Mak mertua suruh suami tolong betulkan paip, tiba2 mak mertua call mengadu sambil menangis

Mak mertua memang pantau apa yang suami aku buat, malah HP suami pun dia pantau. Satu hari tu suami tengah caj HP dekat dapur dan mak mertua aku ada dekat situ. Tiba – tiba masuk sms yang mencurigakan. Mak mertua aku bukak dan baca. Dia terus bagitahu aku dan waktu tu jugak aku pitam..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum suma, sebenarnya aku dah lama follow page ni ni tapi aku buat guna fake acc baru sebab tak nak orang kenal aku. Sebelum ni hanya jadi pembaca je tapi kali ni aku sendiri yang kongsi masalah rumahtangga aku.

Suami aku ni orangnya memang baik, penyabar dan sayang sangat dengan anak – anak. Aku dah lahirkan 3 orang zuriat dan sekarang tengah mengandungkan sorang lagi zuriat untuk dia sebab dia kata dia nak 4 orang anak.

Ada satu je per4ngai dia yang aku tak suka,  dia ni malas solat. Yang lain semua ok tapi part – part agama ni memang dia sangat tak ambik peduli. Aku sentiasa bagi dia nasihat untuk berubah tapi jawapan dia kalau nak berubah, dia akan berubah sendiri, tak payah orang suruh.

Jadi sebagai isteri, aku malas nak berg4duh pasal ni, jadi aku diamkan aje la. Semuanya bermula pada hujung tahun bila aku tengok dia suka balik memalam, pastu bila keluar rumah mesti kata jumpa kawan. Tapi pada masa tu, aku tak syak apa – apa tapi bila dia dah start bahasakan diri dia ‘abang’ (aku dengan dia bahasakan diri mama dan daddy untuk senangkan anak – anak), aku dah mula curiga.

Disebabkan hp dia selalu disorok – sorok pastu tak pakai ringtone dah (pakai vibrate je), aku pon dah sem4kin syak yang dia ada berhubungan dengan perempuan lain. Jadi bila aku check bill hp (hp no suami pakai aku punya supplementary line), memang sah ada satu nombor yang dia dok call setiap hari tak kira malam, pagi, petang.

Satu malam tu aku pon cuba call nombor tu pakai hp dia (kira curi – curi la ni miss call). Tak lama lepas tu masuk sms yang ber ‘abang’ and ber’sayang’. Memang malam tu jugak aku terus tanya dia depan – depan. Biasalah, mula – mula tu dia nafikan la tapi bila aku cakap pasal sms dan aku ugvt nak call perempuan tu baru dia ngaku.

Masa tu la dia cakap dia memang tension dengan aku sebab aku ni tak hormat dia la, tak dengar cakap dia la. Semuanya memang salah aku la sebab tu dia cari perempuan lain. Aku memang sangat kecewa masa tu, aku terus jatuh s4kit dan masuk hospitaI.

Aku kena admitted selama 4 hari sebab aku memang down dan dehydration sebab aku tak boleh makan dan murung sangat. Masa aku kat dalam hospitaI pon dia boleh curi – curi jumpa perempuan tu malam – malam lepas melawat aku.

Aku dapat tau bila mak mertua aku cakap yang suami aku keluar rumah pukuI 12 malam lepas tu balik dalam pukuI 3 – 4 pagi. Aku lagi la str3ss dan aku memang meng4muk giIa bila dia datang melawat aku pada hari esoknya.

Aku cakap memang aku dah tak percaya dekat dia dan sampai hati dia buat aku macam ni. Dah la aku s4kit sebab dia, boleh lagi dia curi – curi jumpa perempuan tu memalam. Bila aku meng4muk macam tu baru la dia kata dia menyesal pastu tak nak buat dah dan cuba untuk berubah demi family.

Lepas pada tu aku sangka dia ok tapi rupanya kisah curang dia tak habis kat situ. Aku cakap kat dia yang aku memang berazam untuk berubah macam yang dia nak tu dan dia sendiri pun kena berubah. Jadi kami masing – masing bersetuju dan siap pegi holiday berdua ke genting highland untuk selesaikan masalah ni.

Aku ingatkan dah settle la, rupa – rupanya dalam diam dia sudah pasang lagi sorang perempuan! Aku memang tak tau menahu pasal benda ni sebab aku ingat dia dah insaf. Walaupun dia dah jarang keluar malam tapi dia buat per4ngai lain pulak.

Dia diam – diam keluar rumah lepas aku tido dengan anak – anak. Dalam pukuI 1 pagi pastu balik rumah dalam pukuI 4 – 5 pagi. Ini semua mak mertua aku yang cakap sebab mertua aku tidur dekat bilik bawah, dia tau la pergerakan suami aku.

Mak mertua aku syak jugak dan selalu tanya anak dia kenapa keluar pagi – pagi? Dia cakap nak pergi tengok bola kedai mamak, memang la kat rumah takde siaran astro sports tu, dia gunakan alasan tu untuk jumpa perempuan  – perempuan tu.

