Mak p4ksa aku jaga anak-anak kak ipar. Satu hari, aku pinjam hair dryer kak ipar, dia meng4muk hempas barang. H1nanya aku

Aku nak pinjam hairdryer kak ipar. Aku pinjam 5 minit je dan aku letak balik. Bila kak ipar balik, dia marah, hempas – hempas barang, baIing tuala aku. Esoknya, abang mesej aku, marah aku sebab kak ipar mengadu…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, aku Bunga, 20 an. Anak bongsu dari 4 adik beradik. Adik beradik aku semua lelaki, aku jelah perempuan. Aku anak yatim, lahir – lahir memang tak ada bapak. Ayah aku meninggaI umur aku 4 bulan dalam perut.

Waktu membesar aku memang rasa susah. Susah sebab aku taktau dan tak pernah rasa peranan seorang ayah. Aku dan adik beradik sangat tak rapat. Sangat jarang nak bercakap. Aku selalu nangis waktu aku umur 5 – 6 tahun. Boleh dik4takan setiap malam.

Sebab aku tertanya kenapa tuhan kasi aku ujian tak ada bapak macam ni. Waktu aku sekolah aku budak yang agak pandai, aku selalu bagitau mak dan abang – abang aku result aku. Tapi diorang tak ada reaction. Waktu aku dapat result SPM, aku pujuk mak aku teman aku ambil result sebab aku nak rasa dirayakan.

Kau tau mak aku cakap apa? “Taknak lah, nanti kalau result tak cantik aku kecewa”. Aku ingat ayat tu sampai m4ti. Bila aku start sambung belajar, abang – abang aku tak pernah bagi aku duit satu sen pun. Mak aku ibu tunggal dan suri rumah ya.

Aku apply UPU sendiri, uruskan daftar masuk IPT sendiri dan apply PTPTN sendiri. Tak ada siapa tolong aku. Aku berg4ntung harap dengan PTPTN. Pandai – pandai la ko hidup dengan duit tu sampai habis semester. Nasib baik sem 3 – 5 online class sebab pandemik.

Waktu aku umur 19, masa tu aku sem 2. Abang sulung aku dapat anak pertama. Mak aku mesti lah excited, cucu sulung kan? Dia jaga. Mak aku ni dah tua. Tapi anak buah aku ni agak fussy time baby. Mak aku str3ss dan p4ksa aku balik ke rumah tiap – tiap weekend.

Aku study di Negeri Sembilan, rumah aku lebih kurang 4 jam perjalanan dari Negeri Sembilan. Aku tak ada kereta, aku balik naik bus. Tiap – tiap minggu. Selalu kena demerit sebab Ianggar curfew. Pointer aku drop sem tu sebab penat jaga budak. Sebelum tu aku dekan je.

Sekarang umur aku dah 24 tahun, aku dah bekerja. Anak buah aku dah ada 2 orang. Mak aku masih jaga budak – budak tu sepenuh masa. Aku? Terp4ksa ikut. Aku bukannya jahat sangat nak biar mak aku buat semua kerja.

Jadi siang aku kerja, balik aku masak untuk makan esoknya dan makanan budak – budak tu. Aku mandikan budak – budak dan bagi makan dan segalanya. Dari berat aku 47kg, sekarang berat aku dah 60kg. Aku gain weight sebab overstr3ssed kerja dan urus benda yang bukan tanggungjawab aku sebenarnya.

Aku bukan tak sayang anak anak – buah aku, mereka dalam hari pun aku yang mandikan kot. Tapi sejujurnya, semua orang yang dengar kisah aku ni cakap yang semua ni tak fair. I should live my 20s. Aku muda lagi. Ini bukan tanggungjawab aku.

Mesti ada yang tanya, kenapa abang aku tak cari babysitter? Entahlah korang. Aku mungkin bongsu. Tapi aku dah banyak kali bertekak pasal hal ni. Aku bukan nak burukkan keluarga sendiri, tapi aku tau abang dan kakak ipar aku suka gunakan aku untuk anak anak mereka.

“Bunga, pergi beli bubvr untuk anak aku” | “Bunga, cepat amik diorang ni. Aku lambat nak pergi kerja” | “Bunga, keluar beli mainan anak aku” | “Bunga, tolong mandikan diaorang” | Aku dah serupa bibik. Aku type pun sambil menangis ni.

Oh ya, lupa bagitau. Kakak ipar aku kerja shift dan abang aku pula kerja PJJ. Betapa asingnya aku ni dianggap dalam rumah diorang tu sehingga tahap aku pernah berg4duh dengan kakak ipar aku pasal hairdryer. Bunyi simple kan?

