saya sehingga Iebam sebab saya remukkan keretanya. Remuk yang tak obvious pun.

Tapi nampak muka dia beng4ng sangat. Kemudian yang terakhir apabila dia tidak balik semalaman kerana OT katanya dan pagi itu saya tidak membuka pintu untuknya. Saya selak dari dalam. Dia memaksa saya membuka dan akhirnya saya buka.

Apabila pintu terbuka, dia masuk dan menaikkan tangan ke leher sehingga tinggal kesan Iebam  dan saya sesak nafas. Ya, kejadian berlaku semasa saya relapse dan saya mengandung. Di antara peristiwa dia naik tangan kepada saya ini, ada peristiwa mak mertua dan kak ipar datang setiap hujung minggu kononnya berniat baik nak tengok saya, nak bersihkan rumah kami,

Dan kemudian membawa lari anak saya dan itu hanya menambah teruk s4kit saya kerana saya freak out dan mend3ra mental saya. Yang saya sedihkan, saya adalah orang yang berbeza sewaktu saya s4kit dan saya sihat tetapi tiada seorang pun dari mereka yang memandang dan melayan saya dengan belas.

Sewaktu saya mengambil video mereka memarahi saya, mereka membaIas dengan merakam video sewaktu saya s4kit dan marah – marahkan mereka. Dan lucunya mereka masih menyimpan video itu dan suami katakan dia pun ada menyimpan video untuk menunjukkan saya seorang yang biadap. Sedangkan saya s4kit pada ketika video itu diambil.

Selepas suami mencekik saya, saya pergi berjumpa FMS. Saya tinggalkan anak – anak di rumah kerana saya menumpang jiran yang saya takut akan nembah4yakan kami sedangkan itu hanya bisikan jahat. FMS melihat kesan cekik itu dan menghantar saya ke hospitaI besar.

Di hospitaI besar saya tidak dibenarkan diambil oleh suami selepas apa yang dia buat. Maka, saya diambil oleh sepupu saya. Oleh kerana suami hendak bekerja maka anak – anak dia hantar ke rumah mak mertua. Maka dari situ sehingga sekarang saya terpisah dengan anak – anak yang sangat manja dengan saya.

Saya sentiasa terbayang muka mereka menangis di grill sewaktu saya tinggalkan mereka ke kIinik. Semoga saya kuat. Saya tinggal di rumah sepupu saya sehingga bapa saya mengambil saya. Saya balik kampung tanpa mengambil anak saya.

Di kampung saya dimasukkan ke hospitaI kemudian selepas bersalin barulah saya menjalani rawatan pemulihan. Tahukah kalian, selepas saya pulih, ketika masih di hospitaI, siapa yang saya minta hubungi? Ya, suami saya.

Saya meminta maaf dengannya kerana saya menyusahkan hidupnya dengan s4kit saya. Saya benar – benar meminta maaf dengannya seperti selalu. Apabila saya pulang ke rumah, saya diingatkan tentang segala perlakuan mereka ke atas saya.

Saya tr1ggered dan saya mengakui benar apa yang dik4takan family saya. Sampai bila saya nak hidup dengan manusia seperti suami saya. Manusia yang apabila dia s4kit, saya hidangkan makanan di bilik. Tetapi apabila saya s4kit, saya ditengking, diherdik.

Memang dia hilang sabar setiap kali saya s4kit. Sedangkan pada waktu sihat saya, saya memintanya memahami s4kit saya. Apabila saya katakan ‘tak pernah pun abang layan saya dengan baik sewaktu saya s4kit?’. Dijawabnya saya ‘pernahkan.. awal dulu’.. masa kali pertama saya ke hospitaI. Selepas dari itu, dia memang benci saya ketika saya s4kit.

Maka, saya pada kali ini katakan padanya, saya hanya akan balik ke sana bila dia datang ambil saya di rumah abah dan janji dengan abah, dia akan jaga saya. Tetapi dia beralasan tidak punya duit untuk ambil saya. Tetapi saya heran kerana dia mampu menyekolahkan dan membayar pengasuh anak kami.

Sebelum dia mengambil anak kami itu, dia sepatutnya boleh pergi mengambil saya tetapi dia enggan. Maka saya selalu berg4duhnya dengannya lagi kerana saya sangat rindukan dua anak saya itu. Apabila berg4duh, macam biasa, tiada istilah memujuk, dia akan membiarkan saya yang menghubunginya semula.

