Satu hari, datang mak cik suami aku ni, dia cakap aku nak harta, aku b0mohkan diorang, aku tanam benda syirik depan rumah. Dia suruh suami ceraikan aku. Mak mertua tiba – tiba berubah, dia melutut, merayu suruh suami ceraikan aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tolong rahsiahkan siapa saya. Dalam hidup ni kita tidak dapat apa yang kita mahu tapi Allah swt bagi apa yang kita perIukan. Cerita aku ini biarlah menjadi pengajaran dan panduan kepada semua yang membaca nukilan ini. Moga – moga jadi iktibar buat semua.
Aku adalah seorang penjawat awam. Asal orang kampong. Memang kampong sangat. Gaya dan perwatakan pun memang orang tahu kampong. Aku berkahwin dengan orang bandar yang mana tinggal dibetul – betul bandar dan di tengah – tengah band4raya Kuala Lumpur.
Suami aku juga bekerjaya tetapi dalam bidang swasta. Dengan gaji kami berdua sangat cukup untuk menyara kehidupan 2 orang anak yang masih kecil. Kisah aku bermula apabila kami berkahwin dan tinggal bersama kedua ibubapa mertua.
Bapa mertua sangat baik dan tidak pernah campur urusan kami, suami isteri. Maksud campur ni kalau aku marah suami pun dia tidak campur. Tapi dia sangat mengambil berat mengenai anak – anak aku dan sudi meluangkan masa untuk anak – anak walaupun penat bekerja.
Ibu mertua aku sangat baik, penyayang dan cantik. Dia dah berhenti kerja dan sudi menjaga anak sulung kami apabila aku dapat posting mengajar. Segalanya indah dan cantik belaka, sehinggalah aku melahirkan anak ke 2.
Aku tahu ibu sudah penat menjaga anak kami. Apalah sangat aku membayar RM300 setiap orang, dengan kesudian dia menjaga anak – anak aku. Ibu menjaga anak aku yang sulung dari umur 6 bulan hingga umur 2 tahun.
Dalam mencari orang lain menjaga anak aku, ibu mertua masih menjaga cucunya. Kesukaran cari orang yang betul – betul dan kawasan tengah bandar membuatkan masalah jadi lagi besar. Aku usahakan juga. Dapatlah anak aku masuk taska asuhan untuk sebulan.
Cuma anak yang baby belum dapat tempat. Ibu mertua juga tak mempunyai masalah untuk menjaga jika seorang. Pada masa aku pergi kerja pukuI 7 pagi hingga 2 petang memang anak aku bersama mertua. Suami aku pula pergi kerja jam 8.30 hingga 5.00 petang.
Separuh hari anak – anak memang bersama mertua. Masa berlalu dan sempat 4 bulan je mertua jaga anak ke-2. Seterusnya kisah dah lain. Timbulah kisah bila adik ipar aku hendak kahwin. Aku tahu niat dia mahu membawa suami dia tinggal di rumah itu.
Kawan ibu mertua aku yang tak berapa rapat call aku dan cerita adik ipar aku mengata aku macam – macam. Antaranya ialah aku control suami aku. Suami aku dengar cakap aku je. Aku yang atur semua dan yang paling best, aku p4ksa ibu mertua aku jaga anak – anak aku. Kalau tak nak jaga ugvt nak pindah kerja dekat lain.
Selepas hal itu, baik aku dan suami dah taw4r hati untuk berbaik dengan adik ipar. Suami aku marah bukan sebab apa, dia sanggup tolong buat loan sebab adik dia nak kahwin tapi akhirnya mengata di belakang. Sedangkan apabila susah, kat aku lah yang dipinjam duit.
Malah masa bertunang pun pinjam duit aku. Aku tak tahu untuk tujuan tersebut. Katanya dia nak bayar hutang ibu mertua. Dulu aku rajin, ye lah anak seorang, sempat buat semua keje. Balik sekolah macam – macam kerja aku boleh buat.
Tapi bila dah 2 orang anak, aku tidak mampu nak uruskan semua. Hinggakan baju pun aku basuh kat mesin basuh rm5 ringgit. Suami menyokong penuh tindakan aku. Dia tahu setiap apa yang terjadi a to z sebab aku tidak pernah pun sorokkan apa – apa dia.
Hanya satu sikap buruk ibu mertua aku, dia terlalu percaya b0moh dan taksub benda – benda macam tu. S4kit sikit kata orang b0mohkan, lenguh sikit kata orang buat sebab nak harta, sebab dengki. Aku tak nampak pun dia orang ni kaya dan berharta.
Memang jenis aku tidak hairan dengan harta orang pun. Sebagai wanita bekerjaya cukup je gaji rm4k kat aku ni. Lepas makan pakai, anak – anak dan kereta dah alhamdulillah. Bila ibu mertua aku ajak mengurut atau apa sahaja, aku tidak ikut dan aku memang tak suka dia bawa anak aku ikut sekali.
