Mak jadi panas baran sebab terp4ksa jaga cucu2. Ini yg saya buat sampai mak ucap terima kasih

Mak mengadu dekat ibu saud4ra saya yang dia penat jaga anak2 adik saya. Ibu saud4ra tunjukkan video anak2 adik saya panjat sofa mak, panjat pokok jiran, sampai jiran bising dekat mak apa semua. Saya terus call adik, tapi dengar alasan dia buat saya marah!

#Foto sekadar hiasan. Baru – baru ini saya ada terbaca di sebuat page mengenai seorang isteri yang meluahkan kesedihan kerana mak mertua pukuI anak dia sepanjang anak dia di bawah jagaan mak mertua dia. Kisah dia mengingatkan saya pada kisah Mak saya.

Adik saya ni dah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Isteri adik saya seorang surirumah. Tetapi, adik saya gemar hantar anak – anaknya ke rumah Mak. Sem4kin hari, sem4kin kerap. Saya perasan, Mak juga berubah, Mak jadi m4kin panas baran, kadang – kadang benda bukan salah sesiapa pun, Mak akan cepat meIenting.

Satu hari, saya dapat whatapps dari ibu saud4ra saya, ibu saud4ra saya minta saya nasihat adik, sebab suka hantar anak ke rumah Mak. Mak mengadu dekat ibu saud4ra saya yang Mak penat jaga anak – anak adik saya. Ibu saud4ra tunjukkan video anak – anak adik saya panjat sofa Mak, panjat pokok jiran, sampai jiran bising dekat Mak apa semua.

Saya pula anggap benda tu macam Mak ok. Sebab tiap kali adik hantar anak – anak ke Rumah Mak, Mak tak ada cakap apa pun. Cuma nampak macam Mak tak mengaIukan cucu – cucu dia tu. Macam, ko nak masuk, masuk. Tak nak sudah.

Ikut korang lah nak buat apa. Dan Sabtu Ahad biasanya saya balik Rumah Mak sekejap, ajak Mak beli barang basah dapur Mak ke apa, apa yang Mak perlu, atau Mak nak makan luar ke, haih memang budak – budak tu ada.

Saya pelik jugak kan, macam, eh Ahad pun ada? Mak cuma jawab “entah”. Pernah nampak Mak ambik r0tan, r0tan budak – budak tu bila budak – budak tu buat sepah depan rumah jiran. Jiran datang rumah mengadu dekat mak saya.

Takut saya tengok mak saya marah budak – budak tu. Jadi, saya contact adik saya. Saya tanya apa sebab sampai hantar anak – anak dia ke rumah Mak? Ahad pun anak – anak ko ada. Isteri dah kerja ke apa? Jawapan adik saya sangatlah membuatkan saya rasa, “ko ni bebaI lah dik.”

Boleh dia jawab, “bini aku letih, dia yang suruh aku hantar rumah mak”. Saya tanya, berapa bayar Mak untuk jaga anak – anak ko tu? Dia jawab, “mana ada duit nak bagi”. Maaflah, saya berangin giIa bila adik saya cakap macam tu, saya call bini dia saya marah je terus.

Sampai adik ipar saya block saya. Saya sambung marah adik saya, dan on the sp0t saya suruh adik saya ambik anak – anak dia bawak balik ke rumah dia. Adik saya ikut, mintak kerja half day and ambik anak – anak dia. Saya sambung lagi marah depan – depan pula, sebab saya tak boleh terima alasan adik saya yang hantar anak – anak dia ke rumah mak hanya sebab bini dia letih.

Memang sejak ada anak – anak dia, saya susah nak bawak mak keluar, kalau bawak Mak keluar, TERP4KSA bawak 3 orang budak tu sekali. Saya pula yang tengokkan budak – budak tu, anak saya suami pegangkan. Saya bukanlah ibu saud4ra yang jahat.

Tapi, kadang – kadang kita nak ketenangan juga dengan Mak kita. Bini awak senang lenang dekat rumah. Eh kita pula yang kena jaga anak – anak awak. Saya balik rumah mak bukan nak h4mbakan diri ni untuk jaga dan tengok anak – anak awak.

Selepas kejadian tu, saya tanya Mak, kenapa Mak diam tak bersuara bila Mak letih jaga anak – anak adik. Mak kata, Mak kesian dekat adik. Sebagai anak no 2, dah tentu saya tak akan senyum tersimpul dan menerima seadanya dengan jawapan Mak tu.

Dah tentu saya bebeI juga dekat mak saya. Macam mana Mak bagi jawapan macam tu? Mak kemain ye, dengan anak lelaki. Cuba kalau saya, Mak pernah cakap dekat kawan – kawan saya, “anak Ana nanti makcik malas nak jaga, biar Ana berdikari sendiri jaga anak, jaga suami.

Dia cikgu, pandailah dia cari pengasuh ke, makcik tak bagi dia hantar anak – anak dia ke rumah makcik, rumah mak mertua dia pun makcik tak bagi. Ana kena belajar urus rumahtangga, anak – anak dengan suami dia.”

Sekarang apa jadi Mak? Kenapa dekat anak lelaki Mak tak ajar, tak cakap macam tu? Mak cakap, mak tak sangka anak lelaki boleh buat Mak macam tu. Tapi Mak berterima kasih dekat saya juga sebab saya nasihatkan (saya marahkan) adik saya tu.

Sebab Mak kata Mak letih sangat jaga budak – budak tu. Mak juga kata, em0si Mak juga terganggu. Itu lah silap ibu – ibu bapa ni. dekat anak perempuan, macam – macam dia. Tapi bila anak lelaki, “redha” sangat kan apa yang anak lelaki tu buat.

