Adik angkat aku menangis dah kena tebuk, mak aku pulak p4ksa aku kahwin. Aku terp4ksa kahwin dah masuk 8 tahun. Bila teringat, aku akan ungkit dan h1na isteri. Isteri aku diam tak menjawab. Satu hari, isteri cakap, dia nak bincang…
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, semoga dapat siarkan kisah aku ini, semoga menjadi pengajaran. Aku kahwin dengan isteri aku sebab dulu dia ini adik angkat aku. Cuma aku sayang dia sebagai adik. Nak jadikan cerita, isteri aku ini kena r0g0l dengan abang angkat dia yang lain.
Punya kecewanya aku sebab aku dah jaga dia macam adik aku. Tiba – tiba dia dah rosak menangis minta tolong dengan aku. Jantan yang rosak kononnya nak bertanggungjawab, tapi aku yang halang. Dan pada masa yang sama mak aku desak – desak suruh aku plak kahwin, jadi kambing hitam.
Bila mak aku cakap kalau tak kahwin kempunan mak aku nak tengok. Jadi aku pilihlah adik angkat aku ini iaitu sebagai isteri aku yang sekarang ini. Bagi aku benda ini memang masalah datang dari aku. Aku tak tahu nak cakap sama ada aku ini ikhlas atau tidak terima dia.
Aku ada masa aku rasa sayang dekat isteri aku ini, ada masa bila aku teringat benda yang lalu, aku terlepas cakap benda yang bukan – bukan. “Kau sedar diri aku kutip kau dah kena tebuk tupai, buah kena tebuk. Jijik saja rasa.”
Respon isteri aku diam saja sebab dia jenis pendiam, tak ada nak meIawan. Lapan tahun ini kahwin macam ini lah, turun naik. Kadang – kadang bergurau aku tersep4k, tert3ndang, tertolak sampai jatuh, ternaik tangan, terk3tuk kepala dia bila datang geram.
Tapi dia diam saja sebab dia perempuan yang tak banyak kerenah. Bab lain, cukup sempurna, ada lima orang anak dengan mengandung dua orang anak serentak, isteri juga berniaga setiap hari. Kemas rumah sentiasa teratur, bab makan semua sedap, itu memang aku tak boleh nafikan.
Bila tengok muka isteri aku memang nampak tenang, redup mata memandang. Tapi itulah bila datang balik sejarah lama dia, aku berubah per4ngai. Aku macam tak redha pun ada dia pernah rosak. Kadang – kadang bila mood aku tak baik habis semua aku keluarkan.
Dari tahun lepas aku dah mula melepak balik pukuI satu atau dua pagi. Tidur dengan isteri dah asing, aku suruh tidur dengan anak – anak. Pernah dalam hati aku terdetik. ‘satu hari nanti aku akan lepaskan kau.’ Macam itulah rutin harian aku balik kerja mandi – mandi keluar melepak dengan kawan.
Kadang – kadang ada juga isteri aku cakap dia tak sihat minta aku uruskan anak – anak, aku buat b0doh saja. Akhirnya dia yang terp4ksa uruskan sendiri. Cuma aku agak terk3jut bulan lepas, dia ada kata dengan aku masa aku lepas makan, dia nak cakap dengan aku sikit.
Katanya, andai satu hari kalau aku nak tinggalkan dia, tak apa dia faham. Dia tak salahkan aku katanya, aku berhak untuk cari kebahagiaan aku sendiri. Selama ini dia diam sebab semua salah dia dulu sebab tak pandai jaga diri.
Cuma dia minta kalau boleh anak – anak semua dia nak jaga, tolong jangan pisahkan mereka. Tapi kalau aku nak semua anak – anak tak apa dia mengalah, dia suruh aku jaga semua. Lepas dia cakap macam itu aku baru tersedar dari mimpi aku sendiri.
Aku terfikir macam mana isteri aku boleh tahu sedangkan aku tak pernah cakap dengan sesiapa, cuma bercakap dalam hati. Sejak dari hal itu aku dah banyak fikir yang bukan – bukan. Mungkin isteri aku dah ada orang lain.
Aku buat pemeriksaan meng3jut telefon dia. Telefon pun letak bersepah, kadang – kadang dia bagi anak main. Selalu tidur awal sebab dia bangun awal pagi nak buat barang niaga dia. Dulu memang silap aku bab duit aku tak bagi muka, padahal aku terlebih mampu.
Uruskan hal anak, hal rumah semua. Kadang aku – kadang tengok dia macam terlalu penat mengandung anak sampai dua orang. Bila dia dah kata dengan aku macam itu aku dah rasa macam aku yang salah. Aku ada pujuk dia, dah tak keluar melepak, tolong jaga anak, uruskan hal rumah, dia senyap saja tak bercakap.
Aku dah rasa macam jiwa aku kosong. Dulu dia pendiam tapi jiwa aku tak adalah kosong macam ini. Bila tengok muka anak – anak aku, Allah sedih pula tengok bila aku banyak abaikan, nasib ada ibunya yang banyak berk0rban.
Sekarang ini aku tak tahu macam mana nak pujuk dia, nak ambil hati dia sebabnya aku nampak dia macam dah jauh hati dengan aku. Cakap sepatah jawab sepatah. Tanya dia ada nak apa – apa, semua tak ada, semua ok. Kalau nak ikutkan dari dulu sampai sekarang layanan dia sama saja, tak ada apa yang berubah. Tapi hati jiwa aku terlalu kosong, dah terasa macam kehilangan. Aku minta pendapat korang ya, aku mengaku aku salah. Doakan jodoh kami kuat.
Komen W4rganet:
Amir Hussainy : Pendapat aku sebagai seorang lelaki dan jawapan aku ini bukan berdasarkan emosi seperti komen – komen yang aku baca. Ok, setiap kita ini ada masa silam sendiri termasuk aku juga, dan kita semua tahu manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan tidak kira di dalam rumah tangga ataupun sebaliknya.
Bila kita sedar apa yang kita buat itu bermakna Allah dah jentik hati kita untuk kita berubah dan memperbaiki kesilapan diri kita. Jadi rendahkan ego, teruskan membuat kebaikan kepada isteri, perbanyakkan bercakap dengan dia dan tolong juga uruskan anak – anak.
Jika ada kelapangan dan ada rezeki, bawa keluarga pergi bercuti untuk meluangkan masa bersama. Lagi elok bercuti berdua sahaja. Waktu itu sangat – sangat sesuai untuk masing – masing meluahkan dan meminta maaf di atas kesilapan yang terjadi.
Ambil sudut positif, setiap perkara yang terjadi bersebab dan ada hikmahnya. Betul, kadang – kadang emosi kita tidak stabil dengan tekanan kerja dan sebagainya, itu normal sebenarnya. Cuma kita kena bijak untuk uruskan perasaan dan emosi kita sebaik – baiknya. Good luck bro, aku doakan semoga rumah tangga korang bahagia hingga ke anak cucu dan sampai jannah insyaAllah. Aamiin.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.