Tiap – tiap minggu urut, sekali urut rm60. Habis adik beradik dan semua urut sekali. Kiralah kalau 4 orang. Seminggu sekali, setahun? tukang urut tu jugak yang kaya. Asal balik je cerita. Kena buatan orang, orang dengki, orang nak harta dan macam – macam lagi.
Aku buat tak tahu je. Penat dengan cerita dia orang ni. Suami aku pun tak bagi ikut dan dengar. Sudahnya buat hal sendiri. Bila Allah nak uji, aku pun tak terfikir aku kena lalui. Satu hari, datang mak cik suami aku ni, tiba – tiba dia cakap aku nak harta, aku b0mohkan diorang, aku tanam benda syirik depan rumah dan suruh suami aku ceraikan aku.
Dan yang paling aku terk3jut, mak mertua aku pun sama, tuduh aku, p4ksa aku mengaku dan suruh suami aku ceraikan aku. Sampai melutut dan menangis dekat suami. Aku terk3jut, tak sangka. Bila suruh diorang tunjuk bukti dan tanya siapa yang cakap, “takde bukti.”
Diorang suruh aku bertaubat dan mengaku, siap mintak sumpah guna Al-quran. Memang aku nak buktikan yang aku tak salah. Masa aku nak bersumpah, bapa mertua aku balik dan cakap tak elok main dengan Al-Quran. Aku senyapkan aje.
Aku kemaskan kain baju dan ajak suami aku keluar. Aku cakap, dah lama aku sabar. Kenapalah tuduh aku macam – macam. Sudah cukuplah apa yang aku lalui. Penat dengan kerenah orang bandar yang acah – acah kaya.
Perasan orang nak harta dan asyik fikir dan nampak h4ntu je. Sudahnya aku pulak yang dituduhnya bela h4ntu. Kami bawa diri, duduk rumah pakcik sebulan, d4rah aku naik, demam dan s4kit bagai. Pakcik akulah yang ambil alih jaga kami 4 beranak.
Anak – anak bibik yang jaga. Lepas sebulan duduk dengan pakcik aku, aku dapat rumah yang sebenarnya dah lama aku beli diam – diam. Aku dengan suami aku je tahu. Kami pindah dari rumah pakcik selepas pakcik yakin kami dah sihat dan emosi dah stabil. Sedih memang sedih tapi hidup kena teruskan.
Kami ambil masa yang lama untuk bertenang dan hubungi ayah mertua. Ayah datang rumah kami dan tengok kami anak beranak. Anak aku malu – malu. Maklumlah dah lebih 5 bulan tak jumpa. Sejak dari hari tu ayah mertua selalu datang.
Sedih plak aku tengok anak – anak aku dan ayah mertua aku. Kami membina kekuatan dengan melihat muka anak dan percaya Allah swt tak menguji seseorang di luar kemampuan. Satu hari aku bawa anak murid pergi bersukan , dan terjumpa dengan sed4ra sebeIah ibu mertua aku. Apa yang dia sampaikan benar – benar buat aku sedih. Ibu mertua aku dah pergi rumah dia dan bercerita..
1) aku dengki ke adik ipar aku
2) aku bagi suami aku nasi kangkang
3) dia dah takde anak lelaki dan cucu
4) dia pasrah sebab suami aku pilih aku dari dia sebagai ibu dan tak ceraikan aku.
5) aku nak harta dia orang
6) aku bela h4ntu dan setiap barang yang aku tinggakan semua aku letak h4ntu
7) aku tanam benda syirik depan rumah tu
8) hati aku hitam
Puas makcik tu nasihatkan dia, tetapi dia tak nak dengar dan yakin dengan tuduhan dia. Itulah dugaan yang paling besar bagi aku dan suami aku terutamanya. Sepatutnya ibu mertua aku kena cakap elok – elok yang dia nak kami keluar dari rumah tu dan dia nak duduk ngan adik ipar aku yang baru nak kawin tu.
Bukannya fitnah dan tuduh aku macam – macam. Habislah nama aku dicanang satu Malaysia rasanya. Untuk sesiapa yang tak percaya b0moh dik4tanya aku dengki dengan adik ipar aku. Untuk sesiapa yang percaya b0moh item 1 hingga 7 di atas semuanya dinyatakan. Jawapan aku kat sini..
Tuduhan 1 : Untuk apa aku dengki dengan adik ipar aku. Malah aku kesian, ye lah nak cantik di mata orang, macam – macam kena buat dan pinjam sana sini sebab nak kahwin. Dari segi kerjaya, aku lebih kukuh. Aku tak nampak apa yang perlu aku dengki dengan dia.