Waktu tu, anak buah aku merengek berg4duh nak mandi dan nak makan. Aku ni baru balik kerja. Aku baru lepas mandi. Aku nak pinjam hairdryer dia, jadi aku masuk bilik dia semasa dia tak ada. Aku pinjam 5 minit je dan aku letak balik.

Cuma aku tertinggal tuala aku dekat bilik dia sebab anak buah aku menangis tak henti. Aku berlari turun uruskan anak – anak dia. Dia balik dia hempas – hempas barang. Aku tak faham kenapa jadi aku biar. Esoknya aku nampak tuala aku kat tangga. Dia campak. Aku macam kenapa?

Tau – tau abang aku call aku marah – marah “kau jangan masuk bilik tu kalau Rose (kakak ipar) tak ada”. Salah aku sebab tak minta izin, tapi seh1na itu ke aku dalam rumah mereka? Sedangkan aku jaga anak diorang. Diorang balik, anak – anak mereka dah wangi, dah makan. Tinggal bawa tidur sahaja. Seteruk itu ke aku?

Aku tak bercakap dengan Rose selama setahun tentang kes tu. Mak aku? Mestilah backup menantu dan abang aku. Mak aku ni pula per4ngai selalu marah – marah sebab penat. Yang jadi m4ngsanya, aku. Aku dah hadap benda ni 6 tahun. Mestilah aku dah faham per4ngai mak aku ni kalau dia penat.

Jadi aku selalu garang dengan anak – anak buah aku. Sebab aku tak nak mak aku marah dulu dan aku mak aku str3ss. Nanti d4rah tinggi dia naik. Tapi dia selalu salah faham. Dia selalu cakap, “kau ni selalu marah – marah kenapa?

Diorang ni budak lagi. Kalau kau rasa semak kau keluar je”. Aku ni dah cukup bertanggungjawab, aku let loose myself sampai gain weight almost 20kg. Apa lagi kurangnya kat aku? Aku tak pernah tak belanja anak – anak buah aku makanan dan mainan setiap kali gaji.

Aku bukan d3ra diorang. Aku tak pernah lift a finger to them. Aku cuma marah suruh makan suruh mandi dan betulkan apa yang salah. Aku tak pernah berkira bab makan dengan adik beradik. Aku jaga diorang. Aku selalu bagi mak aku duit, but one time aku tak boleh kasi, “ni la sebab gaji kau tak berkat”. Wow.

Sebenarnya panjang lagi confession ni. Tapi sejujurnya, pada mata pembaca, aku ni teruk sangat ke? Aku sebenarnya str3ss sampai tahap menangis sendiri dan pernah breakdown depan budak – budak ni. Tapi tak lepas to them.

Anak buah aku yang sulung tu ada tanya, “kenapa maksu?”. Aku cuma jawab, “maksu penat work”. Padahal aku penat dengan rumah ni. Aku tak pernah dihargai langsung dan pada mata mereka aku cuma budak kecil.

Tolonglah bagi nasihat, apa lah patut aku buat lagi? Aku tak nak pergi kerja jauh sebab aku sorang je yang belum kahwin. Jadi aku nak jaga mak aku. Mak aku dah tua. Tapi hati, perasaan, tenaga dan masa 20s aku macam mana? Sesungguhnya, mereka ni mempengaruhi aku untuk taknak berkahwin dan taknak ada anak. Aku tak nak orang lain susah sebab aku. Aku takut. – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Salina Gunawi : Bunga tak derh4ka tapi abang dan kakak ipar tu yang bengong. Nak beranak uruslah anak mereka sendiri. Ada sorang kenalan anak saya umur dah menginjak 30 tahun perempuan tapi tak pernah betul – betul kerja.

Sebabnya dia bongsu tapi kakak dan abang dia buat dia jadi bibik. Suruh dia jaga anak mereka dan cukup masa suruh dia keluar dari rumah mereka. Mak dia bekas guru pun tak boleh tolong dia. Dia sampai tiada kerjaya dan tiada duit. Sebab hidup dia begitu dia pun cuba gunakan kawan – kawan. Selagi Bunga tak keluar dari rumah itu you tak akan ada kehidupan. Please wake up girl!

Firdaus Zack : “Kalau kau rasa semak kau keluar je”. Ehh family sendiri dah bagi jalan tu.. tips – kadang hidup ni kena keras sikit, kena ajar jugak, masa bila dah tak ada, baru waktu tu diorang akan rasa / ingat jasa – jasa sis.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.