Pak mertua ada skandal. Bila saya nak masak untuk pak mertua, mak mertua suruh campur air baca baca dalam masakan dan nasi. Pernah 1 hari tu mak mertua k3tuk pintu bilik, minta baju kotor suami untuk buat rendaman mandian.
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, minta hide profile saya ya. Terima kasih. Ini pertama kali saya meluah digroup ini. Hanya sekadar inginkan pendapat, nasihat dan cadangan. Saya kini berusia 24 tahun dah suami 25 tahun.
Kami sudah berkahwin 1 tahun 1 bulan dan kini sudah mempunyai seorang anak berumur 3 bulan. Lepas je berkahwin haritu terus duduk dengan mertua. Kemudian saya berpantang duduk dengan mak sendiri. Sekarang saya sudah habis pantang dan kami mengambil keputusan untuk pulang semula duduk rumah mertua. Itupun 50/50 masih dalam perbincangan.
Soalnya saya tidak ngam dengan mak mertua. Untuk pengetahuan, dalam rumah tu hanya ada mak ayah mertua dan adik ipar perempuan sahaja. Suami saya adalah anak ke 3 dari 4 orang adik beradik. Adik beradik lelaki suami semua sudah berkahwin kecuali yang bongsu je belum baru berumur 17 tahun (perempuan).
Di rumah mertua tu ada crisis orang ketiga. Mak mertua suka pergi berubat sana sini untuk suaminya. Kadang – kadang tu bila saya nak masak untuk suami mak mertua suruh campur air baca baca dalam masakan dan nasi.
Pernah 1 hari tu mak mertua ketuk pintu bilik, minta baju kotor suami untuk buat rendaman mandian. Saya terus cakap takda baju!! Saya ni pulak jenis tak suka betul benda benda syirik khurafat ni. Lagi teruk waktu awal – awal kahwin dulu, saya nak basuh baju.
Mak mertua siap cakap, “basuhkan la baju mak ni sekali.” saya gelak je dalam hati. “hahaha.. ko ingat aku orang gaji ke, anak perempuan kau tu tidur je sampai tengah hari bukan nak suruh pun.” Waktu saya mengadung dari awal sampai la dah beranak memang duduk rumah mertua.
Saya alahan teruk munt4h – munt4h sampai nak pengsan waktu memasak kat dapur, mak mertua datang dapur hanya tanya, “masak apa tu?” Sambil buka tudung saji nak tengok makanan tapi masa tu saya tak siap masak lagi jadi dia pergi macam tu je.
Sebenarnya saya perasan, mak mertua memang rapat dengan menantu anak sulung dia tu. Setiap pagi ber oncall, kena pulak menantu kesayangan dia tu tengah mengandung anak kedua. Mak mertua ada cerita yang menantu dia sorang tu mengidam nak makan ketupat palas.
Kebetulan mak mertua pergi kenduri ada ketupat tu, terus ditapawnya hantar ke rumah menantu kesayangannya tu. Bila saya dengar, kecik hati saya. Ketika saya mengandung mengidam macam – macam tak pernah dapat pun.
Nasib baik suami sentiasa usaha dan suami faham yang saya ni memang tak ngam dengan maknya. Dia tak pernah marah atau p4ksa saya bermanis mulut dekat mak dia. Malah dia usaha untuk bagi saya keselesaan, dia selalu bagi semangat dan support saya.
Cumanya sekarang kami suami isteri tengah bincang nak duduk rumah sewa atau tinggal je di rumah mertua. Rumah mertua semua lengkap serba serbi. Rumah sewa yang kami jumpa tu murah je Rm350, pun lengkap semua.
Cumanya suami kata kecik sangat, seumpama hotel katanya. Masuk je pintu terus nampak katil, kemudian bahagian tengah ada toilet dan bahagian belakang sekali dapur. Kira rumah tu tiada ruang tamu untuk tetamu datang. Saya okey sahaja asalkan tak duduk dengan mertua.
Tapi suami risau, kalau ada keluarga sed4ra mara nak datang rumah macam mana? Lagi – lagi nak raya ni. Nanti apa pulak diorang cakap duduk rumah kecik, masuk je pintu utama terus nampak katil. Sebenarnya soalan saya satu je tapi cerita je panjang.
Apa pendapat pembaca dalam ni ye? Okey ke rumah sewa tu ?? Sebab saya memang tak nak duduk dengan mertua, itu menjadi keutamaan saya. Saya dan suami dah cuba cari rumah lain tapi banyak yang dah penuh takpun harga agak mahal, hanya tinggal sebuah ni sahaja.
Ada juga saya cakap dengan suami boleh duduk rumah mertua tapi lepas raya terus pindah rumah sewa. Jadi ada masa untuk kami cari rumah yang lebih selesa. Tapi saya ni tak menyabarrr.
Komen W4rganet :
Anne Ahmad : Pada saya kalau begitu per4ngai mertua baik la duduk asing. Percayalah walaupun umah tu kecik je tapi hati kita lagi senang sebab hanya ada kita suami dan anak je. Nak berg4duh ke susah senang makan ke tak.. kita laki bini je yang tau.
Nanti ada rezeki pindahlah umah yang lagi selesa. Walaupun umah mertua selesa besar tapi kalau hati kita dok situ tak senang takde gunanya. Kena ingt sis ada anak kecik. Nak kena jaga anak. Nanti mana nak buat keje umah masak basuh baju pastu nak jaga anak. Tak pepasal sis str3ss. Umah sendiri kita ni bebas. Nak masak ke tak.. nak mandi ke tak.. fikir la.
Ainin Nadzrah Zainal : Nape nak risau pasal tetamu datang beraya. Nak datang, mai la datang. Kalau depa komplen rumah kecik ke apa, jawab la, doakan rezeki kami bertambah supaya dapat sewa rumah lebih besar. Nanti diam la mulut depa tu.
Tak perlu nak tacing – tacing kalau depa mengata rumah kecik. Yang menghadap bayar sewa puan dan suami. Bukan depa. Hidup berpaksikan apa orang lain kata, memang tak tenang la hidup. Cuma, pandai – pandai la jawab jangan sampai putvs silaturahim. Biar menyewa walau kurang serba serbi, usaha lengkapkan sendiri.. di kemudian hari akan rasa kemanisan usaha tu, jangan diharap rumah orang yang dah lengkap serba serbi.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.