Masa majlis kahwin dia kami sekeluarga tak pergi. Aku ada suruh suami pergi tapi dia yang tak nak. The best part kat sini bila dia nak kahwin tapi tok kadi s4kit. Aku plak dituduh b0mohkan tok kadi tu. Apa yang kelakar, adik ipar aku kononnya belajar yang boleh rujuk hati orang.
Jadi dia nampak aku hati hitam. Rujuk maksudnya kat sini dia boleh nampak semua benda dan tahu dalam isi hati kau ok. Aku pelik jugaklah solat subuh pun sebulan sekali tak nampak. Boleh plak ada ilmu macam tu. AkuĀ tahulah, aku pergi kerja pukuI 7, dia pergi kerja pukuI 9 dan dia tak bangun pun masa aku pergi kerja. Dah tu kalau aku cuti, aku banyak cuti, tahu je pukuI berapa dia bangun semua.
Tuduhan 2 : Aku nak bagi suami aku nasi kangkang apanya kalau yang masak nasi dekat rumah tu, mak mertua aku. Aku beli lauk je. Aku lagi senang beli sebab dah balik pukuI 2. Mana sempat. Tu satu, lagi satu katakanlah mak mertua aku nak masak.
Sekali aku balik aku yang kena ready semua, dia just campak dalam kuali je. Aku ni cam apa ntah bawa kereta laju – laju sebab nak sampai cepat. Tak nak mertua aku susah jaga anak aku. Takut depa lapar dan macam – macam fikir. Entahlah.
Tuduhan 3 : Yakin mak mertua aku mengaku takde anak lelaki dan 2 cucunya sedangkan tulah satu – satunya anak lelakinya dan 2 cucu buat masa ni. Aku, takyah lah. Dah kena buang kan. huhuhuhu. menitik air mata kami.
Tuduhan 4 : Perkataan cerai mak mertua aku buat main – mainlah, tapi bagi kesan yang dalam pada hubungan aku dan suami. Ikutkan hati mahu aku tinggalkan suami aku. Tapi dia dah la tiada sesiapa dan atas apa sebab aku nak berpisah dengan dia. Penat dia ngorat aku yang tak lawa sangat ni dari zaman universiti lagi dan penat dia pujuk rayu suruh aku tunggu dia walapun aku dah kerja masa tu. Bukan sekejap aku dengan suami bercinta dari 2014 lagi.
Tuduhan 5 : Bab ni yang paling kelakar. Tapi tak boleh ulas sangat, kang dik4tanya aku mengungkit. biarlah diorang.
Tuduhan 6 : Yang ni nak gelak pun ada, nak nangis pun ada. Aku nak bela anak dan uruskan keperluan anak dan suami pun kelam kelibut sempat plak aku bela h4ntu. H4ntu apa aku bela sampai sekarang pun aku tak tahu. Sampaikan anak aku yang jendul tu pun dik4ta ada tanduk dari h4ntu yang aku bela. Padahal gambar tu gegar. Bah4ya betul orang yang taksub pada b0moh h4ntu s3tan dan perkara syirik ni.
Tuduhan 7 : Yang ni aku paling sedih. Seingat aku suami aku tanam uri anak aku je kat depan atau tepi umah. Aku pun tak pasti dekat mana dan bahagian mana. Masa jadi benda ni, nak je aku cari ustaz dan suh pergi ambil semua tu tanam kat lain, punyalah sedih.
Tuduhan 8 : Hati aku hitam. Aku tak tau sampai sekarang w4rna apa hati aku, pelik dia tahu semua. Masalahnya takde yang betulnya. Adoila. Sorang lagi orang penting dalam apa yang jadi ni. Mak sed4ra suami aku atau kakak kepada ibu mertua aku.
Tiap – tiap minggu datang rumah tu sebab rumah pusaka dan ayah dia ada situ dan memang dia ada hak atas rumah tu. Asal datang je asyik la cerita mak mertua dia jahat, b0mohkan dia, orang kedah. Nak harta dia, habis benda diungkit dan diulang.
Anak – anak dia dah tak kuasa dengar, tapi aku ni dengan pasrah dan redha terp4ksa dengar. Takkan nak kurang ajar plak. Dengar je lah. Tapi dah teruk sangat aku pun meIawan. Dari apa yang jadi ni, aku tak cakap aku ni sempurna dan baik sangat.
Bila adik ipar aku mengata aku, aku pun mengata dia pemalas. Malas nak cerita apa yang malasnya. Dah memang malas. Aku pun tak pandai nak jaga hati mak mertua aku dan adik ipar aku. Aku keras aku lah. Kalau aku tak setuju apa – apa aku cakap aku tak nak.