Hubungan saya dengan adik saya ok. Kak long saya di utara juga ada nasihatkan adik lelaki saya. Cuma isteri adik saya ja masih block saya. Tapi saya tak peduli pun. Ok jer. Kadang – kadang Kak long ada juga bagi screensh0t dekat saya status isteri adik saya tu dulu yang kononnya saya ni t0xic la apa. Lantak engkau lah. Kesah pulak aku.

Saya tak boleh jadi macam Kak long yang sangat lembut, nak tunggu dulu, nak tengok dulu. Mungkin sebab tu lah saya ni bukan Kak long agaknya. Well, Makngah kan memang terkenal dengan sikap terus terangnya. Ok itu saja kisah.

Confession di page tu benar – benar mengingatkan kisah adik saya. Saya harap confessor tu bukan sejenis spesis isteri yang ambil kesempatan kepada orang tuanya. Kepada lelaki, bertindak bijaklah dalam menguruskan rumahtangga anda.

Kepada isteri dan suami, janganlah kita ambil kesempatan dengan kebaikan orang tua. Suami saya juga pernah bagi cadangan hantar anak – anak ke rumah mak saya atau mak dia saja sebabkan kami ni dua – dua orang bekerja,

Tapi sebab Mak dah cakap, dan ajar saya untuk saya dan suami jangan susahkan ibu bapa selepas berkahwin, jadi kami usaha carikan pengasuh. Cuma terkilan Mak tak ajar anak lelaki dia macam tu. Ok, jangan kecam saya ye. Bukan saya yang t0ksik ye. Kot ada pula kecam saya kata saya kakak ipar t0ksik. Huhu daaaaa… – Ana (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Anna Kirana : SaIute you.. Tegas demi mak. Memang kena ajar macam ni la baru betul. Ingat mak kita orang gaji. Saya pun anak tengah, pernah dulu abang duduk dengan mak sekali dengan anak bini.

Tapi bini spesis lepas masak tinggal. Lepas makan tak kemas berselerak semua.. Masa tu mak tak berani kata apa sebab bila saya balik ok je. Satu hari saya balik kampung malam masyaAllah bersepah sink meja tak kemas dengan lebihan makanan.

Saya punya meng4muk sampai saya baling semua pinggan tu. Akhirnya abang saya bawak bini dia pindah. Kesah lak kan. Bini dia tak suka saya sampai sekarang dan saya pun tak peduli lah. Mak ayah dah tak ade Rumah pus4ka kakak duduk dengan family. Kalau dia tinggal situ saya mungkin tak balik – balik dah.

Cik Puan : Mak saya awal – awal dah pesan kat anak – anak, ”korang dah kahwin nanti, dah beranak pinak, pandai – pandailah korang uruskan anak dan keluarga sendiri. Cukup lah mama abah layan kerenah 9 orang anak sejak lahir sampai masing – masing dah mampu tanggung diri sendiri.

Dah pencen ni kami nak rehat, sesekali layan kerenah cucu ok lah”. Alhamdulillah, setakat ni belum ada lagi adik beradik yang susah kan mak ayah saya macam tu. Anak – anak saud4ra saya pun semua elok je per4ngai sebab ibubapa dia orang (adik beradik saya) dah pesan awal – awal, kalau balik rumah tok ma dan tok abah, jaga per4ngai. Kalau berbaik dengan mak pak sed4ra dia orang ni, lagi untung.

Ain Fariyna : Ramai orang bangga bila anak ramai, dan merendah – rendahkan orang yang baru ada anak satu, dua. Tapi ada anak ramai, menyusahkan hidup orang lain buat apa. Dah tahu diri tu bahagia kononnya anak ramai, pandai – pandailah belajar mengatasi d3rita atau keletihan sendiri.

Ini tidak, depan orang berIagak dan bangga ada anak ramai, tapi dekat belakang mengadu letih dan menyusahkan orang lain. Apa yang confessor tu buat adalah terbaik. Adik ipar nak masam muka ke, nak bl0ck ke tu dia punya pasal.

Tak payah fikir. Dia yang putvs kan silaturahim, menjawablah dengan Allah nanti. Tapi sebagai h4mba Allah, untuk mengelakkan daripada disoal oleh Allah nanti, confessor boleh je text kat adik sendiri kata minta maaf atas kata – kata confessor. Sekurang – kurangnya urusan kita dengan dia dah selesai. Waallahualam

AfiQah AL : Betul la tindakan confessor, cakap je terus terang tak payah cakap belakang. Kadang – kadang sesetengah manusia ni dia tak faham selagi kita tak cakap terus terang depan dia. Patutnya, bila mak dah tua dia perIukan masa untuk berehat atau kumpul saham akhir4t dengan join class mengaji, atau join aktiviti keagamaan.

Bukannya pi jaga cucu. Benda macam ni pon tak boleh nak fikir ke? Budak – budak zaman sekarang memang suka kuIikan mak sendiri. Minta dijauhkan la dari buat macam ni.

Ummi Nor Atikah : Dulu arw4h mak pon cakap benda yang sama, dia tak nak jaga cucu sebab dia dah penat, lagi pon sebelum tu dia memang kerja mengasuh budak – budak. Kalau saya balik rumah mertua, kadang – kadang tu nak ke mana – mana walaupon ke pasar depan rumah je pon saya bawak anak saya sekali.

Kadang – kadang mak mertua suruh tinggal je sebab dia kata anak saya bukan jenis lasak, tapi sebagai menantu dan anak kita kena ada comm0n sense, masa yang ada tu la dia nak rehat sepuasnya.

Bagi saya, susah senang biarlah kita yang jaga, jangan susahkan mak ayah yang dah tua. Kepada confessor, tahniah sebab pert4hankan mak awak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?