Mak mertua janji nak bayar loan suami, tiba-tiba suami dapat surat muflis. Rumah yang suami buat, mak mertua ‘wasi4t’ dekat kak ipar

Orang kampung mak mertua jenis menunjuk, buat rumah besar – besar. Mak mertua pun nak menunjuk, suruh suami buat loan besarkan rumah. Janji nak bayar 1k setiap bulan, akhirnya suami muflis..

#Foto sekadar hiasan. Salam buat semua w4rga FB yang sudi mendengar luahan hati saya. Sebenarnya, berat untuk saya meluahkan segalanya. Tetapi memandangkan suami hanya memandang remeh hal ini, terp4ksa juga saya luahkan di sini.

Suami berhutang semata – mata untuk membuat rumah untuk keluarga dia (walaupun dia kata untuk mak dia, tetapi secara zahirnya untuk keluarga dia) kerana rumah itu sudah diwasi4tkan untuk kakak dia (janda) dan adik dia (tidak bekerja).

Pada mulanya, maknya berjanji mahu membayar pinjaman tersebut. Kira guna nama suami untuk luluskan pinjaman sahaja. Walaupun kakaknya bergaji besar, tidak pula dia disuruhnya membayar. Mentang – mentang suami ini lelaki, katanya tanggungjawab suami.

Biarpun keluarga mertua sudah mewah pun. Dan sampai ke sekarang, tiada satu sen pun bayaran dibuat. Orang kampung ibu mertua itu jenis berlumba – lumba buat rumah besar, menunjuk – nunjuk. Kalau saya tahu sikap macam ini, dan jika saya tahu suami buat pinjaman semata – mata kerana ikutkan nafsu ibu mentua, sudah lama saya bantah.

Lagipun, ibu mentua dahulu berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Siap boleh bayar rumah untuk adik dia lagi (jenis teres), belikan kereta untuk anak bongsu yang tidak bekerja itu lagi. Tinggal di kampung, bagi saya pendapatan itu sangat – sangat mencukupi.

Siap boleh bawa anak siapa entah pula tinggal di rumah itu. Ketika masih mewah, tidak nampak janji – janji mahu bayar. Suami pula jenis “biarlah, biarlah”. Sekarang apabila tiada pendapatan, buat – buat kesian pula.  Sebenarnya ini lebih kepada rasa s4kit hati.

Satu lagi, ibu mentua berkahwin dengan duda, tidak silap saya duda itu ada tujuh hingga lapan anak. Ketika hari raya pun sibuk datang bertenggek. Saya ini macam jiran sebeIah negeri, bukan jiran sebeIah rumah. Nak tidur pun, sudah sah – sah bilik tidak ada atau tidak dapat punya.

Senang cerita, kalau ada kenduri – kend4ra, saya dan suami kena tempah hotel kalau mahu selesa sebab semua bilik sudah dicop. Baru – baru ini ada berbincang. Pandai pula tidak mahu bantu. Sudah cerita semua hal, suami minta geran tanah terus sebab dia ada hak kalau diikutkan.

Tetapi memandangkan sudah diwasi4tkan pada kakaknya yang janda itu, ibu mentua tidak berikan pula. Tentang pinjaman itu, memang 100% ke kampung dia. Satu sen pun tidak ada untuk kami di sini. Rumah yang saya duduki sekarang ini hasil daripada jual rumah sendiri.

(Mungkin sebab suami sudah sedar bahawa dia dihimpit hutang yang mana saya tidak tahu). Bukan membeli rumah, tetapi membina rumah (bukan rumah sangat), yang bergabung satu tiang dengan rumah mak. Kira sambung dari rumah mak saya. Hanya ada satu bilik tidur, satu ruang tamu, dan satu ruang dapur.

Berseronok jauh sekali. Suami saya dik4tegorikan anak yang baik. Membantah cakap mak tidak pernah sekali, itu yang keluarga ambil kesempatan (saya kira). Sebab adik suami kerja kerajaan juga, bujang. Kakak pun bujang, kerja kerajaan.

Kedua – duanya bergaji lebih daripada RM7,000. Tetapi kenapa suami sahaja yang dikerah? Sedangkan dia mempunyai tanggungan tiga orang anak yang masih kecil. Masalah suami saya ini, dia suka pendam. Sampai kena str0k, sanggup. Tidak fikir langsung akibat dan kesannya pada saya.

