
Tahun lepas adalah tahun malang mak mertua. Berkali – kali masuk hospital, yang jaga, yang bersihkan dia, tukar lampin dia tengah malam, menantu h4ntu ni yang buat semua. Aku betul – betul nekad kali ni…
#Foto sekadar hiasan. Hello guys. Aku kembali. Kembang Semangkuk ada di sini. Dah lama tak bercerita. Tapi hari ini, aku nak bercerita berkenaan keluarga mertua aku yang aku dah bertahun – tahun bersabar. Aku terp4ksa luah di sini sebab nak bagi hati dan jiwa aku tenang sebab aku memang tak ada kawan di sini kecuali suami aku.
Jadi aku bagi amaran awal – awal, cerita aku ni memang panjang berjela. Aku berterima kasih pada korang sebab sudi baca kisah hati aku ni. Macam yang korang boleh nampak, aku dah dalam perkahwinan ni lebih kurang 10 tahun macam tu.
Aku kahwin muda. Lepas habis degree terus kahwin. Mula – mula dulu, memang semua nampak indah belaka. Yelah belang belum tunjuk. Ohh sebelum tu, keluarga mertua aku ada tiga orang anak. Seorang tu dah meninggaI dunia, jadi tinggallah suami aku dan si tak berguna tu. Suami aku anak bongsu.
Dan kenapa aku gelarkan si tak berguna tu? Sebab hidup dia hanyalah makan tidur dan mengharapkan duit daripada mak ayah dia. ‘Anak manja lah katakan’. Tak boleh ditegur dan tak boleh disentuh. Aku tinggal dengan mertua aku dalam lebih kurang lima ke enam tahun macam tu.
Dalam tempoh tu, aku ni memang berh4mbakan diri untuk keluarga mertua aku walaupun aku dengar – dengar benda yang tak elok pasal aku. Biasalah gosip kan, jadi aku pekakkan telinga je. Aku cuba untuk layan mereka elok – elok, terutama mak mertua aku.
Aku belikan beg tangan, tudung mahal – mahal, tapi hmm sampai reput la beg tangan tu tak dipakainya. Tudung yang aku beli pun dia bagi orang lain atau simpan dalam almari, tak nampak bayang. Punca konflik antara aku dengan mertua bermula masa waktu kovit. Kita semua kerja dari rumahkan.
Aku ada anak nak kena jaga, makan minum semua aku yang urus. Yelah, kita fikir mak mertua kita tak larat nak buat semua tu, jadi kita tak nak susahkan sesiapa. Masa tu tengah hari, aku baru je habis masak, baru duduk nak suap anak aku makan, si tak guna tu keluar dari bilik, ambil makanan yang aku masak, makan dalam bilik.
Lepas makan, keluar letak semua dalam sinki yang aku baru kemas, tanpa basuh. Aku apa lagi, dengan penatnya, aku tegur la. Aku cakap, “Hidup ni janganlah menyusahkan orang. Dah la makan tidur, makan tidur. Satu pinggan pun tak boleh nak basuh ke? Ingat aku ni orang gaji kau ke?”
Ewah ewah ewah. Si tak guna tu report dekat mak mertua aku. Allah nak tunjuk kat aku sekejap je, macam mana mereka mengata belakang aku. Masa tu anak aku main telefon mak mertua aku, terbukalah WhatsApp dia. Ternampak la yang dia mengata aku ni ‘Menantu H4ntu’ dan dia tak pernah suka aku pun.
Ehh kejap, kalau kau tak pernah suka aku, kenapa dari awal pihak kau yang mempercepatkan tempoh pernikahan aku dengan suami? Aku minta tempoh dua tahun bertunang, alih – alih jadi tujuh bulan. Oh yelah kau nak tutup aib si tak guna tu kan, yang kahwin dan bercerai dalam masa tempoh tiga bulan.
Aku tangkap layar semua perbualan mak mertua aku tu, aku hantar pada suami aku. Dan masa tu, suami aku baru sedar semua orang bermuka – muka. Hahaha aku masih okay lagi masa tu. Lepas pandemik, Allah SWT bagi rezeki untuk keluarga kecil aku.
Aku dan suami dapat beli rumah pertama kami. Berangan – angan la aku nak duduk sendiri, nak hidup berdikari dengan suami dan anak aku. Aku kerja keras dengan suami buat dua tiga kerja untuk renovate rumah baru kami. Jadi dalam tempoh empat ke lima bulan, rumah kami siap.
Semua kami buat sendiri. Tak ada upah orang kecuali buat kabinet TV dan dapur. Masa tu aku punya la gembira sebab ingat dah boleh duduk sendiri. Mak ayah kandung aku siap sewa lori hantar barang – barang dan hadiahkan aku pelbagai barang rumah dan dapur.
Mereka siap datang sekali tengok rumah baru aku. Masa tu keluarga mertua aku datang rumah juga, tapi nampaklah muka mereka macam iri hati sikit sebab mak ayah kandung aku buat semua untuk aku. Tapi korang kena tahu, sumpah demi Allah!