Masa bulan januari tahun ni aku dapat tau aku mengandung dan suami macam tak la teruja sangat. Aku tak kisah la pon sebab ni dah pregnancy yang ke 4. Aku tengok dia macam biasa tapi sekarang ni dia dah ada satu lagi no hp prepaid yang mana dia kata dia gunakan untuk biz dia.

Tapi aku selalu cakap kat dia, kalau untuk biz kenapa silentkan ringtone? Orang kalau buat biz ringtone memang kuat supaya tak terlepas customer. Dia selalu bagi alasan yang kata tak nak bising – bising time malam nanti semua orang terjaga.

Tapi yang sebenarnya dia guna nombor tu untuk berhubungan dengna perempuan – perempuan tu la setiap malam. Bila dapat sms or call je, mak mertua aku kata suami aku macam orang kepanasan kat umah, nak keluar dan – dan tu jugak.

Masa ni suami aku dah start hint – hint kat aku kalau aku boleh terima ke kalau dia nak kahwin lagi satu. Aku cakap la aku memang tak boleh kongsi, tak kisah la apa jadi pun. Lepas tu dia terus diam je la. AKu ingat dia memain je.

Ye la.. lelaki kan suka tanya benda – benda macam tu. Sebenarnya aku je yang tak perasaan. Nak dijadikan cerita, setiap hari aku tengok suami aku sem4kin dingin dengan aku. Tak nak bercakap, pastu dalam keadaan aku yang m4buk – m4buk dan pening ni dia langsung tak ambik peduli.

Aku dengan suami memang boleh kata selang sehari mesti g4duh. Semua sebab aku syak dia ada hubungan dengan perempuan tapi dia memang pandai cover cakap benda tu semua dah takde la, dah lepas la. Tapi hati isteri memang kuat kata dia masih ada berhubungan dengan perempuan lain.

Kemudian ada satu hari ni, mak mertua aku ada suruh suami aku ni pergi betulkan paip rumah mak mertua sebab dah patah. Jadi suami aku ni pergi la betulkan sebab hari tu dia cuti. Rumah mertua memang takde orang kecuali adik perempuan dia yang tengah cuti lepas SPM.

Dia call adik dia dan kebetulan adik dia keluar pulak. Jadi mak mertua bagi la kunci rumah untuk dia masuk nak betulkan paip. Rupa – rupanya, dia sudah bawak perempuan tu balik umah mak mertua aku tu untuk temankan dia betulkan paip tu.

Nak  dijadikan citer, adik perempuan dia balik masa dia tengah buat keje betulkan paip tu. Apa lagi, adik dia meng4muk la dan haIau diorang keluar umah. Ni kira dah terkant0i la ni dengan adik sendiri. Malam tu jugak kitorang berg4duh besar sebab MIL aku bagitau kat aku sambil nangis – nangis.

Kat situ baru aku tau yang perempuan dia bawak tu perempuan dari negara seberang, kerja kilang. Aku rasa masa tu macam dunia nak runtvh dah sebab perbuatan dia. Lepas pada kejadian tu memang dia mengaku semua benda yang dia buat kat belakang aku dan mintak aku izinkan dia berpoIigami.

Bab ni memang aku tak setuju sebab aku tau suami aku ni tak mampu langsung. Selama ni memang aku yang tanggung keluarga besar kami termasuk la mak mertua aku tu. Semua perbelanjaan rumah, kereta 2 biji, anak – anak sekolah memang aku yang tanggung.

Suami hanya sekadar beli barang keperluan dapur jer sebulan sekali. Cukup atau tak cukup, itu jer la yang dia mampu. Suami aku setiap hari pujuk aku untuk berkongsi dengan perempuan tu dan dia kata perempuan tu sangat paham diri dia, bagi dia semangat la, dan sayang sangat kat dia.

Hati aku s4kit dengar benda – benda ni tapi aku sabar lagi sebab aku tengah pregnant dan aku fikir aku tak boleh nak bertindak terburu – buru sebab aku fikir anak – anak. Aku berusaha untuk menangkan hati suami balik, aku layan dia cukup – cukup dan kadang – kadang lebih dari segalanya.

Aku memang sayangkan dia walaupun hati ni s4kit la setiap kali terkenang apa yang dia dah tipu aku tu tapi nampak gayanya, dia memang tak boleh tinggalkan perempuan tu. Masa ni la mak mertua aku cakap yang perempuan tu memang guna ilmu hitam diorang untuk dapatkan lelaki tempatan.

Aku tak percaya tapi dalam hati ada jugak kemungkinan benda tu berlaku. Dalam pada masa kritikaI ni, mak mertua aku sangat menyebeIahi aku dan selalu la marah suami aku sebab buat aku camni. Malah hp suami aku pon mak mertua aku pantau.

Satu hari tu, hp suami aku tengah charge kat dapur dan mak mertua ada kat dapur. Masuk la satu sms yang mencurigakan, mak mertua aku baca la. Kat sms tu tulis pasal cuci perut, makan jamu dan mintak suami aku bayar kos rawatan tu.

