Mak mertua tak jaga aku dalam pantang. Aku minta izin suami nak berpantang rumah sendiri tapi suami ceraikan aku pada hari ke-11

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Sepanjang kami cerai tu, aku akui aku yang salah sebab masih tinggal dengan suami serumah, berharap dirujuk. Suami selalu cakap nanti kita rujuk, tapi nantinya tu bila? Dia ungkit yang dia dah lafaz cerai lama, aku yang tak tahu malu kejar – kejar dia.

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam admin. Tolong hidekan profil aku ya. Aku janda anak 2. Anak pertama aku sebab aku telanjur dan anak kedua aku ni aku kahwin, tapi dah bercerai masa umur anak aku 11 hari. Sebelum aku kahwin, mak aku yang jagakan anak pertama aku sebab aku kerja.

Sejak kahwin, aku tak kerja dah sebab bekas suami tak bagi. Tapi anak pertama aku tu tak tinggal dengan aku sebab bekas suami aku macam tak terima anak aku tu. Mula – mula aku anggap sebab dia masih baru dalam hidup aku dan anak, belum biasakan diri.

Lama – lama sampai sekarang memang bekas suami aku tu tak dapat terima dia. Bekas suami lafazkan cerai masa aku pantang 11 hari sebab aku cuma minta balik rumah orang tua aku. Masa tu ibu mertua tak jaga aku langsung waktu pantang, aku mandi air sejuk, masak sendiri, cuci kain sendiri. Syukur suami urus dirinya sendiri pergi kerja.

G4duh punya g4duh pasal ni, suami lafaz cerai talak 1. Aku pendekkan cerita, sepanjang kami cerai tu, aku akui aku yang salah sebab masih tinggal dengan dia serumah, berharap dirujuk. Suami selalu cakap nanti kita rujuk, tapi nantinya tu bila?

Lagi satu, keluarga aku tak terima aku di rumah tu kalau aku cerai dengan suami disebabkan kisah silam aku tu. Itulah keputusan aku untuk teruskan. Tapi makin hari makin aku tersiksa. Dengan ibu mertua yang selalu batu api bagi g4duh kami suami isteri, dengan suami aku tak kerja masa tu, dengan aku kelaparan kebulur dalam rumah, dengan aku yang jadi orang gaji. Dengan suami yang panas baran, kaki pukuI, kaki maki.

Sampai dia kerja, dia lupakan aku yang sentiasa sabar di sisi dia masa dia susah. Bila dia dah kerja, mula sudah dia ungkit yang dia dah lafaz cerai lama, aku yang tak tahu malu kejar – kejar dia. Dan ya, memang betul semua tu sebab dia yang sendiri yakinkan aku. Dalam tempoh iddah, kalau ada bersama, tu dah dikira rujuk.

Bila aku sebut tentang tu, dia cakap pula aku b0doh, aku ni tak tahu agama. Sampai duit nafkah aku dia tak bagi, tapi boleh pula bagi kat adik dia. Aku sabar sampai aku nekad failkan perceraian. Dia sekeluarga ugvt nak tuntut anak aku.

Alhamdulillah, semua dipermudahkan. Aku dah bercerai dan bekas suami tahu dia tak dapat tuntut sebab apa pun anak tetap di jagaan ibu. Lepas tu aku terp4ksa tinggal di rumah mak aku walaupun mak tak terima. Pernah sekali dia halau aku sampai aku dilempar dengan macam – macam benda, sampai kaki aku Iuka kena benda.

Bekas suami aku pula mula hidup dengan dunia bujang, layan media sosiaI, chat sana sini dengan perempuan. S4kit hati memang s4kit sangat. Dia kerja sekarang, dia selalu cakap aku ni mata duitan. Sedangkan kalau kami jalan, aku juga yang sentiasa hulur duit kalau dia takde duit.

Sampai akhirnya aku buat keputusan nak pergi merantau. Sebelum aku pergi, aku beritahu bekas suami aku yang aku nak cari kebahagiaan dan kesenangan aku sendiri. Dia jawab, pergiIah, aku tak pernah nak halang kau. Dan sekarang ni dia sibuk telefon, mesej aku, kata aku ni pergi dengan lelaki lain, anak aku suruh orang jaga, bagi kat orang lain.

Macam – macam h1naan dia bagi aku. Mungkin dia rindu anak, tapi kenapa masa aku masih di sana dia tak peduli anak? Dia sibuk dengan perempuan, kerja, Free Fire, lepak. Mak aku pula masih tak sokong aku depan bekas suami, bertambah bekas suami h1na aku.

Bekas suami memang sayangkan anak aku, tapi aku ni dia buat macam tunggul kayu, lahirkan anak dia lepas tu buang aku. Dia tak pernah layan aku bagus, aku layan dia macam raja. Tapi disaat dia senang, dia buang aku macam sampah. Sekarang dia h1na aku.

Dia sekeluarga pernah h1na aku, cakap aku ni janda murahan, nak pisahkan aku dengan anak. Aku cukup sabar. Tapi kenapa disaat aku nak mulakan hidup baru, bekas suami muncul dengan kata – kata h1naan? Dengan keluarga aku yang takde sokong aku, yang takde peduli aku.

Dalam dunia ni aku hanya punya anak, keluarga lain takde. Sekarang ni aku hidup di tempat orang, duit pun cukup – cukup makan. Tengah ajar anak minum susu formula sebab aku nak kerja. Tapi belum ada rezeki lagi aku belikan susu sebab aku memang tengah susah sekarang.

Umur anak aku 9 bulan. Dengan pampers lagi aku fikir. Aku memang susah sekarang, tapi aku mesti kuat walau apa pun. Untuk anak – anak aku. Aku penat dipandang h1na oleh orang disebabkan kisah silam aku. Aku penat dipijak – pijak oleh orang. Biarlah aku susah sekarang, yang penting aku usaha dari hasil titik peluh aku. Semoga aku kuat dan dapat buktikan dengan semua orang aku boleh hidup sendiri dan berdikari cari rezeki untuk anak aku. InsyaAllah.

Komen netizen :

Faranadiatul Wahyu : Sis kena kuat ya untuk anak – anak. Setiap orang ada kisah lampau, sis jangan jadikan kisah lampau sis satu halangan untuk sis terus melangkah. Buat apa terus bersama kalau sis tersiksa? Orang yang lalui je tahu betapa s4kit nak hadapi, tapi fikirlah masa depan anak – anak, masa depan sis. Sis layak hidup bahagia walau hitam macam mana pun kisah silam sis.

Aida Kadir : Sis pergi je lah bawa diri sis. Kalau kat area Puchong, sis boleh hantar anak sis kat rumah asuhan Uncle Kentang. Dorang takde caj apa – apa kat sis. Segala susu pun dorang akan tolong sediakan. Jadi sis cari rumah sewa dan juga kerja. InsyaAllah sis boleh. Orang buang kita macam sampah, satu saat akan datang seseorang yang pungut kita macam permata. Allah Maha Adil, sis.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.