Aku tak pernah meminta – minta pun pada mak ayah kandung aku. Ingat lepas rumah siap boleh la duduk sendiri. Rupanya tidak ya! Rumah tu jadi rumah hujung minggu aku je. Hari bekerja aku masih duduk rumah mertua sebab apa? Sebab ada pertelingkahan berebut cucu, iaitu anak aku. Tak izinkan anak aku pergi tadika, alasan masih kecil.
Mak mertua r4mpas anak aku, kurung diri dalam bilik, tak bagi ambil anak aku. Dalam masa yang sama dia halau aku keluar dari rumah dia. Masa tu suami aku baru nampak per4ngai sebenar macam mana mak dia layan aku. Anak aku. Nyawa aku.
Untuk beberapa bulan, aku hilangkan diri. Aku terp4ksa mengalah lagi, iaitu setiap hujung minggu suami dan anak aku akan balik rumah mak mertua untuk bermalam di sana. Aku? Tinggallah seorang diri dekat rumah, berendam air mata. Kalau aku tak silap, lepas raya 2022, aku berbaik semula dengan keluarga mertua tapi aku ambil langkah berjaga – jaga.
Aku tak berh4mbakan diri lagi. Aku berani bersuara walaupun tr4uma tu masih ada. Apa sahaja yang keluarga mertua aku buat kalau aku tak setuju, aku akan membantah dan jawab. Sehinggalah aku berpindah sepenuhnya duduk sendiri. Aku rancang secara senyap daftarkan sekolah rendah anak aku ikut alamat rumah aku.
Bila tiba masa, aku terus terang dengan keluarga mertua yang kami akan berpindah sepenuhnya mulai bulan Mac. Mula – mula tu, okay je. Lama – lama mula la sesi perli aku dan anak aku. Cakap kat anak aku nanti kesian tak ada kawan la, cakap aku dan suami nanti tinggal dia lama – lama dekat transit, hasut anak aku jangan pergi sekolah.
Wahh masa tu aku rasa nak meIetup, aku pandang je suami aku. Suami aku terus p0tong apa yang mak mertua aku cakap. Aku pekakkan telinga, kemudian aku cakap dengan suami aku, aku tahu apa yang terbaik untuk anak – anak aku. Apa yang aku minta cuma sokongan dan perlindungan daripada dia untuk aku hadap keluarga dia yang t0ksik tu.
Setakat ni, sepanjang perkahwinan ini Alhamdulillah suami aku akan sokong aku untuk apa yang terbaik. Kemudian, nak dijadikan cerita, baru – baru ni aku pergi bercuti dengan suami dan anak – anak. Aku ingat bercuti boleh la aku tenangkan diri dari kesibukan bandar.
Hari kedua aku bercuti, aku terima panggiIan telefon daripada mak mertua aku. Dia call marah – marah, tengking aku. Sebab apa? Sebab kami dah dua minggu tak balik rumah mertua. Wehh baru dua minggu tak balik. Padahal setiap minggu kami pergi ziarah, kalau tak ziarah pun tidur sana.
Rumah pun tak sampai 30 minit dekatnya. Kampung aku tu, tiga bulan sekali belum tentu balik. Tapi kami selalu buat panggiIan video. Tu pun tak puas hati. Macam – macam la mak mertua hamburkan kata – kata kat aku. Aku diamkan sahaja sepanjang panggiIan tu sampai dia tutup video call.
Lepas tu, aku cerita pada suami aku dan aku cakap depan – depan yang aku block nombor ibu bapa dia. Jadi kalau mereka nak call nak marah – marah, nak hambur kata – kata yang tidak menyenangkan, sila call suami aku sendiri. Aku tak nak ambil peduli. Aku tak nak tambah tekanan lagi. Aku rasa keluarga mertua aku ni tak reti bersyukur.
Bukan aku nak mengungkit, tapi dia lupa tahun 2023 dan 2024 adalah tahun malang mak mertua. Berkali – kali masuk hospital, yang jaga, yang bersihkan dia, yang tukar lampin dia tengah malam ni, menantu h4ntu ni yang buat semua. Bahkan dengan mak kandung aku sendiri pun aku tak pernah cebokkan.
Aku sampai terp4ksa berpisah dengan anak – anak sebab nak jagakan dia, hantar anak – anak balik kampung. Maaf cakap, aku betul – betul nekad kali ni. Aku rasa lebih baik aku diamkan semua. Aku dah malas nak berg4duh dengan orang yang narsis dan t0ksik macam keluarga mertua aku.
Sabar aku kali ni dah habis limit dah. Cukuplah aku ada suami, anak – anak dan keluarga kandung aku. Tolong doakan aku guys. Tolong doakan supaya Allah permudahkan segala urusan aku, suami dan anak – anak, dan jauhkan aku daripada keluarga t0ksik ni. – Kembang Semangkuk (bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.