Kalau tak berjaya aku cakap suami aku tak bagi kebenaran atau tak setuju. Memang pun dah macam tu. Suami aku plak, malas sangat kalau mak dia suruh, apa pun liat nak buat. Bila aku suruh cepat plak dia buat. Dah macam mana tak mampak aku b0mohkan dia.
Ye lah bila anak sorang aku tak kisah kalau suami aku tak bantu dalam pengurusan anak tapi bila anak dua, aku memang perIukan bantuan suami. Aku rasa aku dah teruk kena fitnah dan kecewa serta terIuka tapi apa yang suami aku lalui lagi teruk.
Dia berkeras dan yakin aku tak salah dan dia sanggup keluar dan tinggalkan mak dia demi aku dan anak – anak. Bagi aku takde siapa dah setabah dan sehebat suami aku. Betapa Allah sayang aku dan hargai aku anak beranak. Dia bagi ketua keluarga yang betul2 bertanggujawab pada aku. Syukur alhamdulillah.
Sehinggalah sekarang kami 4 beranak merindui ibu mertua aku. Tapi apakan daya keyakinan dia terhadap b0moh dan perkara syirik dan kepercayaan dia terhadap perkara yang dirujuk tersebut sangatlah kuat. Kami hanya mampu berdoa mengharapkan suatu hari nanti akan terbuka pintu hari ibu mertua aku supaya insaf dan tidak percaya kepada perkara syirik tersebut.
Nampak tak kesannya. Anak terpisah dari ibunya. Cucu terpisah dari atuk dan neneknya. Entah sampai bila. Tapi itulah yang kami lalui. Nasihat aku untuk suami aku.. balik dan jenguklah ibu. Suami aku buat 6 bulan sekali ibu mertua aku takut – takut.. takut aku hantar h4ntu..
Setahun berlalu. Masih seperti dulu. Kami hanya berjumpa ayah mertua. Dating kat kedai, ayah mertua datang rumah dan whatsapp gambar. Kami juga tidak menghubungi sesiapa. Kalau ada mesti dengar cerita yang tidak elok.
Contoh terkini, ibu mertua aku call orang tanya, adakah aku hantar anak dekat orang yang dia agak @ rujuk. Pelik orang tu. Takde kena mengena boleh plak aku nak suh orang jaga. Tu satu. Lagi satu yang kelakarnya mengikut adik ipar aku yang ada ilmu merujuk tu dan b0moh indonesianya.
Kami ni duduk hotel. Dah tak mampu bayar duduk rumah flat dan buat rayuan untuk dapat kuarters. Pakai ilmu apalah tu. Tak betul belaka. Duduk rumah pakcik sebulan sebab pakcik taknak lepas, risau kami punya kesihatan.
Padahal lepas keluar seminggu dah dapat rumah. Sebelum tu dah 2 rumah aku tolak sebab taknak tinggalkan dia orang dan taknak pisahkan nenek dan cucu. Sekarang semua dah berlalu. Serahkan segalanya kepada Allah.
Selepas pindah rezeki bertambah. Kami bahagia dan ceria dengan dunia kami, namun rindu dan kasih tetap ada. Apalah nak diharap dan ditagih pada insan yang tak sudi dan memfitnah aku sedemikian rupa. Hanya doa yang mampu dikirimkan.
Nasihat aku pada yang membaca. Sayang macam mana pun dengan ibubapa, carilah rumah lain kalau ada orang lain nak duduk situ. Jauhkan lah benda – benda syirik ni. Tak berbaloi awak hajah dan haji tapi awak berjumpa b0moh dan tukang rujuk merata. Banyak sangat s3tan dan iblis yang akan menghasut dan menambah.
Kepada ibu mertua, hormatlah menantu anda. Dia bersabung nyawa melahirkan zuriat untuk anakmu tapi apa yang kau baIas. Bersyukur dan beruntung aku kerana anakmu insan yang ko sekolahkan dan kau didik dengan ilmu agama yang cukup dan tahu menilai mana yang baik mana yang buruk.
Apa – apa berbaliklah pada Allah. Serahkan segalanya pada Allah. Kuatkan hati dan jiwa bila berhadapan dengan ujian. Semoga Allah permudahkan segalanya. Nasihat aku kepada orang di luar sana. Horm4tilah dan sayangi lah diri dan keluarga sendiri.
Jangan bagi orang buruk, kata, fikir, dan tuduh kita n family kita macam – macam. Tak salah beralah tapi jangan sampai orang letakkan keburukan dan segala kesalahan pada kita. Jaga dan sayangiIah diri dan keluarga sendiri.
Yakin dengan segala Allah bagi. Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Aku nak mak mertua aku tak percaya b0moh dalam masa yang sama aku nak jauh dari orang yang syirik dan suka jumpa b0moh merata. Aku percaya apa yang aku lalui ada hikmah di sebaliknya. Salam terima kasih sudi membaca coretan aku.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.