Bila mak mertua aku bagitau aku, memang berderau d4rah aku sebab sms tu macam kata dia pergi kIinik untuk gugvrkan anak. Aku nangis – nangis depan suami aku tanya betul ke dia dah pregnantkan perempuan tu dan aku nak dia bersump4h dia tak buat.

Akhirnya suami aku cakap memang dia dah pregnantkan perempuan tapi bukan perempuan yang dia nak kahwin tu tapi perempuan lain. Memang mengucap panjang aku dan lepas pada tu aku terus pitam. Bila aku sedar, mak mertua aku tengah nangis – nangis dan suruh aku bersabar dengan dugaan ni.

Suami aku memang sedih tengok keadaan aku macam ni dan dia kata memang semua salah dia. Dia kata benda tu suma disebabkan pengaruh nafsu. Aku dah tak boleh nak cakap apa dah dan bermula dari hari tu, aku cakap kat diri aku yang aku mesti lepaskan diri dari suami aku selagi dia tak insaf dengan perbuatan dia kat aku.

Aku cakap kat dia yang aku dah buang semua perasaan cinta, kasih, sayang kat dia dan aku dah tak kisah lagi apa dia nak buat. Memang aku benci dengan apa yang dia buat kat aku. Tak tau la samada dia kena sih1r ngan perempuan tu atau tak, tapi pada aku memang dia yang salah.

Baru berkawan 3 – 4 bulan dah nak kahwin dan dah buntingkan orang lain plak. Aku cukup tak sangka suami aku yang sangat penyayang, baik dan hormat orang tua boleh jadi macam ni punya teruk. Memang la aku pon ada salah dan silap dalam rumahtangga tapi tu semua asam garam la, yang penting komunikasi.

Suami aku meamng tak pernah bagitau aku apa yang dia nak aku buat, semuanya dia pendam je. Mana la aku tau kalau aku buat silap atau tak. Sekarang ni suami aku dah keluar dari rumah dan aku pon dah bersiap untuk buat tuntutan cerai fasakh sebab dia tak nak ceraikan aku.

Dia kata dia sayangkan aku tapi hati dan perasaan aku dah h4ncur. Macam mana aku nak terima dia balik bila dia dah buat benda – benda terkutuk tu? Memang aku tau aku pregnant tapi kalau aku mend3rita dan mer4na setiap hari, baik la aku selesaikan cepat – cepat.

Aku harap para pembaca dapat memberi pandangan yang membina untuk aku sebab aku pon kadang – kadang tak tau sama ada apa yang aku buat ni betul atau tak. Tolonglah jangan nak mengutuk lebih – lebih sebab aku tak nak perasaan aku jadi lebih teruk dari sekarang.. Thank u all..

Sambungan.. Aku dah selamat berpisah dengan suami walaupun dengan susah payah aku ajak dia pegi mahkamah, akhirnya dia datang jugak. Mula – mula tu dia cakap kat luar mahkamah dia memang tak nak jugak lepaskan tapi aku dah cakap yang aku dah tak boleh hidup dengan dia lagi, mintak tolong sangat lepaskan aku.

Biar aku hidup bahagia ngan anak – anak. Masa tunggu kes kena panggil masih lagi bersms dengan aku kata tak nak lepas tapi oleh kerana tuan hakim masa tu memang jenis garang nak mamp0s, rasanya dia kena pr3ssure kot dengan hakim tu untuk lepaskan aku.

Masa tuan hakim tu soal aku pon aku kena marah sebab aku tak bagitau punca sebenar nak berpisah. Bila aku cakap pasal hubungan orang ketiga memang hakim tu naik angin. Aku rasa hakim tu macam tak suka pasal benda – benda orang ketiga ni.

Siap marah – marah ex-suami kata dah ada yang halal cari yang h4ram. Yang h4ram memang la best tapi esok kalau dah jadi halal, hal yang sama akan berlaku jugak sebab asyik suka yang h4ram je. Banyaklah yang dia membebel kat ex aku pastu aku tengok ex aku tu macam tak boleh hadap dah kena pr3ssure je.

Akhirnya, dia lafazkan jugak taIak kat aku. Lepas lafaz taIak tu memang rasa sedih dan sayu tapi dalam masa yang sama ada rasa lega jugak sebab dah lepas dari semua benda yang meny4kitkan hati. Tapi ex aku ni memang tak putvs asa jugak, sampai ke hari ni masih merayu – rayu dekat aku suruh rujuk balik.

Konon dah menyesal la, nak berubah la. Tapi bagi aku semua tu dah tak bermakna, dah terlambat. Terima kasih nasihat dan sokongan.. Memang banyak yang aku belajar dari para pembaca dan yang paling penting, aku tabah menghadapi semua ni dengan sokongan korang semua.. Tq very much

Insyaa Allah, aku akan teruskan kehidupan ni bersama anak – anak dengan gembira tanpa ada masalah yg memeningkan kepala. Segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan Allah itu maha adil dan penyayang. Hidup ni terlalu singkat untuk kita sentiasa sedih, so better kita ceriakan diri dengan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah s.w.t supaya apa yang kita lakukan di redhai Nya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?