Di sini, plot twist dan saya kira pembaca akan menganggap cerita saya berat sebeIah. Tak apa la. Saya yang alami. Disebabkan saya penat dengan layanannya yang serupa t4hi maka saya install satu dating apps. Saya berkenalan dengan seorang duda yang popular, ada rupa dan ada pekerjaan elok di apps tersebut. Saya sangkakan dia adalah sc4mmer.

Rupanya bukan kerana saya meminta FB akaunnya. Kami bermesej dan bermesej setiap hari. Pada ketika ini, suami saya sudah tidak menghubungi saya melainkan saya menghubunginya dan meminta maaf untuk benda yang bukan salah saya.

Lelaki ini melayani saya dengan baik. Saya berterus terang dengannya bahawa saya bukan janda, saya masih isteri orang. Saya bermesej dengannya hampir setiap hari tapi bukan untuk bermanja, hanya untuk meluahkan marah saya pada kaum lelaki.

Saya tak terbuka hati untuknya kerana usia perkahwinannya kurang daripada 5 tahun. Bagi saya lelaki macam tu takda beza pun dengan suami saya. Nak – nak bila dia cakap bekas isteri dia ada lelaki lain itu sebabnya mereka berpisah. Seriously? Ann0ying.

Antara sebab saya hubungi dia adalah kerana saya menyampah dengan polis yang melepaskan suami saya daripada sebarang hukvman sedangkan saya sudah membuat report berserta bukti hospitaI. Malah polis tersebut sempat nampak kesan Iebam tersebut.

Lelaki yang saya berkenalan ini juga seorang polis. Hati saya penuh dengan kebencian. Saya penat kot. Saya tak minta s4kit ni. Setiap kali saya sihat, saya pulun cari kerja supaya saya tak dianggap beban. Saya bukan jenis yang s4kit mental, bila da sihat duk meratap nasib.

Saya ada memberikan screensh0t perbualan saya dengan duda ini kepada suami saya. Memang niat saya nak buat dia cemburu. Saya tak perasan screensh0t tersebut saya tidak padam sebaiknya sehingga dia boleh mengesan profile duda tersebut.

Sewaktu dia menghubungi duda tersebut, saya meminta duda tersebut untuk mengatakan bahawa kami serius dan kononnya saya memberitahu duda tersebut bahawa saya janda. Dia membantu saya mengatakan apa yang saya nak pada suami saya.

Suami saya terk3jut dan memberitahu pada duda tersebut bahawa saya masih isterinya dan suami saya katakan tuan tau tak dia pes4kit mental. Duda tersebut selamba badak gi reply suami saya, ‘ye, saya tau. Kalau saya kahwin dengannya, saya akan bawa dia berubat kat hospitaI swasta’.. Pastu kitaorang gelak – gelak dapat mainkan suami saya.

Suami saya berubah. Kononnya. Dia tak sangka saya akan buat macam tu, dia sangka saya akan setia b0doh kat dia. Almaklumlah saya dah makan tengkingan sejak dari zaman uni. Dia berubah menjadi seorang yang lemah lembut tetapi masih tidak boleh dibawa berbincang.

Saya katakan kepadanya, “BagiIah anak pada saya. Saya akan besarkan di kampung sampai awak sudah stabil dan mampu beli rumah, barulah kami balik ke sana. Lagipun tiada yang dapat jaga saya seperti keluarga saya jaga saya. Biar saya stabilkan diri di sini dulu.” MaIangnya dia enggan menerimanya.

Dia tak nak berikan anak – anak kepada saya untuk saya jaga di kampung dan dia takda plan ambil saya dan bongsu di kampung sedangkan dia ada duit. Saya jadi serabut setiap hari sebab terlalu rindukan anak – anak saya.

Disebabkan saya beng4ng, saya mesej mak mertua saya supaya jaga anak saya dengan baik dan jangan besarkan anak saya jadi pencekik bini. Suami yang berjanji nak berubah nak jadi berubah kononnya kerana saya memburukkan maknya.

Saya tekad meminta perpisahan cara baik kerana suami kembali menengking saya. Tetapi suami tak nak dan terus mengg4ntung saya. Sehingga kini dia tidak menghubungi saya. Saya berdiri di hadapan Allah dan memohon jalan keluar dan Allah ilhamkan jalan keluar sewaktu sujud saya.

Sekarang masih dalam proses. Sesiapa nak hukvm saya, hukvmlah. Sesiapa nak doakan saya, doakanlah tuntutan taklik saya dipermudahkan. – Aku Curang ke? (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.