Kakak dan adik dia sudah tidak bertegur sapa. Mungkin mahu lari daripada berbincang hal ini. Lagipun, kakak suami sudah terlalu banyak memburukkan saya. Suami pula sudah taw4r hati mahu bertegur sapa. Keadaan kami sekarang, suami sudah pun disahkan muflis sebab tidak mampu membayar balik pinjaman RM1,000 sebulan, dengan anak tiga yang masih kecil. Suami bergaji RM4,000, kereta sudah kena tarik, tinggal sehelai sepinggang.

Sekarang kami duduk dengan keluarga saya. Sempat buat rumah untuk berteduh, itu pun bersambung dengan rumah mak. Hanya ada satu bilik untuk lima beranak tinggal. Berbeza dengan rumah mak dia di kampung yang ada enam bilik, yang kebanyakannya dihuni oleh periuk belanga. Rumah yang besar pula jangan cakap, memang besar sangat.

Tiap kali ajak berbincang, suami marah – marah. Katanya saya ungkit benda yang sama. Masalahnya, nama saya sudah terpalit sama. Anak – anak masih kecil. Saya rasa seperti dipermainkan. Kakak ipar pula suka cari g4duh dengan saya tanpa sebab.

Ada sahaja dia mengumpat di belakang. Dia tidak tahu bahawa saya ini lebih daripada tertekan hidup dengan adik dia. Masih lagi kata saya berlagak macam orang kaya. S3tan mana yang menghasut pun saya tidak tahu. Surat mahkamah, surat muflis sudah sampai rumah mak dia. Tindakan mak dia?

Tiada tindakan, biasa sahaja tanpa rasa bersalah. Dia tanya saya kenapa suami disenarai hitam. Saya cakap bahawa anaknya (suami saya) ada buat pinjaman di bank untuk buat rumah mak di kampung. Tahu apa tindakan dia?

Dia merajuk, mengadu dengan anak jantan (suami saya) bahawa dia kecil hati dengan saya sebab cakap macam itu. Saya jadi beng0ng sekejap. Apa yang dia nak terasa sangat dengan saya, saya pun tidak faham. Sekarang, memang saya tertekan, sangat tertekan sebab suami buat tidak endah.

Buat – buat selamba sahaja dengan hal ini semua. Tiada langsung fikiran untuk selesaikan masalah ini. Suruh mak dia bayarkan ke, kakak dia bayarkan ke. Kakak dia kerja kerajaan, sudah sah – sah pinjaman murah, dapat berjoli sakan lagi, makan angin terbang sana sini.

Lagipun rumah itu mak dia dengan sesuka hati serahkan pada kakak dan adik dia. Nak bangkang? Jangan berangan. Jadi, tidakkanlah kami yang nak tanggung lagi hutang itu dengan diri kami sendiri pun tak tertanggung.

Di zaman sekarang, kalau duduk menumpang macam ini, saya rasa macam satu kekurangan. Saya masih muda. Saya terfikir nak berpisah sahaja. Kalau duduk bersama, hari – hari g4duh, masam muka. Sudah tiada seri rumah tangga.

Suami tenangkan saya kononnya tidak akan balik lagi ke kampung beliau sebab terasa, katanya. Tetapi tidak pernah dia kotakan. Saya balik kampung, orang buat saya macam sampah. (Dahlah orang umpat kita, muka saya tebal tahan malu).

Tapi isi penting yang saya nak highlight kan ialah suami sanggup mewahkan keluarga dia daripada anak isteri yang merempat menumpang rumah mak saya. Kalau tidak, dia sudah suruh mak dia selesaikan, tetapi tidak.

Suami buat tidak peduli dengan masalah muflis, sedangkan pinjaman itu maknya yang suruh buat tetapi tidak berbayar sampai sekarang. Keluarga suami pun buat tidak peduli bila dengar suami muflis. Malah, kakak ipar sengaja cari pasal dengan saya, siap hantar surat layang lagi.

Saya sudah kecewa dengan suami. Niat hati rasa nak berpisah. Sudah tidak boleh hidup bersama, walaupun hati sayang, tetapi cara dia banggakan saya dengan bina “istana” untuk mak dia adalah sangat melampau. Apa yang harus saya buat?

Saya k0rbankan perasaan saya demi anak – anak, atau saya kena turut kata hati? Saya sebenarnya tidak suka kalau suami merajuk dengan maknya sendiri. Lebih baik jika dia cari jalan untuk selesaikan masalah ini. Tetapi itulah, keluarganya lepas tangan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.